Thursday, August 18, 2011

@--RaMaDan Ke -18--@

Hari ni sambung kerja balik sebab semalam cuti sempena Nuzul Al-Quran. Pagi tadi beratnya mata nak bangun. Penangan nasik lemak aku kot..ki..ki..ki..

Oleh kerana hari rabu tu dah bercuti, maka lemaula badan dan mood aku ni ha...ki..ki..Sakit badan2 dan malas nak bangun. Pastu pagi-pagi lagi dah ada yg tak berberapa nak paham dengan keadaan aku ni. Aku ni kuderat ada 2 tangan, 2 kaki ja. Prihatin la walau pelanggan-pelanggan ku....Petangnye pula membantu persiapan untuk majlis khatam quran kat surau..Wah!!teruja tengok. Ada bunga telur ngan pulut kuning.....Rasa macam kenduri pulak..ki..ki..

Sampai di rumah petang tu...badan ni tak larat sangat...lemah badan ni pelik betul....jadi aku tak dpt le join geng pejabat ke majlis berbuka pada malamnye. Aku berbuka bersama suami tercinta bersama menu yang sangat ringkas. Jemput kunyit, keladi goreng, buah tembikau susu ngan kurma. Lepas solat tu baca yasin bersama-sama. Tu dah memang kebiasaan kami berdua. Pastu ha.....sementara nak tunggu isyak tu..Dua2 lena tak sedaq diri....Allah....

@--RaMaDan Ke -17--@

Hari yang ke - 17 kita berpuasa. Dan hari ini juga merupakan hari Nuzul AL-Quran.


Selepas solat zohor aku dan suami singgah ke kilang kerepek sebb nak cari pesanan orang. Tapi sayang...Banyak yang dah habis. Orang pun ramai berpusu-pusu membeli-belah.

Destinasi seterusnya. Sg. Merab. Aku nak p ambik baju raya...horey......disamping tu hantaq la sama kerepek yang dioder oleh kak siti. Terima kasih sebb beri sokongan. Lama tak jumpa wawa ngan humairah...Kesian depa sekeluarga..kami sampai depa semua tengah beradu. Patut la bila sampai aje wawa ngan humairah tak lari2 dtg kat kami dua.Rupanya tido..ki..ki..ki...Lama jugak le habis masa kat situ. Jam 5.00 petang bergerak pulang ke banting. Dan singgah solat kat masjid kat sungai merab. Tak lupa singgah beli keladi, buah pulasan, honey dew, dan juga pisang.

Sampai di rumah, tanpa buang masa aku ni kalot masak nasik lemak. Mujoq sambalnye dah ada. Tak pe kalo tak sempat buboq lamboq kat masjid ada. 2 lagi tau....ki..ki...Si suami tercinta sebok menggoreng keladi goreng. Kali pertama ni aku makan keladi goreng. Tak tau la mcm mana rasanya nanti. Azan dah berkumandang. Kami berdua berbuka buboq lambok, air honey dew ngan keladi goreng :-) Syukur rezeki Tuhan. Ni lah nikmat masak di rumah. Malam lepas isyak baru rasa nasik lemak aku pulak..ki..ki..Sebb dah kenyang kami berdua kongsi satu pinggan. Romantis gitu..ha.h.ah.a.h.a


Tuesday, August 16, 2011

@--RaMaDan Ke -16--@

Dah hari ke 16 yek. Tinggal berapa hari lagi je kita nak menempoh bulan Ramadan ni. Moga apa yang aku dan suami hajatkan dimakbulkan Tuhan. Hanya padaMu hamba-Mu memohon.

Tengahari aku terasa nak membeli kerepek kat satu kilang ni. Depa kata besaq dan aku pun dulu pernah rasa kerepek2 dan air bikabonatnye masa kerja kat mecd dulu. Rupanya jauhnya tempatnya....Tiba-tiba aku teringat yang aku ada kerja pukoi 230.Apa lagi aku pecut 100km/sejam tau.....nasib sempat sampai..lega rasa..

Penat seharian bekerja petangnya aku singgah cari kerepek. Stukur dapat jugak. Aku ternampak petai...Waduh sedap buat sambal petai ni. Aku beli la 5 papan sebab yang tu je yang elok. Pastu nampak pucuk paku. Sampai di rumah apa lagi menu berbuka masak lemak cili api pucuk paku dengan sambal tumis petai...Wah!!Memukau selera... Syukur sekali lagi rezeki Tuhan. Amin

Monday, August 15, 2011

@--RaMaDan Ke -15--@

Syukur kepada Allah. Aku masih diberi kesempata untuk bernafas hari ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmat yang Engkau berikan. Hambamu bersyukur. ..

Pagi ni aku terbangun awai la pulak..ki..ki..4 pg dah celek..Dengan kepala mengong2...menggoreng nasik goreng..ki..ki..ki.. Ari ni aku siap bersama2 En.Suami untuk menunaikan tanggungjawap masing2. Sempat aku mebasahakan pasu2 aku ni ha...Kalo tak dahaga depa ari ni....Dah la 2 ari pokok2 ku tidak minum....Semalam dah dibajakan..Moga semuanya sihat membesaq dan dpt lah daku mengambil hasilnya :-) AMIN.

Petang ni En. Suami nak makan ringan2 je. Jadi aku pk nak masak k'teow basah....Syukur selamat menikmati juadah mlm ni. En. Suami pi teraweh. Aku pulak tak ikut sebab badan aku rasa tak sedap pulak. Insyallah akan aku p jugak satu hari nanti.

@--RaMaDan Ke -14--@





Pagi ni aku bersahur lauk yang masih ada. Baik habiskan kalo tak membazir pulak. Dalam pukul 1 aku bergerak pulang ke banting dan suami ku lewat sikit sebab bawak balik motonya.

Ari ni makan berat sikit.

*Ikan Terubok Bakar (resepi adik)




*Air Asam Ala-ala Pantai Remis (hentam je boh)




*Sayo lemak kobis



*Air Laici




*Buah Tembikai





*tak lupa Buah Kurma (sunat mkn 3 biji ya)

Alhamdulillah...sempat aku siapkan menu2 ni bersama suamiku. Bab bakaq2 ni kita kasi hero la kan..ki..ki.ki.. Yang lain ceq buat :-)

Punya la bnyk menda depan mata last aku tak sentoh langsung nasik mlm tadi. Makan lauk je..ki.ki..ki..(diet la konon) pas makan tu peh!!kepala berdenyut2...Last pekena penadol. terus lentok sampai 1130 mlm....

@--RaMaDan Ke -13--@

Assalammualikum...

Ha ari ni dah hari ke 13 dah. Macam cepat je masa berlalu. Di bulan ramadan ke 13 ni aku berada di TTDI Jaya. Pagi -pagi aku ikut suami ku ke warehouse barang samsung..wah rambang mata aku dibuatnya...Banyak barang elektrik murah. Ada peti sejuk, mesin basuh, tv led, tv lcd, moniter komputer, home teater, mini kompo, robotik (vekium yg bergerak otomatik) dll lagi. Kalo lah aku ni jutawan semua dah aku beli. :-) Bak kata pepatah ukoq baju d badan sendiri :-)

Dah selesai ke sana, suami tercinta bawak aku bershoping raya kat JUSCo Bukit Tinggi. Wah..aku lihat ramainya Hamba Allah membeli belah di sana. Meriah ada, rimas pun ada.ki..ki..ki.. Jalan-jalan Jusco sampai sakit kaki-kaki. :-) Menghabiskan voulce jusco dan populer yang suamiku dpt :-) i like..ki..ki...

Dah abis shoping, mak bagi tau yg petang di cucu tirinya nak datang sekeluarga untuk berbuka. Aku membeli sedikit bahan-bahan untuk buat tom yam. Tapi sedih sangat masa nak koyak cendawan baru perasan cendawan tu dah rosak...mmmm....sampai hati perniaga tu jual barang dah rosak. Aku pun salah juga. Tergesa2 nak masak tak tengok dah. Tak pe lah nak buat mcm mana nasib badan. Malam tu kami berbuka beramai-ramai. Menu paling gren tom yam aku (mak lang), sambal tumis udang (pak lang pie), nasik putih (mak ngah) dan nasik lembik (mak lang), ayo tembikai (mak ngah) sedap tu..koropok (pak lang pie) Ulam pucuk janggus (mak lang) dan sambal belacan (nenek) :-) kuih2 ngan murtabak cucuk mak yang belikan. Tapi sayang, kuihnya indah kaba dari rupa. Biasa la org berniaga di bulan puasa.

Malam tu tak dapat pergi teraweh. Hantaq angah pergi kerja dan singgah ke rumah along kat PJ ambik pc. Sampai rumah peh!!!penat. Lentok abis... :-)


Friday, August 12, 2011

@--RaMadan Ke - 12--@

Pagi ni aku dpt msg dari a...tek!ki..ki..ki.. Dia bagi tahu yang abah nak belanja berbuka kat picc. Alhamdulillah syukur rezeki Tuhan :-)

Gerimis je petang tu masa aku menuju ke Putrajaya. Awal jugak aku sampai. Dan aku sabar menanti suami tercinta yang terperangkap dicelah-celah trafik jem. Kami berdua sampai kat picc dlm 715 petang. Fuh!berapa minit lagi nak berbuka. Ramainya hamba Allah datang sama-sama berbuka. Ada yang berbuka dengan family. Macam family aku :-) Ada yang kompeni belanja :-) Ada yang geng pejabat dll :-) Meriah. Makanan pun meriah. Tapi ada yg sedap dan ada yang tak sedap. Rm55 seorang. Makan sampai muntah..ha.h.a.ha.h.

Dalam jam 9.00 mlm kami semua bergerak ke stesen bus putrajaya central sebab ibu dan abah nak berangkat pulang ke SP. Sedih rasanye....Lambat lagi nak balik sp. Mungkin raya ke 2 @ ke tiga....mmmmmm.....

Dan mal tu aku dan suami dpt merasa kereta baru ngah.ki..ki..ki..SAGA baru :-)

TEMPAHANNYE


SUASANA LUAQ PICC


MERDU BETUL ABG TU MAIN SERULING.....


NI TAK TAU LAH YG KE BERAPA ROUND AKU MAKAN


ABG KARIPAP ;-)






Thursday, August 11, 2011

@--One kilo of assam laksa? No sweat!--@

George Town (The Star/ANN) - For self-confessed assam laksa lover Lee Ying Ying, finishing her bowl in two minutes and 58 seconds is a "nail-biting" affair.

The 29-year-old nail artist's time to finish a bowl of Penang assam laksa, weighing 1kg, was enough to beat 11 others in an eating competition for the dish ranked seventh in the world's 50 most delicious food.

Her herculean effort in finishing the portion meant for two people earned her a month's worth of assam laksa sponsored by a stall at Joo Hooi Cafe in Penang Road.

"I practised for the competition by eating the dish four times a week.

"I love laksa and now I can eat it every day for one month.

"I didn't expect to win. All I knew was that I had to finish as fast as possible. It was very spicy and sour too, just the way I like it," she said after receiving her prizes from state Local Government and Traffic Management Committee chairman Chow Kon Yeow at Komtar Walk yesterday.

Lee, who is from Butterworth, also walked away with a buffet dinner for four courtesy of E&O Hotel, a certificate, a hamper and a medal.

The contestants were divided into two groups and each of them were given 10 minutes to finish their bowl of assam laksa.

Most of the participants sweated it out, braving the heat and spiciness of the dish to try to beat each other.

The competition was organised by the Culinary Arts Centre (CAC).

CAC principal Bruce Lee said the event was held to mark the ranking of the dish as the seventh among the world's 50 most delicious food in a CNN International survey.

@--RaMaDan ke - 10--@

Ari ni puasa macam biasa. Takde ape nak citer ari ni. Menu berbuka ari ni mee goreng, cara berlauk (yg tak berapa nak lauk), buah melaka (yg agak lembek) + air oren penghilang dahaga.

@--RaMaDaN ke 11--@

1) THUNDERSTORM WREAKS HAVOC IN SUNGAI PETANI AND BALING, 147 HOUSES DAMAGED


SUNGAI PETANI, Aug 10 (Bernama) -- One hundred and forty five houses in

Taman Bandar Baru and Sungai Lalang were damaged as a thunderstorm wreaked havoc

here at about 2.30pm today.

Habsah Ahmad, 57, one of the victim whose house was severely damaged,

incurring loses estimated at RM20,000, said the thunderstorm started at about

2.30pm after a slight drizzle.

"All of us were at home when the incident happened. I heard noises that

sounded like a strong wind was blowing and even before realising what was

happening, I saw my roof being ripped off.

"Once the roof disappeared, my hall, bed, clothes, telephone and almost

everything in the house was wet," she told Bernama when met at her house.

Another victim, Norizah Saad, 53, said she was in Alor Setar when the

incident happened and estimated her losses at RM30,000.

Asmida Shabidi, 20, said the wind speed resembled a typhoon and that it was

a very frightening experience but was grateful that her house was not damaged.

--MORE

THUNDERSTORM-DAMAGE 2 (LAST) SUNGAI PETANI

Meanwhile, Saharudin Hamid, a Sungai Petani Municipality councilor said he

had urged all the victims to lodge police reports as a requirement for the

Welfare Department to provide assistance.

He added that though more than 145 houses were believed to have been damaged

in the thunderstorm, only 145 had come forward to lodge police reports.

Saharudin said four families whose houses were severely damaged, would

temporarily seek shelter at a hall in the Taman Bandar Baru Mosque.

In Baling, a senior citizen and another family of five, cheated death when a

tree fell on their houses during a thunderstorm that struck at about 4pm,

causing extensive damage to the two houses.

Siah Yunus, 94, was alone in her house at Kampung Carok Sik, Mukim Pulai

when the incident happened while Rosila Ahmad, 32, whose house was also damaged

said she quickly gathered her four children and ran out of the house when the

petai tree fell on her house.

-- BERNAMA


Allah Maha Besaq


2) Hari ini aku berbuka sendirian. Suamiku membantu kawannya yang ingin membeli buloh lemang untuk hari raya nanti. Jadi aku dah nasihatkan suamiku supaya bermalan di rumah mak mertuaku. Risau hati ku bila suami tercinta membonceng moto seorang diri di waktu malam. Tak pe sayang esok kita berbuka sama ya. Bantu orang dapat pahala :-) LOVE U SO MUCH



Tuesday, August 09, 2011

@--RamaDan ke-9--@

Hari ni semua penjawat awam dpt berita gumbira. Pakat dapat BONOS RAYA. Mmmmm..kalo bonos yang gaji tinggi, tinggilah bonosnye...Tak pe lah Rezeki dari Allah. Pertengahan bulan ni dpt la. :-)

Peristiwa yg buat aku fobia ari ni. Setibanya aku kat umah aku nampak ramai org berkerumum. Takutnya.....Tuhan lindungilah daku dan rumahku. Rupanya penjenayah tu menyabaq jadi polis dan pergi ke setiap rumah. Ada hikmah semuanya dapat tangkap org tu di bulan yang mulia ni.

Menu berbuka petang ni k'teow goreng je..ngan ayo tembikai laici :-)

Monday, August 08, 2011

@--Sedapkah Jus itu??--@

HEALTHY JUICES

Carrot + Ginger + Apple -
Boost and cleanse our system.

mail by: alpha-Q  group
Apple + Cucumber + Celery -
Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.

mail by:  alpha-Q  group
Tomato + Carrot + Apple
- Improve skin complexion and eliminate bad breath.

mail by:  alpha-Q  group
Bitter gou rd + Apple + Milk
- Avoid bad breath and reduce internal body heat.

mail by:  alpha-Q  group
Orange
+ Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.

mail by: alpha-Q  group
Pineapple + Apple + Watermelon
- To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.

mail by: alpha-Q   group
Apple + Cucumber + Kiwi
- To improve skin complexion.

mail by: alpha-Q  group
Pear & Banana
- regulates sugar conte nt.

mail by: alpha-Q  group
Carrot + Apple + Pear + Mango
- Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .

mail by: alpha-Q  group
Honeydew + Grape + Watermelon + Milk
- Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.

mail by: alpha-Q  group
Papaya + Pineapple + Milk
- Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

mail by: alpha-Q  group
Banana + Pineapple + Milk
- Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation

@--Ramadan Ke-8--@

Hari ni ada temujanji kat Klinik Telok Datok. Pemeriksaan mata. Setelah buat pemerikasaan hasil keputusan aku perlu dirujuk ke Hospital Klang di sebabkan ada tompok putih pasa mataku...Allah PadaMu aku memohon...Sihatkanlah mataku..Sihatkanlah tubuh badanku...

Hari ni pi bazar ramadan kat pekan banting...ooouuiiihhhh ramainya orgn parking pun susah. Aku p ngan anis ngan Hani. Nak cari nasik ulam. Tak da jugak. Last2 beli roti john ngan popia basah. Alhamdulillah rezeki Tuhan ari ni :-)


@--Ramadan Ke - 7--@

Syukur...aku masih bernafas lagi pada hari ke 7 ramadan ni. Hari ni hari ahad. Program ari ni...aku terbangun lambat. Mujuq angah (kak ipaq) ku dah bangun sediakan sahor. Aku just tolong sikit2 je. Penat sangat semlm.

Jam 10 pagi aku bergerak pulang ke banting. Singah sekejap ke kilang kerepek...mak ai...ramainya orang :-) Sampai di rumah kemas la rumah sikit2 habiskan belen2 yang berselerak. Sementara tunggu abah dari port klang. Alhamdulilah pagi ni hujan lebat membasahi banting. Sejuk suasana.

Lepas Zohor kami bergerak ke rumah adik kat pinggiran putra. Mula2 nak makan kat village view. Tapi ibu nak masak nasik ayam la....nyum2. Dah lama tak makan masakan ibu. Teubat rindu didada. :-) Petang sementara nak percepatkan masa. Aku ajak la sapa2 p bazar putrajaya. Aku dan abh je yang pergi. Kesian sayang tak sihat. Sakit kepala. Sabaq ya sayang.

Sampai ke sana, waduh ramainya orang. Tiba2 terkenang zaman2 muda dulu. Pada masa sama menggoogle nasik ulam. Tapi tak de rezeki aku la. Orang tu tak berniaga. Aku dan abh beli chiken wing, murtabak ngan ayaq buah. ee..kalo lama2 dok situ satu bazar nak beli. Kebetulan aku terjupa ngan zura. Lama sangat kami tak jumpa.

Bestnya nak dekat berbuka dah. Suke tengok gelagat family aku yang lama tak ceria cam ni. Menu malam ni mewahnya....Syukur rezeki Tuhan.


Saturday, August 06, 2011

@--rAMADAN KE -6--@

Hari ni hari cuti. So apa lagi kena curi pelung untuk kemas rumah + akuariam ku yang dah tak nampak rupa ikan dah... Masa hari keja bz sangat. So terpaksa curi masa.

Petang nanti nak balik shah alam pulak. Berbuka puasa dengna mertua :-) tambah pula nak hataq kerepek2 yang telah dibungkus bertungkus lumus mlm tadi.

Moga puasa ari ni berjalan lancar.

Penat mengangkat kerepek terubat seketika bila masa tengah angkat kerepek tu ada yang dah bertanya.. Alhamdulillah rezeki namanya :-)

Menu berbuka puasa di rumah mak ari ni Ayam kicap, kailan ikan masin dan ikan goreng. Terima kasih diucapkan kepada suami tercinta kerana membeli murtabak dan soya panas seperti yang diidamkan sebelum berbuka posa tadi.

Malam ni aku, suami dan mak pergi soalt terawih kat surau. Sejuk je rasa bila dengaq budak tahfiz mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Malam tu 8 rakaat + dengan solat witir. Lepas habis solat ada pulak moreh. Moreh malam ni di jamu roti canai mamak. Tapi dek kerana perot aku ni tak lapaq lagi jadi aku just minum ayaq. Tup2 pukoi 1 pg perot dah lapaq balik.

Friday, August 05, 2011

@--Ramadan ke 5--@

Nasib baik aku dah kemas workstation aku. Aku ni biasa la kalo keja tempat mmmmmm macam tah ape tah. Pagi ini aku dikunjungi oleh Penagarah dan Timbalan pengara. Apa yang telah disampaikan akan aku jadikan ilmu dan peringatan bagi meningkatkan lagi produktiviti kerja. Kerjakan saut ibadah :-)

Best sangat hai ni suami ku pulang awal ke rumah.... Tiba2 penat pun hilang.. Dah rehat sekejap aku mulakan operasi memasak juadah berbuka. Ha..hari ni pulak aku masak ayam kicap masak madu, sayo tauge dan ikan talang goreng. Tekak disegarkan dengan tembikai yang dibawa pulang yang dibawa balik oleh suami tercinta. Syukur rezeki Tuhan malam ni.

Malam ni memang kami berdua bertungkus lumus membungkus kerepek yang nak dijual. Pukoi 1 lebih tak abis lagi. Aku ni dah tak tahan dah last2 terlelap atas sofa. Kesian suami ku peking sorang2...Sori ya sayang.... Itu je yang ayang mampu tolong. :-)

Thursday, August 04, 2011

@--RaMaDaN Ke-4--@

Hari ni...sejuk beno makmak komputer ni...Dengan perot ku yang agak lapaq...Sahor makan Bihun Goreng mlm tadi..ha.h.ah.a.h. Moga perotku boleh tahan sampai petang nanti.. :-)

Tiba-tiba tekak ni rasa nak makan soto ayam.....tapi sebelum tu masa nak balik tu ada hamba Allah telah me,beri daku buboq lambok banting...First time rasa...Ada rasa macam makan kari..ki..ki. Sebab depa boh daun kari...

Misi buat soto..berlangsung dengan jayanya...cyap bihun soto..tapi tak tau la pukoi berapa nak makan.

Setalah berbukan dengan semangkok bubuq lambok, aku dan suami tercinta solat maghrib + baca yassin semantara nak masuk isyak..Ada lebih kurang 10 minit nak isyak, suami ku biasa la 830 tu jgn la kaco dia. Nak tengok berita sukan. Kami 2 layan la sat. Tak disangka-sangkat aku telah terlelap bersama-sama kain telekong hampir 30miint. Adoi..apa yg telah diletak dalam buboq lambot tu kan..tak pa lah nak buat cam ne. Kira malam tu tak jadi nak bungkus kerepek merangkap merasmikan mesin sil yang baru di beli sebb yang lama dah rosak.

@--HaRi Ke- 3--@

Alhamdulillah syukur nikamat..

Kejap dah hari ke- 3 yek....Pagi-pagi bertenaga la. Dah masuk petang..mmm..lembik..
Memandangkan ari ni ari rabu...Ada pasa malam. Biasa le beli barang dapo sikit. Wajib beli bawang.mo masak ma..ki..ki..ki..Akhirnya berjaya aku beli murtabak banting baru ni.

Sampai rumah En. Suami tak sampai lagi.. Tak pa ceq tunggu na.. Buka pintu rumah..Peh!! Bau kerepek je umah aku ni..ha.h.aha....Aku ni tak le berapa minat nak berniaga. Aku sekadar memberi peransang kepada suami yang berhajat besar nak berniaga kerepek raya tahun ni..mmm....Kan kejayaan seorang lelaki disebabkan ada seorang perempuan yang membantu serta mendokong dari belakang.ki..ki..ki....Aku lah tulang belakang Mohd Shafee sekarang.

Time bebuka..mmm...tq sayang sebab tolong i buatkan air o..ren yang sodap.. :-) Bukan main semangat...rasa murtabak masin la pulok. Tak pe pakcik murtabak. Sebab bulan posa, saya maapkan pakcik. Mungkin terlajak boh garam.ki..ki..ki.. Dah abis solat maghrib goreng lah bihun sikit..

Dan bermula operasi membungkus kerepek..Nampak gaya teraweh kat umah la dengan En. Suami..Pas habis paking kerepek ni nak p teraweh kak surau ya.....

Etu sahaja utk kali ni...

WASSALAM

@--Mesej Makan Secara Sihat Semasa Ramadhan dan Hari Raya --@

Mesej Makan Secara Sihat Semasa Ramadhan dan Hari Raya
  1. Objektif
  2. Untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan makan secara sihat semasa bulan Ramadhan dan Hari Raya.
  3. Rasional
  4. Amalan makan secara sihat perlu diamalkan sepanjang masa termasuk di bulan Ramadhan dan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini kadang kala diketepikan semasa berbuka puasa kerana memenuhi tuntutan nafsu makan setelah seharian berpuasa. Begitu juga ketika berhari raya, kita akan makan sepuasnya atas alasan telah berpuasa selama sebulan. Oleh itu, mesej-mesej yang ingin disampaikan meliputi beberapa panduan ringkas bagi meningkatkan amalan makan secara sihat ketika berpuasa dan semasa menyambut hari raya.
  5. Mesej Pemakanan Semasa Ramadhan

  6. Bahasa Malaysia


    Mesej 1
    Hadkan minuman manis ketika berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 2
    Gantikan kuih dengan buah-buahan semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 3
    Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan kuih dan pengat. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 4
    Hadkan hanya satu masakan bersantan atau bergoreng semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 5
    Kurangkan minyak ketika menggoreng nasi, mi, mihun dan kuetiau. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 6
    Buang minyak berlebihan dalam kari, sambal tumis dan masakan goreng berlada. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 7
    Elakkan daripada mengambil telur masin dan ikan masin setiap hari. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramdhan.


    Mesej 8
    Elakkan makanan dan minuman yang disedia menggunakan pewarna tiruan.



  7. Mesej Pemakanan Semasa Hari Raya

  8. B.M



    Mesej 1
    Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek raya. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 2
    Hidangkan air kosong dan elakkan menghidang minuman berkarbonat. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 3
    Pilih air kurang manis atau air kosong sebagai pilihan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 4
    Sediakan buah-buahan setiap kali menghidang makanan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 5
    Kawal pengambilan makanan anda, makan ikut keperluan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 6
    Kurangkan menghidang makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 7
    Pastikan sayur disediakan bersama hidangan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 8
    Hadkan pengambilan biskut, kek dan kuih raya untuk mengawal pengambilan kalori harian. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 9
    Awasi berat badan anda. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



@--Puasa Bukan Alasan Untuk Tidak Makan Secara Sihat --@

Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan pasar atau bazar Ramadhan. Ia seakan-akan pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke pasar atau bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut. Apa yang paling penting, rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.
Kenapa perlu makan secara sihat pada bulan Ramadhan ?

Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Ini lebih-lebih lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini adalah penting untuk mengelak beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Sekiranya masalah ini berlaku pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.
Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadhan

Kunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.

Berbuka puasa

Kebanyakan daripada kita suka mengambil kuih-muih manis sebagai juadah untuk berbuka puasa. Apa yang paling penting ialah untuk tidak makan secara berlebihan dan adalah digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu sebaik sahaja berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.

Mengikut Sunnah, adalah lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Kurma kaya dengan tenaga serta serat. Contoh makanan berbuka puasa yang baik adalah seperti berikut:

Berbuka
3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.
Makan malam 1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah.
Makan lewat malam (moreh) Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.
Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada perut anda di siang hari.
Sahur

Amalan bersahur adalah penting semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur adalah tidak digalakkan.

Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur. Walau bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana ianya boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

Contoh makanan untuk sahur yang boleh diambil adalah seperti berikut:

Sahur
1½ cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, ½ cawan sup sayur campur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong dan 1 gelas susu rendah lemak
Atau
1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong

Ramadhan merupakan satu peluang untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah. Apa yang penting ialah amalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan tinggi gula. Beri perhatian juga pada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, kita lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda tidak aktif. Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana seperti regangan dan berjalan kaki. Pengambilan makanan secara sihat bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.