Friday, August 26, 2011
@--30 Ogos 2011*SESUCI LEBARAN*--@
Pagi itu aku mengikut opah, mak nyah, ayah ngah dan anak2nya solat hari raya di masjid berdekatan. Sebelom ke masjis isi perut dulu nasik bersama rendang opah. Dah lama aku tak solat hari raya....Seronok solat raya ramai-ramai. Dengaq khutbah raya sikit...Ia cukup menginsafkan aku. Segaknya suami aku hari ni bergaya dihari raya :-) Rasa puasnya hati bila dapat siapkan segala keperluan suami ku.
Dah sampai ke rumah, kami semua ambil peluang saling bermaaf-maafan. Tak lupa aku mengucup tangan suami tercinta tanda mohon ampun sepanjang bersama. Dan kadang2 rasa tak sangka aku ni dah jadi isteri orang rupanya.....TAK lupa jugak telefon ibu dan abah di pagi raya.
Seronok tengok gelagak sepupu2 yang masih kecil..Macam-macam riaksi mereka bila dapat duit raya. Tahun ni ada sepupu baru yang join beraya...Ikram....suke sangat dengan ikram ni. Baik, tak cerewet, suka nak berbual walaupun aku pun tak faham apa yang dia nak sampaikan.Dia ni anak cik nen. :-)
Makan pun sudah...Aktiviti seterusnya menziarah pusara ahli keluarga. Ramainya umat Muhammad s.a.w Ingat ya kawan-kawan bila nak pergi ke kawasan perkuburan adab kena jaga. Bukan setakat perbuatan, pakaian pun kena jaga....Dah selesai tu, kami ramai2 terus beraya ke umah sedara opah berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan. Pastu ramai2 ke rumah mak yang dan pak yang.
Petang baru sampai ke rumah. Peh!letihnya...Malam ni pun tidur awal jugak..tak daye dah awok....Semalam malam :-)
@--Ramadan ke 29--@
Matahari dah tinggi...aktiviti ari ni banyak..pagi2 aku dan suami ke pekan sri iskandar mencari barang2 utk masak pada hari raya..wah!ramainya orang shoping..ki.ki...cuaca kat bote ari ni hujan renyai.....
Dah abis shoping aku membantu apa yang patut lah. Sediakan bahan-bahan nak buat rendang, lemang dan sup. Basuh tulang kerbau....kalo kat sungai petani tak rasa buat kerja macam ni....angkat periuk besar2..jaga unggun api....aku dan suami sama2 duduk di bawak pangkin rebus tulang dan masak lemak.....Bahagia rasanya... :-)
Masa berbuka...wah!meriahnya ramai dah anak cucu opah dah sampai.....Berbuka makan ramai2....Aku disebbkan terlalu penat..tido lah awai dgn bertemankan suami tercinta..selamat malam esok kita nak beraya ;-)
@--Ramadan ke 28--@
Sampai di Bote tengahari la. Sampai sana opah tengah kemas kebun jagungnya..Rajin betol opah. Petang sikit pi cari barang nak masak utk berbuka. Menu berbuka ari ni rendang puyoh, sambal tumis telor puyoh ditambah pulak ulam2 ngan juadah yg dibawak oleh cik nen. Dalam pukoi 4 tu aku, suami, mak, opah, firdaus dan nabil masuk utan pi cari buloh utk masak lemak esok. Pengalaman pertama yang aku alami sepanjang aku hidup. Alhamdulillah tercapai hajat aku nak merasa hidup di kampung. Thanks SAYANG...
@--Ramadan Ke 27--@
Petangnya pulak aku dan suami ke giant shah alam sebab nak potong seluaq raya suami ku. Oleh kerana kena ambik masa sejam utk siap jadi aku dan suami berjalan2 cuci mata ngan suami. Dpt la aku satu helai lagi baju kurung kaler unggu :-)
Menu berbuka hari ni tunjuk je kat bazar stadium shah alam. Mak, angah, firdau dan abg mie shoping raya kat jusco. Menu ayam percik, sup, ikan pekasam, murtabak dan nasik kerabu utk aku..ki..ki..berbuka la kami 3 beradik :-)
Malamnye pulak ha...aku tak larat sangat jadi aku tidoq awai. Suami ku ada urusan kat luaq. Jadi tidoq sorang2 depan tv..ki..ki..ki...
@--Ramadan Ke - 26--@
Thursday, August 25, 2011
@--RaMaDan Ke -25--@
Ari ni dek kerana tak sempat nak masak apa2 aku pun membeli McD untuk juadah berbuka..GCB..Alhamdulillah syukur....Malamnya pulak suami ku dah bersiap2 pakaian nak balik kg. Aku pun baru la nak bz basuh baju raya....Semlm sempat la test tudung raya depan suami ku.... :-) Moga kami berdua dapat menempuh bulan puasa ni dengan jayanya..amin
@--RaMaDan Ke -24--@
Tengahari semlm aku menerima panggilan dari nombor yang tidak aku kenali. Sape la tel aku time-time macam ni. Rupanya Cik Khaliliah kawan satu pejabat kat MECD dulu...Yang lucunya dia kata jumpa adik kat tepi jalan nangis-nangis nak balik rumah. Jadi dia kasihan dia tolong hantar. Hai!Adik nangis tepi jalan...rasa cam tak percaya..Adk aku ni mmmmm susah nak nangis kecuali tengok citer kat tv yang sedih2...ha.ha.h.a.ha. Kecilnya dunia. Rupanya Cik Khalilah dah jadi kontraktor dan masa tu dia nak repair bumbung umah adik yang bocoq....Dan yang aku terkejut tuan rumah dia pun aku kenai...En. Aminuddin (PKK)...ha.h.ah.ha.what a small world..ki..ki..ki..
Hari ni menu berbuka aku bihun goreng je..Dan buat pertama kali aku mencuba buat POP-CORN...Teruja la aku tengok jagong tu mengepop..ha.h.a.ha.h.Bukak api pelan..tak nak kasi hangit..rupanya angit gak sikit....
Eh! Lupa nak bagi tau. Sekarang ikan-iakn puyu aku yang kecik2 tu dah ada kawan baru..Puyu besaq..punya....Kawan satu pejabat bagi....Dia dpt masa menjala. Tapi aku tengok ikan tu macam merajok je...Bagi makan tak nak makan...Rasanya dah 2 hari.. Risau aku dibuatnya. Dan ikan tu tak aktif...Dok je diam2 kat dalam tu......Sayang jangan le merajuk cam tu......lapaq nanti sapa susah...... :-)
Aku dan suami tercinta dah kena serangan selesema...mmmm...sabaq je lah....harap sangat boleh lega cepat. AMIN
Wednesday, August 24, 2011
@--RaMaDan Ke -23--@
Ari ni kerja macam biasa. Menu berbuka ari ni mee goreng basah je..Aku buat lebih la ari ni.....Malamnya aku tak larat sangat....Pas berbuka tu suamiku yang tolong kemaskan rumah....Aku ni memang dah down sangat lah....Thanks sayang....
Monday, August 22, 2011
@--Ramadan ke 22--@
Ari ni dtg kerja budak-budak danb pensyarah dah balik kampung belaka....Ha...senang sikit nak buat operasi...Ari ni operasi kat makmal komputer.
Balik lewat sikit sebb nak kaver masuk lambat pagi tadi. Ari ni menu berbuka biasa ja..Nasik goreng bawang. Pastu suami tercinta membeli makanan kegemaranku iaitu murtabak ayam....Sedap....Thanks sayang..love u. Lepas solat maghrib aku dan suami bersiap nak ke pekan banting nak p cari baju melayu adk ipaq ku dan tudung aku yang tak jumpa lagi....Sejuk gila naik moto malam ni..tapi best. Pekan banting biasa la..Ramai yang kelauq shoping...Balik dari shoping aku buat persiapan utk bersahur pagi esok....iaitu ikan goreng..ki..ki..ki..
@--Ramadan ke- 21--@
Dah tengahari kami sekeluarga bersama-sama bergerak menuju ke pusat bandar shah alam. Aku dan semua menaiki kereta kancil mak sebb kereta suamiku sedang dibaiki sebb nak balik kampung minggu ni. Wah!!sesampai di bandar....Ramainya umat manusia....PKNS tu sampai tak boleh nak berjalan dan bernafas....pastu berjalan lagi ke bangunan sebelah dan sebelah lagi. Kami semua pakai membeli baju melayu untuk suami masing2. Aku beli tudung satu, kasut satu ngan ubat2 sikit...Ada lagi yang tak beli lg..tapi tak pe lah cari kat tempat lain lah jawapnye...Rimas la ramai orang.
Petangnya pulak pegi ke Giant. Teman kakak2 dan abg ipaq bershoping....Pastu ternampak la promosi revine asatonik. Ada azlin and the geng. Ternampak jugak Ziana Zian ke 2 malaysia....Mmm....Tapi aku kurang berkenan dengan cara dia berpakaian. Kesian bulan2 posa ni kurang pahala puasa sapa yg tengok...630 petang baru nak bergerak ke pasar ramadan kat stadium plak...Kami beli ayam golek, ikan bakaq ngan air utk berbuka dlm kereta sebb kompom tak dan dah....
Malam lepas berbuka aku dan suami tercinta bergerak balik ke BANTING.
@--Ramadan Ke -20--@
Sampai di shah alam suamiku menyuarakan hasratnya utk membeli satu tin cat utk mengecat ruang tamu rumah mak. Petang tu aku dan suami berdua menyiapkan aktiviti mengecat rumah. Tak pe lah nak buat cam ne...Yang lain ada tanggungjawap masing2. Lagi pun ruangyna tak le besaq mana pun. :-) Setelah selesai cat umah aku membantu mak memasak di dapur. Menu berbuka malam ni mee goreng basah, kuah keria, nasik dan ayam masak merah. Peh!! tak ku sangka sambal yg aku buat tu pedas sangat. Selalunya cili kering rumah mak ni tak pedas pun. Yang aku ni dengan konpidennya boh le banyak. Pas tu baru tergerak nak tny...Maap le semua ya...sapa yang makan sambal ayam ku.. :-)
Malam hari aku ke rumah sahabatku Siti Aishah. Suamiku dan suami Siti sama-sama bershoping di Uptown. Jadi aku dok di rumah siti bersama-sama puteri kesayangan mereka dan kesayangan ku jugak.. :-) Seronok melayan kereneh Zulaikha tu...Ceredik budaknya..dah boleh berjalan pun... :-) Kalaulah aku ada anak..mesti lagi best...rioh punye rumah siti nanti :-) Tapi aku tumpang simpati pada kawan tu siti. Dia kena demam campak...moga cepat semboh ya siti..Daku berdoa semua semuanya dijauhi dari sebarang anasir yang tidak baik dan kalaian semua sentiasa dilindungi TUHAN.
Pukoi 2 pagi baru sampai rumah mak...Balik tu lembik dah...sekejap je letak kepala dah lena....Pukoi 4 nak kena bangun dah..siapkan sahor. Dah esok lah family suami ku nak bershoping raya. Depa berhajat nak ke KL...tapi aku dan suami sehati sejiwa..... nak kat shah alam je