6 JUN 2012
TERIMA KASIH buat :-
1. Ibu - Hosni Binti Omar
Insan yang telah melahirkan daku pada tarikh ini 29tahun yang lalu di Hospital Besar Alor Setar dan banyak
berkorban segala-galanya untuk aku dari baby sampai sekarang. Semoga ibu sentiasa diberi umo yang
panjang dan kesihatan baik yang berpanjangan. AMIN.
2. Abah - Md Sani Bin Harun
Insan yang bertanggungjawap keatas aku dari aku baby sampai 11/6/2010.
3. Abang - Mohd Izral Md Sani
Ni abang aku. Terima Kasih atas segalanya.
4. Adik - Siti Fatimah Md Sani
Ni adik aku satu-satunya.....Budak bertuah..Buah hati pengarang jantung. Kawan gadoh, kawan gelak,
kawan gosip dan lain-lagi.
5. SUAMI - Mohd Shafee Bin Sabran
Cinta Hati dunia dan akhirat. Tq sayang kerana sudi terima ayang seadanya walaupun ayang tau ayang
tak sesempurna yang dikau impikan.
LOVE U ALL
Terharu sangat aku bangun pagi-pagi ditarikh keramat ini. Mata tak bukak lagi. Terdengaq bunyi percikan air dari bilik air. Oh!suamiku sudah bangun. Lewat ka aku pagi ni...Golek-golek jap kat katil terasa ada benda kat telinga. Ya Allah....Syukur...Aku terlah menerima hadiah-hadiah ini dari suami tercinta. Tiba-tiba dapat aku rasakan suamiku begitu sayang, kasih dan cinta kepada ku yang jarang dipamerkannya. Biasa la lelaki bab jiwang-jiwang ni jarang tunjok. Thanks sayang... I love u to....
Masa tengah siapkan suami nak ke pejabat disuapkan aku dengan cokolat....Aku pun suap suami juge...Oh...!so sweet cokolat ni dan saat suap menyuap ni... :') Sungguh menyentuh jiwa...Dah suapkan madu ke mulut suami + air segelas + vitamin c 1 ketul, seperti biasa rutin aku hantaq suami ke moto. Suami ku ucap lagi HAPPY BIRTHDAY lagi....Moga dot...dot...dan ayat last yang aku tak lupa..ki..ki.. Moga cepat KURUS..ki..ki..ki..
Malam tu dinner aku masak nasik kuning, sambal tumis dengan ayam goreng + 2 bijik piza sebagai hidangan sambutan ulang tahun ku...Kenyang tak terkata la....Tuhan..syukur aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas serta menjaga suami yang amat ku cinta. Bertuah dan bersyukur aku dapat menjadi suri hidupnya.
No comments:
Post a Comment