Friday, November 09, 2012

@--SaLaM JuMaaT--@



~ S A L A M   J U M A A T  ~




Hari jumaat yang ini ni..salah satu perkara sunat dilakukan adalah memotong kuku...Jadi hampa semua dah putong kuku ke?  Mari kita kongsi-kongsikan bersama ya. Kita semua pasti ada yang tak sedar atau tak tahu pasal cara nak potong kuku.  Terus terang aku mengaku yang aku tak tahu yang sebenarnya nak potong kuku ni ada cara yang tersendiri dan boleh MENJANA PAHALA :-) Sunnah Nabi kan....mesti la mo ikut...kan...kan...Perkara ni pernah diberitahu oleh suami ku satu ketika dahulu.  Masa tu dia sedang potong kuku..Memang dah jadi kebiasaan suami pagi-pagi sebelum berangkat pergi kerja (di hari Jumaat) dia akan potong kuku dulu.  Kalo tak sempat malam baru dia potong.  Ha...pada masa tu lah suami berpesan-pesan kepada isterinya yang selama ni nak potong kuku main sedap jari je.....malu.....Tapi ucapan terima kasih banyak kepada suami.  Tu lah peranan suami iaitu mendidik isteri dan anak-anak :-)
So, lepas ni mari kita sama-sama ikut apa yang telah disunnahkan oleh Nabi junjungan kita....

Thursday, November 08, 2012

@--MeNaNti DaN TeRUs MeNaNtI--@




~ S a L a M   S a T u   M a L a Y s I a ~

Mmmmm..semenjak dua menjak tiga menjak ni selalu sangat berpikir..Tak tahu lah...Mungkin sebab usia perkahwinan pun dah cecah 2 tahun plus-plus kan...Baru-baru ni masa shoping kat Giant Banting, ada la sorang abang ni jual produk untuk kanak-kanak.  Dengan tidak disangka-sangka abang tu mengegur "Dik ada anak tak umor 5 tahun?" sambil senyum. Tiba-tiba sentap hati ku ini.  Dia tanya lagi sekali kat suami. "Ada anak tak dik?" Masa tu hati aku dah menagis.....Petir semua dah sabung menyabung....Tapi tabik spring la kat suami tercinta...dia cool je....Tapi dalam hati dia mana ceq tau kan..ki..ki..ki...
Bila abang tu dah jauh cikit terus aku cakap depan suami "Kita jalan tak bawak budak dah sah-sah la tak de anak lagi....". Suamiku diam tak kata apa.....Tabahnya suami aku ni...Sayang kamu.....Tu lah..kadang-kadang aku kental dan dapat terima soalan-soalan cepu mas ni....Cuma hari tu je tersentap sikit...Maafkan saya abang promoter...Saya tahu anda nak berniaga...Tapi kadang-kadang kena la prihatin sikit dengan orang sekeliling anda....ya....
Tuhan....perkenankan lah doa hamba Mu ini. Kurniakan lah rumah tangga ku dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, sihat serta sempurna tubuh badan. Agar dapat mereka menjadi hamba Mu yang dapat berbakti kepada Ibu Bapa, Agama, Bangsa dan Negara...Amin...
Selagi aku masih bernafas di bumi Tuhan ni..aku tak akan putus asa...Berdoa dan berusaha demi mencapai matlamat yang aku dan suami impikan.....  :-)





@--KaTaKaN " I FOLLOW"--@



Assalammualaikum semua....Mmmmm..Minggu ni ceq dok gila tengok blog-blog orang tau....Jelos tau sebab mereka semua dah lama dalam bidang ni dan dah mahir-mahir belaka.  Follower pun ramai.....Cam ne yek nak jadi macam mereka.  Aku teruja tengok blog BEN ASHAARI, 'aku bukan bidadari', model 80 dan ramai lagi tau...Wing..wing....kepala aku ni dah dok berangan-rangan nak menjadikan mereka as IDOLA key.......Doakan kejayaan ku ya...AMIN Dan tak lupa juga suka sangat tengok blog kawan-kawan baik ku.....Sori tak dapat nak senarai sebab ramai sangat.... :-) Apa-apa pun best tau dapat tengok korang hapdate blog ;-) Sehari tak tengok tak sah...Rasa tak lengkap hidup...Kepada sesiapa yang ingin jadi follower aku....Jangan was-was untuk "KLIK" Follow tau.....Marilah kita sama-sama berkongsi ilmu serta pengalaman untuk faedah kita bersama.  TERIMA KASIH tak terhingga kepada kawan-kawan yang dah jadi pengikut setiaku.....SAYANG KORANG SEMUA..


BEN ASHAARI

DUNIA PUANSTOBERI

(antara blog yang aku suke layan)

Wednesday, November 07, 2012

@--BerBuDi KePaDa TaNaH--@



Assalammualaikum.  Wah! pagi ni ceria-ceira yek....Maklum la sejuk kan....Dah lama aku tak habdate pasai pokok-pokok ku yang telah kutanam sejak dua menjak ni...Jom tengok besaq mana dah depa. :-)


(tak tau la berapa umoq depa ni)


(ni saya tanam kembaq..)


(rozel ni jiran belakang yang kasi..katanya dari sabah..TERIMA KASIH na...)


(ni pokok cabai ku)


(Nampak macam dah berbunga)


(pokok kesum ku)

Syukur...Rezeki dari Tuhan

@--kIsAh SeMaLaM--@



Oleh kerana diberi cuti 7 hari dalam satu bulan ni, jadi aku mengambil kesempatan menunjukkan bakan yang tak berapa nak berbakat dalam masak-masak ni.  Lagi pon....kesian kat En.Suami sebab kebelakangan ini dia kena serang lagi alahan dengan makanan.  Jadi, tak mo la bagi dia makan sangat kat kedai ni. Kesimpulannya aku ni rajin la masuk dapoq 7 hari ni.  Kali ni kita tengok apa yang ada dalam peti tu :-)

1.  Baki kulit popia
2.  Daging Kisar

mmmmmm...Rasanya dah dapat idea untuk menu dinner keesokkan harinye.  Buat siap-siap nak makan goreng je..Mudah kan? Ni la yang berlaku kepada wanita yang bekerjaya seperti aku ni....Bukan apa takut lambat masak, perut dah lapaq macam-macam boleh jadi kan..kan..kan...Cuba bayang seperti harimau kelaparan.....Ha!takut kan.... :-)
     Seperti biasa nyah beku kan kulit popia tu.  Cara tarik cam aku tarik kat N3 pasai pisang semalam tu.  Dagingnya pulok aku masak cam ni.


POPIA DAGING CINCANG

Bahan-bahan:

Semestinya daging kisar dinyah bekukan, digoreng dengan minyak yang panas dan jangan tak tekan daging tu ya.Bagi dia jadi kecik-kecik je..Dah masak angkat dulu ya daging tu.
Tumis bawang putih, bawang besar, serbuk kari daging, gula dan garam. Jangan dilupa daun sup.



(ya..hancurkan daging cam ni)


(Masak sampai kering cam ni)

Bila dah kering, kasi daging ni sejuk dulu. Pastu baru lah mula menggulong.  Dah siap gulong aku boh dalam tapaware dan masuk dalam peti.  Tapi ambik jugak tiga gulong nak test merasa..Ditambah pekena teh o panas....Mantop lah ;-)

SELAMAT MENCUBA


@--oh PiSaNg PArt 2--@


Semangat masak membuak lagi.  Kali ni terasa nak habiskan santan kotak tu. So, pisang ada belen lagi..mmmmm..pk apa ya nak buat...Korang mesti pk apa yg aku pk kan....Ya...serawa pisang :-)

SERAWA PISANG ABU


(mula aku camponq santan,air sikit,gula,garam secubit,daun pandan serta pisang lenyek.  Masak guna api pelahan dan kacau tanpa henti sampai mendidh yu..)


(ha..yang ni gula merah yang dah awai-awai lagi dicarikan dan ditapis)


(kacau-kacau ya..Dah mendidih masukkan pisang yang telah dibelah mengikut citarasa anda nak makan ya)

*harap maaf terlupa nak snap gambo yang dah siap sepenuhnya.  Ceq letak pengat tu dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk ni tambah plak ngan ais krim vanila ka...PEh! mak mertua lalu tak perasan ;-) *


SELAMAT MENCUBA


Tuesday, November 06, 2012

@--Oh..PiSaNg--@


Assalammualaikum.  Semalam mood nak masak menjadi-jadi la...Memandangkan minggu ni dah berapa kali asyik makan pisang abu goreng je..La ni ceq nak tukaq sikit la resepi.  Gooogle la apa yang ada dalam peti tu..Tengok-tengok ada kulit popia...mmm..Macam menarik je untuk ceq mencuba sesuatu yang baru..Nak tunjuk bakat sikit kat suami tercinta.. ;-) Supaya bila dia makan senyum dia sampai ke telinga dan perut pun kenyang.  Tak tau nak kasi nama ape.....

POPIA PISANG ABU


(bahan utama semestinya kulit popia ya)


(pisang abu ni dilenyek + masukkan gula + secubit garam..Ikut hati nak tambah cokolat cip..tapi takut tak sedap  pulok)


(sedikit air..Digunakan untuk melekatkan kulit popia..Letak kat bucu-bucu kulit je)



(kulit popia ditarik.  ceq buat 2 lapis takut kalo nipis sangat nanti serap minyak)

(ceq lipat macam ni je..malas nak cantik-cantik sangat.  Air letak kat keliling kulit ya kasi melekat. Tak mau kulit terbuka masa menggoreng)


(ha...jadi cam ni :-) )


(Digoreng dengan api yang sederhana)



(Nah! ni hasilnya..Selamat mencuba)

*Alhamdulillah.  Percubaan ku menjadi dan hasilnya POSITIF...Kenyang kami berdua :-) Tq ALLAH diatas rezeki yang ENGKAU berikan.*





@--HaDiaH DaRi GiAnT--@



Sabtu lepas aku dan suami pagi-pagi dah pergi menziarah Giant Banting yang baru dibuka.  Bayangkan 10 aje jumlah yang perlu dibayar RM 100 ++  Wah!!!tekezut beb...Bukan nak berkira sangat tapi mmmm.....zaman sekarang memang la tak sama harga barang dolu-dolu...Tapi aku dan semua tertipu juga la dengan pasaraya ni...Masa tu aku ajak suami pi tengok beras Taj Mahal. Di papan iklan tertulis RM 32.99 (makanya mesti jadi RM33.00). Tapi bila dah bayaq semak balik resit tu nak tau yang keluaq RM 35.00. Jeng..jeng..jeng...Nak kata apa..Ingat nak patah balik tapi perasaan malas melanda. Lagi pun menda nak jadi DARAH DAGING kan....Dan PASTINYA lepas ni aku dan suami akan lebih berhati-hati lah beli membeli belah dimana-mana sahaja.  Berapa kali dah aku kena tipu.....Dan sampai kini kenangan tu masih bermain difikiran dan tak akan aku lupakan sampai bila-bila.  INGAT!!pas ni bila orang tu tengah kira tengok betul-betul dan semak resit anda tau.
Tapi ada pesanan la dari adik kaunter tu.  "Sila ke kaunter pertanyaan untuk ambik gudis atas pembelian RM 50 ke atas".  Dalam hati aku ni..mmm..depa nak kaver balik la tu kesalahan mengira tadi disogoknya dengan gudis-gudis ni....mmmmm....Dan gambaq dibawah adalah salah satu barang yang ada dalam bag tu.

PERENCAH KARI IKAN ADABI


(ni lah ropenye)



(kita perlukan santan)



(masuk air bagi mendidih.  Masuk santan....)


(Masuk lah ikan semestinya....Tunggu 5 -10 minit dah masak)

*komen aku yang amat gemarkan kari ikan (sebab orang utara) - kalo boleh jangan lah guna perancah2 cam gini...Tak asli sangat rasanya...Terutama santan kotak tu....Dek kerana aku tak dan nak beli santan segar terpaksa rembat santan kotak kat SpeetMart 99*

Monday, November 05, 2012

@--DaH BeRMuLa--@


Cuaca sekaran ni memang tak menentu kan...dalam satu hari mesti ada time hujan..Syukur kepada Allah kerana melimpahkan air hujan ke bumi ini.  Dapatlah pokok-pokok yang ku tanam mendapat air yang secukupnya.  Dapatlah mereka berzikir dengan tenang dan hidup riang gembira..Syukur.....
Dan bila sering hujan maka sapa yang ada pasang air kon di rumah tu tak perlu membazirkan wang anda pasang mesin tu...Udara sekarang dah sejuk....Silap-silap nak mandi pun tak mau..ki.ki..ki..Jangan buat perangai macam tu..Nanti semua orang lari2.....ki..ki..ki..ki..Cuma bab nak basuh baju le lemah sikit.....Tapi tak pe masih ada jalan penyelesaiaan :-) Apa lagi sidai daalam rumah le :-)