- Objektif
- Rasional
- Mesej Pemakanan Semasa Ramadhan
- Mesej Pemakanan Semasa Hari Raya
Untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan  makan secara sihat semasa bulan Ramadhan dan Hari Raya.
Amalan  makan secara sihat perlu diamalkan sepanjang   masa termasuk di bulan  Ramadhan dan ketika menyambut Hari Raya. Amalan  ini  kadang kala  diketepikan semasa berbuka puasa kerana memenuhi  tuntutan nafsu  makan  setelah seharian berpuasa. Begitu juga ketika  berhari raya, kita akan   makan sepuasnya atas alasan telah berpuasa  selama sebulan. Oleh itu,  mesej-mesej  yang ingin disampaikan meliputi  beberapa panduan ringkas  bagi meningkatkan  amalan makan secara sihat  ketika berpuasa dan semasa  menyambut hari raya.
| 
Bahasa Malaysia | ||
| Mesej 1 Hadkan minuman manis ketika berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. | ||
| Mesej 2 Gantikan kuih dengan buah-buahan semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. | ||
| Mesej 3 Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan kuih dan pengat. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. | ||
| Mesej 4 Hadkan hanya satu masakan bersantan atau bergoreng semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. | ||
| Mesej 5 Kurangkan minyak ketika menggoreng nasi, mi, mihun dan kuetiau. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. | ||
| Mesej 6 Buang minyak berlebihan dalam kari, sambal tumis dan masakan goreng berlada. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. | ||
| Mesej 7 Elakkan daripada mengambil telur masin dan ikan masin setiap hari. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramdhan. | ||
| Mesej 8 Elakkan makanan dan minuman yang disedia menggunakan pewarna tiruan. | 
| 
B.M | |||
| Mesej 1 Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek raya. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. | |||
| Mesej 2 Hidangkan air kosong dan elakkan menghidang minuman berkarbonat. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. | |||
| Mesej 3 Pilih air kurang manis atau air kosong sebagai pilihan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. | |||
| Mesej 4 Sediakan buah-buahan setiap kali menghidang makanan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. | |||
| Mesej 5 Kawal pengambilan makanan anda, makan ikut keperluan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. | |||
| Mesej 6 Kurangkan menghidang makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. | |||
| Mesej 7 Pastikan sayur disediakan bersama hidangan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. | |||
| Mesej 8 Hadkan pengambilan biskut, kek dan kuih raya untuk mengawal pengambilan kalori harian. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. | |||
| Mesej 9 Awasi berat badan anda. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. | 
 
No comments:
Post a Comment