Tuesday, June 26, 2012

@--Aktiviti Di HaRi LaHir SuaMi--@


15 JUN 2012

SELAMAT HARI LAHIR SUAMI KU....

Tiada apa yang dapat ku beri melainkan doa, kasih sayang serta menjaga segala keperluan hidupmu agar sentiasa sihat dan hidup bahagia disampingku.  Hari ni hari lahir suami ku yang ke...29tahun...Eh....same la..ki..ki..ki..buat-buat terkejut...padahal memang kami berdua ni sebaya :-)

Seperti biasa kalo 15 Jun ni aku akan pastikan yang aku akan cuti pada hari tu.  Bukan apa...tak de hadiah yang dapat aku bagi melainkan buat apa yang aku mampu je.... So, tahun lepas aku tak engat apa yang aku buat kat suami. TAPI tahun ni aku dah rancang nak masak sedap-sedap kat suami...Nak masak apa ya...Nasik kuning dah buat masa birthday aku ari tu.  Takkan nak masak lagi. Ha! apa kata cuba masak Nasik Ayam....Aku tak pernah hidang lagi kat suami aku.  Bahan-bahan nak masak tu aku dan sediakan 2 hari lebih awal.   Mari kita lihat apa bahan-bahan yang aku boh :-

Ayam direbus - aku rebus 6 ketul je sebab menu ni utk 2 orang makan je :-)
Bahan Untuk Nasi
2 pot beras ( aku pakai beras taj mahal)
4 pot air rebusan ayam
rempah 4 sekawan
duan pandan 1 helai (bagi wangi)
2 batang serai
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar marjerin
( semua bahan ni aku masukkan sekali dalam periuk nasi keren tu.  Senang tekan dan masak ;-) )

Bahan SUP
1 sudu besar rempah sup cap mak siti
5 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang
2 inci halia
garam dan gula secukup rasa
dan daun bawang dan daun sup

Bahan untuk AYAM
2 ulas bawang putih
2 ulas bawan merah
(ditumbuk halus)
Kicap pekat
Kicap Manis
Madu
Marjerin
( semua bahan ni diperap bersama-sama ayam yang kita dah rebus.  Lagi lama peram lagi sedap.  Ayam-ayam ni aku goreng menggunakan minyak hingga tenggelam ayam tu. )

*sori la aku tak sempat nak snep gamba sebab kusyuk masak. Bukan apa takut-takut tak menjadi nasik ayam ni :-)

Aku halo-halo sama birthday boy. "Abang balik awal hari ni". Waduh...waduh...aku kena cepatkan pergerakkan aku ni....Syukur kepada Tuhan kerana kau berjaya siapkan semuanya sebelum suami sampai rumah. Aku sambut suami pulang macam biasa.  Lepas dia solat maghrib tu aku hidang yang mana patut dulu..."JANGAN BUKA TUDONG SAJU TU SELAGI TAK TERIMA ISYARAT :-) " Tapi bila aku angkat je nasi mmmmm..suami aku dah dapat teka yang aku masakkan nasi ayam untuk dia malam tu.  Aaaallla....tak suspen la cam tu.....ki..ki..ki...Syukur kepada Tuhan yang aku dijodohkan dengan suami yang amat baik hati.  Sejuk hati bila tengok suami makan dengan penuh berselera dan sambil makan tu diucapkan terima kasih...rasa syukur dan gembira sangat....Itu lah aktiviti pada birthday suami aku tahun ni...Sekali lagi selamat ulang tahun sayang i love u..

*menu ni dah jadi menu sajian untuk kawan suami ku yang datang ke rumah baru-baru ini.

No comments: