Thursday, November 22, 2012

@--KiSaH RaJa BuAh--@





Selamat petang semua...Ni lah akibatnya jika dah lama bercuti...Bila dah mula mengarang tak boleh nak berenti ko... :-)  Kali ni awak nak cerite (lorat perak pulok) pasal seorang penutip doroyan yang berjaya.  Berjaya apa? Ya la..bila masuk dalam dusun tu kita akan ditemani oleh bunyi ayam la, bunyi unggas la, ditemani kerengga la...DAN yang paling setia NYAMUK.  Hanya orang yang betul-betul tahan dan sabo je yang boleh masuk dusun ni tau.  Awak ni sebelum-sebelum ni tahan je masuk dusun. Tapi awak tak tahu la kenape kebelakangan ni awak tak boleh nak masuk dusun.  Kali ni nak tau berapa lama awak tahan dok dalam tu? 5 minit je weh! ki..ki..ki....Last-last awak lepak sorang-sorang dalam kereta menunggu pengutip doroyan yang awak tunjok kat bawah ni..ki..ki..ki..  Mungkin disebabkan musim hujan yang menyebabkan nyamok-nyamok ni suka sangat kat awak yang telah terbukti berdarah manis :-)  Tak pe lah, semua ni ada hikmahnya.  Dek kerana kesabaran suami dan opah mengutipnya dapat la kami semua anak beranak cucu-cicik semua dapat merasa doroyan dan tempoyak opah yang lazat...Terima kasih sayang dan opah.  Tidak dilupa Terima Kasih kepada Tuhan dengan rezeki yang telah dicurahkan kepada kami semua. 




(ni lah hasilnya. baru round 1)


(nah..penoh bonet ni weh!)


(mari-mari pilih-pilih)




(jage-jage tajam duri doroyan tu)


(jangan risau semua..kat depan ada lagi)


(ayam ni la dok teman awak masa dok lepak dalam kereta)


(berlari-lari ayam tu nak kejo awek dia kat seberang jalan)


(tiba masanya...ha.ha.ha.h.ah.a)


(petang-petang gini makan doroyon bawah pondok sedap ni)


Bayangkan ya..pagi pulut durian, tengahari makan durian dan malam kuah durian..Esok pun durian.  ki..ki..ki..Mantop beb.  Nak balik Kl lagi mencabar. Bawak balik hasil dusun dan tempoyak..Masa dah sampai Telok Intan..Hujan pulok....Naik pening kepala awak ni ha....Singgah umah mak sedara suami kat sungai buluh pulok.  Rehatkan kepala yang dah "weng".  Sampai rumah mak dah tak lalu dah nak makan durian.  Itu lah cabaran yang awak dan suami hadapi.  Tapi Durian memang sedap Beb!

@--sPaCe u8--@

Sudah lunch ka belum...Hari ni tak tau la perut masih kenyang lagi.  Pagi tadi pekena nasik goreng dan roti canai (oooppp!roti canai tu hadiah dari che wan sebab dia dah tak larat nak habiskan jadi ceq tolong. Tak baik kan membazir).
Jari ni dok menggila menaip sambil-sambil tu buat la kerja apa yang patut kan...Ni aku nak kongsi sikit pasal satu tempat yang aku pernah jejak baru ni.  Ni gara-gara nak pi bank islam kat bukit jelutong.  Ha...Banknya dalam banguan ni. Space U8.  Best tempat ni...Lapang...Tenang...Tengok bawah tu ade ayo tojun ki..ki..ki..


(yang jom lepak jap kat sini)


(sambil pekena cool blog.  Ni gara-gara cuaca di luar sana yang tak berapa nak menentu.  Suami pilih cokolat blog aku pilih Blueberry Jus..Alhamdulillah lega...rezeki dari Tuhan dapat gak aku merasa kesegarannya)


(duta cool blog. Si Heliza AF tu)


(besaqnya kipas ni yang...Agak-agak kan muat tak pasang kat rumah baru kita? ;-) )


(angin sepoi-sepoi bahasa)


(ni pandangan dari belakang tempat duduk aku dan suami..seronok tengok anak-anak orang main mainan kat situ..sejuk mata dan sejuk hati..Bila kita boleh merasa bawak anak kita main kat sini?)

@--AkTiviTi SeTeLah BeRcuTi LaMa--@



Bersiaran dari Kolej Matrikulasi Selangor...ki..ki..ki..Dimulakan dengan Bismillah...Dah lama cuti lemau la nak buat kerja.  Mujoq la sekarang ni time budak-budak cuti. Tak la bz sangat.  Ditambah pulak dengan berlangsungnya KAKOM 2012 kat Matrikulasi Kedah. Jadi ada la beberapa orang staff yang tak de.  
Aku ditugaskan utuk tutup sius alat baca kad pintar yang berada di beberapa bangunan kat KMS ni.  Mula-mula buat kat makmal komputer la.  Lepas tu sambung buat kat makmal sains.  Sauna juga aku sebab sana mana ada airkon beb! Tapi sekali sekala ok jugak keluaq peloh kan..Begini la kalo jadi juruteknik.  Bersedia menirima apa jua kerja.  Berat ka ringan ka semua kena tanggung.  Ni la cabaran panjat tangga sorang-sorang....Tak pe panjat sorang asalkan utamakan keselamatan anda.  Inn Sha Allah..Tuhan akan bantu kita.  Bermula Bismillah berakhir AlhamDulillah.


(ha! kan ceq dah kata BAHAYA tau kerja ni. Jadi ambik lah insuran sebelum apa-apa berlaku)


(lintas langsung dari pandangan atas tangga)


(menda ni la ceq nak "off")


(uuuu...gayut saye ;-) )

@-- TRiP To BaTu PaHat--@


Tahun ni dua kali aku pergi Batu Pahat, Johor.  Tujuan yang sama iaitu KENDURI KAWEN.  Putera kepada Mak Long dan Pak Long suamiku telah menamatkan zaman bujangnya.  Bebrapa minggu sebelum kenduri berlangsung negara kita sedang dihujani dengan berita banjir yang melanda beberapa kawasan terutama sekali di Batu Pahat.  Aku pun apa lagi cakap la kat suami minta telefon tanya keadaan mereka di sana. Kang tak pasai-pasai terperangkap dalam banjir...Susah jadinya.  
Harinya telah tiba.  Hari sabtu setelah selesai bekerja dek kerana peperiksaan "MUET" aku dan suami pulang lewat ke rumah mak di Shah Alam.  Keesokan paginya baru lah kami sekeluarga berangkat.  Rombongan yang diketuai oleh oleh Mak diikuti dengan Along dan anaknya (Damia Zahra), suamiku selaku supir..ki..ki..dan tak ketinggalan aku.  Dah sampai Batu Pahat, kami singgah ke Pekan Parit Sulong.  Mak nak beli sesuatu kat adik iprnya.  Jadi kami jalan-jalan kat situ...Dalam misi membeli tu, aku sempat merembat sehelai baju yang murah harganya...Tq my love sebab melanja baju untuk i ;-) .  Jalan punya jalan lapaq dan dahaga plak tu.  Pergi la kat satu gerai tepi jalan jual pau.  Tiba-tiba aku ternampak satu makanan yang tak pernah aku jumpa.  Suami aku kata dulu kecik-kecik dia suka makan.  Orang sana panggil mee sipuit.  Mee yang telah digoreng dan dimakan bersama sambal kicap ataupun sambal tumis.  Dalam hati rasa nak. Tapi tu lah, Kuasa Tuhan kan. Suami aku dapat baca isi hati aku ni.  Tak cakap pun dia dah beli....Tq sekali lagi sayang.  
Jam dah pukoi 12 tengahari.  Perut dah bernyanyi. Belasah makan pau dulu.  Sampai rumah pengantin dok sembang dengan sedara mara dulu [astu baru makan. Syukur la rumah mereka dah surut banjirnya.  Tatkala kenyang, sambil menanti pengantin tiba, aku ternampak kelibat seorang wanita. Hati aku kuat berkata yang wanita tu adalah mak kepada kawna baik aku merangkap housemade aku masa kat putrajaya dulu.  Ya!aku rasa tu mak dian la....Tapi apakan daya...Tak sempat nak tahan kerana perasaan was-was dan malu menebal ketika itu membuatkan niat nak menegur tu tebantut.  Lama sunggu aku tak ke rumah depa.   Rasanya nak dekat 3 ke 4 tahun lamanya. Last aku ke sana masa dian nak kawen.  Mak cik izra tak lupa makcik.  Sejak saya ke rumah makcik saya kenai nasik ambeng, tempe, telur pindang dan pisang dan suku goreng dimakan bersama sambal kicap...Hai la izra..pikaiq makan ja...ki..ki..ki....Kenagan tak boleh lupa tengok cara orang Johor kawen,  Best...Sayu tengok bila tengok dian, sayu bila dia dah jadi milik suami.  Nangis bila dah tak duduk dibawah jagaan ayahnya.  Itulah yang perlu kita terima bila dah bergelar isteri.  
Layanan family dian best sangat.  Ramah.  Bila mereka cakap jawa aku mula la buat muka sengeh2 tak faham la katakan.  Lagi satu kagum tengok keluarga besar mereka. Walaupun kerja kebun boleh menyara anak samapai 11 orang.  Melimpah rezeki Allah bagi jika kuat berusaha.
Sampai Shah Alam hantaq mak dulu pastu hantaq along ngan dhia kat PJ dan akhir sekali balik la Banting. Koi 9 malam kami sampai.  Penatnya...tapi Best...Moga ia jadi kenagan yang tak dapat dilupa.

Wednesday, November 21, 2012

@--PeRcUbaAn PeRtAmA--@

Hari selasa lepas adalah hari pertama aku masuk kerja setelah seminggu bercuti.  Pagi-pagi aku telah menerima satu bungkusan yang dah lama aku nanti.  Tiap-tiap hari aku memikirkannya.  Syukur dengan izin Tuhan, barang tersebut telah selamat sampai ke tangan ku.  Dengan lafas Bismisllah aku buka bugkusan dengan penuh kesabaran.  Betapa agung ciptaan Tuhan.  Buah Zuriat atau lebih dikenali buah adam hawa yang berasal dari tanah Mekah telah aku pegang dan lihat secara terus menerus...Allah Huakbar..Betapa gembiranya hambamu ini.  Aku telah membeli buah zurit kembar kerana harganya lebih kurang RM 45 + pos.  Ingatkan nak rasmi terus. Tapi memandangkan nak senang kira jadi aku dah ambik keputusan 1 DIS 2012 aku nak minum buat kali pertama. So, kawan-kawan nanti kan N3 aku seterusnya.  Doakan kejayaan kami suami isteri untuk menimang cahaya mata yang cukup sifat, sempurna soleh dan solehah. Amin.



(   Ni la bungkusannya )


(  Tengok kawan-kawan...Ciptaan Tuhan )


@--IzRa DaTanG LaGi--@




Dah lama tak menghapdate blog tau. Tu la...cuti lama sangat.  Harap maaf ya kawan-kawan semua.  Bila dah sampai kampung tak sempat nak pegang TAB ni ha.  So, sambuang balik berkongsi rasa setelah seminggu bercuti.  Rindu la nak arobik dah lama tak lompat-lompat tau.. :-)

Wednesday, November 14, 2012

@--TrIP tO BoTe, PeRaK--@



Esok pagi aku dan suami dah merancang nak balik kampung bercuti.  Terima kasih rakan sepejabat yang sudi ganti i tau.  Nanti i ganti u pulok ya...U kan nak cuti kawen kan..kan.. ;-)  Lama jugak tak balik bota.  Kali ni kami berdua balik lama sikit memandangkan dah lama tak balik jengok opah.  Rindu dengan opah. Rindu dengan lauk-lauk yang opah masak tau...Khamis hingga Ahad.  Moga perjalanan kami selamat pergi dan selamat balik ke BANTING. AMIN.

@--UsaHa ke-3--@



Sejak dua menjak tiga menjak ni banyak sangat aku tengok iklan ni di dalam pessebook aku.  Lagi pun usia perkahwinan kami nak dekat 3 tahun. Umur ku pun makin meningkat.  Oleh sebeb itu, aku tergerak hati ingin membuat percubaan yang seterusnya bagi mecapai apa yang aku dan suami selama ini impikan iaitu "anak".  Aku pun menyuarakan hasrat ini kepada suami. Allahmdulillah, proposel aku berjaya....ki..ki..ki..!0Q sayang.  Aku pun terus menghantar pesanan melalui inbox penjual itu.  Dan pagi tadi aku terus membuat pembayaran secara online.  Nak tau menda apa...? Ini dia...jeng..jeng..jeng...


(sumber dari internet)

Untuk pengetahuan semua, buah adam hawa ni tak tumboh di Malaysia. Hanyan tumbuh di tanah arab.  Jadi buah ni memang "Hot" la kalao ada yang menjualnya.  Insyaallah, buah ini akan sampai minggu hadapan.  Tuhan ku, aku bermohon pada Mu perkenankan permintaan ku dan suami untuk memiliki zurit soleh dan solehah. AMIN.  Moga usaha ku dan suami berjaya.  Kadang-kadang sayu rasa hati bila tengok kat tv dan juga berjalan-jalan dengan suami.  Seronok tengok sepasang suami isteri berjalan-jalan dan bermain-main dengan anak-anak.  Sejuk mata memandang.  Bahagianya mereka.  Aku juga inginkan kebahagiaan seperti itu.  Kami tak kan putus asa.  :-)





@-- 1 MuHaRaM DeTIk PeRmULaaN --@

~  WASATIYYAH  TONGGAK PERPADUAN UMMAH   ~

Satu Muharram Detik Permulaan


Perkiraan Tahun Islam Hijrah


Perpindahan Nabi dan Umat Islam

Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh


Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu


Rela Berkorban Harta dan Nyawa


Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan


Hijrah Itu Perjuangan


Hijrah Itu Persaudaraan


Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua


Kita Sambut Maal Hijrah


Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman 




Esok semua umat islam akan menyambut Maal Hijrah ke 1434H.   Teringat masa kecik-kecik dulu aku suka sangat ikut bila lagu ini berkukandang di tv.  Walaupun pada usia yang amat muda (rasanya masa tu masih tadika) aku ikut nyanyi walaupun tak tahu apa maksudnya.  Bila dah menigkat dewasa baru aku mengerti maksud disebalik lagu ini.  Memang rentak muziknya membangkitkan semangat kita.
So, sempena kita semua umat islam menyambut 1 Muharam ni, marilah kita sama-sama berHIJRAH ke satu tahap yang TERBAIK demi syiar ISLAM.  Jadikan tahun baru ni adalah tahun kecemerlangan kita di dunia dan juga akhirat.  

WASSALAM

@--MaRi JaLiNgKa UkWaH--@

Assalammualaikum.  Salam 1 Malaysia.  Minggu lepas aku ada membaca blog rakan sepejabat pasal rakannya blognya ada buat satu segment tau...Bila aku belek-belek, tengok-tengok dan kaji-kaji...mmm..menarik juga idea saudara kita ni.  Memang niat yang baik untuk tingkatkan jalinan ukwah antara sesama blogger ni.. Aku ni tak la mahir berblog. Tapi apa yang dilakukan oleh saudari ni aku sambut baik lah kan...Mari kawan-kawan kita sama-sama join blogger ni. :-) Kepada saudari blogger http://beautyshinju.blogspot.com/ SaLaM PerKenalan DaRi ku...HaRap dapat menerima aku yang tak berberapa nak mahir berblog ni ya...Mari kita sama-sama kongsi ilmu pengetahuan ya.


Jom kawan-kawan kita join kawan kita ni

:-)

Friday, November 09, 2012

@--SaLaM JuMaaT--@



~ S A L A M   J U M A A T  ~




Hari jumaat yang ini ni..salah satu perkara sunat dilakukan adalah memotong kuku...Jadi hampa semua dah putong kuku ke?  Mari kita kongsi-kongsikan bersama ya. Kita semua pasti ada yang tak sedar atau tak tahu pasal cara nak potong kuku.  Terus terang aku mengaku yang aku tak tahu yang sebenarnya nak potong kuku ni ada cara yang tersendiri dan boleh MENJANA PAHALA :-) Sunnah Nabi kan....mesti la mo ikut...kan...kan...Perkara ni pernah diberitahu oleh suami ku satu ketika dahulu.  Masa tu dia sedang potong kuku..Memang dah jadi kebiasaan suami pagi-pagi sebelum berangkat pergi kerja (di hari Jumaat) dia akan potong kuku dulu.  Kalo tak sempat malam baru dia potong.  Ha...pada masa tu lah suami berpesan-pesan kepada isterinya yang selama ni nak potong kuku main sedap jari je.....malu.....Tapi ucapan terima kasih banyak kepada suami.  Tu lah peranan suami iaitu mendidik isteri dan anak-anak :-)
So, lepas ni mari kita sama-sama ikut apa yang telah disunnahkan oleh Nabi junjungan kita....

Thursday, November 08, 2012

@--MeNaNti DaN TeRUs MeNaNtI--@




~ S a L a M   S a T u   M a L a Y s I a ~

Mmmmm..semenjak dua menjak tiga menjak ni selalu sangat berpikir..Tak tahu lah...Mungkin sebab usia perkahwinan pun dah cecah 2 tahun plus-plus kan...Baru-baru ni masa shoping kat Giant Banting, ada la sorang abang ni jual produk untuk kanak-kanak.  Dengan tidak disangka-sangka abang tu mengegur "Dik ada anak tak umor 5 tahun?" sambil senyum. Tiba-tiba sentap hati ku ini.  Dia tanya lagi sekali kat suami. "Ada anak tak dik?" Masa tu hati aku dah menagis.....Petir semua dah sabung menyabung....Tapi tabik spring la kat suami tercinta...dia cool je....Tapi dalam hati dia mana ceq tau kan..ki..ki..ki...
Bila abang tu dah jauh cikit terus aku cakap depan suami "Kita jalan tak bawak budak dah sah-sah la tak de anak lagi....". Suamiku diam tak kata apa.....Tabahnya suami aku ni...Sayang kamu.....Tu lah..kadang-kadang aku kental dan dapat terima soalan-soalan cepu mas ni....Cuma hari tu je tersentap sikit...Maafkan saya abang promoter...Saya tahu anda nak berniaga...Tapi kadang-kadang kena la prihatin sikit dengan orang sekeliling anda....ya....
Tuhan....perkenankan lah doa hamba Mu ini. Kurniakan lah rumah tangga ku dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, sihat serta sempurna tubuh badan. Agar dapat mereka menjadi hamba Mu yang dapat berbakti kepada Ibu Bapa, Agama, Bangsa dan Negara...Amin...
Selagi aku masih bernafas di bumi Tuhan ni..aku tak akan putus asa...Berdoa dan berusaha demi mencapai matlamat yang aku dan suami impikan.....  :-)