Wednesday, January 30, 2013

@--HaRi PerTama BerTuGas Setelah...--@




DAN 

SALAM SATU MALAYSIA


Rindunya kat blog aku yang satu ni...bersiaran langsung dari makmal komputer.  Setelah lama aku menyepi dek kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, hari adalah enrty pertama bagi TAHUN 2013...

So, apa khabaq semua.  Harap semua sihat la no...Aku? Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dibumi ALLAH ni.  

Korang nak tau ari ni 16/1/2013 hari pertama aku kerja bagi tahun 2013.  Aku tak diberi cuti rehat dah walaupun masih lagi tak pulih.  Sebelum tu, sori la terlambat nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2013 kat semua.  Moga tahun ni kitga lebih cemerlang dan gemilang dunia dan akhirat.AMIN.

Terima kasih kepada UDM kerana memahami keadaan aku ketika ini.  Aku diarahkan jaga makmal komputer sehingga aku sembuh sepenuhnya.  Hospital dah keluarkan surat arahan buat kerja-kerja ringan je...So, aku harap sangat yang aku akan cepat sembuh.......amin


@--PeRjALaNaN SePanJanG 2012--@


DAN

SALAM SATU MALAYSIA


Maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan ceq....Bukan tak mau habdate blog ni tetapi kita merancang Tuhan menentukan semuanya..Entry kali ni hanya nak patah balik ke belakang sikit la apa yang telah berlaku pada tahun 2012...


1.  Berusaja keras untuk mendapatkan permata hati dengan cara berurut dan makan beberapa produk
     makanan. Rasanya dah 2 3 produk kalau tak silap.  Tak apa.  Aku akan teruskan lagi usaha aku untuk
     mendapatkan permata hati aku dan suami.  USAHA + DOA ;


2.  Aku dan suami telah berjaya memiliki sebuah rumah di kawasan banting ini.  Insyaallah bulan 2 atau bulan
    3 ni dah boleh masuk;

3.  Aku amat bersyukur kepada Allah kerana rumahtanggah aman bahagia bersama suami tercinta;

4. Suamiku mengalami kecederaan otot peha kerana main footsal (hari keluarga samsung team).  Syukur
   Alhamdulillah, sudah sembuh. Aku dapat mempelajari macam mana nak merawat jika otot kita
   cedera..iaitu mula-mula penting sekali tuam dengan ais yek...bukan dengan minyak masak, minyak petrol
   atau minyak yang ada kat pasaran.  Lepas hari ke 4 baru boleh tuam dengan benda panas. Alhamdulillah
   dah sembuh pun suami ku ini;

5.  Kenangan yang ini memeng aku tak kan lupa samapai bila-bila.  Tanggal 13/12/12 aku telah mengalami
     kecederaan di lutut kaki sebelah kiri.  Jatuh tangga masa ankat meja.  Tak pe.  Ini semua ada hikmah dan
     juga pengajaran buat diri aku.  Banyak yang aku belajar bila dah jadi macam ni.  Aku juga berdoa agar
     semua yang diluar sana ambil iktibar atas apa yan berlaku.  Sama-sama kita muhasabah diri ya.  Lama
     juga le aku mc.  Dan sehingga hari ini aku masih dirawat kerana tak pulih 100% lagi.  Ucapan terima
     kasih kepada yang datang melawan dan tak lupa juga kepada yang mendoakan kesembuhan ku
    sepanjang tempoh aku mengalami kecederaan ini.  Sayang korang semua. Tak lupa jugak kepada
    Kakitangan UDM yang bagi sokongan dan bantuan dan juga kepada kakitangan yang bantu luluskan cuti
    ku ini.  TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.


Thursday, December 13, 2012

@--aKu TeRIma HiKmaHNya--@

Assalammualaikum.  Tuhan ku...sesungguhnya ENGKAU lebih mengetahui.  Aku diberi mc (cuti sakit) selama 21 hari.  TUHAN ku..sembohkan aku secepat mungkin..

Wednesday, December 12, 2012

Monday, December 10, 2012

@--Aktiviti AngKut-AngkuT--@

ASSALAMMUALAIKUM
SALAM SATU MALAYSIA

Dua minggu ni aku memang la tersangat bz.  Banyak unit nak pindah bangunan termasuk unit aku.  Jadi tubuh kecil bertenaga..ki..ki..ki...Ada 4 unit yang kena pindah randah ni.  Hal Ehwal Pelajar, Kauseling, Peperiksaan dan tak lupa Data dan Maklumat (unit aku da...ki..ki..ki.)

Pada hari ini angkat peralatan ICT ke banguan Pusat Pelajar dah selesai. Kalau ada pun sikit-sikit je lagi.  So, ari ni aku tumpukan kemas unit aku pulok.  Angkat peralatan, susun-susun meja dan tak lupa sapu dan mop lantai.  Ha! memang senaman habis la...Agak-agak korang berapa kilo la turun yek..ki..ki..ki..

Dan minggu ni juga aku ada latihan nyanyi pulok....



Aku malas la...Ingat nak pi annual diner nak pi makan je...Tapi depa ni main boh nama aku....Nak kena mintak izin bagai. Aku ni dah kawen hokey......Jadi suami lebih penting tau...Jika suami tak izin aku memang takkan buat.  Bulan 12 ni memang bz sangat lah....
SKT tak taip lagi...Badan ni dah panggil-panggil untuk bercuti..sakit badan dah ni...Aku nak berusaha untuk tidak stresskan diri.  Sebeb tu aku perlukan cuti untuk tenangkan diri aku ni.  Moga usaha aku untuk rehatkan diri setelah penat angkut barang-barang ni dimakbulkan Tuhan.  AMIN. 

Thursday, December 06, 2012

@--LaNGkaH SeTeRusnya BFF--@





(web ni la yang aku baru nak berjinak-jenik setelah dok google kat internet)


(  Ini lah serba sedikit gambaq yang aku boleh lampirkan )

( melalui carta ni kita boleh tahu tahap kondisi badan kita macam mana dalam masa sebulan.  )

Tapi, sebelum aku mulakan apa-apa pun....aku perlukan.....

 
(gambar hiasa dari google)
termoniter digital dulu kasi senang mo ambik suhu badan ni.  Tak pe nanti aku citer lagi pasal menda ni yek. AKu sendiri pun tak uji lagi menda ni... Baru je daftar..ki..ki...Doakan semoga usaha ku berjaya..amin.


@--BugRer Stik--@


Minggu ni aku ngidam sangat nak makan beef stik.  Tapi tak mengizinkan sebab lambat lagi nak gaji.  Jadi aku olah la sikit-sikit...
Maka Jadilah :

BURGER STIK



(Roti telur + coslow + daging burger masak dengan minyak zaitun. Sedap la masak pakai minyak zaitun.  Masak nasik goreng lagi sedap)


(ni aku buat sos blak paper yang tak berapa nak jadi)

Tapi syukur alhamdulillah perut kami berdua kenyang sangat. Sampai aku hanya makan 1 keping je roti tu...Suami kena makan kasi habis..ki..ki..ki..Aku pulak perabis coslow tu.  Ten-Q Allah.  

@--KeK Moist Ikan Pemanggang Ajaib--@


Salam Satu Malaysia.  

Dah berapa bulan tepung kek ni dok jadi tepung ja dalam almari ni.  Tu la..pemalas betoi la aku ni.  Tiba-tiba aku terasa nak buat satu perubahan.  Jom kita try masak tepung kek ni guna "IKAN PEMANGGANG AJAIB".  Tak susah pakai tepung ni..Sebelum bancuh aku sms kawan baik ku Siti Aishah bertanyakan berapa banyak sukatan kalau nak bancoh tepung ni sebab aku ni tak de penimbang.  Dah dapat penerangan lanjut aku beranikan diri cuba buat menda ni.  Balik kerja hari sabtu tu terus aku semangat nak buat.  Kat situ suruh masuk minyak. Pastu ternampak minyak jagung yang pernah aku beli sebab nak buat mazola tak menjagi tu.  Mujoq habis minyak tu...tak elok gak beli tak pakai kan...Minyak tu aku masuk 1 1/2 cawan penyukat beras tu. Masuk 3 bijik telur Air hanya 3/4 cawan tu je.  Pastu ternampak..jeng..jeng...cokolat cip dalam peti ais.....Wah macam menarik ni...Ha!apa lagi masuk la kan...

(sori dah tinggal pembungkus je)

(adunan yang telah selamat disatukan. kacau selama 1 minit ja)

(dalam masa 20 minit je kek ni dah masa.  Best gile...Bukak api yang paling rendah sekali. Pasti kan set jam ya..Takut lupa pastu mula la hangit..Mula-mula tu cuak jugak sebab bila ada ja bunyi pelik kat dapor tu asyik tengok je pemanggang tu...)

(ni lah hasilnya...kalo nak cantik lagi kikis sikti-sikit pastu tuang dengan coklat cair ka...buat aising ke..mesti lagi best kan.....Tapi aku nak rasa keaslian.  Jadi makan je macam ni)

Sekian saya untuk kali ni...Selamat mencuba...
Kek ni tahan seminggu ya..Jadi kena habiskan cepat ;-)

@--AmaNah Yang TeRpaKsa DiLEpasKan-@





Korang nampak kan ikan ni?  Ikan ni bukan ceq punya...Tapi bos yang punya....Bos aku ni nak cuti panjang sebab nak balik kampung mau kawen :-) Jadi dia amanahkan aku untuk jaga ikan mas ni...Ada 3 ekoq sebenarnya.  Aku ni tak sanggup tengok ikan ni mati depan mata aku.  Jadi aku dah ambik keputusan untuk kasi pada insan yang memang boleh jaga dia. 
Tiba-tiba aku teringat yang Wan (budak makmal sains) ada bela ikan mas. Jadi apa kata kita tambah koleksi ikan dia.  Boleh le ikan mas ni dapat kawan-kawan baru. Syukur wan stuju untuk bela ikan ni.  Jadi aku sanggup redah hujan lebat untuk hantaq ikan bos aku ni ketempat baru tau...ki..ki..
Ikan semoga diaku selamat dan bahagia hidup dalam akuarium wan tu yek....Tapi sedih jugak sebab aku tak boleh nak jalankan amanah bos aku untuk jaga ikan ni.

WASSALAM

@--HaDiaH DaRi PuLau PangKoq--@



Baru-baru ni KMS ada buat program kat Pangkor. Apa namaya "TAKWIM 2013".  Tahun ni aku tak terlibat lah.  Kasi orang lain pulak merasa kan?...Bos telah bawak balik sesuatu untuk anak-anak buatnye kat opis ni....Ni lah Hadiah yang dibawa pulang...Tq En. Bad...Sodap makan menda free ni :-)


(mari-mari murah-murah..free pulok tu)

(nampak kan tertulis Ikan Satay)

(sotong...bagi aku yang ni ok lah..tapi sedap lagi yang dalam katak besaq tu..)

(yang ni biasa-biasa je bagi aku...manis)

(ni aku tak makan)




(ni sedap...nyum2..Aku ngan raihan je leh makan..yang lain tak berapa nak lalu makan)

Wednesday, December 05, 2012

@--LanGsir-LangsiR--@




Langsir oh langsir...sekarang ni aku tengah pelan-pelan membelek langsir untuk rumah baru ku nanti.  Banyak ya pesen-pesen baru. Dalam hati rasa macam nak jahit sendiri (tapi mesin jahit tak de).  Malu nak pinjam mak mertua punye :-) Kang rosak susah ceq nak menjawap dan menggantikannya.  Ke...nak beli kat kedai + tempah.  Berbaloi ke kalo buat cam tu yek?Ke...pakai je yang mana ada beb!  Tapi yang lama tetap tak cukup.  Kalo pintu depan aku rasa tak de masalah cuma tambah sikit-sikit kasi cantik kan.  Yang aku pengah pikit kalo depan dah warna tanah yang lain pun kena sama lah...tak lah jadi macam ais kacang kan..kan....
Sekaran ni aku tengah berkira-kira mana lebih berbaloi. Nak pakai rill besi macam biasa ka mo pakai yang jenis kayu tu...

INI YANG JENIS KAYU

(gambar hiasa dari google)

INI JENIS BIASA PUNYE


(gambar hiasa dari google)

mmm...Sekarang ni tengah nak kaji lah dia barang ini dari segi KETAHANANNYA, KOSNYA, SUSAH ke SENANG nak buat langsir dan lain-lain lagi.  Tak mo la kalo nampak cantik tapi tak tahan.  Buat apa akan.  So, sekarang ni hati ku sudah berbelah bahagi...ki..ki..ki..Bila la nak ada masa nak survey barang-barag ni..La ni baru je beli kipas 2 bijik.  Lampu rumah pun tak sempat-sempat lagi tau...Jika sapa-sapa ada pengalaman dalam bidang langsir-langsir ni sila la kongsi-kongsi ilmu ya....Saya budak baru belajaq..kalo salah tolong tunjukkan...Terima kasih. Sekian.