Wednesday, June 12, 2013

@--AlHaMdUliLlAh....SyUkUR--@


Syukur kepada Allah kerana ceq masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ini.  Hari ini 12 Jun 2013. Maka usia perkahwinan ku bersama Mohd Shafee Bin Sabran telah mencecah 3 tahun.  Alhamdulillah..terima kasih atas segalanya Tuhan kerana mengurniakan aku seorang suami yang sempurna untukku.  Moga perkakwinan kami kekal bahagia hingga akhir hatay amin..

Friday, April 19, 2013

@--BiLa MalaS NaK HiLanG ni--@


mmmmm.....dah bersarang lah blog ceq ni.....duhai mood..datang lah....dah lama tak habdate blog kan...Diringkaskan serba sedikit la kan..Sekarang ceq dah menetap di rumah baru...minggu lepas dah selasai buat majlis doa selamat masuk rumah baru (7/4/2013). Terima kasih diucapkan kepada jiran-jiran dan kawan-kawan yang sudi hadir ke majlis kami ya..Tak ketinggalan kepada ahli keluarga yang sudi membantu  kami berdua dari mula proses sebelum masuk rumah sampai dah nak dekat sebulan lah kami dok disitu.  Moga Tuhan dapat membalas segalanya.  Kepada yang tak dapat hadir tu, tak apa..nanti hari raya (eh..lambat lagi..) nanti mai la na... :-)
Kalo kata bab pindah randah ni...me..mang PENAT..Sampai sekarang ni masih ada lagi yang tak selesai kemas mengemas tau...Baju ceq la yang belambak-lambak tu...Nak kena beli almari baju lagi ni ki..ki...Maklum la perempuan....Sebelum keluaq pindah rumah baru sempat la bersihkan rumah sewa lama agar orang yang nak masuk selepas ni tak lah susah2.  
Projek yang akan datang nak simpan duit nak buat tembok kat belakang rumah :-) Beli penapis air (nak letak diluar rumah...) supaya kami sekeluarga tak menggunakan ayaq karat...Moga Tuhan melindungi kami sekeluarga. Alhamdulillah jiran-jiran pun ok...Tapi buat masa sekarang ni masih ada 2 rumah yang baru masuk.  Yang lain masih lagi tak masuk. Ada yang tambah rumah dan ada yang tak mo duduk lagi :-)  
Semoga hidup  ceq sekeluarga bahagia, aman damai bersama jiran-jiran..AMIN...

Thursday, April 11, 2013

@--PiKiRaN MeLaYang-LaYanG--@



Hai semua...sori la sebab dah lama tak habdate blog ni.  Bukan tak sudi tapi sejak kebelakangan ini sibuk sangat dan macam-macam yang telah berlangsung  :-) (macam siaran tv pulok)....

CeriTanYa.....You All.....Ceq dah masuk rumah baru...Syukur Alhamdulillah...Tuhan dah permudahkan urusan kami suami isteri...Amin.
     Pada satu hari di bulan 3 gitu lah kan...Suami telefon ceq "Cuba teka apa yang abg nak bagi tau?" suami mulakan.. "Ha! ni mesti nak bagi tau yang kita dah boleh ambik kunci rumah" ceq menjawap sambil muka senyum lebaq tak tau la panjang mane ko...ki..ki..ki..."Pandai la..cam ne tau ni?" Suami. "Hai..isteri kan ada firasat yang sangat kuat dengan suaminye..ki..ki..ki."padahal ceq hentam je teka..haha
  Keesokkannya...suami pun pi ambik kunci kat pemaju di Klang sana.  Tak sabaq sungguh la nak masuk rumah baru dan dah berangan bermacam-macam tau...Tak de mood sangat lah ari ni..Nanti Ceq sambung na..

WASSALAM

Thursday, March 14, 2013

@--PeRinGaTaN UtUK DiRi Ku--@


4 TANDA HIDUP TAK BERKAT


Hari ni ceq nak MUHASABAH DIRI .  Sebab ceq rasa diri ceq ni dah tak berapa nak ok je.....Sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan-NYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti.

Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.


(artikel ni ceq ternampak dalam blog.  Maaflah ceq dah tak ingat blog insan yang post artikel ni....)

Friday, February 15, 2013

@--Kisah Sepanjang Diam Diri@




Entry kali ni just nak kongsi la perjalanan masa duduk di rumah cuti sakit :-) 


14 Dis 2012
Trajedi bermula


2 jan 2013
Simen dikaki telah dibuka....Tambah lagi mc sementara nak baik. Kaki tak boleh kepak....kejang je otot kaki. 

4 Jan 2013

Baru boleh keluaq rumah.  Sebab sebelum ni kaki bersimen.  Destinasi pertama, pergi klinik kg. bandar ambik ubat kencing manis.  Waduh...cabaran sungguh nak berjalan jauh ni....


21Jan 13
Jumpa pakar tulang dan sendi Sungai Petani.  Nakkan kepastian apa yang terjadi sebenarnya. Klinik ni klinik swasta. Nak kompare tengok dokto gov kata apa. Dokto swata kata apa.....Sebab doktor pesakit luaq hospital gov kata tulang kaki aku ni dah rapat. Nak kena bedah.. Kalo tak ada masalah jangka masa panjang...Takut la....Ya Allah..jauhkan aku dari operasi macam tu...Mojoq la pi jumpa dokto swasta agak melagakan aku dan keluarga. Otot kat tulang lari..So, dia bagi ubat dan minta aku senaman 2 kali sehari. Moga cepat sembuh...

1 Feb 13
Jumpa pakar hospital banting.  Dokto kata kena fisioterapi. Dia kasi aku 3 bulan untuk betul-betul sembuh....


AKAN BERSAMBUG LAGI :-)

@--Ubuntu 12.04--@

 

 dan 

SALAM SATU MALAYSIA

Maaf banyak-banyak ya sebab ceq dah lama tak bersiaran.  Hingga hari ini masih lagi mencari mood untuk berblog.  Sejak cuti panjang ni, macam-macam yang aku tempuh dengan penuh sabar dan doa semoga hidup ceq yang ke hadapan ni akan lebih bersinar dan bermakna.
   Status kecederaan aku sekarang? Alhamdulillah berkat doa kalian semua, doa ku pada Maha Pencipta, usaha berubat ceq sekarang dan boleh berjalan. Cuma masih lagi tak boleh solat berdiri seperti biasa (masih atas kerusi), tak boleh duduk bersila lagi, tak boleh naik dan turun tangga macam biasa lagi dan kawasan sama waktu dengannya.  Maknakata semua yang aku lakukan tak boleh lebih. Bila tekanan pada kaki ni lebih, makanya lagi sakit la badan ceq ni...


(gambar hiasa dari google)

Berbalik kepada tajuk asal.  Ubuntu? Pernah tak korang semua dengaq.. Ceq ni pun tak la pakar sangat nak bagi tau sikit-sikit yang ceq tau tu boleh la.. Ceq ni masih dalam proses pembelajaran.  Kelmarin (14/2/2013) Bos aku buat kursus pasal Ubuntu versi 12.04 ni.  Sekarang makmal komputer ni masih guna versi 10.04. So, dah kebelakang sikit :-) Selaku pekerja yang bermain dengan benda-benda IT ni kenalah sentiasa Uptodate la kan....
Fening jugak ni...Bos aku jemput tok guru khas tau...Dia pun bukan orang lain dengan kami. Bekas pensyarah matrik ni juge...Terima kasih En. Kamaruzzaman.  Ilmu yang dicurahkan amat bermakna bagi saya.  Ceq tunjuk interface je lah yek..maklumat lain ada masa ceq cita lagi na.


(gambaq hiasa dari google)