Wednesday, June 13, 2012

@--Hadiah TaK DiDUga--@

12 JUN 2012

Tarikh ini merupakan tarikh dimana aku telah bergelar isteri kepada Mohd Shafee Bin Sabran.  Dah 2 tahun rupanya.  Disebabkan aku kekurangan bajet untuk hari ni jadi aku bercadang masak je apa yang ada dlam peti sejuk.  Yang aku dapat hasilkan :-

1.  Nasik Goreng Cili Kering ( Ni makanan peberet suami yang amat gemarkan nasik goreng.  Sama lah 
                                               ngan aku yang suka ngan nasik goreng terutama ibu yang masak :-) )
2.  Ayam Kripi Ayammas
3.  Sup Daging

Sori sayang, ayang tak dapat nak bawak sayang makan di restoran mahal-mahal. Ni je yang ayang mampu. Harap sangat sayang suke :-) Sebelum balik kerja aku seperti biasa akan telefon suami balik pukol berapa. "Abang balik awal hari ni".  Jadi aku kena masak sepantas yang mungkin.  Bila suami sampai mujor la tinggal nak goreng ayam.  Sambut suami depan pintu macam biasa.  Bersiahkan diri semua dan lepas tu makan la kami berdua.  Tengah nak ambil air dalam peti ais aku dah nampak 1 bugkusan la dalam peti...Hati berbisik...Wah..kek...perisa apa pulak kali ni. Dah selesai makan semua kami tunaikan tanggungjawap kepada ALLAH.  Masa tengok berita kat tv tu suami kata..."dah nampak yek apa yg ada dlm peti. Bila kita nak makan?" Sambil tersenyum aku pun pi ambik.  Teruja la nak bukak dan makan kek ni... Dah potong apa lagi makan la..Memang sedap kek ni...Berbeza dari tahun lepas. Kurang rasa ais krim..Yang ni memang terbaik lah... :-) Ni adalah rutin suami belikan kek untuk sambut 3 tarikh bersejarah iaitu :-

6 Jun - Birthday aku 
12 JuN - Ulangtahun Perkahwinan
15 Jun - Birthday suamiku









Tuesday, June 12, 2012

@--KaLi PeRtaMa Ku KeNaL Dia (Mohd Shafee Sabran)


Daisypath Friendship tickers

Tiba-tiba terasa nak TERImbas kembali kenangan lalu...Aku dan suami mula kenai 6 Jun 2009 yak ni merupakan birthday aku yang ke 26tahun.  Masa tu kami dua jadi pengapit kepada kawan-kawan baik kami.  Tak sangka mula diperkenalkan yang sesingkat itu telah mengheret kami ke alam rumah tangga yang bahagia.  Bila dikenang balik membuatkan aku tersengeh sorang-sorang. Macam tak percaya pulak.  Itulah "Kita Merancangan, Tapi TUHAN Yang Menentukan".  Terima kasih diucapakan kepada kawan baik ki SITI AISHAH BINTI HAMAD dan suaminya kerana memperkenalkan kami berdua.  Hanya Tuhan yang dapat membalas budi kalian berdua. AMIN.


( Kali Pertama Ku Jumpa Dia )
Shafee jadi pengapit Zaki
Aku jadi pengapit Siti


( Dating Masa dah Tunang ;-) )


(12 Jun 2010 )
Aku telah selamat menjadi suri hidupmu


@--ANYBESERI 2--@


12 JUN 2012 



Pagi yang indah....Bangun pagi tadi masa suami mandi aku buat kejutan sikit..Letak kad ulangtahun perkahwinan atas seluar kerja suami.  Siap mandi suami panggil dan terus hadiahkan ciuman kasih. :-) Sayang abang tau..ki..ki...Dia baca kad tu sambil tersenyum dan letak kat tu atas rak tv dalam bilik.So sweet. Tak de apa yang dapat aku bagi sebab tarikhnya belum gaji lagi...sori ye sayang. Kad pun print sendiri.  Hari ni aku bekalkan suami nasi ayam masak merah je..Malam ni masak spesial sikit :-)
  Terima Kasih sayang sebab terima ayang seadanya walaupun ayang tak sesempurna yang sayang impikan.  Moga kita kita bahagia hingga akhir hayat.  Dilindungi dan diberkati ALLAH. Dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Dikurniakan kesihatan yang berkekalan. Dimurahkan rezeki rumah tangga kita.  Sentiasa mendapat keredhaan ALLAH.  Dikau suami yang TERBAIK...SELAMANYA. 

I LOVE U