Thursday, September 27, 2012

@--SuKa SaNgaT AkSi Ini--@



Masa tengah berjalan  nak ke markas (work station) tiba-tiiba ternampak la adegan yang boleh dilalukan dengan muhrimnye sahaja :-) Rasa 'SEJUK" hati ni....Tenang....Korang mesti terpikir.....apa la tu kan..... 18++ ke.....ha mai kita tengok sama-sama.









1




2




3




4




5






Ha..aku dah tangkap dua ekor 'KUCING' sedang bercengkerama..... :-) Depa ni adik beradik rasanya.  Ari tu aku pernah nampak si cokolat tu menjilat si putih tu..Mungkin juga mak dia....Tak sempat nak interview :-0  Rindu la..dah lama tak pelok cium kucing.....Dulu masa zaman study (tinggal ngan mak sedara ngan tok) aku tak boleh tido kalo tak bawak kucing kesayangan aku tido sekali...Pasal 'lelah' mmm..aku ketepikan :-)  Yang penting aku ni sayang sangat kat kucing..Tambah yang suka ikut cakap. Petang-petang balik kuliah depa tunggu aku kat depan pintu ada lorong masuk rumah la...Kalo bawak kereta lagi la...Ligatnya depa ni ligan (kepada yg tak tahu perkataan ni maksud ligan = kejar) Bila tengor perangan kucing-kuncing ni penat macam mana pun hilang je..Tu je yang aku rasa nak kongsi.  Padahal banyak sebenarnya...

Monday, September 24, 2012

@--HaRi MinGgU YanG MenDamaiKaN--@


Assalammualaikum. Salam 1 Malaysia..... (wah sekarang dok salam 1 Malaysia pulok.....)

     Setelah penat berKURSUS di hari SABTU...ha..Hari AHAD ni lah boleh menikmati kualiti hidup bersama keluarga (aku + suami...dalam hati kan best kalo ditemani bersama anak-anak kan... :-) tak pe...aku akan terus berusaha dan terus menanti...TUHAN perkenankan doa hambamu..amin)
     Bangun awai suami ku pagi ni..Pukoi 5 lebih dah bangun....Ha..tu la....tido awai sangat malam tadi....Yang aku ni dok melayan citer baru kat TV "Runtum Qalbu".  Boleh la...mula-mula drama melayu memang slow...


     Pagi tu lepas bersiap-siap kami berdua membawa kereta kancilku berjalan-jalan di pekan banting...Ha....kancil aku ni dah lama tak makan..Jadi sebelum dia mengamok..ki..ki..ki..baik bagi apa yang patut dibagi.  Pastikan minyak penuh dan angin tayar tu cukup anginnya.  Aduh..aduh...perut dah lapaq...jom makan....Kami macam biasa makan kat warung di TUDM tu...Suami mamam nasik lomak dan aku menikmati nasik goreng.....Balik tu aku tambah lagi. Beli karipap...Sodapnya...Syukur rezeki dari TUHAN.
     Sampai je rumah aku terus je ajak suami operasikan kereta kancilku yang akan pergi mengadap PUSPAKOM bagi tujuan penukaran nama.  Dah 8 tahun kancil tu bersama-sama dengan ku...Tq sayang...dikaulah jantung hati ke berapa tak tahu...sebab yang atas-atas tu dah ada dalam senarai.  :-)  Kesian kancil......tinted kena koyak yek...kesian juga pada adikku yang telah susah payah pi tinted kereta tu kasi cantik.....last2 kena bukak sebab nak mengadap PUSPAKOM.  Sabaq ya sayang...nanti kita ganti tinted baru ye sayang..   Hari Khamis kata suami ku kancil kena mengadap.  Semoga semuanya berjalan lancar ya segala urusan kat PUSPAKOM.  Pastu suami ku tengok pulak 4 tayar kancil....Alamak..satu tu dah botak sangat..."tak pe kita pakai tayar pendua" kata suami.  Tup2 bila pasang..pancit pulok tayar tu.  Ke kedai pulok suami pap tayar kereta :-) TQ sayang....Tengah dia nak pasang tayar tu keluaq ayat macam ni "sayang kena belajo macam mana nak tuko tayar kete.." kata suami.  Tersengeh aku....Alahai...mana reti nak tuko tayar keta...Tak pe lah..kira masa sayang pasang taya tu ayag dan tengok dan belajo le yek... :-) Siker2 kat cermin tu kasi keluaq no..... :-)
     Selesai sudah bab kancil tersayang...Lepas tu aku dan suami berKEBUN pulok.  Aku mulakan dengan tanam semula pokok kari aku ni..Kesian dia...telah diserang penyakit..Sori kawan-kawan tak dan nak ambik gambo pokok yang sakit tu.  Suami ku bz baiki ampaian baju.  Siap je tanam semua pokok kari, aku mula tanam pokok-pokok lain yang aku semai.  Pokok rozzel, pokok cili. daun kesum dan pegaga.  Puas hati sekarang.  Nanti ada masa ku upload gambaq depa na.... :-) Bila balik rumah je sejuk mata memandang tau :-)
    Minggu ni juga sempat jugak la tengok perkembangan rumah kami kat Jalan Sempadan, Banting. Alhamdulillah..pagar dah pasang dan pintu dan + tinted lagi tau....
    Ok kawan setakat ni celotek aku...Nanti aku sambung lagi tau..

WASSALAM


Saturday, September 22, 2012

@--KuRsUs Di HaRi MingGu--@


Assalammualaikum.....Salam satu malaysia.

Ari ni ari minggu..Baru ingat nak rehat-rehat bersama suami..Tapi tak pe kebetulan suami pun kerja ari ni...Hari ni aku , Che Wan, Anis ngan Kak Ni mewakili unit masing-masing belajaq macam mana nak bangunkan portal unit sendiri...FFUUUUUHHH!!Mencabaq betul tu.....Menggunakan aplikasi 'MOODLE' ya...gitu... :-)


(gambaq hiasan dari internet )

Rasa best juga kalo mahir godek aplikasi ni....Sebab ia akan lebih memudahkan kita semua kerana zaman la ni...SEGALANYA DI HUJUNG JARI ANDA ;-) Tak giTu kawan-kawan....Nanti bila dah siap aku tunjuk kat hampa semua na....

22/9/2012

Friday, September 21, 2012

@--DaH LaMa TaK MaSaK--@



Suatu petang di pasar malam banting baru..tiba-tiba aku melintas di depan kedai jual ikan.  Ternampak ikan SARDIN. TerGODA pulak tengok ikan tu...Besar dan segar bugar....Apa lagi aku rembat la ikan sardin tu 7 esok dengan niat untuk masak LAKSA :-) Menang manis isi ikan tu sebab masa nak kisar sisi tu..ada lah 4 5 suap masuk dalam mulut ni..ki..ki..ki...Syukur rezeki Tuhan....aku berjaya membeli ikan yang elok...sehingga menjadi kuah laksa.  Selalu orang makan dengan laksa.  Tapi kali ni aku olah makan dengan bihun (celor je dalam air panas....) Lagi pun tak sempat nak rebus laksa..Jadi makan dengan telur rebut + bawang + cili padi...Ditambah pulak aku ni suka letak kicap lemak manis masa makan laksa.....peh.!! mantop tambah 2 kali :-) Apa-apa pun syukur sangat kerana aku dan suami diberi kesempatan makan laksa dengan ikan yang segar..amin 10 q ALLAH.. :-)

@--BuKaN ReZeKi kU LaGi--@



Baru-baru ni aku ada pesan satu 2 unit buku pada ustas kat tempat keja aku ni. Mungkin bukan rezeki aku.  Tak pe. Aku pasrah dan redha.  Semoga orang yang telah mengambilnya tak mensia-siakan apa yang terkandung dalam buku tu.  Insyaallah ada rezeki aku beli lagi sekali..Amin.  Ingat...mencuri itu........ renung-renungkan ya.

Cover Buku Ruqyah Asas Pengubatan Islam

Mood : :'(


Thursday, September 20, 2012

@--BiLa DaH TimBuL SeManGat NaK BeRBlog--@


Assalammualaikum. Salam 1 Malaysia.

Hari ni baru nak tekan gear 1. Sori ya...time bulan puasa ari tu tak de fill nak kongsi cerita dengan kawan-kawan semua.  Dah mula mood ni..ha.....banyak la nak gebang-gebang :-) So kepada kawan-kawan semua bersedia lah kamu semua..Sabaq baca N3 aku yang panjang lebaq ni...Al-maklum la dah lama sangat berehat berblogging ni. Daku mulakan dengan :-

Kisah 1 : BuLaN RaMadHan Yang MuLia

        Ni..nak cerita mai....Bulan puasa pada tahun ini biasalah.....Banyak aku isikan dengan perkara-perkara yang berfaedah la kan..Syukur kena Tuhan izinkan ibu dan abah aku datang ke rumahku pada minggu pertama bulan puasa.  Syoknya dapat berbuka bersama-sama dengan ibu dan abh.  Lepas tu giliran rumah adik aku pulak.
        Seperti biasa kalo sahur suami tercinta tak mahu makan menda la selain 'NASIK'.  Jadi tahun ni catat sejarah la bagi kali ke 2 tak pernah miss sahur.  Pukoi 4.30 pagi tu memang aku dah bangun masak lauk dan nasik.  Tengok keadaan lah..Kadang-kadang lauk dah masak awal.  Time balik kerja pun suami sampai awai...pukoi 6petang dah sampai rumah....bestnya...kalo la hari-hari suami balik awai kan best.  TAPI tak pe lah demi mencari rezeki sesuap untuk keluarga.
         Aku juga menerima jemputan berbuka puasa di rumah mak sedara di bukit jelutong bersama-sama ibu dan abah.  Lepas tu jemputan di rumah adik ku...wah dia masak sendiri la....Siakap 3 rasa...ngan kerang rebus....MANTOP beb.....
        Majlis berbuka puasa dengan UNIT DATA dan MAKLUMAT berlansung di FLEMING STEAMBOAD.  Puas makan beb..tapi aku banyak ambik sayo la,.....puas hati makan. Tapi agak sedih sebab suami tak dapat join.....Sori aku tak do gambaq..nanti aku try mintak kat member2. Bulan puasa tahun ni adalah ujian bagi suami kerana dia telah diserang alahan pada makanan. Sampai nasik ngan roti pun tak bolah makan. Badan pasti akan merah2 dan gatal.
       Banyak kali jugak aku teman suami pergi buat BEKAM.  Bekan ni elok. Lagi pun sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

(gambar hiasan dari internet)


Kisah 2 : BuLaN SyaWaL Yang TiBa

     Tahun ni giliran beraya di kedah.  FUUUUHHHHH....bestnya..tapi sayang aku masih tak dapat nak merasa NASIK ULAM...yang femos kat kedah tu....FRUST....tapi sempat jugak aku ke pasar ramadan taman ria pada ramadan yang terakhir sebelum esoknya 1 syawal.  tahun ni tema kaler unggu....Gambaq nanti aku upload yek...
     Petang raya ke 3 mula balik BOTE. Gerak pukoi 5 ptg. Sampai bote 10 mlm..peh! cam balik KL pulok...dari bukit merah jem sampai ke kuala kangsar. Nak lalu jalan lama dari taiping pun tak dapat keluar...Tapi ni jumpa la banyak perangai-perangai yang tak senonoh....(pemandu2 yang tak tau nak sabaq dan hormatkan org lain).
   Raya ke 5, sepupu suami kenduri kawin...Wah....aku apa lagi bisi u...kenduri umah mak yang dan pak yang ni memang la turun temurun masak sendiri..jadi 2 3 hari tu dah mula buat kerja tau...kerja aku potong cili kering..dan juga potong je apa brg yang depa suroh potong...yang paling tak leh lupa dari pg sampai mlm kupas bawang dari besaq sampai kecik..peh!...seminggu bau bawang tak elang beb... :-)
   Balik je bating, aku sedih melihat.......pokok2 ku layu dihujung mekar......oh..ni kena kasi sepa tenaga balik ni :-) tu la..al-kisah raya tahun ni....

Kisah 3 : TeRKiNi D Sana Sini

     1.  Sekarang aku ni tengah semangat nak berkebun.  La ni aku dah taman semua lengkuas, kunyit, daun bawang dan rozel....Hari2 balik mengadap kesayangan ku ini.  Sejuk mata ku memandang..Cuma takut gak la bila aku cuti panjang..sama nak tolong siram...... :-(    Tuhan Tolong..........
     2.  Baru-baru ni buat pertama kali aku pulak mencuba buat bekam.  Peh! pengalaman yang tak dapat digambarkan.  Demi kesihatan tubuh badan ku ini, aku sanggup tau....Tapi rasanya cam nak ambik kursus bekam la..senang nak buat bekam kat suami tercinta + jana pendapatan sampingan...ok tak kawan2? :-)
     3.  Dugaan dari sebelum bulan posa sampai sekarang masih tak lega....tak ape....Tuhan sayangkan aku..Jadi aku kena terima dengan redha. Moga2 ni semua ada hikmah dan aku akan mendapat ganjaran yang lebih baik lepas ni. Tekak ni masih rasa tak selesa.  Dah tak boleh minum air bikabonat dan ais...ha..kalo tak mula la tekak gatai dan perit sangat.....Air liur pekat plak tu...Dari pembacaan aku la kan...tu simtom2 nak buang toksin dalam badan...Tak pe demi badan ku dan demi nak menjaga suami tercinta aku sanggup harunginya....
     4.  Beberapa ari ni aku dengaq ramai kawan2 yang dapat panggilan pereksa gred F29...Alamak! awat la aku ni tak abiskan update borang spa tu.....menyesal pun dah tak berguna lagi...tak pa izra nanti ada rezeki depa panggil lagi kan... :-)  Moga Tuhan tunaikan hajat ku nak memegang jawatan sebagai PPTM.  AMIN....Kepada kawan-kawan yang berjaya dipanggil pereksa...Good luck for u all....Buat yang terbaik tau..
     5.  Dah dua tahun lebih usia perkahwinan ku ini.  Tapi masih belum ada rezeki mendapat ZURIAT.  Tuahanku....ENGKAU yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYANYANG.....perkenankan doa dan hajatku ini bagi terus menyambung keturunan ku dan juga menambahkan ummat Nabi Muhammad S.A.W.  Agar keturuna-keturunan ku nanti dapat berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara serta insan-insan soleh dan solehah. Amin.  Bulan Sept 2012 ni pertama kali aku membuat "pap smear" bagi memastikan diri ku ini sentiasa sihat sempurna.....laporannya lambat lagi tau.....apa2 nanti aku halo2 :-)

So kawan-kawan...jam pun dah lebih ni...aku ada urusan lain lagi di luar sana..Jumpa lagi tau dengan coratan yang lebih lagi lepas ni..hahahhaha bersiap sedia lah :-)

Wassalam

Tuesday, August 07, 2012

@--ReHaT--@



Maaf..oleh kerana dah lama tak update time bulan puasa ni...Daku mengambil keputusan nak stop kejap.  Lepas ni on balik update blok...

Friday, July 20, 2012

@--RamaDan DaTanG LaGi--@




Alhamdulillah Ramadan datang lagi tahun ini.  Syukur aku masih diberi peluang untuk berpuasa pada tahun ni.  Dah tahun ke-2 daku berpuasa sebagai seorang isteri.  Aku mengharapkan tahun ini aku lebih fokus pada amalan2 yang dituntut bagi mendekatkan diri dengan MU..Tuhan ku...
Tahun ni insyaallah kalo sempat ada la DIARI RAMADAN IZRA lagi :-) Ok kepada semua muslinin dan muslimat..Selamat menjalankan ibadah PUASA.


Tuesday, July 17, 2012

@--HaTi DaH BeRbUnGa-BunGa Ni--@




Bunga..indah dipandang...wangi baunya...bunga taik ayam tak tahu la yek..ki..ki..tak pernah aku bau.  Apa kena-mengena bunga dan HATI aku ni?ki..ki..ki...
Semalam tengok inbox pesbook adik ada bagi tahu yang dia akan balik kampung jumaat ni.  Dan yang paling best..Ibu ngan Abah ikut adik balik mai sini ;-) Rasanya tahun lepas pun ibu dan abah datang sini seminggu berpuasa bersama anak-anak yang ada kat Kl ni...Bertuah punya anak..patutnya aku yang balik berpuasa ngan ibu abah..Ni terbalik pulok...Nak buat macam mana...Anak-anak tengah mencari rezeki di perantauan..ki..ki..ki..tapi tu bukan alasan kan...Tak pe lah lagi pun tahun ni raya pun kat kedah dulu.  Kebetulan adik balik untuk ambik keta kesayangan dia tu.  Mesti ibu dan abh teman punye....Itu lah yang membuatkan hati berbunga berlagu riang..Moga mereka selamat sampai ke sini...Bestnya dapat buka posa ramai-ramai :-)

Monday, July 16, 2012

@--TeNgOk TaPaK PrOjEk PaRt 1--@



Syukur kehadrad Illahi diatas segala rezekiNya.  Baru-baru ni aku dan suami berpeluang masuk tengok sikit projek Mahligai Rumah Tangga kami walaupun rumah kami tu tak de tangga sebab Rumah Teres :-) Ni pun kami masuk rumah hujung sebab rumah kami orang yang buat rumah dah buat markas berteduh.  (Dalam hati - aku tak rasmi lagi korang dah rasmi.....tak pe lah nak buat cam ne janji korang jaga baik2...kalo tak aku saman....ki..ki..ki..ki..Lagi pun depa dah bekerja keras siapkan rumah kami ni).
Aku bila masuk dalam tu dah mula mengira-gira dah nak boh apa(dalam arti kata berangan ;-) ) Nak letak apa..ki..i..ki..ki..berangan la pulok..padahal mana siap lagi rumah tu. Mari kawan-kawan kita tengok sikit :-)

( ini ruang makan + dapur )

( ni kalo tak silap bilik tengah.. lampu kena pasang tepi la jawapnye.... )


( bilik air...sebelah tu bilik air jugak )

( ni kamar tidor utama )

(siling ruang tamu )


( pemandangan dari jarak jauh )


( ni anjung rumah...sila abaikan kain kat pangaq tu ye..bukan kami punye :-) )

(ha..ni dari pangangan depan)

Aku bersyukur kepada Tuhan sebab rumah ni hampir siap. Kelmarin pun aku tengok depa dah pasang lampu jalan.  Moga dipermudahkan segala urusan rumah ni..AMIN.

@--sEkAdAr kOnGsI mAkLuMAt--@




Syarat fidyah jika tinggalkan puasa

Ibadah niyabah wajib disempurnakan

Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya. 
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak. 

Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya: 

  • Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada’ puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.
  • Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.
  • Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.
  • Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya. 
  • Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya. 

    Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah. 
  • Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
  • Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama. 
  • Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.
  • Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.
  • Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama. 

    Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada’ puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.

    Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja. 

    Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain.

    Penulis Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • (MUJOQ PUASA DAH SELASAI AKU GANTI ;-) )
  • Dipetik dari BERITA HARIAN ONLINE 
  • Friday, July 13, 2012

    @--Berbuka segera jika alami simptom hipoglisemia--@



    TINGGAL seminggu sahaja lagi umat Islam di negara ini akan mula melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadan.
    Sungguhpun begitu, terdapat golongan yang diberikan kelonggaran daripada melaksanakan ibadat tersebut berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
    Pesakit yang berdepan dengan isu kesihatan seperti kesakitan fizikal, kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal tidak boleh berpuasa dengan cara selamat.
    Salah satu golongan yang diberikan kelonggaran ialah penghidap diabetes. Bergantung kepada peringkat keadaan tertentu, sesetengah penghidap penyakit itu dikhuatiri akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan jika berpuasa.
    Namun, ada segelintir daripada mereka yang tekad mahu melaksanakan kewajipan tersebut tanpa menghiraukan risikonya.
    Masalah yang sering dihadapi oleh pesakit diabetes ketika Ramadan adalah serangan hipoglisemia.
    Menurut Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Pusat Perubatan Sime Darby, Profesor Chan Siew Pheng hipoglisemia merujuk kepada keadaan apabila kandungan glukos berkurangan dalam darah dan berada di bawah paras normal.
    “Ramai pesakit diabetes tetap mahu berpuasa walaupun keadaan mereka sebenarnya tidak mengizinkan. Semuanya kerana mahu memenuhi tuntutan agama.
    “Selaku doktor, kami akan bertanya kepada pesakit sama ada mereka larat untuk berpuasa atau tidak. Ada antara mereka yang meminta pendapat bagi memastikan sama ada keadaan mereka membolehkan mereka berpuasa dengan selamat atau sebaliknya,” katanya.
    Tambahnya, doktor akan cuba membantu supaya pesakit diabetes tersebut dapat berpuasa dengan memberikan panduan dan mengajar mereka cara untuk berpuasa dengan selamat.
    BIARPUN, pengambilan buah kurma disunatkan ketika berbuka puasa namun, bagi pesakit diabetes mereka disaran mengambil dua hingga tiga biji kurma sahaja. - Gambar hiasan
    Siew Pheng menambah, menempuh bulan puasa sebenarnya merupakan satu masalah kepada pesakit diabetes kerana mereka tidak boleh makan dan minum pada siang hari.
    Ia merupakan perubahan besar dalam corak pengambilan makanan, kalori, ketika berbuka puasa sehingga mereka bangun sahur untuk hidangan seterusnya.
    “Jika mereka tidak bangun sahur, tempoh berpuasa mereka lebih lama berbanding orang lain yang berpuasa normal iaitu melebihi 14 jam.
    “Keadaan ini merunsingkan kami kerana tindakan tersebut akan menyebabkan hipoglisemia yang mengundang keadaan kemerosotan glukos dalam darah selain terdedah kepada risiko dehidrasi kerana cuaca di negara ini yang panas,” ujarnya.
    Ujarnya, apa yang menjadi kebimbangan adalah apabila paras glukos dalam darah pesakit diabetes akan jadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.
    Paras glukos yang tinggi mungkin disebabkan salah makan kerana berbuka dengan mengambil banyak minuman dan makanan manis serta lupa mengambil ubat.
    Walaupun seharian berpuasa, pesakit diabetes tidak boleh mengambil gula dalam kuantiti yang banyak.
    Statistik berganda
    Dalam satu Kajian Diabetes Ramadan Epidemiologi 2001 yang melibatkan 12,243 pesakit diabetes di 13 buah negara, 95 peratus pesakit diabetes di Malaysia berpuasa lebih daripada 15 hari. Malah, kebanyakan daripada mereka berpuasa lebih 27 hari walaupun sudah mendapat nasihat doktor tetapi mereka tetap cuba berpuasa.
    “Apabila mereka mengabaikan nasihat yang disarankan doktor, mereka akan mengalami simptom hipoglisemia yang teruk hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
    “Sebelum Ramadan, purata kekerapan episod hipoglisemia yang berlaku ialah 0.4, manakala ketika Ramadan ia meningkat kepada tiga episod hipoglisemia iaitu 7.5 kali ganda daripada hari mereka tidak berpuasa,” jelasnya.

    AMALKAN pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kehidupan seharian anda.


    Salah satu punca hipoglisemia berlaku adalah ia ada kaitan dengan jenis ubat yang diambil oleh pesakit untuk mengawal paras glukos dalam darah.
    Dua jenis ubat yang selalu digunakan di hospital iaitu metformin dan sulfonylurea.
    Metformin yang berfungsi memperbaiki paras glukos dalam darah tanpa merangsang pengeluaran insulin mampu meminimumkan atau tidak mendatangkan risiko hipoglisemia.
    Sulfonylurea pula boleh menyebabkan risiko ketara hingga tercetusnya hipoglisemia kerana ia merangsang pengeluaran insulin selagi berada dalam badan.
    Tukar waktu
    “Jika seseorang pesakit mahu berpuasa, dos ubat yang diambil perlu dikurangkan dan diterbalikkan dosnya.
    “Jika dos pagi, ia perlu diambil ketika berbuka manakala dos malam diambil ketika sahur. Dalam masa yang sama, kita ajar mereka untuk berpuasa dengan selamat.
    “Sejak lima hingga enam tahun lalu, terdapat kelas baharu ubat-ubatan untuk kawalan glukos tanpa episod hipoglisemia iaitu Oral DPP 4 inhibitors untuk pesakit diabetes Jenis 2,” katanya.
    Pesannya, pesakit diabetes yang berpuasa perlu bersedia untuk berbuka jika mengalami simptom-simptom hipoglisemia.
    Antara simptom-simptomnya ialah berpeluh, pening, gelisah, lemah badan, sakit kepala, kabur penglihatan, sentiasa lapar, menggigil, pengsan atau tidak sedarkan diri.

    PESAKIT diabetes perlu mengawal pemakanan mereka ketika bulan Ramadan bagi memastikan kandungan gula dalam badan tidak meningkat mendadak. - Gambar hiasan


    “Kalau mereka teruskan berpuasa juga, mereka akan menghadapi masalah besar. Pesakit yang mengalami hipoglisemia yang teruk akan memberikan tekanan pada jantung.
    “Pesakit yang menghidap sakit jantung dan diabetes, hipoglisemia akan membebankan jantung hingga menyebabkan sakit jantung yang lebih teruk,” jelasnya.
    Jika keadaan hipoglisemia berlarutan, ia mungkin mengakibatkan masalah jantung dan otak yang boleh menyebabkan kehilangan fungsi kognitif otak dan keadaan sawan hingga koma.
    “Periksa paras glukos dalam darah anda beberapa jam selepas berpuasa. Jika bacaannya 3.9 milimol/liter (mmol/l), tolonglah buka puasa.
    “Walaupun anda tidak mengalami sebarang simptom tetapi bacaan paras glukos dalam darah kurang daripada 3.3 mmol/l, segeralah berbuka bagi mengelakkan hipoglisemia yang teruk,” nasihatnya.
    Apa yang penting, pesakit diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa sama ada mereka selamat untuk berpuasa atau tidak. Setiap pesakit mempunyai keperluan yang berbeza.

    ( info ni sudah semestinya untuk diri aku sendiri dan penghidap menyakit sama seperti aku )
    * dalam hati kalo boleh tak mo la berbuka sebab nak ganti satu hal pulok. Yang 7 hari dah sah wajib diganti :-)

    @--TaK TaHu NaK CaKaP ApA--@





    Thursday, July 12, 2012

    @--TeNGaH TeRaPi--@



                                                                           info dari 

    Kelebihan bekerja dengan ikhlas.

    1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
    Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
    2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
    Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
    3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
    Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.
    4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
    Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
    5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
    Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.
    6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan pendirian.
    Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat "lempar batu, sembunyi tangan".
    ~Daku sekarang dalam zon TERAPI DIRI~
    Untuk peringatan kepada DIRIKU, hamba ALLAH yang amat lemah

    ( BiLa la aku dapat beli cd HAFIZ ni)



    @--BaDaN DaH TunJukKaN TaNdA--@


    Lemau sangat la ari ni.  Badan ni rasa macam nak tak sihat je.  Badan dah rasa bisa-bisa, tekak dan telinga dah gatal. Memang tak bermaya lah.  Di tambah pulak dengan kerja yang memaksa ku tidak kenal erti berhenti rehat.  Kelmarin macam-macam dugaan.  Kunci leptop yang aku pasang kat dewan kulaih tiba2 tak jumpa.  Dah masa tu nak pasang pulok kat surau.  Adoi..pi sana..pi sini...cari cara nak selesaikan keja.  Sampai badan dah sakit2 berbisa2. Mujor la bos pun tolong sama. Tq so much.
    Sampai rumah sah 730mlm.  Terus tak toleh mana2 terus masuk dapur masak utk suami yang akan pulan 830mlm.  Pastu tu bekejar nak ke pejabat balik mo kemas barang2 kat surau tadi.Mujur ustas dan adik2 kms yang prihatin dah tolong kemas. Aku cuma angkut je. Aku pulang ke rumah dalam 1030 malam.  Syukur aku selamat pulang. Penat semua hilang bila balik tengok wajah suami yang tercinta. Tapi kesian dia....dok tengok tv solang-solang :-)

    @---TeRSumBat--@



    Julai kembali menjengah lagi...Biasa lah bulan 6,7 dan 8 adalah bulan berjaga-jaga untuk aku sebab bulan yang tertera ni la penyakit nak menyerang..Kita merancang TAPI Tuhan yang tentukan....
    AKU TEWAS JUGA.
    Virus SELSEMA telah tersebar merata-rata. Hidung dah mula mengetat. Dah 3 malam tak dapat lelapkan mata. Makan pun dah tak berapa selera.  Kelmarin pagi tekak pun tak sedap.rasa nak muntah. Makan tak lalu, belasah panadol aktif fast 2 bijik. Terasa pulok nak makan jerok mangga.  Lewat petang baru lunch tu pun makan laksa.  Rasa PAHIT....
    Malan pulak tak larat nak masak. Belikan suami ayam rangka dengan bihun goreng.  AKU? Bertemankan air milo panas.  Rasa nak makan bihun pun 2 sudu je..pas tu tak leh telan la...Suami kata "kursus la lepas ni" sambil sengeh-sengeh.....Aku balas "Perli la tu..ki..ki..ki..ki.." Alah..aku tak ambik hati pun...Aku tau gurau manja gitu.. ;-)
    Malam tadi ada kisah pasal "HERO" kuncing yang kena potong 2 belah kaki sebab hanya mencuri seekor ikan di kedai bukan muslim. Allah..aku bersyukur kerana ENGKAU telah menyelamatkan hero dengan dipertemukan dengan seorang hamba Mu yang sangat MULIA hatinya..Merawat hero hanya dengan menggunakan minyak gamat. Menitis air mata. Boleh tengok 30mint ja. Pastu tak boleh sebab kalo tengok nanti hidong lagi terok tersumbat. Dan tak dapat tido la jawapnya. Kawan-kawan belas kasihan la pada makhluk Allah tak kira la binatang, tumbuhan dll (selagi tidak melanggar syarak Islam)

    (GAMBAR DARI INTERNET. Tersentuh hati sungguh aku tengok gambaq ni)

    Syukur dapat suami yang baik dan memahami aku.  Sentiasa ada di sisi ku susah senang.  Tidor didodoi :-) Tq sayang LOVE U.

    @--NiKmAtI BeRsAmA--@


    Citer ni dah lama sebenarnya. Tapi baru nak upload.  Kejadian ni berlaku pada hari sabtu bulan lepas.  Lama kan?ki..ki..
    Suami aku kena OT ari tu. So, aku lepak la kejap kat member aku CT.  Jalan-jalan teman dia pegi myeg kat KLANG bersama anaknya yang comel itu. :-) Pastu nak gi jalan kat jekal terjalan kat kedai barang-barang bakery. :-)
    Dah selesai suami bekerja kami berdua terus berdating kat JUSCO.  Kebetulan suami dapat volcer POPULAR ngan JUSCO.  Jalan-jalan aku dapat hasilnye..iaitu sehelai seluar poket untuk bekerja.  Kat POPULAR aku dapat pendrive ngan majalah..banyak lagi lah aku beli..TQ SO MUCH sayangku...
    Terlalu la kat kedai ni.Aku pernah cakap kat suami yang aku tak pernah makan kat restoren ni.  Suami ku dengan bebesar hati kata "jom kita try rasa"  Jadi kami oder 1 set makanan dan air. Makanan di kongsi bersama sebab aku dah belasah 2 pinggan mee goreng yang kawan aku masak.

    (tengok....malu la...licin..)

    (alhamdulillah kenyang)

    (ni lah restorannye...korang mesti pernah pi punye)

    (ais lemon tea ku ;-) )

    ( muka orang kenyang ;-)  jeling apa lagi tu sayang?ki..ki..ki..)

    ( nak ayam lagi ke? ki..ki..ki..)

    Syukur alhamdulillah..penantian aku tercapai jugak. Tq sayang melanja ayang mamam walaupun dah belasah makan mee goreng.. Komen aku pada hidangan yang telah selamat kami santap ni...mmmm

    1. Muffin vanila dia..sedap sangat..i like
    2. Ayam = OK
    3. Salat = OK
    4. Air = MANTOP
    6. Nasi = biasa je....

    Nanti kita makan lagi te sayang :-)