Wednesday, March 14, 2012

@--BeNgKeL KPI--@

Ha...ni ada bengkel siapkan KPI...Setelah cuti ari isnin, masuk ari selasa tu kena masuk bengkel..Alangkah lemaunya badanku ini masuk2 dah kena berbengkel.


Ni bos aku tengah bentangkan KPI unit kami

Perbincangan antara PTM dan PPTM


Turut hadir memeriahkan bengkel (Tuan Pengarah dan Timbalan Penagarah)


Ni Puan Rosnah tengah bagi penerangan pasal KPI



@--Operasi BeRsaMa Kawan2 SeKerjA--@


Kami tengah operasi..Jangan kaco tau....!ki..ki..ki.. Semua barang ni nak kena sprey...Tu pakai tutup edong cam doktor tu...ki..ki.. Siap sarongtangan tau..



~Ni pakar bedah sakit tuan (sebb dia lelaki)~
:-)





Aku ni dilantik sebagai misi dalam operasi ini. Tq kawan2 sebab membantu.

Tuesday, March 13, 2012

@--MaJliS BeRendoI Dhia Damia Zahrah--@

Assalammualaikum dan salam satu malaysia....Kali ni aku nak cerita pasal Majlis Berendoi anak sedara ku yang bernama DHIA DAMIA ZAHRAH. Majlis yang berlangsung seperti tarikh dan lokasi yang tertera :




Tarikh : 11/3/2012
(Bota Kanan, Perak)Lokasi : Rumah Opah Mehran
Masa : 9.00 pagi





~ Sedapnya Dhai Tido ~






~ Cak!!! Dah jaga dah ~









~ Nurrul Ummi ( Nama Kumpulan ) ~













~ Tido dulu lah sebelum naik buai ki..ki.. ~














~ Ni la buai kite....Ibu ngan Mak Lang dah hias ~









Sehari sebelum tu bz la buat persiapan barang2 nak bg pada orang marhaban ni. Di Perak yang menariknya ada satu pemanis mulut setiap kali diadakan majlis berendoi ni. Orang sana panggil Bubur Anak Lebah. Susah jugak aku tengok cara nak buatnye. Yang bestnya..mujor opah pandai buat...Sedapnya bila dimakan panas mahupun sejuk.....
Untuk majlis kali ni suami ku telah mengoferkan diri utk menekan bancuhan tepong yang dibancoh oleh opah :-)





@- Ni lah rupanya..BUBUR ANAK LEBIH--@
(Ni gambar hiasan dari internet )













Disamping tu juga ada Majlis Perkahwinan anak Opah Mehran...Suaminya orang Melaka...Ada la sikit aku lampirkan gambo pengantin...Untuk majlis tu Along (Mak Dhia Damia Zaharah) dah seponser lauk "Daging Hitam". Best tau masak lauk tu ramai-ramai. Kupas bawang. hiris bawang sambil dok lepok-lepek ngan mak2 sedare dan kaum keluarga :-) Masak kenggunakan dapur kayu..peh!!!memang tradisional lah :-)
Gambat yg dipamerkan tu menantu Opah Mehran yek...


Thursday, March 08, 2012

@--BBQ KAWAN2--@




7/3/2012

Ni makan-makan yang dicadangkan oleh kawan sekerja..Leeya Nasir....Alhamdulillah Kenyang rasanya...Tima kasih kepada yang menjayakan acara ni...Aku hanya tolong sikit2 yang aku mampu je....Thanks Kawan2..


@ARI WANITA--@

(8/3/2012)

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Syukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang wanita. Ucapan ini ditujukan terutama sekali kepada IBUKU yang paling aku sayang dan cinta...kerana tanpa ibu siapa la aku..Ibu dan banyak berkorban utk aku..TERIMA KASIH IBU..
Kalo boleh kak no nak jadi setabah ibu jugak...
DAN
Tak lupa kepada IBU MERTUAKU kerana melahirkan MOHD SHAFEE BIN SABRAN dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan membersarkan 5 orang anak.
AKHIR
Kepada semua ahli keluarga (wanita), kawan-kawan (wanita) serta seluruh wanita di seluruh dunia...

Monday, March 05, 2012

@--HarI MinggU ku--@

~ gambar hiasan ~

"Teringin la nak makan ketam" kata-kata tu terkelauq daru mulut suami tercinta.
"Tak pa, kita p market na beli ketam. Mengidam yek???ki..ki.." isterinye menyakat suaminye ;-)
"Tak lah!dah lama tak makan ketam" tambah suamiku....(ayat kaver tu) ki..ki..ki..
"Sayang nak ketam tu di masak apa si?..." tanya isteri...
"Buat masak lemak cili api dan goreng" jawap suamin :-)
"setuju bebenor dengan cadangan tu"keputusan telah pun dibuat..

Dah balik dari pasar setelah membeli segala kelengkapan dapur ku.....Tibalah masa untuk bersih+masak......Syukur.....Menu yang keluaq hasil dari 2 tukang masak yang tak berapa nak pemos....jadilah Ketam masak lemak cili padi + ketam goreng + sayor toge kicap bersama so'un.....best sangat sebab dapat masak sama-sama. TQ sayang....LOVE U...Tampa melengahkan masa tepat jam 1.30 petang kenyang dah perot kami 2..ki..ki..ki...

Tapi kesian kat suami ku....Dia telah di serang gatal2 sebb makan ketam banyak.....sabaq ya sayang....pasni jgn makan manyak2 dah ketam ye....

~SWEET MEMORY~

@--KEnduRI kAweN KaWaN En.SuaMi--@

~ My Mucuk-Mucuk~

Ari sabtu lepas bersamaan 3/3/2012 suami ku mendapat jemputan kawen kawan baik dia masa keja TOYOTA dulu. Ini kenduri sebelah isterinye. Dengan berbekalkan GPS aku dan suami melangkah pergi dengan perut yang agak kosong..ki..ki..(pagi tu makan cikit je..simpan perut).. :-)
Mula2 macam tak percaya sebb alamat yg dia bagi tu cam bangunan kedai...Rupa2nya ha....bawah tu kedai atasnye rumah..ki..ki..ki Yang bestnya bawah rumah dia ada kedai mydin...senang nak shoping tau...

Makanan dia..peh sedap..Nasik brani, ayam merah, daging masak hitam, dalca dan yang paling aku suka....papedom ki..ki..ki.. Ha..Kat sini aku lampirakan serba sedikit gambo...

Cuma aku ni agak tersentoh sikit la..Bila dok semeja dengan kawan2 suami ku...Ye lah 2 orang isteri2 mereka dan mengandung....Yang sorang tu baru je kawen...Tak pe lah izra.Bukan rezeki kau dan suami mu lagi....SABAQ dan TERUS USAHA :-)


~ha..tengok dah try2 pegang2 baby gitu ~



~ Pakcik ni nyanyi lagu london weh.... ~



Thursday, March 01, 2012

@--KeBzAn Melanda--@

Hari ni memang bz sangat ari ni....Dengan cuaca hari ini yang terik ari ni...Dan hari ni aku telah membayar hutang puasa ku untuk kali yang ke 2 :-) Ibu dah pesan kat aku supaya ganti puasa awai2.....Tapi biasa la anaknya ini agak pemalas..last minit baru nak pulon...Tapi tahun ni aku nak cuba percepatkan bayar hutang aku ngan ALLAH....

Menu berbuka ari ni : Ada lagi belen nasik goreng bawang dan kari sardin aku....ditambah pulak dengan rezeki aku ari ni dpt bu...ger dari kawan sepejabat ku.. tq raihan...

Wednesday, February 29, 2012

@--AkhIRnYA--@

Assalammualaikum...

Hari ni aku dah berjaya ubah sikit penambilan blog aku ni...Terima kasih yang tak terhingga kepada kawanku Aniz sebab dia telah sedikit sebanyak tolong tunjuk jalan... :-)

Ha! dengan ini aku dan berjaya masukkan muzik dalam blog aku..dan senarai blogger dll...Aku hepi sangat.... Pas ni ada masa lagi aku upgred lagi blog aku tq my pren :-)

Tuesday, February 28, 2012

@-- PeRcuBaaN dah BerJaya --@

Syukur aku dah berjaya tukaq bacground blok aku yang sudah mencecah 7 tahun.... Ape!! 7 tahun? Aku rasa tak percaya pulok selama ini aku memblog..ki..ki..ki..

Ok lah.. Aku Out dulu..Jumpa lagi nanti......

@-- RUANG IDAMAN --@

Bila dah mula membeli rumah banyak benda yang kita kena pikirkan. Yang paling utama bab DUIT semasa :

1. Rumah sedang dibina;
2. Rumah telah siap dibina;
( Cukai pintu, Cukai tanah, TNB, SYABAS, Charge bersihkan halaman rumah setelah ruamh siap dibina )
3. Nak masuk rumah;
( Pasang lampu, Kipas, tambah plug, buat kabinet dapur dan yang paling penting gril bagi memastikan rumah ku selamat )
PILIHAN 1
PILIHAN 2
PILIHAN 3
PILIHAN 4
PILIHAN 5

Contoh yang aku peroleh dari intenet ni betul-betul memberi inspirasi. Bagi aku tak salah angan2 mat jenin sebb dengan angan-angan tu lah kita giat berusaha.

~ Pilihan warna yang menarik dan nampak ceria...Bila penat balik rumah tenang je rasa.... ~



RUANG TAMU


~ RUANG BILIK ~

@~ Kenangan Lama Ku Terkenang ~@

Anda semua ingat tak dengan apa yang daku pamer ni...Peh!! Memang mengulit kenanga betul...Biskut beras yang rangup...disalut dengan perisa kari yang enak....Teringat zaman budak2 dulu...Mesti beli masa balik sekoleh sementara nak tunggu pakcik van mai...Beli kat pakcik yang bawak moto juai gula2 dan macam2 lagi.... Dah lama sangat dan aku sendiri dah tak engat la ap trek mark pakcik tu...Miss that moment...so sweet...Gambo ni aku ambik kat meja pensyarah....Jadi aku dengan rasa malu meminta izin padanya untuk mengambil gambo kopok ni...Tq Lin :-) Dia kata keropok ni utk bagi pd sapa2 yg dtg ke meja dia...ataupun student yg dtg jumpa dia....Nanti nak datang kerap2 la tempat lin ni.. :-)






Friday, February 24, 2012

@--YanG TeRkiNi D MaLaYsiA--@

ABANG SUDIN...20 SEN :-)

Teruja betul aku sebb dapat tengok wang syiling terkini yang dikeluarkan oleh bank negara malaysia....Dah banyak duit ciplak nah.....keluaqkan yang baru supaya semua ni dibenteras....Bentuknye kecil, dan ringan serta bila aku pegang duit ni rasa macam aku pegang syiling token main kat pasaraya,.....ki..ki....ki.. Apa-apa pun cantik la...i like :-)

@-- CuTi Raya Cina --@



Cantik tak? Sejuk mata memandang...


~ Hero ku menjala bersama kawan-kawannya ~



~ Ni lah hasilnya ..Syukur TUHANKU ~

Citer ni dah lama baru aku nak upload..apa lah....Sori le..bz memanjang.....ki..ki..ki.. Ni lah aktiviti aku dan suami...Alkisah kawan suami ku lah yang bersemangat mengajak suami ku menjala kat kg deme.....Awok apa lagi ikut la sebab masa tu tengah cuti panjang sempena Tahun Baru Cina...Pada hari berkenaan aku teruja sangat sampai kat sana..Kawasan lombong yang luas dan tenang je rasa tengok pokok2 hijau...Ramai jugak yang memancing di sana. Sampaikan org dari selangor datang ke c2 dari pagi sampai petang semata2 nak memancing kat c2. Yang pergi Suami ku bawak aku ;-). Zaki bawak maknye, Siti dan Zulaikha.... :-) Am bawak ayah ngan abang ipaqnye dan Yong bersama anak-anaknya dan suami (abg kepada zaki)

Best..dah la berkelah kat situ..lepas dapat ikan tu siang, basuh dan bakaq...ki..ki..ki..Dinikmati bersama budu..ha.h.ah.a.ah. Yang lucunya suami tercinta tak tahu kata air asam yg dia makan tu letak budu... Am yang tak maan budu dah.....gian makan budu dengan ikan bakaq..ki..,ki..berselera tengok depa makan...Ikan yang belen tu kami bawak balik dan ada setengah kami buat pekasam. Tapi aku tak berapa nak berselera nak makan sebb tengah dilanda Pyot....jadi selera aku tak berapa nak boleh masuk sebb badan2 dah sakit.....Dari pagi sampai la pukoi 5 petang baru balik umah...mmmm apa lagi suami ku dah sama kaler cam sattia dah..ki..ki..ki..tebako kulit muka ngan tangan.....pasni pakat2 sapu krim la jawapnye....

Sampai disini saja utk kali ni...Best sangat trip kali ni....


@-- Orang Berbudi KIta Berbahasa --@

Tu lah kata orang lama-lama. Bila kita berbuat baik orang akan balas baik dengan kita. Hari ni setelah banyak menerima tempah pemasangan lcd...Aku dapat hadiah la dari pensyarah yang baik hati....TIME KASIH MANYAK no....Walaupun kecik tapi bermakna bagi aku... :-)

Tapi disebbkan aku ni berdarah manis..Jadi aku terpaksa memberikan hadiah ini kepada orang lain yang tak berdarah manis.....Apa2 pun tq so much (kata orang puith) ki..ki..ki..







@--BaKal MaHligaI CiNtA Ku --@

SYUKUR


~ LAMPIRAN 1 ~


~ LAMPIRAN 2 ~

~ LAMPIRAN 3 ~

Kawan-kawan...ha ni lah rekebentuk rumah yang aku dan suami beli. Aku bersyukur sangat kerana Tuhan perkenankan apa yang kami berdua hajati. Tiada yang lain yang dapat ku ucapkan kepada MU selain SYUKUR...Terima kasih atas kurniaan Mu. Kata pemaju mungkin siap bulan 6 tahun 2012. Tapi kat papan tanda tu tulis bulan 12 2012. 2010 pun tak pe..janji tak de apa-apa masalah la yang berlaku sampai bila-bila dan rumahku ini siap dengan sempurnanya...amin...Ni lah dikatakan rezeki bila dah berkahwin...Aku bermohon pas ni ada lagi rezeki yang baik bakal kami terima....Amin


Thursday, February 23, 2012

@--BaKso--@



Hari ni bila tiba kat kafe..wah ada satu makanan yg menarik la.....Tak pernah aku makan..ni namanya BAKSO...Ada Soon, kubis,sup sambal kicap,sambal tak kicap dan yang paling best...bebola dagingnya yang BESO.......Peh!Syukur rezeki Allah pada hari ni...Pagi-pagi pekena sup bepeloh abis... :-)


Wednesday, February 22, 2012

@--Cahaya Mata --@

@--HERZA HAFIZRAL--@
Hadirnya insan ke dunia ini.... Sejuk mata memandang anak kecil ini....Sedap dia tido yek.. Ni anak kepada kawan sepejabat ku. Namanya WATIE.....Tahniah ya watie DAN hAFIZ akak ucapkan. Moga Herza menjadi anak yang soleh. Berbakti kepada ibu bapa, agama. bangsa dan negara...AMIN.


@--Aku Yang MaLaS--@

Tah la..semnejak 2 menjak ni..KEMALASAN semakin menjadi-jadi la...Kesian EN SUAMI...

Aku malas MASAK,
Aku malas basuh baju,
Aku malas kemas rumah......

TQ sayang sebab memahami keadaan ku ketika ini...yang dilandan VIRUS MALAS...

Yang aku tak malas ialah TIDOQ ja... :-) pantang pukoi 9 mlm je dah mula dah menguap......apa la....

I LOVE U MOHD SHAFEE SABRAN..MMUUUUWAH..








@--KuRsuS BaikPuliH KompuTer--@

(18 & 19/2/2012)

MMMmmmmmm,.....Kursus di hari cuti ni memang berat sikit nak pegi kan????Maklumla penah 5 hari bekerja pastu hari cuti ni lah nak rehat2 bersama suami tercinta..Mujurlah suami pun ada aktiviti dengan kawan dia. Depa p menjala kat bukit jelutung.

Back to the story..Kursus dua hari ni buat dekat Kolej Komuniti Kuala Langat. Biasa la kursus tu agak slow sikit sebab aku dah ada sikit asas2 komputer ni. Cuma aku perlu gosok balik la ilmu tu..ki..ki..ki..Aku dok depan sekali sebb kelas tu ramai org. Satu meja dengan aku tu pempuan sorang laki sorang. Yang perempuan tu liza orang selayang. Yang lelaki tu tak tau nama apa (malu nak tanya) orang jenjarom.

Ni serba sedikit di lokasi berkenaan :




@ ni PENYEJUK PROSESOR @




@ bznye kawan baru aku ni ;-) @


@ ni lah rupenye lepas dibogelkan ki..ki..ki.. @

Dua hari kat situ mengantok betul. Bagi pendapat aku tak p pun tak pe sebb bila tengok pensyarah tu mengajar baik aku tengok youtube je.....Rm 20 hengget. Tapi tak pe dah 2 hari aku berkursus utk tahun ni...Ada lagi 5 hari nak kejaq ni....GO!