Friday, June 29, 2012

@--PuaSa BerSaMa YanG TeRcinTa--@



HOOOORRREYYYY...BERJAYA

Syukur alhamdulillah. Aku berjaya habiskan ganti puasa ku pada tahun ini kerana ALLAH. :-) Tapi yang menariknya hari ni aku ni puasa ngan Cinta Hati Pengarang Jantung..Bukan ape pun saja En. Suami nak testing perut sebab tak lama lagi nak masuk bulan RAMADHAN.  So, testing siap-siap perut masing-masing sementara menanti bulan yang dinanti-nantikan.  
Sahur tadi pagi...fuuuhhh..bangun awainya....Selalu kalo aku masakkan bekal untuk suami bawak pi kerja pun aku dan masak malam-malam lagi. Pagi tu cuma panaskan je.. :-) Pagi ni MENU malas aku... : Sardin ngan telor dadar je...ki..ki..ki..Walaupun masak cincai tapi seronok tengok en. suami yang makan tanpa bunyi suara pun...(tu tandanya sedap ki..ki..ki..) 10Q sayang makan nasik sampai habis. Tapi beberapa minit lepas tu En. Suami mengalami masalah (ANGIN) dalam badan. So, nasik yang di makan tadi abis la....Moga suami ku kuat menghadapi puasanya hari ini.
Hari ni kerja banyak sangat tak berhenti-henti + kena kerja lebih masa. So, aku tak terasa sangat lapaq..cuba kepala ni fining-fining je...(takut jugak kalo hypo...kalo hypo kena la bukak posa takut pengsan plak nanti susah).  Sampai rumah sebelum pukoi 7 terus masuk dapur tanpa berhenti dan menoleh mana-mana pun. Kain kat ampaiyan pun aku abaikan..ki..ki..ki..(minta tolong suami :-) ) Masak alakadar je. Nasik goreng sotong.  Kebetulan ada nasik lebih sahur pagi tadi kan..Aku masak la nasik goreng kegemaran suami ku.

Bahan-bahan:
*  Nasi
*  Sotong
*  Cili kering yg dikisar
*  Bawang merah
*  Bawang puith
*  Telur ayam
*  Sayur sawi
*  Garam secukup rasa

Nasik goreng tersebut dihidang bersama LAICI KANG...UUUhhhhh...Segar sekali tekak bila kena air yang sejuk-sejuk...Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang TUHAN bagi.. 10q ALLAH. Sori, tak sempat nak snap gambar.  

Tuesday, June 26, 2012

@-BOLa PuNya CiTeR--@




Aku ni sebenarnya tak minat nak tengok bola ni.  Tapi Tuhan tu Maha Berkuasa. :-) Bila aku berkahwin dengan insan yang minat bola ni secara automatik hidup aku berrubah la...ki..ki..ki..Tak sangka la..Ari minggu lepas 2 hari aku teman suami aku tengok bola pagi2 buta..( eh!pagi pun boleh buta ke..ki..ki..ki.) Ni lah penangan EURO 2010..Kami berdua siap set jam nak bangun pagi-pagi..ki..ki..ki..ki..Tido depan tv pulok tu..Semangat betul. Pagi pertama tengok germen lawan....mmmmm..Cam tak best je.."mesti kalah" aku ucapkan kepada suami kerana kami berdua tak sokong Germen tau..ki..ki...Jadi tengok separuh masa pertama je..

Pagi ke 2, tido depan tv jugak. Pagi ni aku sediakan semug kopi pekat melekat..ki..ki..ki..bersama kentang goreng tepung...Peh!mantop...Kentang goreng tepung tu permintaan suami tercinta....Kenyang ko sampai pukoi 9pg....Masa tu span lawan ngan ape tah aku tak engat. Separuh masa pertama aku ok lagi la mata....Dah masuk separuh masa kedua aku dah mamai dah...Asyik tanya "dah berapa gol dah" dan aku tak jelas pun dengan jawapan suami ku sebab dah lena diulit intan..ki..ki..Bila dah bangun pagi tu ha..ko....suami aku tengok boleh sorang2 separuh masa ke 2..cian dia..Tapi tak pe..untung dia tunggu sebab pagi lu pasukan kegemaran dia SPAN sudah menang..ki..ki..ki..UNTONG LA....Apa-apa pun itu adalah kenagan terindah...Yang paling aku tak leh lupa permintaan kentang celup tepung suami aku tu...3 pg makan kentang goreng..ha.h.a.ha.h.a.

@--BiLa Hati Dah Sentap--@


STRESS


Kerja-kerja...selagi belum tutup mata kerja2x Aku ni sebenarnya maleh nak bising2. Tapi kesabaran pun ada batasnye...Aku pun tak tau la lama mana aku boleh bertahan dengan ni semua..Aku ni bukan nak tunjuk aku ni rajin, disiplin dan dot2x. Tapi yang lain tu pikir-pikir la sama kat orang lain.  Jangan engat aku ni dia aku boleh senang2 nak lupa apa yang terjadi.SORI ya....Batas kesabaran pun ada naik turunnya. Kita semua ni makan gaji.  Kalo nak gaji tu berkat buat la elok-elok. Jangan nak ambik kesempatan diatas kelemahan orang lain.  Kepimpinan melalui teladan.  Bila dah jadi tak sabaq lagu ni la membuatkan aku ni lemau sangat nak kerja tau....ALLAH......tolong lah..tingkatkan lah semangat ku untuk terus bekerja hanya keranaMU TUHAN KU.....Aku tak mo tunjuk ni salah sapa2.  Ni cuma peringatan pada diri aku sendiri TERUTAMANYA.  Kita ni ada tanggungjawap masing-masing tau...Maaf..jika ada sapa2 yang terasa.  Tapi aku buat ni untuk insafkan diri aku sendiri yang dah tak boleh nak kawal kesabaran aku ni.  Sama-sama kita baiki kelemahan yang ada pada diri kita semua....

@--Aktiviti Di HaRi LaHir SuaMi--@


15 JUN 2012

SELAMAT HARI LAHIR SUAMI KU....

Tiada apa yang dapat ku beri melainkan doa, kasih sayang serta menjaga segala keperluan hidupmu agar sentiasa sihat dan hidup bahagia disampingku.  Hari ni hari lahir suami ku yang ke...29tahun...Eh....same la..ki..ki..ki..buat-buat terkejut...padahal memang kami berdua ni sebaya :-)

Seperti biasa kalo 15 Jun ni aku akan pastikan yang aku akan cuti pada hari tu.  Bukan apa...tak de hadiah yang dapat aku bagi melainkan buat apa yang aku mampu je.... So, tahun lepas aku tak engat apa yang aku buat kat suami. TAPI tahun ni aku dah rancang nak masak sedap-sedap kat suami...Nak masak apa ya...Nasik kuning dah buat masa birthday aku ari tu.  Takkan nak masak lagi. Ha! apa kata cuba masak Nasik Ayam....Aku tak pernah hidang lagi kat suami aku.  Bahan-bahan nak masak tu aku dan sediakan 2 hari lebih awal.   Mari kita lihat apa bahan-bahan yang aku boh :-

Ayam direbus - aku rebus 6 ketul je sebab menu ni utk 2 orang makan je :-)
Bahan Untuk Nasi
2 pot beras ( aku pakai beras taj mahal)
4 pot air rebusan ayam
rempah 4 sekawan
duan pandan 1 helai (bagi wangi)
2 batang serai
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar marjerin
( semua bahan ni aku masukkan sekali dalam periuk nasi keren tu.  Senang tekan dan masak ;-) )

Bahan SUP
1 sudu besar rempah sup cap mak siti
5 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang
2 inci halia
garam dan gula secukup rasa
dan daun bawang dan daun sup

Bahan untuk AYAM
2 ulas bawang putih
2 ulas bawan merah
(ditumbuk halus)
Kicap pekat
Kicap Manis
Madu
Marjerin
( semua bahan ni diperap bersama-sama ayam yang kita dah rebus.  Lagi lama peram lagi sedap.  Ayam-ayam ni aku goreng menggunakan minyak hingga tenggelam ayam tu. )

*sori la aku tak sempat nak snep gamba sebab kusyuk masak. Bukan apa takut-takut tak menjadi nasik ayam ni :-)

Aku halo-halo sama birthday boy. "Abang balik awal hari ni". Waduh...waduh...aku kena cepatkan pergerakkan aku ni....Syukur kepada Tuhan kerana kau berjaya siapkan semuanya sebelum suami sampai rumah. Aku sambut suami pulang macam biasa.  Lepas dia solat maghrib tu aku hidang yang mana patut dulu..."JANGAN BUKA TUDONG SAJU TU SELAGI TAK TERIMA ISYARAT :-) " Tapi bila aku angkat je nasi mmmmm..suami aku dah dapat teka yang aku masakkan nasi ayam untuk dia malam tu.  Aaaallla....tak suspen la cam tu.....ki..ki..ki...Syukur kepada Tuhan yang aku dijodohkan dengan suami yang amat baik hati.  Sejuk hati bila tengok suami makan dengan penuh berselera dan sambil makan tu diucapkan terima kasih...rasa syukur dan gembira sangat....Itu lah aktiviti pada birthday suami aku tahun ni...Sekali lagi selamat ulang tahun sayang i love u..

*menu ni dah jadi menu sajian untuk kawan suami ku yang datang ke rumah baru-baru ini.

Wednesday, June 13, 2012

@--Hadiah TaK DiDUga--@

12 JUN 2012

Tarikh ini merupakan tarikh dimana aku telah bergelar isteri kepada Mohd Shafee Bin Sabran.  Dah 2 tahun rupanya.  Disebabkan aku kekurangan bajet untuk hari ni jadi aku bercadang masak je apa yang ada dlam peti sejuk.  Yang aku dapat hasilkan :-

1.  Nasik Goreng Cili Kering ( Ni makanan peberet suami yang amat gemarkan nasik goreng.  Sama lah 
                                               ngan aku yang suka ngan nasik goreng terutama ibu yang masak :-) )
2.  Ayam Kripi Ayammas
3.  Sup Daging

Sori sayang, ayang tak dapat nak bawak sayang makan di restoran mahal-mahal. Ni je yang ayang mampu. Harap sangat sayang suke :-) Sebelum balik kerja aku seperti biasa akan telefon suami balik pukol berapa. "Abang balik awal hari ni".  Jadi aku kena masak sepantas yang mungkin.  Bila suami sampai mujor la tinggal nak goreng ayam.  Sambut suami depan pintu macam biasa.  Bersiahkan diri semua dan lepas tu makan la kami berdua.  Tengah nak ambil air dalam peti ais aku dah nampak 1 bugkusan la dalam peti...Hati berbisik...Wah..kek...perisa apa pulak kali ni. Dah selesai makan semua kami tunaikan tanggungjawap kepada ALLAH.  Masa tengok berita kat tv tu suami kata..."dah nampak yek apa yg ada dlm peti. Bila kita nak makan?" Sambil tersenyum aku pun pi ambik.  Teruja la nak bukak dan makan kek ni... Dah potong apa lagi makan la..Memang sedap kek ni...Berbeza dari tahun lepas. Kurang rasa ais krim..Yang ni memang terbaik lah... :-) Ni adalah rutin suami belikan kek untuk sambut 3 tarikh bersejarah iaitu :-

6 Jun - Birthday aku 
12 JuN - Ulangtahun Perkahwinan
& 
15 Jun - Birthday suamiku









Tuesday, June 12, 2012

@--KaLi PeRtaMa Ku KeNaL Dia (Mohd Shafee Sabran)


Daisypath Friendship tickers

Tiba-tiba terasa nak TERImbas kembali kenangan lalu...Aku dan suami mula kenai 6 Jun 2009 yak ni merupakan birthday aku yang ke 26tahun.  Masa tu kami dua jadi pengapit kepada kawan-kawan baik kami.  Tak sangka mula diperkenalkan yang sesingkat itu telah mengheret kami ke alam rumah tangga yang bahagia.  Bila dikenang balik membuatkan aku tersengeh sorang-sorang. Macam tak percaya pulak.  Itulah "Kita Merancangan, Tapi TUHAN Yang Menentukan".  Terima kasih diucapakan kepada kawan baik ki SITI AISHAH BINTI HAMAD dan suaminya kerana memperkenalkan kami berdua.  Hanya Tuhan yang dapat membalas budi kalian berdua. AMIN.


( Kali Pertama Ku Jumpa Dia )
Shafee jadi pengapit Zaki
Aku jadi pengapit Siti


( Dating Masa dah Tunang ;-) )


(12 Jun 2010 )
Aku telah selamat menjadi suri hidupmu


@--ANYBESERI 2--@


12 JUN 2012 



Pagi yang indah....Bangun pagi tadi masa suami mandi aku buat kejutan sikit..Letak kad ulangtahun perkahwinan atas seluar kerja suami.  Siap mandi suami panggil dan terus hadiahkan ciuman kasih. :-) Sayang abang tau..ki..ki...Dia baca kad tu sambil tersenyum dan letak kat tu atas rak tv dalam bilik.So sweet. Tak de apa yang dapat aku bagi sebab tarikhnya belum gaji lagi...sori ye sayang. Kad pun print sendiri.  Hari ni aku bekalkan suami nasi ayam masak merah je..Malam ni masak spesial sikit :-)
  Terima Kasih sayang sebab terima ayang seadanya walaupun ayang tak sesempurna yang sayang impikan.  Moga kita kita bahagia hingga akhir hayat.  Dilindungi dan diberkati ALLAH. Dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Dikurniakan kesihatan yang berkekalan. Dimurahkan rezeki rumah tangga kita.  Sentiasa mendapat keredhaan ALLAH.  Dikau suami yang TERBAIK...SELAMANYA. 

I LOVE U 







Friday, June 08, 2012

@--APA NAK JADI--@


4/6/2012


MMMM....ARI NI TAH LA...KESABARAN AKU DICABAQ LAGI....MUJOQ AKU PUASA ARI NI...
AKU TAK BANYAK CAKAP ARI NI....NOT IN MOOD YA...TAMBAHAN PULAK ARI NI ARI SENIN...KI..KI..KI.. (ISNIN)



(GAMBAR HIASA DARI INTERNET)

Thursday, June 07, 2012

@--BuAt Suami Tercinta--@


Cinta Bersatu - Liyana Jasmay



Di matamu ku berharga

Kau perlakukan aku

Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa

Bahagianya aku

Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja

Yang mampu begitu

Tulus

Mengerti aku

Kau sempurna bagiku

Tak kurang sesuatu

Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu

Tak kurang sesuatu

Cinta bersatu

Gayamu

Sifatmu

Cara mencintaiku

Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

@--InDaH SaNg SuRia--@


6 JUN 2012

Hari ini cukup umur ku 29 tahun.  Tuhan ku...Aku PALING bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di dunia ciptaan MU, berusaha mendapat keredhaan Mu, perlindungan MU dll.  Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan daku Family yang sayang dan menjaga aku dengan baik.
TERIMA KASIH buat :-

1.  Ibu - Hosni Binti Omar
     Insan yang telah melahirkan daku pada tarikh ini 29tahun yang lalu di Hospital Besar Alor Setar dan banyak
     berkorban segala-galanya untuk aku dari baby sampai sekarang. Semoga ibu sentiasa diberi umo yang
     panjang dan kesihatan baik yang berpanjangan. AMIN.

2. Abah - Md Sani Bin Harun
    Insan yang bertanggungjawap keatas aku dari aku baby sampai 11/6/2010.

3. Abang - Mohd Izral Md Sani
    Ni abang aku. Terima Kasih atas segalanya.

4.  Adik - Siti Fatimah Md Sani
     Ni adik aku satu-satunya.....Budak bertuah..Buah hati pengarang jantung.  Kawan gadoh, kawan gelak,
     kawan gosip dan lain-lagi.

5.  SUAMI - Mohd Shafee Bin Sabran
     Cinta Hati dunia dan akhirat. Tq sayang kerana sudi terima ayang seadanya walaupun ayang tau ayang
     tak sesempurna yang dikau impikan.

LOVE U ALL










  Terharu sangat aku bangun pagi-pagi ditarikh keramat ini.  Mata tak bukak lagi.  Terdengaq bunyi percikan air dari bilik air. Oh!suamiku sudah bangun.  Lewat ka aku pagi ni...Golek-golek jap kat katil terasa ada benda kat telinga.  Ya Allah....Syukur...Aku terlah menerima hadiah-hadiah ini dari suami tercinta.  Tiba-tiba dapat aku rasakan suamiku begitu sayang, kasih dan cinta kepada ku yang jarang dipamerkannya.   Biasa la lelaki bab jiwang-jiwang ni jarang tunjok.  Thanks sayang... I love u to....
Masa tengah siapkan suami nak ke pejabat disuapkan aku dengan cokolat....Aku pun suap suami juge...Oh...!so sweet cokolat ni dan saat suap menyuap ni... :') Sungguh menyentuh jiwa...Dah suapkan madu ke mulut suami + air segelas + vitamin c 1 ketul, seperti biasa rutin aku hantaq suami ke moto.  Suami ku ucap lagi HAPPY BIRTHDAY lagi....Moga dot...dot...dan ayat last yang aku tak lupa..ki..ki.. Moga cepat KURUS..ki..ki..ki..
  Malam tu dinner aku masak nasik kuning, sambal tumis dengan ayam goreng + 2 bijik piza sebagai hidangan sambutan ulang tahun ku...Kenyang tak terkata la....Tuhan..syukur aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas serta menjaga suami yang amat ku cinta. Bertuah dan bersyukur aku dapat menjadi suri hidupnya.  






@--Rombongan ke Raub--@

3/6/2012

Pada tarikh ini aku telah mengikuti rombongan perkahwinan sepupu suami tercinta. 5 bijik kerete semunya.  Rombogan bermula dari shah alam (2 buji dari bota, perak + kerata suamiku) berhenti di Bukit Tinggi 
(2 bijik kereta -saudara sebelah pak yang).  Kami semua sampai di rumah abg pengantin perempuan jam 4.00 petang. Kami sampai di rumah pengantin jam 5.00 petang.  


(yang pakai songkok tu lah pengantinnye)




(moh kite gerak)




(opah selaku ketua rombongan)

(berseri2 kakak pengantin ni :-) )

(ha..dah sampai)


(ni ke rumahnye nenek?- mia bertanya sambil gigit jarinye)



(ikram yang baru bangun tido)


(ok pakat-pakat cari pot)

(jadi ini lah ye pengantinnye dan tok kadinya)

(relex bro ;-) )






Syukur seletah 1 kali percubaan dan 2 x lafas maka mereka berdua telah selamat disatukan ;-)

(ni la pengantin perempuannya)





Dah selesai makan dalam pukoi 7 malam kami berangkat dari rumah pengantin.  Wan dan isteri, Selamat Pengantin Baru. Moga kekal ke akhir hayat. AMIN.  

Tuesday, June 05, 2012

@--Menu CuBa-CuBa 1--@

4/6/2012

Cepat masa berlalu kan...dah bulan 6..Bulan 7 dah nak mula puasa.  Aku sekarang masih tengah usaha nak habiskan puasa ku ini.  Aku memang dari dulu lagi suka sangatg ganti last2 minit ni. Aku rasakan kadang-kadang kalo ganti last-last ni perut aku tak la terkejut sangat nak start berpuasa.
     Hari ni aku terasa nak cuba sesuatu yang baru menu berbuka.  Tapi sori la tak sempat nak snap gambaq.ki..ki..ki...Aku nak kongsi sikit kot-kot la ada kawan-kawan yang ada minat sama cam aku. Reka resepi-resepi ni..ki..ki..Tapi kalo tak sedap dan tak penuhi citarasa..

BUBUR OATKU

5 sudu besar   OAT
* 1/2 sudu kecil halba
* 1/2 labu bawang besar dimayang
* 1 mangkuk santan (kalo nak lemak lagi tambah la ye)
* 1 inci halia diketuk sedikit
* 1 ekor ikan kembung  direbus dan diambil isinya serta dilerai-lerai isinya
   (pakai ikan sardin pun tak pe) bukan ikan sardn ayam brand ;-)
* 2 batang serai (diketok sedikit)
sedikit biji lada hitam
garam secukup rasa
sedikit gula jika mahu

BAHAN TABURAN

ikan bilik goreng
daun bawang
daun sup
bawang goreng jika mahu

Cara Masak:
Masukkan bahan yang bertanda *.  Masak sehingga mendidih dengan suhu api yang kecil supaya santa tidak naik kepala.  Kacau tanpa henti.  Setelah mendidih masukkan OAT SEGERA.  Kacau hingga rata dan terus tutup api.

SELAMAT MENCUBA


Tapi aku agak kaciwa la cikit sebab oat aku ni termasin la pulok.  Tapi makan je lah...ki..ki...Kepada yang nak mencuba tu..hati-hati bila boh garam ya... :-)

Monday, May 28, 2012

@--HaRi Pendaftaran Pelajar MaTrikulasi sesi 2012--@



28/5/2012

Hari yang amat sibuk kalo cakap pasal pendaftaran pelajar ni....Berhari-hari persiapannya.  Pendaftaran sehari je :-) Walaupun bz tapi demi adik-adik yang baru nak kenal hidup dunia luaq ni..Akak berkorban jiwa dan raga..ha.h.a.ha.h.  Gambaq di bawah ni adalah pelajar wanita pertama yang daftar..Kira no. giliran dia 0001. 


( nampakkan  laptop tu...ha...menda2 ni la kena diperhati )

( adik ni pelajar lelaki pertama )

Macam-macam kerenah la kita dapat tengok masa hari macam ni....Penat...Jauh nak berjalan bawak barang dll.  Tapi bila dikenang balik...mmmkadang2 best jugak yek ;-)  So, kepada adik2..belajaq rajin2 tau....Berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.

@--DaRahku DiaMbil--@

22/5/2012

Hari ni aku cepat-cepat ke klinik Kg. Bandar.  No. ke 5 aku dapat. Dari rumah 7.45 pg pun dpt no. 5 yek :-).
Syukur tak yah tunggu lama untuk daftar ari ni.  Selalu kalo datang chek kencing manis mak ai...punya la kematu bontot ku nak menati nama dipanggil. Lebih dari 30 mint.  
Akk kaunter tu tanya "datang hari ni nak buat ape ye? Nak ambil ubat ke?"
Aku dengan lembut dan sopan jawap "saya kena datang pd hari kedua semasa pyot dan hari ke 21 lepas pyot."  Akk kauter tu muka cam tak percaya apa yang aku cakap.Aku mintak dia cari maklumat dalam fail hijau aku tu...Ha!kan dan jumpa :-)  Aku pun tak tau la kenapa doktor suruh aku buat cam tu.  Yang pastinya aku pernah bg tahu doktor yang aku hampir dua tahun berusaha untuk dapatkan zuriat.  Jadi ini adalah salah satu cara doktor tu nak bantu aku.  Jadi aku terima segala arahan doktor.  :-) Moga-moga usaha aku berjaya..Amin
Selang 5 minit nama aku dipanggil masuk dalam bilik. Ha!kena soal lagi..kali kedua aku jawap menda yang sama.Doktor yang suroh aku datang ambik darah untuk diuji.  Part ambik darah yang paling aku lemah ni.  Asal nak cari urat je susah.  Maklumla urat darah halus.  Kali pertama misi pempuan. Sebelum tu dia tny la "ada pernah pergi urut ke?" Aku jawap ya. "Sekarang ni pun tengah dalam tritment mengurut" Misi tu tny lagi "ada pergi ke Darul Syifa tak mintak air penawar ke?" aku jawap :setakat ni belum lagi"  Misi tu menyatakan kepada ku yang dia pernah ke Darul Syifa kat Bangi tu....MMMM..menarik...Aku memang sangat2 berhajat nak ke Darul Syifa Bangi tu. Tapi masih tak berkesempatan lagi.  Insyaallah akan aku ikhtiarkan demi masa depan keluargaku :-) Misi tu kata juga "urat tak jumpa ni..Ni mesti tak banyak buat kerja. Dok depan pc je".mmmm Sabo je la......Hanya Tuhan je yang tahu....tak semestinya urat aku susah nak jumpa aku ni tak buat apa2 kerja...key?
Back to the story. Kali 1 gagal kena lagi kali ke 2. Yang ni misi lelaki pulok..Mujoq la dia jumpa urat kat tangan aku ni ha....Senang je dia cari berbanting dari tu banyak kali jugak dia cari tak jumpa.Syukur sekejap ja ambil darah ari ni....dalam 45 minit je.....Boleh terus balik pejabat dan sambung kerja :-)


(Gambar Hiasan)

@--CeriTa HaL KuRsus--@

Ari sampai ke Kolej Matrikulasi Kedah (Chanlun) awai la jugak.  Aku ngan Ikmal nak sampai sana awai sebab mana la tau dapat bilik yang ok kan....Sampai sana tengok nama aku tak de...ALAMAK!tak maklum kat orang bahagian la tu yang aku kena ganti orang.Lelaki pulok tu..Makanya ada masalah masa pendaftaran penginapan...mmmmm..sabaq je lah....Nasib aku..dah la ganti orang jadi cam ni plak.Mujoq la kakitangan KMK sudi melayan aku dengan penuh sabaq dan dedikasi. Aku puji layanan depa. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KMK.  Aku dan ikmal dibawa ke kediaman masing-masing oleh PPTM KMK yang baik hati.  Sampai di rumah dah ada yang dah sampai.  Ha...nak tau sapa..? PPTM Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang.  Wanie. Dia datang bersama juruteknik dia ( + isteri da anak).  Mujoq la ada teman dalam rumah tu.
  Malam tu kami dibawa makan di sebuah restoran namanya anjung.  Time ni la sesi ramah mesra bermula. Dapat la aku kenai orang yg selalu nampak tapi tak pernah tegok sapa..ki..ki..ki..Pekena la nasik goreng USA dan Teh o Ais...Tidor malam pertama kat KMK agak merosot. Maklumla berubah tempat tido.  Panas berkuap...Nak hujan la tu.. :-) Dalam rumah tu tak de Tv jadi aku layan la filem kat dalam laptop aku ni...Syukur Tuhan...

14-16/5/2012

Awalnya aku bangun pagi ni...ki..ki..ki..Semangat ka atau sebaliknya...ha.h.ah.a Pagi kami disajikan dengan sarapan yang lazat.  Ada majlis perasmian dulu kat dewan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Matikulasi Malaysia dan Pengarah KMK.  Wah....ramainya orang :-) Time ni la ambik peluang nak kenai2 kawan sengkatan kan....Jumpa la ngan kawan lama aku Fareza. Dan sembang2 sat.  Dah tu minum lagi...Pastu baru bermula pengenalan mengenai PHP.  Best la pensyarah yang ajaq kali ni.  Berbeza sangat dari pengajar dari kolej komuniti ari tu...Walau pelbagai masalah kami timbulkan, besaq atau pun kecik dia tetap tersenyum dan sabaq mengajaq kami.  Tima kasih kasih cikgu. :-) Sebenarnya cikgu yang mengajaq kami ni pensyarah di KMK ni. Kalo tak silap fizik kot. Tapi tabik spring la kat pensyarah ni. agak banyak jugak sistem yg dia dah buat utk KMK.  Hari Rabu disebabkan semua dah fening-fening buat sistem...kami semua pakat ramai-ramai pi PADANG BESAQ, PERLIS.  Best la dapat pi sana dengan kawan2 terutama sekali dengan FAREZA...lama tak jumpa dia.  Aku mcam biasa beli kicen kat kawan2 pejabat ngan makanan sikit utk yang tersayang. ;-) Kenangan yang terindah la bila dapat ke sana.  Dapat jumpa kawan2 sepenjawat dan juga jumpa kawan satu sekolah teknik dulu..ha.h.a.h.a.. Keciknya dunia ni... :-)

( Ni la cikgunya....sori saya dok belakang )

( zoom dekat punye )


( demo cikit sistem kami )


( ni urusetia Cik Wan )