Friday, February 15, 2013

@--Ubuntu 12.04--@

 

 dan 

SALAM SATU MALAYSIA

Maaf banyak-banyak ya sebab ceq dah lama tak bersiaran.  Hingga hari ini masih lagi mencari mood untuk berblog.  Sejak cuti panjang ni, macam-macam yang aku tempuh dengan penuh sabar dan doa semoga hidup ceq yang ke hadapan ni akan lebih bersinar dan bermakna.
   Status kecederaan aku sekarang? Alhamdulillah berkat doa kalian semua, doa ku pada Maha Pencipta, usaha berubat ceq sekarang dan boleh berjalan. Cuma masih lagi tak boleh solat berdiri seperti biasa (masih atas kerusi), tak boleh duduk bersila lagi, tak boleh naik dan turun tangga macam biasa lagi dan kawasan sama waktu dengannya.  Maknakata semua yang aku lakukan tak boleh lebih. Bila tekanan pada kaki ni lebih, makanya lagi sakit la badan ceq ni...


(gambar hiasa dari google)

Berbalik kepada tajuk asal.  Ubuntu? Pernah tak korang semua dengaq.. Ceq ni pun tak la pakar sangat nak bagi tau sikit-sikit yang ceq tau tu boleh la.. Ceq ni masih dalam proses pembelajaran.  Kelmarin (14/2/2013) Bos aku buat kursus pasal Ubuntu versi 12.04 ni.  Sekarang makmal komputer ni masih guna versi 10.04. So, dah kebelakang sikit :-) Selaku pekerja yang bermain dengan benda-benda IT ni kenalah sentiasa Uptodate la kan....
Fening jugak ni...Bos aku jemput tok guru khas tau...Dia pun bukan orang lain dengan kami. Bekas pensyarah matrik ni juge...Terima kasih En. Kamaruzzaman.  Ilmu yang dicurahkan amat bermakna bagi saya.  Ceq tunjuk interface je lah yek..maklumat lain ada masa ceq cita lagi na.


(gambaq hiasa dari google)


Wednesday, January 30, 2013

@--HaRi PerTama BerTuGas Setelah...--@




DAN 

SALAM SATU MALAYSIA


Rindunya kat blog aku yang satu ni...bersiaran langsung dari makmal komputer.  Setelah lama aku menyepi dek kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, hari adalah enrty pertama bagi TAHUN 2013...

So, apa khabaq semua.  Harap semua sihat la no...Aku? Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dibumi ALLAH ni.  

Korang nak tau ari ni 16/1/2013 hari pertama aku kerja bagi tahun 2013.  Aku tak diberi cuti rehat dah walaupun masih lagi tak pulih.  Sebelum tu, sori la terlambat nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2013 kat semua.  Moga tahun ni kitga lebih cemerlang dan gemilang dunia dan akhirat.AMIN.

Terima kasih kepada UDM kerana memahami keadaan aku ketika ini.  Aku diarahkan jaga makmal komputer sehingga aku sembuh sepenuhnya.  Hospital dah keluarkan surat arahan buat kerja-kerja ringan je...So, aku harap sangat yang aku akan cepat sembuh.......amin


@--PeRjALaNaN SePanJanG 2012--@


DAN

SALAM SATU MALAYSIA


Maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan ceq....Bukan tak mau habdate blog ni tetapi kita merancang Tuhan menentukan semuanya..Entry kali ni hanya nak patah balik ke belakang sikit la apa yang telah berlaku pada tahun 2012...


1.  Berusaja keras untuk mendapatkan permata hati dengan cara berurut dan makan beberapa produk
     makanan. Rasanya dah 2 3 produk kalau tak silap.  Tak apa.  Aku akan teruskan lagi usaha aku untuk
     mendapatkan permata hati aku dan suami.  USAHA + DOA ;


2.  Aku dan suami telah berjaya memiliki sebuah rumah di kawasan banting ini.  Insyaallah bulan 2 atau bulan
    3 ni dah boleh masuk;

3.  Aku amat bersyukur kepada Allah kerana rumahtanggah aman bahagia bersama suami tercinta;

4. Suamiku mengalami kecederaan otot peha kerana main footsal (hari keluarga samsung team).  Syukur
   Alhamdulillah, sudah sembuh. Aku dapat mempelajari macam mana nak merawat jika otot kita
   cedera..iaitu mula-mula penting sekali tuam dengan ais yek...bukan dengan minyak masak, minyak petrol
   atau minyak yang ada kat pasaran.  Lepas hari ke 4 baru boleh tuam dengan benda panas. Alhamdulillah
   dah sembuh pun suami ku ini;

5.  Kenangan yang ini memeng aku tak kan lupa samapai bila-bila.  Tanggal 13/12/12 aku telah mengalami
     kecederaan di lutut kaki sebelah kiri.  Jatuh tangga masa ankat meja.  Tak pe.  Ini semua ada hikmah dan
     juga pengajaran buat diri aku.  Banyak yang aku belajar bila dah jadi macam ni.  Aku juga berdoa agar
     semua yang diluar sana ambil iktibar atas apa yan berlaku.  Sama-sama kita muhasabah diri ya.  Lama
     juga le aku mc.  Dan sehingga hari ini aku masih dirawat kerana tak pulih 100% lagi.  Ucapan terima
     kasih kepada yang datang melawan dan tak lupa juga kepada yang mendoakan kesembuhan ku
    sepanjang tempoh aku mengalami kecederaan ini.  Sayang korang semua. Tak lupa jugak kepada
    Kakitangan UDM yang bagi sokongan dan bantuan dan juga kepada kakitangan yang bantu luluskan cuti
    ku ini.  TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.