Wednesday, October 28, 2009

@--CoReTaN ku--@

28/10/09

Di malam ini aku dengan penuh rasa sayu tiba2 rasa nak luahkan sesuatu dalam blog aku ni. Aku sekarang dah ada d kuantan. Aku diarahkan bertukar ke cni 19.10.09. Aku akur dengan segala arahan.Bg aku ini semua ada hikmahnya. mm...Satu permulaan hidup yang baru..aku kena buka lembarah hidup aku yg baru sekali lagi..Aku harap ia akan lebih memberi sinar dalam hidup aku...Tempat kerja..biasa la..tak pernah habis..tapi penat la kan..bz je...dan juga dengan kenalan2 baru..Hari2 melalui perjalanan yang sama...berpusing seperti roda..Aku cuba lakukan yang terbaik..tapi tak tau lah ia dihargai atau tidak...

Aku masih mencari siapa diri aku...

Mengapa tiba2 malam ni aku rindu sangat kat dia....Adakah dia juga rindukan aku...Kesian abg....kena keja mlm minggu ni...sabaq ya sayang....keja baik2 tau....Akan ku doakan dikau sentiasa di lindungi Tuhan....Abg..kawan kita dah nak bertambah sorang ahli..kite bile lagi... :-)
I LOVE U SAYANG....

SEKIAN

Tuesday, September 29, 2009

@-CoReTaN Di BuLaN SyAwaL--@

27/9/2009

*Ari ni member baik ku ecah pindah umah. Aku p la menyebok kejap. Besaq rumahnya...best...MoGa ecah bahagia di rumah baru bersama suami mu..

*Sempat la jugak aku berjumpa dengan insan tersayang...sebelum aku berangkat pulang ke tempat aku mencari rezeki..cian sayang ye..penat angkat barang2 pengantin baru mo pindah...pastu nak bekejar ke umah sedara pulak...sabaq ya..nanti minta benda mahai sikit kat pengantin baru tu..ki..ki..ki..ki.. ;-)

*Kenapa aku ni asyik tak dapat nak buat keputusan sendiri.Apa yang aku buat semua tak kena di mata mereka. Kena jerkah, tengking dll. Kalo yang lain tu bukan setakat tegor, nak cakap pun tak berani.Nanti kena bidas balik.Aku pun nak juga merasa sedikit bahagia bersama kawan2 ku. Dah la aku tak de sapa2 kat bumi pahang ni. Skali sekala balik nak la lepas rindu kat kawan2.Tolong kawan2. Salah ka?Tambahan pulak aku betul2 terhutang budi dengan kawan aku yg ni...sayang sangat kat dia...Tertekan la aku cam ni..dari kecik sampai besaq...cam ni la aku terima...Kadang2 rasa kalo aku ni tak de kat dunia ni kan senang. Tak yah la aku susahkan mereka.Tak susah2 nak pk pasal aku ni..Memang sabaq tu separuh dari IMAN. Tapi aku ni manusia biasa. Sekuat manapun aku bersabaq pasti satu hari ada juga yg aku tak tahan. TUHAN, aku tau niat mereka tu baik.tapi tak kan tak de ruang tu aku nak rasa bahagia seketika.Bukan aku buat menda salah. ALLAH..ampunkan dosaku...

*Boring betul..semuanya kena kembali seperti biasa....tak tau pe nak jadi hari2 mendatang....

Thursday, September 24, 2009

@--LuaHaN HaTi UnTuK YanG DiCinTai --@

(KETIKA CINTA) - OST PEREMPUAN BERKALONG SORBAN

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggilmu
Karna setiap jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepadamu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah dia
Hati ‘kan memuja hanya padanya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu rindu rindu qalbu
Memanggil-manggil namamu
Seperti terbang di langitmu
Tenggelam di lautan cintamu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


*Lagu ni betul2 menyentuh jiwa dan perasaan ku. Dan lagu ini khas kutujukan kepada insan yang ku cinta, rindu dan sayang. Aku harap dia faham isi hati aku. LOVE U SO MUCH*

nota: nanti aku uplod videonya nanti.


@--LEBARAN SUDAH TIBA --@

20/9/2009

Tanggal tarikh ni semua umat islam di malaysia khususnya menyambut "HARI RAYA AIDILFITRI". Kalau kat negara lain mesti awai sehari ka atau lewat sehari atau beberapa jam je...
Tahun ni raya aku mcm biasa.Walaupun bajet tak berapa stabil tapi alhamdulillah dpt juga aku sepasang kurung pahang yang aku beli di "WARTA" kat bangi seorang diri. Tak fill la beli baju sorang2. Dulu ada gak la kawan-kawan yang teman. Nasib badan la. Bila dah merantau jauh ni.

Tahun ni tak dpt aku nak beli kerepek bersama-sama nu dan cik pah seperti mana yang biasa kami buat tahun sebelumnye. Time aku ada kat putrajaya nu tak dak. Time aku tak dak dia ajak aku. Sori ya nu dan cik pah. Saya tak dpt join tahun ni. Tahun depan insyaallah kita plan baik2 na. Tahun ni aku beli kerepek kat pasa malam kat putrajaya ja. Tu je yang sempat aku capai.

Pagi raya, biasa la makanan hebat sikit la dari hari lain. Ketupat ngan rendang tu menu wajib lah. Tahun ni ibu buat "terca". Tapi sikit sangat la tahun ni. Tak puas makan. Ha! Hanya pada org yang pernah beraya kat umah tok abah aku je yg dpt raya menu turun temurun belah ibu. Tak dak kat mana2 kedai atau umah. Kecuali siapa yang ada kaitan kekeluargaan ngan ibu aku. Kalo nak rasa mai la tahun berikutnya.

Syukur...duit raya dpt lagi tahun ni..rezeki Allah. Rezeki jangan di tolak, musuh jgn dicari kan...Lepas la buat tambang balik Jerantut nanti.

Buat yang "tercinta" daku akan sentiasa menanti dikau datang. Nantikan daku sayang. Kita pasti akan berjumpa sebelum daku pulang untuk menunaikan tanggungjawapku sebagai seorang pekerja.

Ok..aku nak melayan facebook aku pulak...sekian untuk kali ni.

WASSALAm

Thursday, September 17, 2009

@--HaRi RaYa 2009 --@

17/9/09

Berapa hari lagi dah nak raya. Rasa sedih nak tinggalkan ramadan ni. Tak sabaq nak tunggu Syawal pulak. Tahun ni tak de la beria sangat aku beraya..Sebb dan besaq..Tahun ni seorang lagi ahli keluarga aku meninggal. "Tok Harun". Sedih rasanya..tahun lepas ada Arwah Pak Teh..biasa la maut ni dia dah tak tunggu dah...

Persiapan raya pun aku tak buat beria pun..baju pun tak beli lagi..kuih beli tat nenas je..kerepek esok baru nak p cari kat bangi.mmmm....tah le..macam-macam aku rasa. Aku harap raya tahun ni berjalan lancar tanpa ada sengketa yek...Tak sabaq nak jumpa ibu ngan abah..dah lama tak balik ni...bila dah dok jauh2 ni...berat rasa nak balik kalo stakat cuti 2 hari je....time raya ni la nak diguankan sebaiknya...tak sabaq nak makan ketup palas letak kacang...adoi...dengan serunding ikan masik buat ibundaku....keco pulak air lioq ni.....

Mungkin tahun ni aku nak luangkan masa tuk pegi alumni sekolah ku..nak tengok apa yang menarik kat sekolah di samping jumpa kawan lama.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin" buat semua yang mengenali aku. Halalkan semuanya ye...sesungguhnya aku ini insan yang tak sempurna dan lemah.

Buat kekasih hati ku....Selamat Hari Raya Sayang...Maaf bebanyak yek...Moga raya tahun ni membawa kebahagiaan yang berpanjangan utk dikau sekeluarga. Mungkin ada hikmah perancangan kita tak kesampaian yek..Tak pe...Ceq terus menanti mu....

Sekian saja untuk kali ni....ada masa kau update lagi yek..

wassalam....salam lebaran...

Friday, August 07, 2009

@--NaMaMu Kini JaDi SeBuTaN--@

Ingin kucurahkan rahsia hatiku
Buat insan yang ku rindui selalu
Luangkan masa mu oh sayang untukku
Dengarlah kasih rayuanku

Bukan ku meminta simpati darimu
Duhai kasihku hanya penggertianmu
Yang kuharapkan dari semenjak dulu
Semoga kan terbuka lagi pintu hatimu


Mengapakah engkau meninggalkan diriku
Ketika aku memerlukan cintamu
Tiada penawar rinduku ini
Yang melanda dikalbu

Kau warnakan duniaku
Dengan pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
Dengan benang sutera
Cintamu hingga aku
Terus terlena keasyikan
Dalam khayalan mimpi yang belum aku pasti
kini kuharap kau kembali
Menerangi dunia ku yang sepi
Hatiku sunyi


Namamu kini menjadi sebutanku
Sampai bilakah harusku pendam rasa
Yang dilanda rindu pelangi cintamu
Yang kini bersemadi jauh dilubuk hati

*Makin tersiksa hati bila aku dengar lagu ni...Oh Tuhan..kau kuatkan hati hambamu yang lemah ini. Walauapapun yang terjadi Kau lindungilah dia,moga dia sihat dan bahagia disamping insan yang dia sayang. AMIN.

Tuesday, January 20, 2009

@--TaHuN YanG BaRu 2009--@

Sudah lama aku tak update blok ni....Rasa rindu sangat nak meluahkan apa yg telah berlaku sebelum ini....2009 akan ku tempuh dengan penuh kekuatan....Ya Tuhan..Kau terangilah Hati hambamu yang kerdil ini...Permudahkan hidup ku.....AMIN....
Welcome Back.......

@---SuaRa TanGisaN---@

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi