4/6/2012
Cepat masa berlalu kan...dah bulan 6..Bulan 7 dah nak mula puasa. Aku sekarang masih tengah usaha nak habiskan puasa ku ini. Aku memang dari dulu lagi suka sangatg ganti last2 minit ni. Aku rasakan kadang-kadang kalo ganti last-last ni perut aku tak la terkejut sangat nak start berpuasa.
Hari ni aku terasa nak cuba sesuatu yang baru menu berbuka. Tapi sori la tak sempat nak snap gambaq.ki..ki..ki...Aku nak kongsi sikit kot-kot la ada kawan-kawan yang ada minat sama cam aku. Reka resepi-resepi ni..ki..ki..Tapi kalo tak sedap dan tak penuhi citarasa..
BUBUR OATKU
5 sudu besar OAT
* 1/2 sudu kecil halba
* 1/2 labu bawang besar dimayang
* 1 mangkuk santan (kalo nak lemak lagi tambah la ye)
* 1 inci halia diketuk sedikit
* 1 ekor ikan kembung direbus dan diambil isinya serta dilerai-lerai isinya
(pakai ikan sardin pun tak pe) bukan ikan sardn ayam brand ;-)
* 2 batang serai (diketok sedikit)
sedikit biji lada hitam
garam secukup rasa
sedikit gula jika mahu
BAHAN TABURAN
ikan bilik goreng
daun bawang
daun sup
bawang goreng jika mahu
Cara Masak:
Masukkan bahan yang bertanda *. Masak sehingga mendidih dengan suhu api yang kecil supaya santa tidak naik kepala. Kacau tanpa henti. Setelah mendidih masukkan OAT SEGERA. Kacau hingga rata dan terus tutup api.
SELAMAT MENCUBA
Tapi aku agak kaciwa la cikit sebab oat aku ni termasin la pulok. Tapi makan je lah...ki..ki...Kepada yang nak mencuba tu..hati-hati bila boh garam ya... :-)
No comments:
Post a Comment