Wednesday, April 25, 2012

@--MahLigai Cinta HamPir CyaP--@






Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang TUHAN bagi kepada kami suami isteri.  Syabas dan TNB telah selamat didaftarkan..Meter letrik dah pasang beserta paip miter air....Syukur sangat...TUHAN permudahkanlah urusan rumah kami ini.....Lindungi rumah ku dan rumahtanggan ku dari segala ancaman dan gangguan. AMIN

@--KeNDuRi SePuPu SuaMiKu--@

8/4/2012
Parit Samat, Batu Pahat, Johor.

Pada hari yang aku nyatakan ni adalah Majlis Perkahwinan sepupu kepada suami ku...Kami satu keluarga pergi ke sana....peh!dah lama aku tak ke sini.  Kali terakhir aku jejak kaki ke sini beberapa tahun lepas..Masa tu housemed aku kawen kat batu pahat ni jugak,tapi kampung lain.  Punya la macam2 dugaan bila jalan jauh ni...biasa la konvoi ramai2 kan.....



~ Ni lah pengantinnye ~

 ~Pengantin dibawa berarak ~





~Sepupu suami ku yang lelaki tu ~






~CanTik Pengantin PereMpUan ~

~ Ni Juru Kamera Merangkap tukang SILAT ~



~Ni Silat balas (pihak lelaki) ~

~ Ni DJ mula tunjukkan aksinya ~



Seronok aku dapat ke sana.  Tapi tu la sedih sebab pengantin lambat sangat sampai> Kesian kat anak buah mak lang yang sorang tu..Panas dia...ye.....Kami semua selamat sampai ke Shah Alam jam 700 malam.  Dalam pukoi 8 tu bergerak la balik BANITNG.....Best la dapat jumpa dan diperkenalkan kepada ku sanak saudara suamiku.. ;-)


Thursday, April 19, 2012

@--HousKipping MaKmaL KompuTeR(UpDaTe Ubuntu)--@

Sekarang budak2 Matrik ni tengah pereksa....Study dik jangan tak study...Yang suka study berdua2an tu, jaga2 TUHAN nampak apa yang kamu buat....(bukan apa tak mo la budak2 ni tersasar dari jalan yang betul..sebab aku dulu jalan pun tak berapa nak stabil). Oleh kerana itu, mudahla aku ngan group juruteknik komputa ni buat kerja dalam makmal komputer. Selalu nak buat repair2 komputer ni susah la buat waktu P&P (pengajaran dan pembelajaran) berjalan..
Setiap daripada kami dah dibahagi kepada beberapa makmal la...bergabung dengan pensyarah-pensyarah unit teknologi maklumat. Terima kasih banyak yek...atas bantuan dan tunjuk ajar kepada kami. :-) Menda ni start dari 18-20/4/2012....fuh!!balik umah ja badan sakit2..tapi best sebab kalo time macam ni murah rezeki...Kelmarin orang belanja masik minyak, ari ni nasik kukus...esok tak tau lagi ;-) syukur kepada TUHAN kerana beri rezeki kepada kami...

Thursday, April 12, 2012

@--MenDunG--@

Dah lama tak update blog..WINDU...Ha, dikala aku ada kesempatan ni meh la sikit aku coretkan ya...

MENDUNG?
Apa kene mengena dengan mendung ni...Cuaca sekarang tak menentu tau..Kejap ujan kejap tak..dan mendung pun kadang2 ada...
TAPI
mendung yang aku maksudkan ni ialah perasaan aku yang tengah mendung....Gini citernye..

11/4/2012 - Pertama kali semanjak aku kawen ni ini lah pertama kali en. suami outstation...Sayu sangat.....3 hari plak tu...Tapi aku redha jugak sebab niatnya hanyalah nak cari rezeki untuk kami sekeluarga....ari ni baru ari khamis...lambat lagi nak ari sabtu ni.....Cepat la masa berlalu.....Boring tak de teman bersembang..gurau-gurau...tempat membuli..ki..ki..ki..

Tuhan lindungilah SUAMI ku di rantau orang.....AMIN

Kalo En. Suami balik dah tak mendung dah.... ;-)

Monday, April 02, 2012

@--TeTaMu YanG KuRinDU--@

1 APRIL 2012

Udah lama aku tak ketemu sama ecah and family. Kebetulan pada hari tersebut kawan-kawan suami ku datang ke rumah ku....Nak tau depa geng-geng laki ni p mancing kat Bukit Jugra....
Mak ai...paneh bebenor la tempat tu....Zulaikha mesti tak leh dok situ. Jadi aku bawak la ecah ngan zulaikah comel balik umah. Aku dah sediakan menu2 nak masak untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang...

Nasi putih
Siakap 3 rasa
Udang kunyit
Sawi masak air
Kerang rebus + sambal kicap
Air Oren

Sedang aku bz2 memasak...terharu la kat si kecik zulaikha ni....Nak manja2 ngan aku....ki..ki..(sori siti ceq pinjam zulaika kejap ye) Kena la layan sebab nak bagi dia tidoq...Kalo tak mengamok sat gi payah...Dia nak aku dukong dia saja...tak mo ibu dia dukong...syok la sambil dukong dia dok tumbok bawang..Zulaikha nanti rajin-rajin tolong ibu kat dapoq bila besaq nanti na....Kesian kat ibu masak sorang-sorang..Jangan main oder je..ki..ki..
Dok pujok suruh tidoq, ajak main pulok...main kejaq2....ki,..ki..
Ha!makanan dah siap..Jamu ecah ngan zulaikha makan dulu...dah nak kemas ni, ada satu trajedi yang tak dapat aku lupa....ki..ki..ki..Tengah aku angkat pinggan kat dapoq...patah balik nak ambik pinggan lain nampak zulaikha dok ketok2 periok nasik...Apa lagi aku pun acah2 la macam marah...sambil gelak2...Tiba2 terus zulaika sebut "acik" banyak2 dan melulu ke arahku pelok kalo aku depan dan belakang...Terkujut aku ngan ecah....ki..ki..ki..Acik izra bukan marah zulaikha..saja ja acik izra nak ngusik.....Aku ngan ecah gelak satu rumah...ki..ki..ki..Seronok aku melayan si kecik sorang ni....zulaikha yang baik dan comel....
Tepat jam 3 petang group lelaki dah balik...Mujoq zulaikha dah tidoq..la ni giliran aku ngan ecah hidang makanan kat suami masing2...Pas depa abih makan depa dok sembang depan anjung tu....buat la secawan teh....Dalam pukol 5 petang depa dah nak balik..Ni part tak best ni...sunyi la umah aku....Tima kasih kawan2 sebab sudi datang ke teratak aku dan pie...sori jika ada kekurangan ya...Nanti mai lagi tau :-)

Friday, March 30, 2012

@--Zahra Ikut Opah Ambik BR1M la..--@

Baru-baru ni aku dapat berita yang mak mertuaku kena pegi ambil duit BR1M kat skesyen 2, Shah Alam. So, kami ber5 pun pegi beramai2. Aku, suami, mak, along dan anaknye Dhia Damia Zahra.... :-)


~Pak Lang yang boring menunggu. Mak Lang asyik ambik gambo je~


~ Ni la dewan sekolah ~


~ Zahra ni dari tadi Mak Lang tengok tito je....Ok la tu..Anak yang baik~



Tapi oleh kerana pihak bank tak datang pada hari tu..jadi kena la mak pergi ke bank berdekatan pada ari isnin. Katanya pihak bank ada mesyuarat tak dapat hadir.. So, pas ambil baucer tu..Mak Lang Zahra ni teringin nak makan ais krim Mcd la....dengan cuaca yang panas ni..sedap kan...tapi cian anak sedara mak lang ni..tak dpt mkn lagi..Tunggu sayang besaq nanti barui mak lang belanja... :-) Pastu kami ramai2 shoping barang dapur kat HERO.

@--Uji Kaji ke 2 (pemanggang ajaib)--@

Hari tu saja la terasa nak makan pizza guna pemanggang ajaib tu..ki..ki..ki...Terasa nak jadi owang putih le pulok..ki..ki..ki.. Buat guna roti je....


~ aku sapu ngan sos spegeti prego yang ada cendawan~

~ tambah bebola ayam+bawang besar+ minyak zaitun = digoreng, boh keju..tapi ni bukan mozarela yek...Malas ceq nak p pekan. Pakai je apa yg ada dlm peti :-) ~

~ Ini lah Hasilnya... Sori yang kalo tak sedap ~


~ Ini Hadiah unutk ku dari suami tercinta...Our Feverot..tq yang love u ~

@--SyuKuR ReZeKi Dr TUHAN--@

Terima kasih diucapkan kepada kawan sekerja ku IKMAL yang sudi membelanja kami semua PiZZA yang sangat lazat....

~ Makan ala2 kampung gitu...tapi makan makanan barat..ki..ki..ki.. ~

~ Yang baju hitam tu la PEMBELANJA yang sebenar...tq Ikmal ~


~ Yang Ni AYAM MASSALA~

~ Yang ni PiZZa BaRu (se..dap sangat) ~

~ SUP Paneh2 ~


~RoTi BaWanG PuTiH~

~ Nak RaSa SiLa HuBuNgI No. InI~

Thursday, March 29, 2012

@--TUHAN..PERKENANKAN USAHA KU--@


"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, Tiada Tuhan lain disembah melainkan Engkau, Engkau telah menciptakanku, sedangkan aku adalah hambaMu dan sentiasa memegang janjiMu setakat yang termampu. Aku berlindung kepadaMu dari kesalahan yang aku lakukan. Aku akui nikmat yang engkau kurniakan kepadaku dan mengakui pula dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau." Barang siapa yang mengucapkannya di waktu pagi dengan penug keyakinan, maka jika sebelum waktu petang dia telahh meninggal dunia, nescaya dia termasuk dalam golongan penghuni syurga. Barang siapa yang mengucapkannya di malam hari dengan penuh keyakinan, jika dia meninggal dunia sebelum menjelang pagi, nescaya dia juga termasuk di kalangan penduduk syurga. "

Nabi menamakan doa ini dengan nama sayyidul istighfar. Sebagaimana yang diketahui, terdapat banyak jenis lafaz istighfar yang lain, tetapi Nabi S.A.W memberi keistimewaan kepada istighfar ini sebagai " penghulu istighfar". Dengan memerhatikan makna-makna yang terkandung di dalam doa ini, kita akan menemui beberapa intipati kandungannya seperti berikut:


  • Ya Allah Engkau adalah Tuhanku. Ini merupakan pengakuan kita terhadap tauhid rububiyyah Allah.
  • Tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Engkau. merupakan tauhid uluhiyyah.
  • Engkau telah menciptakanku, sedangkan aku adalah hambaMu, merupakan pengakuan seorang hamba tentang kehambaan, ketundukan dan kepatuhannya kepada Allah S.W.T.
  • Aku sentiasa memegang janjiMu setakat yang termampu, merupakan pengakuan hamba bahawa dia tetap konsisten mengikut jalan yang lurus.
  • Tuhan semesta alam, sesuai dengan kadar kemampuannya dan keupayaannya dalam menjalankan perintahnya dengan bersungguh-sungguh.
  • Aku berlindung kepadaMu dari kesalahan yang aku lakukan, merupakan penyerahan seorang hamba serta permohonan untuk berlindung kepada Allah dari segala keburukan, dosa dan maksiat yang telah dilakukannya.
  • Aku mengakui nikmat yang Kau limpahkan kepadaku, merupakan pengakuan seorang hamba tentang nikmat-nikmat, kurnia dan sifat Maha Pemurah Allah kepada hamba-hambaNya, dengan berbagai-bagai jenis nikmat yang tidak terhingga.
  • Dan mengakui pula dosaku, merupakan pengakuan seorang hamba mengenai dosa, sama ada dosa itu bersifat spesifik atau dosa yang bersifat umum.
  • Maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau, merupakan permohonan ampun kepada Allah S.W.T dan merendahkan diri di hadapanNyA.
Demikianlah makna-makna unggul yang terkandung di dalam lafaz istighfar ini. Oleh kerana itu, Nabi S.A.W menyebutnya sebagai sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).


* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn




Wednesday, March 28, 2012

@--Doa SeoRang Isteri--@

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

@--MaRi KiTa MuHaSaBaH SiKiT--@

Dipetik dari blog http://aamanna.blogspot.com/2009/05/nasihat-buat-isteri.html

Nasihat Buat Isteri

1. Jangan membiarkan suami anda memandang dalam keadaan anda tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.

2. Hendaklah senyum itu senantiasa menghiasi bibirmu
setiap anda dipandang oleh sang suami.

3. Perbanyaklah
mencari keridhan suami dengan mentaatinya, sejauh mana ketaatan anda kepada suami, sejauh itu pulalah dia merasakan cintamu kepadanya dan dia akan segera menuju keridhaanmu.

4. Pilihlah
waktu yang tepat untuk meluruskan kesalahan suami.

5. Jadilah anda
orang yang lapang dada, janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami anda kepada orang lain.

6. Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang anda miliki,
janganlah berusaha melukai perasaannya.

7.
Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.

8.
Jangan engkau benarkan ucapan negatif dari orang lain tentang suamimu.

9. Upayakan untuk
tampil di depan suamimu dengan perbuatan yang disenanginya dan ucapan yang disenanginya pula.

10. Berilah pengertian kepada suami anda
agar dia menghormatimu dan saling menghormati dalam semua urusan.

11. Anda harus selalu merasa
senang berkunjung kepada kedua orang tuanya.

12.
Janganlah anda menampakkan kejemuan padanya, jika terjadi kekurangan materi Ingatlah bahwa apa yang ia berikan kepadamu sudah lebih dari cukup.

13. Biasakanlah anda
tertawa bila ia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Karena bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih.

14. Diam dan
perhatikanlah jika ia berbicara.

15.
Janganlah banyak mengingatkan bahwa anda pernah meminta sesuatu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika anda tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.

16.
Janganlah anda mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami anda dan ia tidak suka melihatnya.

17. Jangan lupa bila anda melihat suami anda shalat sunnah di rumah, hendaknya anda
berdiri dan ikut shalat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.

18.
Jangan berlebih-lebihan berbicara tentang angan-angan pribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya di depanmu.

19.
Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.

20. Janganlah anda mengerjakan shaum sunnah
kecuali dengan izinnya, danjangan keluar rumah kecuali dengan sepengetahuannya.

21.
Jagalah rahasia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.

22. Hati-hati
jangan sampai menyebut-nyebut bahwa anda lebih tinggi derajatnya dari derajat suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu.

23. Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka anda punyakewajiban untuk menjenguk bersamanya.

24. Sesuaikanlah peralatan rumah tangga anda dengan
barang-barang yang disenangi suami anda.

25.
Jangan sampai anda meninggalkan rumah meskipun sedang bertengkar dengannya.

26. Katakanlah kejemuan dan kebosananmu ketika ia sudah meninggalkan rumah.

27.
Terimalah udzurnya ketika ia membatalkan janjinya untuk keluar bersamamu, karena mungkin ia terpaksa memenuhi panggilan orang yang datang kepadanya.

28.
Hindari sifat cemburu, sesungguhnya cemburu adalah senjata penghancur.

29.
Janganlah mengabaikan pemimpinmu (suami) dengan alasan bahwa ia telah menjadi suamimu.

30. Janganlah anda berbicara dengan sang suami,
seakan-akan anda suci dan dia berdosa.

31.
Jagalah perasaannya, jangan gembira ketika dia sedang sedih dan jangan menangis ketika dia gembira.

32. Perbanyaklah
menyebut-nyebut keutamaan suami di hadapannya.

33. Perlihatkan kepada suamimu bahwa anda
turut merasakan apa yng dirasakan sang suami tatkala ia tidak berhasil mencapai maksud dan tujuannya.

34. Perbaharuilah (tekad suami) ketika terjadi kegagalan.

35.
Jauhilah sifat dusta karena hal itu akan menyakitkannya.

36. Ingatkanlah selalu pada suamimu bahwa anda tidak tahu (bagaimana nasib anda) seandainya anda tidak dipersunting olehnya.

37.
Ucapkanlah rasa syukur dan terima kasih pada waktu ia memberikan sesuatu kepadamu.

Aku akan cuba jadi yang TERBAIK untuk suamiku :-) AMIN



@--TUHANKU--@

Hari minggu lepas aku dah buat test. Tapi jawapannya negetif. Tapi aku masih tak datang (merah) lagi... TUHANKU...perkenankan impian dan doa hamba yang kerdil ini. Kurniakan aku dan suami zuriat2 yang sempurna,cukup sifat, sihat supaya dpt berbakti kepada ibu bapa,agama bangsa dan negara.Moga tahun 2012 ini dapat aku berikan hadiah yang istimewa kepada keluarga terutama hadiah buat suami tercinta. Kehadiran cahaya kita nanti dapat memberi lebih sinar dan rezeki dlm rumah tanga kita sayang...Amin

@--Sayu--@

Sekejap saat saat itu..Tak puas la..Petang kelmarin asik aku datang ambik ibu dan abh...Aku sampai rumah pukoi 530 ptg terpacak adik aku kat umah..Lajunya dia..ki..ki..dan 2 hari kebelakangan ni suami aku balik awai..Sempat la jumpa ibu dan abh sebelum depa ekut adik balik.

Pagi ni hatiku sentap lagi...Tenyeh mata...bangun je..Terus ke bilik belakang..La..ibu dan abh tak de dlm bilik... :'( Allah..tiba2 aku rasa macam tak percaya yang aku ni dah besaq..dah kawen pun.Teringat masa kecik dulu..Bangun je nampak wajah ibu ngan abh...Kalo tak nampai atau jumpa mesti dah nangeh....Kejapnye ibu ngan abh tido sini...Tak puas la...Bila ibu ada balik je lunch ada masakan peberot aku....(gulai ikan kembong) Peh!mantop lah..Bangun je pagi aku dihidang dengan bunyi lesong batu dan keenakan nasik goreng air tangan ibuku..Walaupun isinya sama tapi air tangan ibu tu tiada tandingan tau...

Tengah arini, aku sentap lagi...dah menetes dah air mata ni sambil makan nasik bersama lauk kari ikan yang dimasak oleh ibu kesayang....Peh!menetes lagi.....Hai izra kuat la cikit..ko tu dah beso....ha.h.a.ah.ha.Tiba2 terasa aku ni budak kicik plak... :-)

@--KeDaTaNgAn Yg DiNaNtI--@


Kedatangan ibu dan abah amat aku nanti..Ye la, dah lama tak balik sp...RIndu yang teramat sampai termimpi2 aku dibuatnya... :-) Hepi sayang..Abh ni ada jemputan kenduri kawen kawan kat Cheras. Jadi aku dan suami bawak la mereka ke lokasi yang ingin dituju. Sebelum pergi, singgah rumah adik kat Desa Pinggiran Putra ambik ibu dan abh. Dipinjamkan GPS bagi kami mudah sampai ke destinasi.Tq adik. Tapi sesat jugak mula2 tu..ki..ki..

Yang lucu: Boleh pulak suami aku tak perasan yang tol yang kami lalu tu dah tak perlu bayaq...Mujur aku nampak perkataan kat mesin TOUCH & GO (tiada servis)..Baru kami semua ingat yang tol tu dah tak perlu bayaq..PM baru je umumkan...ki..ki..ki..Patut la semua kereta situ laju2 je...


Dah selamat sampai ke sebuah surau dimana majlis tu berlangsung. Walaupun sederhana tapi meriah. Pengantin pakai baju kaler kuning...Sori la terlupa nak shot gambaq2...Sebb perut ku dah lapaq...

Yang Best: Aku dapat sepasang kasut dari abh...peh!Kasut Scholl gitu....Tq so much abah...

Petang tu aku tiba2 teringin sangat nak makan stimboat ngan grill. Aku ajak semua..ki..ki..ki..Tapi kesian Scha tak dpt ekut sebb dia kerja. Kami pi REDWOK BANGI. Ok gak la makan kat situ. Sekali sekala merasa makanan cam tu...
Mujur la pegi awal petang tu sebab makin lewat makin ramai orang kat situ. dah kenyang semua??Ok..Jom balik...Kenangan gak pakai GPS adik ni..dek kerana terlalu mengharapkannye tol kena baya sampai 4 hengget tau..gara2 terlepas jalan..ki..ki..ki..tak pe la bang..sabaq na..Pas sampai Pinggiran Putra (hantaq adik aku) aku membawa ibu dan abah balik Banting dulu..Ikut giliran..Pas ni rumah adik pulok......Tapi best la..kenagan yang tak dapat aku lupa..Dah lama tak makan ramai2 satu family aku. I miss that moment...Tq kepada yang melanja makan..ki..ki..ki..