Wednesday, March 21, 2012

@--MaRi SaMa-SaMa KiTa JaGa BUMI KiTa--@

Ni adalah satu majlis yang telah diadakan di dewan kuliah KMS. Dengan ini KMS akan melaksakanan kempen zon hijau. Maksudnya tiada barang2 plastik atau barang2 yang dapat merosakkan alam sekitar kita.






























Sekarang ni setiap ari isnin dan khamis semua kafe tak kan bekalkan plastik utk orang yang membungkus makanan...Jadi masing2 bawak la bekas sendiri.. :-)

Tuesday, March 20, 2012

@--KuiH CaRa BeRlaUk Edisi PemanGGanG Ajaib--@

Dah lama beli tapi jarang-jarang pakai....Apa ni...Ha ni tengah semangat balik pakai..Selalu aku pakai Pemanggan ajaib ni untuk bakar ikan dan buat chiken chop je...Ha...kali ni kita cuba yang dari yang lain. Buat KUIH CARA BERLAUK. Di sebabkan malam-malam aku dan suami melawan nafsu tidak makan nasik di waktu malam jadi aku kena jadi lebih kreatif... So! Ni lah hasilnya..

Bahan-bahannye:

Tepung

2 cawan tepung
2 biji telur
1 cawan santan
1 cawan air

(bahan ni semua kita kisar atau bahasa dapur blend dan bancuhan tak mo likat sangat tak mo cair sangat)

Inti:

Daging kisar
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging (kalo nak lebih pedas boh lebih na)
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
daun sup dan daun bawang
minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Masak inti dulu dengan menumis bawang-bawang, masukkan daging, serbuk kari. Letak sedikit air untuk pastikan serbik kari cukup masak. Masukkan daun sup, gula dan garam. Kasi inti tu agak kering. Dah siap.

Sapukan periuk ajaib dengan sedikit miyak. Maukkan adunan tepung, api jangan terlalu besar (takut hangus). Masukkan inti yang kita masak tadi. Biar ia masak dengan api yang kecik. Nak tahu tepung tu masak cucuk dengan garfu. Jika masih melelekat pada garfu tersebut biarkan ia hingga masak.

SELAMAT MENCUBA... :-) kalo tak jadi jangan marah ya..ceq pun baru mencuba
:-)