Monday, October 29, 2012

@--SeRuAn Mu TUHAN ku--@


Hari-hari tengok liputan jemaah haji di Mekah...rasa seronok sangat dan rasa nak sangat ke sana.  Nak merasa bumi Mekah dan ingin dekatkan lagi diri ku yang kerdil ini dengan Maha Pencipta.  Aku ingin bertemu Mu Ya Tuhan ku.  Tahun ni tak tertunai lagi hajat nak buat korban..Tak pe lah, Tahun depan kumpul duit awai-awai na.



(Gambar hiasa)




(gambar hiasa)

Tahun ni Ibu dan Abah akan datang beraya bersama-sama anak-anak mereka yang berada di perantauan ni :-)
Rasanya belum terlambat ceq nak ucapkan SALAM AIDIL ADHA kepada semua umah Islam seluruh dunia.


Hari Pra Aidil Adha:  Aku mengambil kesempatan untuk menunaikan puasa sunat.  Alhamdulillah berjalan lancar.  Menu berbuka nak tau tak...ceq dah rasmi rendang tau....Aku buat rendang ayam...

Hari Yang di Nanti:  Pagi tu solat Aidil Adha di Surau rumah mak mertua.  Ibadah korban berjalan pada hari tersebut juga. Awai depa korban sebab tengahari tu nak solat jumaat pulok.  Biasa la menu gotong royong sup tulang paling digemari.  Punya ramai nasik abis.Jadi aku dan kak ipaq mana nasik impit lah :-)  Pastu shoping ke Giant beli barang nak masak.  Lepak sambil makan aiskrim

Hari yang ke 2:  Pagi tu siapkan sarapan pagi.  Mak mertua kena pi masjid bantu orang kat sana buat korban.  Pastu sediakan bahan-bahan untuk buat rendang Hitam.  Suami ajak buat sauna. Kami pi bertiga...Wah..best gile..segar je badan tau...Ringan je rasa badan ni....Nanti ada rezeki nak buat lagi lah...

Malam tu dapat jemputan dinner dari mak busu kat Bukit Jelutung.  Nak ambik kain untuk buat baju kenduri anaknya nanti.  Malam tu lewat jugak tido sebab aku dan suami bermalam di rumah adik.  Bestnya dapat berbual dengan ahli keluarga ku..Oh! lupa raya haji tahun ni family ku datang beraya kat KL. :-)  Esoknya aku dan adik ke pasar beli barang nak masak lauk tengahari.  Buat sup tulang daging korban dan daging goreng.  hA...LICIN....ki..ki..Dalam jam 2.30 petang family ku berangkat pulang ke SP.  Rasa tak puas pulok..Tapi best ar leh masak dengan ibu.. :-) LOVE IBU SO MUCH

No comments: