Monday, August 24, 2015

@--Kepada-Mu Aku Memohon-@

Image result for assalamu alaikum

Ya Allah..kepada Mu aku memohon Ya Allah :-

*Tabahkan hati ku;
*Tenangkan jiwa ku;
*Redhakanlah ku;
*Sabarkanlah aku;
*Aku bersyukur atas nikmat dan rezeki Mu;
*Tunjukkan aku ke jalanMu..

Aku masih TAK kuat....aku dah cuba tapi masih tak boleh...Adakah tanda aku tak redha?Macam mana nak redha? TUHAN bimbinglah aku....Itu lah yang bermain di fikiran....Allah Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Bantu aku Ya Allah....Bantu aku....

Ibu RINDU sangat-sangat pada sayang...Dah tiga bulan lebih sayang tinggalkan ibu dan abah..Wahai anaknda sayang Muhammad Aryan Husni b. Mohd Shafee anak sulung ibu dan abah...Doa  ibu tak pernah putus pada mu sayang...Tak tertanggung rasa sedih dan rindu ini....Ibu redha sayang bersama dengan PENCIPTA mu...Tapi kadang-kadang ibu tak dapat nak kawal rasa rindu.  Sayang tolong doakan ibu kuat ye...Doakan ibu dan abah yang baik2 ye....Tunggu ibu dan abah ye sayang....

Image result for KAKI BAYI baru lahir

Saturday, June 20, 2015

@~~MaSa UnTuk BeRfIkIR~~@

Assalammualaikum

Dah lama betul aku diamkan diri....Selepas apa yang terjadi dalam hidup ku ini...macam-macam aku alami dan fikir...Antara yang aku fikir...ADAKAH AKU HARUS TERUSKAN ATAUPUN KELUAR DARI DUNIA BLOGGING INI.?..Kalau ikut kata hati ni macam nak stop aktiviti blogging ni...
Aku masih tiada jawapan....kawan-kawan boleh tolong jawapkan...?
Kalo korang..apa pandangan korang....Nak teruskan or terus Tutup akaun...
Doakan aku semoga Allah bagi petunjuk untuk aku dapat jawapan dengan tepat...

Wednesday, December 31, 2014

@--Kirim Mak dan Ayah ke Syurga--@





Ya Allah...Ampuni dosa Ibu dan Abah;
                  Tempatkan Ibu dan Abah ke dalam Syurga Mu;
Sesungguhnya kepada Mu Ya Allah daku memohon Tuhan Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang....Amin..

ASSALAMMUALAIKUM

10 Jun 2014 (Arwah Ibu)
23 Disember 2014 (Arwah Abah)

Dua tarikh ini tak akan aku lupa....Dua tarikh ini adalah tarikh Ibu dan Abah dijemput Allah...Aku redha dengan semua ini...Ibu...Abah...Kak No minta maaf segala salah yang Kak No pernah buat sepanjang Ibu Abah besarkan Kak No...Halalkan segala-galanya....Kak No akan berusaha supaya Allah akan tempatkan Ibu Abah menuju ke Syurga Allah...Ya Allah ampukan segala dosaku...

Monday, December 22, 2014

@--SeLaMat TinGGal 2014-@


Beberapa hari lagi nak menjelang 2014...Selamat Tinggal dan Selamat Datang 2015......
Dah nak berlalu 2014 masih ada lagi yang tak tercapai..Usah putus asa..Kelak Allah akan tunaikan juga...Dia Maha Pengasih..Maha Penyayang kan....Kenangan-kenangan 2014 memang susah aku nak lupakan.....
Aku dikejutkan dengan pemergian Arwah Tok Abah pada bulan 4...Benar..Perangangan Allah lah yang terbaik...Kebetulan semua adk-beradik ku dan suamiku pulang ke kampung untuk bagi semangat kat arwah ibu sebb ibu nak menjalani satu pembedahan.  Sedang enak makan nasik waktu tengahari kami sekeluarga terkejut dapat berita Tok Abah dijemput Allah.  

*Tok Abah..Kak No mintak maaf banyak sebb tak jaga Tok Abah dengan baik...Kata2 Tok Abah Kak No akan ingat selamanya...Halalkan makan minum dan semuanya ya Tok Abah..Ya Allah tempatkan Arwah Tok Abah bersama hamba-Mu yang soleh..Jangan siksa Tok Abah..Tempatkan Arwah di dalam Syurga Mu Ya Allah....Amin....Segala kata dan nasihat ibu Kak No pegang dan ingat hingga akhir hayat..*

Ulang tahun kelahiran aku pada tahun 2014 yang paling trajis....-Arwah ibu masuk semula ke wad ICU setelah sebulan dpt rawatan di hospital...4 Hari selepas tu Arwah Ibu dijemput pulang menghadap Pencipta-Nya...Kesimpulan yang dapat aku buat......

*Ibu..Kak No redha dengan ketentuan Allah menjemput ibu kembali..Walaupun hati ni rasa sangat kehilangan ibu..Maafkan anak mu ini kerana tak cukup sempurna menjaga mu sepanjang hayatmu...Halalkan lah semuanya ya IBU......YA Allah ampuni arwah ibuku..Tempatkan ibuku didalam syurga-Mu Ya Allah...Yang siksa ibu...Hamba bermohon tempatkan ibu bersama insan soleh dan solehah..Amin*


Aku berdoa moga kedatang 2015 ini akan dapat menjadikan aku hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini...Menjadi umat Nabi Muhammad yang lebih baik dari sebelum ini..Menjadi isteri lebih baik dari sebelum ini...Menjadi Anak yang lebih baik dari sebelum ini..Menjadi Kakak dan Adik yang lebih baik dari sebelum ini....Menjadi Pekerja yang lebih baik dari sebelum ini...Berbakti kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA...

Moga Tahun Baru ini dapat aku tunaikan hajat yang masih belum tercapai...Amin2...