Thursday, June 07, 2012

@--Rombongan ke Raub--@

3/6/2012

Pada tarikh ini aku telah mengikuti rombongan perkahwinan sepupu suami tercinta. 5 bijik kerete semunya.  Rombogan bermula dari shah alam (2 buji dari bota, perak + kerata suamiku) berhenti di Bukit Tinggi 
(2 bijik kereta -saudara sebelah pak yang).  Kami semua sampai di rumah abg pengantin perempuan jam 4.00 petang. Kami sampai di rumah pengantin jam 5.00 petang.  


(yang pakai songkok tu lah pengantinnye)




(moh kite gerak)




(opah selaku ketua rombongan)

(berseri2 kakak pengantin ni :-) )

(ha..dah sampai)


(ni ke rumahnye nenek?- mia bertanya sambil gigit jarinye)



(ikram yang baru bangun tido)


(ok pakat-pakat cari pot)

(jadi ini lah ye pengantinnye dan tok kadinya)

(relex bro ;-) )






Syukur seletah 1 kali percubaan dan 2 x lafas maka mereka berdua telah selamat disatukan ;-)

(ni la pengantin perempuannya)





Dah selesai makan dalam pukoi 7 malam kami berangkat dari rumah pengantin.  Wan dan isteri, Selamat Pengantin Baru. Moga kekal ke akhir hayat. AMIN.  

Tuesday, June 05, 2012

@--Menu CuBa-CuBa 1--@

4/6/2012

Cepat masa berlalu kan...dah bulan 6..Bulan 7 dah nak mula puasa.  Aku sekarang masih tengah usaha nak habiskan puasa ku ini.  Aku memang dari dulu lagi suka sangatg ganti last2 minit ni. Aku rasakan kadang-kadang kalo ganti last-last ni perut aku tak la terkejut sangat nak start berpuasa.
     Hari ni aku terasa nak cuba sesuatu yang baru menu berbuka.  Tapi sori la tak sempat nak snap gambaq.ki..ki..ki...Aku nak kongsi sikit kot-kot la ada kawan-kawan yang ada minat sama cam aku. Reka resepi-resepi ni..ki..ki..Tapi kalo tak sedap dan tak penuhi citarasa..

BUBUR OATKU

5 sudu besar   OAT
* 1/2 sudu kecil halba
* 1/2 labu bawang besar dimayang
* 1 mangkuk santan (kalo nak lemak lagi tambah la ye)
* 1 inci halia diketuk sedikit
* 1 ekor ikan kembung  direbus dan diambil isinya serta dilerai-lerai isinya
   (pakai ikan sardin pun tak pe) bukan ikan sardn ayam brand ;-)
* 2 batang serai (diketok sedikit)
sedikit biji lada hitam
garam secukup rasa
sedikit gula jika mahu

BAHAN TABURAN

ikan bilik goreng
daun bawang
daun sup
bawang goreng jika mahu

Cara Masak:
Masukkan bahan yang bertanda *.  Masak sehingga mendidih dengan suhu api yang kecil supaya santa tidak naik kepala.  Kacau tanpa henti.  Setelah mendidih masukkan OAT SEGERA.  Kacau hingga rata dan terus tutup api.

SELAMAT MENCUBA


Tapi aku agak kaciwa la cikit sebab oat aku ni termasin la pulok.  Tapi makan je lah...ki..ki...Kepada yang nak mencuba tu..hati-hati bila boh garam ya... :-)

Monday, May 28, 2012

@--HaRi Pendaftaran Pelajar MaTrikulasi sesi 2012--@



28/5/2012

Hari yang amat sibuk kalo cakap pasal pendaftaran pelajar ni....Berhari-hari persiapannya.  Pendaftaran sehari je :-) Walaupun bz tapi demi adik-adik yang baru nak kenal hidup dunia luaq ni..Akak berkorban jiwa dan raga..ha.h.a.ha.h.  Gambaq di bawah ni adalah pelajar wanita pertama yang daftar..Kira no. giliran dia 0001. 


( nampakkan  laptop tu...ha...menda2 ni la kena diperhati )

( adik ni pelajar lelaki pertama )

Macam-macam kerenah la kita dapat tengok masa hari macam ni....Penat...Jauh nak berjalan bawak barang dll.  Tapi bila dikenang balik...mmmkadang2 best jugak yek ;-)  So, kepada adik2..belajaq rajin2 tau....Berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.

@--DaRahku DiaMbil--@

22/5/2012

Hari ni aku cepat-cepat ke klinik Kg. Bandar.  No. ke 5 aku dapat. Dari rumah 7.45 pg pun dpt no. 5 yek :-).
Syukur tak yah tunggu lama untuk daftar ari ni.  Selalu kalo datang chek kencing manis mak ai...punya la kematu bontot ku nak menati nama dipanggil. Lebih dari 30 mint.  
Akk kaunter tu tanya "datang hari ni nak buat ape ye? Nak ambil ubat ke?"
Aku dengan lembut dan sopan jawap "saya kena datang pd hari kedua semasa pyot dan hari ke 21 lepas pyot."  Akk kauter tu muka cam tak percaya apa yang aku cakap.Aku mintak dia cari maklumat dalam fail hijau aku tu...Ha!kan dan jumpa :-)  Aku pun tak tau la kenapa doktor suruh aku buat cam tu.  Yang pastinya aku pernah bg tahu doktor yang aku hampir dua tahun berusaha untuk dapatkan zuriat.  Jadi ini adalah salah satu cara doktor tu nak bantu aku.  Jadi aku terima segala arahan doktor.  :-) Moga-moga usaha aku berjaya..Amin
Selang 5 minit nama aku dipanggil masuk dalam bilik. Ha!kena soal lagi..kali kedua aku jawap menda yang sama.Doktor yang suroh aku datang ambik darah untuk diuji.  Part ambik darah yang paling aku lemah ni.  Asal nak cari urat je susah.  Maklumla urat darah halus.  Kali pertama misi pempuan. Sebelum tu dia tny la "ada pernah pergi urut ke?" Aku jawap ya. "Sekarang ni pun tengah dalam tritment mengurut" Misi tu tny lagi "ada pergi ke Darul Syifa tak mintak air penawar ke?" aku jawap :setakat ni belum lagi"  Misi tu menyatakan kepada ku yang dia pernah ke Darul Syifa kat Bangi tu....MMMM..menarik...Aku memang sangat2 berhajat nak ke Darul Syifa Bangi tu. Tapi masih tak berkesempatan lagi.  Insyaallah akan aku ikhtiarkan demi masa depan keluargaku :-) Misi tu kata juga "urat tak jumpa ni..Ni mesti tak banyak buat kerja. Dok depan pc je".mmmm Sabo je la......Hanya Tuhan je yang tahu....tak semestinya urat aku susah nak jumpa aku ni tak buat apa2 kerja...key?
Back to the story. Kali 1 gagal kena lagi kali ke 2. Yang ni misi lelaki pulok..Mujoq la dia jumpa urat kat tangan aku ni ha....Senang je dia cari berbanting dari tu banyak kali jugak dia cari tak jumpa.Syukur sekejap ja ambil darah ari ni....dalam 45 minit je.....Boleh terus balik pejabat dan sambung kerja :-)


(Gambar Hiasan)

@--CeriTa HaL KuRsus--@

Ari sampai ke Kolej Matrikulasi Kedah (Chanlun) awai la jugak.  Aku ngan Ikmal nak sampai sana awai sebab mana la tau dapat bilik yang ok kan....Sampai sana tengok nama aku tak de...ALAMAK!tak maklum kat orang bahagian la tu yang aku kena ganti orang.Lelaki pulok tu..Makanya ada masalah masa pendaftaran penginapan...mmmmm..sabaq je lah....Nasib aku..dah la ganti orang jadi cam ni plak.Mujoq la kakitangan KMK sudi melayan aku dengan penuh sabaq dan dedikasi. Aku puji layanan depa. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KMK.  Aku dan ikmal dibawa ke kediaman masing-masing oleh PPTM KMK yang baik hati.  Sampai di rumah dah ada yang dah sampai.  Ha...nak tau sapa..? PPTM Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang.  Wanie. Dia datang bersama juruteknik dia ( + isteri da anak).  Mujoq la ada teman dalam rumah tu.
  Malam tu kami dibawa makan di sebuah restoran namanya anjung.  Time ni la sesi ramah mesra bermula. Dapat la aku kenai orang yg selalu nampak tapi tak pernah tegok sapa..ki..ki..ki..Pekena la nasik goreng USA dan Teh o Ais...Tidor malam pertama kat KMK agak merosot. Maklumla berubah tempat tido.  Panas berkuap...Nak hujan la tu.. :-) Dalam rumah tu tak de Tv jadi aku layan la filem kat dalam laptop aku ni...Syukur Tuhan...

14-16/5/2012

Awalnya aku bangun pagi ni...ki..ki..ki..Semangat ka atau sebaliknya...ha.h.ah.a Pagi kami disajikan dengan sarapan yang lazat.  Ada majlis perasmian dulu kat dewan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Matikulasi Malaysia dan Pengarah KMK.  Wah....ramainya orang :-) Time ni la ambik peluang nak kenai2 kawan sengkatan kan....Jumpa la ngan kawan lama aku Fareza. Dan sembang2 sat.  Dah tu minum lagi...Pastu baru bermula pengenalan mengenai PHP.  Best la pensyarah yang ajaq kali ni.  Berbeza sangat dari pengajar dari kolej komuniti ari tu...Walau pelbagai masalah kami timbulkan, besaq atau pun kecik dia tetap tersenyum dan sabaq mengajaq kami.  Tima kasih kasih cikgu. :-) Sebenarnya cikgu yang mengajaq kami ni pensyarah di KMK ni. Kalo tak silap fizik kot. Tapi tabik spring la kat pensyarah ni. agak banyak jugak sistem yg dia dah buat utk KMK.  Hari Rabu disebabkan semua dah fening-fening buat sistem...kami semua pakat ramai-ramai pi PADANG BESAQ, PERLIS.  Best la dapat pi sana dengan kawan2 terutama sekali dengan FAREZA...lama tak jumpa dia.  Aku mcam biasa beli kicen kat kawan2 pejabat ngan makanan sikit utk yang tersayang. ;-) Kenangan yang terindah la bila dapat ke sana.  Dapat jumpa kawan2 sepenjawat dan juga jumpa kawan satu sekolah teknik dulu..ha.h.a.h.a.. Keciknya dunia ni... :-)

( Ni la cikgunya....sori saya dok belakang )

( zoom dekat punye )


( demo cikit sistem kami )


( ni urusetia Cik Wan )



Friday, May 11, 2012

@--Ku MenGhiTuNg--@

Ulang Tahun PerKahwinan Ku pada Tahun Ini

Daisypath Anniversary tickers

Sekarang sudah bulan 5 sudah......Bulan 6 nak dekat dah...Birthday aku ngan darling ku dan juga ulang tahun perkahwinan kami...mmmmm..nak bagi ape yang kat darling ni...fenign2.......Tapi cam ada terpk nak beli apa...nak tau...ha......tunggu entry aku yang akan datang :-)

@--Hujung Minggu yang Menarik--@

5/5/2012


Buat pertama kalinya suami ku mengajak ku shoping ikan berdekatan dengan jambatan kat Pulau Carry.  Ternyata ramai la orang kat situ.  Ikannya murah2...Aku beli ikan dalam 5 jenis dan sotong harganya baru RM 25.00.  Pas ni boleh pi beli lagi la ni :-)  Bawak balik sikit kat mak untuk stok lauk, tak perlu la mak kena pegi ke pasar beli lauk.  Aku terkejut tengok ikan yu yang banyak dalam tong tu....pertama kali tengok secara langsung. :-)
  Sampai rumah mak, aku menjalankan tanggungjawap aku masak utk suami dan keluarga.  Ala,,,masak campak2 je.  Ikan goreng, sotong masak kicap ngan sayor ye.  Malam pulak lepas masak,solat semua aku dan darlingku gi beli hadiah untuk kawan ku kak siti yang telah selamat bersalin kat hospital putarjaya.  Setelah tu....ha..misi yang dinanti dan digeruni. Nak tau apa? ha...tengok ni


FOOT REFLEXOLOGY

Aku dan suami sama2 urut kaki.  Suami aku memang dah biasa urut kaki kat uptown shah amal ni.  Aku je first time...RM 30 hengget 30 minit.  PeH! ikut hati nak menjerit aku..Urat kaki kaki aku ni dah tegang sangat...tapak kaki pun sama.  Dah rasa macam bengkak pun ada.

@--HaI..KuRsuS PuLok--@



Syukur alhamdulillah. Hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup di bumi-Nya.  Celik2 mata je..cuaca macam nak hujan je...Suami ku hari ni pi ekrja bawak kereta sebab ada urusan katanya tengahari ini. Jadi kena siapkan suami lebih awai lah. :-)
     Malam tadi punya la malas nak kemas-kemas baju sebab kena kursus kat Kolej Matrikulasi Kedah (Changlon) minggu depan.  Alang-alang dah kursus kat kedah, aku dan suami mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman yang agak lama tak balik....Rindunya pada ibu dan abah.  Mujoq la bulan ni ada sambutan hari ibu. Nak buat suprice sikit kat ibu :-) . Dah la ari tu lupa nak wish birthday...Soli ibu, anak mu ini betol2 terlupa.....Bz sangat sampai terlajak bulan 5 baru ingat yang birthday ibu dab lepas. ki..ki..ki..
  Berbalik pada cerita asal.  Kursus PHP MYSQL ni aku dah ambik tahun lepas..  Tapi tak pe lah tahun ambik lagi.  Lagi pun ilmu....Aku menggantikan kawan sepejabat.  Aku ngan ikmal pi mengangtikan kawan masing2..ki..ki..ki..Elok la ikmal balik penang, aku balik kedah. ;-)  Ari Isnin sampai hari rabu kursusnya...Moga kami dilindungi ALLAH dan selamat sampai ke distinasi.

Monday, May 07, 2012

@--AmAnAh ALLAH YaNg LaHiR Ke DuNiA--@



NUR AIN SYUHADA



@~Syuhada....Acik Izra datang tengok Syuhada ni...Pandai dia pozing :-) ~@


@~ amboi dia...pozing istimewa untuk acik izra ngan acik pie~@


Ni anak kepada kawan ku kak siti rabihah zaimi. Kak Siti ni bersalin kat hospital putrajaya..Ni anak ke 3...Ha..yang dua lagi pun perempuan....Aku ni rapat sangat ngan anak2 dia terutama sekali yang sulong..Nurul Iman Najwa..Kalo lama tak jumpa sampai termimpi2 la teringat kat dia..ki..ki..ki...Tahniah daku ucapkan kepada kak siti sekeluarga. Moga Nur Ain Syuhada jadi anak yang solehan berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. AMIN

Friday, May 04, 2012

@--CuTi Hari Pekerja--@

1 MAY 2012

Alhamdulillah syukur aku masih bernafas lagi di bumi TUHAN ini.  Pada hari selasa lepas yek....(sebab update blog lambat sangat) maka semua manusia yang berkerja secara sah ya..ki..ki..tak kira sektor awam atau swasta menyambut HARI PEKERJA.  Sudah semestinya cuti lah ari tu...Di kesempatan ni ceq nak ucapkan selamat hari pekerja TERUTAMA pada diriku sendiri..ki..ki.. ke-2 kepada SUAMI ku dan yang ke-3 kepada kaum keluarga ku yang masih bekerja.  Tak lupa juga kepada Ibu (walaupun dah pencen) tapi masih bekerja di rumah...ya la menguruskan Hal ehwal, makan, pakai suami tersayang ;-)

Nak imbas sikit la pasal kerja ni...Rupanya dah lama aku kerja ya...dan banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku kerja. SUKA & DUKA...tak lupa juga PENGALAMAN yang amat berharga.
Kita flash back cikit na:

Pertama kali bekerja yang mendapat gaji..ki..ki..ki..

TAHUN 2003- Pekerja Khidmat Singkat kat Bahagian Teknologi Maklumat (MOSTI)
                         Best keja sini. Lama jugak aku kerja kat sana..Yang best tu dapat gaji Penolong Pegawai 
                         Teknologi Maklumat
                          ;-)
TAHUN 2006 - Cari kerja lain sebab tempat aku telah diisi dengan pegawai tetap :-(
                          Cari kerja lain la jawapnya.
                          Sehari kerja jadi SALEGIRL.  A..la..yang jual barang-barang dari meja ke meja, pintu ke      
                          pintu tu..
                          Pastu dapat kerja kat syarikat logistik. Tu pun kejap gak.....Sebab tak tahan. Gaji ciput,  
                          kena buat 2-3 kerja. Bayar gaji 1 je. 
                         Syukur kepada ALLAH kerana aku telah diterima bekerja di KEM. Pembangungan 
                         Usahawan dan Koperasi (MECD). Pekerja Khidmat SIngakat. Ha..kat sini aku buat 
                         kerja2 perkeranian.  
TAHUN 2008 - Syukur aku telah diterima menjadi pekerja TETAP di SURUHANJAYA KOPERASI 
                          MALAYSIA Daerah Jerantut sebagai Pembantu Tadbir (P/O). 
               2009 - diarahkan bertukar ke SKM NEGERI.
TAHUN 2009- SYUKUR sangat...Aku telah berjaya menjawat jawatan sekarang ni...Sebagai 
                         JURUTEKNIK KOMPITER di Sekolah Kebangsaan King Edward 1 di TAIPING.
TAHUN 2010  -  Aku telah berpindah ke KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR.

Banyak betoi kenagan aku pasai cari kerja dan perjalanan hidup masa kerja....Abah tu selalu cakap dalam anak-anak abah aku sorang je banyak sangat tukaq kerja..Adik beradik lain cepat je dapat kerja tetap. Nak buat macam mana abah, itu yang TUHAN bagi.Syukur sangat.  Sekarang hidup ku dah sempurna.  TUHAN BERKATILAH REZEKI YANG AKU TERIMA INI.  TINGKATKAN LAH SEMANGAT KU UNTUK TERUS BEKERJA SERTA TINGKATKAN PRODUKTIVITI KU.


(GambaR Hiasa- Sumber INTENER)

Sedapkan gambo kat bawah ni..Ha..ni lah Char K'teow ABG PIE ;-)  Kebetulan hari cuti yang baik ni suami kesayang ku pergi memancing dengan kawan dia.  Jadi dari tak masak lebihan udang tu baik aku buat masak kan..kan....Ni lah hasilnya.....TQ sayang....Yang best aku bekalkan suami ku dengan nasik minyak buat makan masa memancing...Cian kang..Situ mana ada kedai2.. :-)



Thursday, April 26, 2012

@--Laqsa JAngguih--@



Tima kasih la pada opismate ku (ikmal) sebab tolong belikan kuah Laqsa Jangguih Penang mari.......Hilang rasa kempunan ku ini....boh cabai melaka manyak2..ha...meletop perot aku.....puas hati......Komen aku pada kuah laksanya sedap, rasa ikan tak de rasa ayam mahupun daging....ki..ki..ki...Cuma maneh sikit la sebb dia dah campoq ngan otak udang......Aku bawak la laksa bersama rencah yang lain.  Raihan buat ayo manggo manisnya senyuman (mana air tu)KI..KI..KI..

@--AktiViti HuJunG MinGGu--@

20/4/2012
Pinggiran Putra

Malam jumaat tu lepas suami ku sampai ke rumah, kami bersiap2 pergi ke rumah sewa adik ku kat pinggiran putra..Dia minta tolong kerana ada orang nak baiki rumah dia. Bumbong bocor.....
Malam tu suami siap sedia remot tv tau...aku dh agak dia akan bukak chenal yang aku tak berapa nak minta...ki..ki..ki..tapi CINTA punya pasal..layan je...ASTRO ARENA..(KEDAH vs TTEAM) ki..ki...aku layan kejap je sebab mata dah tak tahan mengantok.....Suamiku layan la bola dulu..ceq jaga ni ceq nak tengok citer lain plak..Pas aku terjaga..aku plak layan chenal2 kat HyypoTV....best gak citer2nye...

21/4/2012
Pagi tekak aku dihidangkan oleh nasik lemak kerang....Aku tau suami aku sayang sangat kat aku sebb tu dia belikan aku nasik lemak kerang....dia lauk telor goreng je....tq sayang..Kita kongsi kerang sama2 ya....Lagi pun banyak sangat kerang dia boh. Mana larat aku nak abiskan. 
Orang nak mai reraip tu janji koi 9..dah agak dah janji melayu..memang lambat pun sampai lebih 2jam lambat....Suami ku dah ke dengkil hantaq mesin rumput yang rosak utk dibaiki. Rupanya yang datang repair tu x-opismed ku...CIk Khalilah.....Ha!lama tak jumpa...anak nak masuk 4 dah.....Last aku jumpa dia anak baru 2 :-)  Aku ni bila lagi....Macam-macam kami sembang......maklum la lama tak jumpa..
Malam tu tekak ku dihidang jemput2 ngan teh-o + buah tembikai susu...syukur..sedap la...

22/4/2012

Pagi ni tekak dihidangkan dengan roti canai kari kambing...Atoinye pun....aku tak mkn kari kambing...tapi lapo....layan jugak la....tapi tak dapat la hirup kuahnye....Pastu air suam + tembikai susu....Syukur kenyang...
Rezeki suami ku dapat tiket wayang free lagi....Rasanya ni dah kali ke 3 suamiku dpaat tiket free..Apa lagi 945pg keluaq rumah samapi je panggung koi 10am terus masuk tengok citer bettelchip....



ha.h.a.lawak la aku ni....memang tak elh tengok citer sains fiksion cam ni..tengok cd le le....dalam tu dah rasa nak muntah...punya la bising...dengan bau macam2....lagi 30mint nak abis aku dah tak tahan..terpaksa keluaq gak p tandas.....dah tak bunyi dum dam tu..baru aku masuk.perang dah abis la tu..ki..ki..ki..TAPI hero dia..hensom weh... ;-) tq sayang sebab ayang jalan-jalan kat alamanda. Dapat la ayang pancing handbag 1, beli salat ngan piza frozent..ki..ki..ki..  Pas keluaq je....perot dah berlagu2 je...Perut kami berdua diisi dengan BURGER KING....Sedih burger yang aku pilih tak de sayo la...lupa ka depa nak boh..dulu makan ada ja....sabo je lah....Petang tu kami sampai awai ke rumah..Layan citer jepun kat TV8 dulu. Tido sedas...koi 5ptg mesin rumput dan berkebun.  Senaman di hari cuti kami suami isteri :-)
Malam tu pulak aku test la masak piza frozent yang beli kat alamanda tadi. Piza yang pertama hangit. Jadi biskut piza...Yang kedua tu aku bako sikit la la jawapnya.....tapi tak cukup..last2 kena masak maggie jugak ;-)





~ copek...senyum ~



Wednesday, April 25, 2012

@--MahLigai Cinta HamPir CyaP--@






Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang TUHAN bagi kepada kami suami isteri.  Syabas dan TNB telah selamat didaftarkan..Meter letrik dah pasang beserta paip miter air....Syukur sangat...TUHAN permudahkanlah urusan rumah kami ini.....Lindungi rumah ku dan rumahtanggan ku dari segala ancaman dan gangguan. AMIN

@--KeNDuRi SePuPu SuaMiKu--@

8/4/2012
Parit Samat, Batu Pahat, Johor.

Pada hari yang aku nyatakan ni adalah Majlis Perkahwinan sepupu kepada suami ku...Kami satu keluarga pergi ke sana....peh!dah lama aku tak ke sini.  Kali terakhir aku jejak kaki ke sini beberapa tahun lepas..Masa tu housemed aku kawen kat batu pahat ni jugak,tapi kampung lain.  Punya la macam2 dugaan bila jalan jauh ni...biasa la konvoi ramai2 kan.....



~ Ni lah pengantinnye ~

 ~Pengantin dibawa berarak ~





~Sepupu suami ku yang lelaki tu ~






~CanTik Pengantin PereMpUan ~

~ Ni Juru Kamera Merangkap tukang SILAT ~



~Ni Silat balas (pihak lelaki) ~

~ Ni DJ mula tunjukkan aksinya ~



Seronok aku dapat ke sana.  Tapi tu la sedih sebab pengantin lambat sangat sampai> Kesian kat anak buah mak lang yang sorang tu..Panas dia...ye.....Kami semua selamat sampai ke Shah Alam jam 700 malam.  Dalam pukoi 8 tu bergerak la balik BANITNG.....Best la dapat jumpa dan diperkenalkan kepada ku sanak saudara suamiku.. ;-)


Thursday, April 19, 2012

@--HousKipping MaKmaL KompuTeR(UpDaTe Ubuntu)--@

Sekarang budak2 Matrik ni tengah pereksa....Study dik jangan tak study...Yang suka study berdua2an tu, jaga2 TUHAN nampak apa yang kamu buat....(bukan apa tak mo la budak2 ni tersasar dari jalan yang betul..sebab aku dulu jalan pun tak berapa nak stabil). Oleh kerana itu, mudahla aku ngan group juruteknik komputa ni buat kerja dalam makmal komputer. Selalu nak buat repair2 komputer ni susah la buat waktu P&P (pengajaran dan pembelajaran) berjalan..
Setiap daripada kami dah dibahagi kepada beberapa makmal la...bergabung dengan pensyarah-pensyarah unit teknologi maklumat. Terima kasih banyak yek...atas bantuan dan tunjuk ajar kepada kami. :-) Menda ni start dari 18-20/4/2012....fuh!!balik umah ja badan sakit2..tapi best sebab kalo time macam ni murah rezeki...Kelmarin orang belanja masik minyak, ari ni nasik kukus...esok tak tau lagi ;-) syukur kepada TUHAN kerana beri rezeki kepada kami...

Thursday, April 12, 2012

@--MenDunG--@

Dah lama tak update blog..WINDU...Ha, dikala aku ada kesempatan ni meh la sikit aku coretkan ya...

MENDUNG?
Apa kene mengena dengan mendung ni...Cuaca sekarang tak menentu tau..Kejap ujan kejap tak..dan mendung pun kadang2 ada...
TAPI
mendung yang aku maksudkan ni ialah perasaan aku yang tengah mendung....Gini citernye..

11/4/2012 - Pertama kali semanjak aku kawen ni ini lah pertama kali en. suami outstation...Sayu sangat.....3 hari plak tu...Tapi aku redha jugak sebab niatnya hanyalah nak cari rezeki untuk kami sekeluarga....ari ni baru ari khamis...lambat lagi nak ari sabtu ni.....Cepat la masa berlalu.....Boring tak de teman bersembang..gurau-gurau...tempat membuli..ki..ki..ki..

Tuhan lindungilah SUAMI ku di rantau orang.....AMIN

Kalo En. Suami balik dah tak mendung dah.... ;-)