Sedar tak sedar dah seminggu umat islam telah berpuasa ya. Syukur kepada Allah kerana aku masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa dibulan yang penuh barakah ini. Bulan yang dihiasi dengan amalan-amalan yang diberikan ganjaran pahala yang berganda-ganda. Semoga aku dapat melalui bulan ini dengan penuh ketenagan dan segalanya berjalan dengan lancar.
Bila citer pasal bulan ni ha...aku selaku isteri kepada suami ku..ki..ki...akan menjalankan aktiviti bangun pagi sediakan juadah bersahur dan berbuka. Syukur alhamdulillah sahur ku masih lagi ok. Menu pun sama. Sahur mesti makan nasik punye.
Tapi menu berbuka tu...kalo boleh macam-macam nak..Setakat seminggu ni baru 3 kali kaki jejak bazar. Tu pun beli kuih. Yang lain tu masak.
Menu berbuka ari ke 6 : Murtabak Maggie (air tangan suami)
Kentang goreng Tepung (air tangan isteri)
Teh o Panas
Bulan puasa ni kalau boleh nak elak minum ais sebab takut sakit tekak. Maklumlah aku ni baru je lega demam dan sakit gusi...
Yang pastinya pemakanan untuk orang dieabetis macam aku ni memang kena kontrol... Sedih pun ada..Tapi aku redha dengan ketentuan Allah pada aku. Semua ni ada hikmah. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami yang sentiasa sabar dengan isterinya ni :-) mmmmmm..bulan puasa ni selalu teringat kat nasik ulam kedah...dimakan bersama masak asam sayur keladi...rindunya masakan utama di kedah semasa bulan puasa...Dah nama pun merantau...redha je :-)
Bila agaknya boleh balik kampung berbuka bersama ibu dan abah....????? :( teringat masa kecik-kecik dulu..Buka posa ramai-ramai (lima beranak je). Menu utama bubuq kanji....cucoq udang...oh.....terkenang...tambah dimasak oleh ibu tersayang...
Mungkin menu ari ni : Roti Prata Segera
Kari Ayam bersama Dal
Teh o Panas
Insyaallah aku akan menunaikan solat terawih pada malam ini jika tak ada masalah.