Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia Semua..............
Apa kabar semua? Harapnya semua kawan-kawan sihat di mana jua kalian berada. Untuk ruangan kali ni ceq nak kongsi la dengan kawan-kawan semua pasal apa yang ceq tanam kat laman rumah (rumah sewa) ceq ni. :-)
Semenjak dua menajak ni aku ni semangat sikit nak BERKEBUN. Ni lah hasilnya kawan-kawan...Tapi aku masih menunggu hasilnya :-) Banyak kali jugak le aku ulang-alik ke kedai jual bunga beli tanah campur, polibag dan lain-lain lagi. Punya semangat nak berkebun sampai alat kebun aku patah dibuatnye...Kena beli baru jawapnye...
(ha...sinilah lokasi pertama pokok rozzel dan cili)
(ni lokasi ke dua)
(pokok ni aku tak tau nama dia tapi kegunaan dia boleh buat ulam atau rebus. Baik untuk penghidap kencing manis)
(ha..pokok kasturi ni ada kisah sebelum aku membelinya- dek kerana bila nak pakai limau tak de baik ceq tanam kat umah kan. Nak pakai nah! petik je :-) )
(Ini Rozzel namanya - benih pokok ni kawan ceq yang bagi. Tak sabaq nak tengok dia membesaq)
(syukur..sejuk mataku memandang mereka membesaq)
(ok...beratoq semua)
(pokok cili ni aku rasa risau sikit...macam merajuk je...ari tu semai di pasu panjang lambat nak alih dia dalam polibag..sori ya sayang.....tak sengaja)
(pokok pandan ni asalnye dari bote perak. banyak berjasa ni...bukan stakat untuk masak...dalam bilik pun aku guna daun pandan ni..tapi aku ni dah tau tau cam ne nak suburkan lagi pandan ni....sapa ada idea??)
(pokok kunyit yang telah diserang seranggan perosak..abis daunnye..)
(Nama saye lengkuas)
(daun bawang yang tah la tak tau nak cakap ape..ki..ki..ki..)
(macam mana tak nak bagi pokok ni cam ni..Nak bagi nampak segar..Baja dah buboh.....)
(ni pokok hiasa.tapi aku try tanam kat tanah)
(sirih melilit di pagaq)
(pegaga untuk buat ulam)
Kebanyakan pokok kali ini aku kitar semua barang terpakai. Kain baju yang dah tak boleh pakai aku guna untuk lapik lubang pasu. Jadi tak perlu cari batu ke ape ke. Projek lepas ni nak try tanam pokok buah delima pulok..Harap-harap menjadi la yek :-) Setakat ni lah aku membebel yek..Nanti ceq sambung lagi kita tengok hasilnya.
2 comments:
kak pokok pandan kena hidup atas tanah yg luas. So klu nak membesar dgn sihat kena la alih tempatnya dan tempat yg berair.
akk ada try ambik sikit pokok kat situ pastu tanam dalam polibag siap takungkan air kat bawah bontot tetapi pokoknya tak mo jugak segar.....dia makin kuning... mmmmm.... :-)
Post a Comment