Friday, June 08, 2012

@--APA NAK JADI--@


4/6/2012


MMMM....ARI NI TAH LA...KESABARAN AKU DICABAQ LAGI....MUJOQ AKU PUASA ARI NI...
AKU TAK BANYAK CAKAP ARI NI....NOT IN MOOD YA...TAMBAHAN PULAK ARI NI ARI SENIN...KI..KI..KI.. (ISNIN)



(GAMBAR HIASA DARI INTERNET)

Thursday, June 07, 2012

@--BuAt Suami Tercinta--@


Cinta Bersatu - Liyana Jasmay



Di matamu ku berharga

Kau perlakukan aku

Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa

Bahagianya aku

Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja

Yang mampu begitu

Tulus

Mengerti aku

Kau sempurna bagiku

Tak kurang sesuatu

Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu

Tak kurang sesuatu

Cinta bersatu

Gayamu

Sifatmu

Cara mencintaiku

Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

@--InDaH SaNg SuRia--@


6 JUN 2012

Hari ini cukup umur ku 29 tahun.  Tuhan ku...Aku PALING bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di dunia ciptaan MU, berusaha mendapat keredhaan Mu, perlindungan MU dll.  Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan daku Family yang sayang dan menjaga aku dengan baik.
TERIMA KASIH buat :-

1.  Ibu - Hosni Binti Omar
     Insan yang telah melahirkan daku pada tarikh ini 29tahun yang lalu di Hospital Besar Alor Setar dan banyak
     berkorban segala-galanya untuk aku dari baby sampai sekarang. Semoga ibu sentiasa diberi umo yang
     panjang dan kesihatan baik yang berpanjangan. AMIN.

2. Abah - Md Sani Bin Harun
    Insan yang bertanggungjawap keatas aku dari aku baby sampai 11/6/2010.

3. Abang - Mohd Izral Md Sani
    Ni abang aku. Terima Kasih atas segalanya.

4.  Adik - Siti Fatimah Md Sani
     Ni adik aku satu-satunya.....Budak bertuah..Buah hati pengarang jantung.  Kawan gadoh, kawan gelak,
     kawan gosip dan lain-lagi.

5.  SUAMI - Mohd Shafee Bin Sabran
     Cinta Hati dunia dan akhirat. Tq sayang kerana sudi terima ayang seadanya walaupun ayang tau ayang
     tak sesempurna yang dikau impikan.

LOVE U ALL










  Terharu sangat aku bangun pagi-pagi ditarikh keramat ini.  Mata tak bukak lagi.  Terdengaq bunyi percikan air dari bilik air. Oh!suamiku sudah bangun.  Lewat ka aku pagi ni...Golek-golek jap kat katil terasa ada benda kat telinga.  Ya Allah....Syukur...Aku terlah menerima hadiah-hadiah ini dari suami tercinta.  Tiba-tiba dapat aku rasakan suamiku begitu sayang, kasih dan cinta kepada ku yang jarang dipamerkannya.   Biasa la lelaki bab jiwang-jiwang ni jarang tunjok.  Thanks sayang... I love u to....
Masa tengah siapkan suami nak ke pejabat disuapkan aku dengan cokolat....Aku pun suap suami juge...Oh...!so sweet cokolat ni dan saat suap menyuap ni... :') Sungguh menyentuh jiwa...Dah suapkan madu ke mulut suami + air segelas + vitamin c 1 ketul, seperti biasa rutin aku hantaq suami ke moto.  Suami ku ucap lagi HAPPY BIRTHDAY lagi....Moga dot...dot...dan ayat last yang aku tak lupa..ki..ki.. Moga cepat KURUS..ki..ki..ki..
  Malam tu dinner aku masak nasik kuning, sambal tumis dengan ayam goreng + 2 bijik piza sebagai hidangan sambutan ulang tahun ku...Kenyang tak terkata la....Tuhan..syukur aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas serta menjaga suami yang amat ku cinta. Bertuah dan bersyukur aku dapat menjadi suri hidupnya.  






@--Rombongan ke Raub--@

3/6/2012

Pada tarikh ini aku telah mengikuti rombongan perkahwinan sepupu suami tercinta. 5 bijik kerete semunya.  Rombogan bermula dari shah alam (2 buji dari bota, perak + kerata suamiku) berhenti di Bukit Tinggi 
(2 bijik kereta -saudara sebelah pak yang).  Kami semua sampai di rumah abg pengantin perempuan jam 4.00 petang. Kami sampai di rumah pengantin jam 5.00 petang.  


(yang pakai songkok tu lah pengantinnye)




(moh kite gerak)




(opah selaku ketua rombongan)

(berseri2 kakak pengantin ni :-) )

(ha..dah sampai)


(ni ke rumahnye nenek?- mia bertanya sambil gigit jarinye)



(ikram yang baru bangun tido)


(ok pakat-pakat cari pot)

(jadi ini lah ye pengantinnye dan tok kadinya)

(relex bro ;-) )






Syukur seletah 1 kali percubaan dan 2 x lafas maka mereka berdua telah selamat disatukan ;-)

(ni la pengantin perempuannya)





Dah selesai makan dalam pukoi 7 malam kami berangkat dari rumah pengantin.  Wan dan isteri, Selamat Pengantin Baru. Moga kekal ke akhir hayat. AMIN.  

Tuesday, June 05, 2012

@--Menu CuBa-CuBa 1--@

4/6/2012

Cepat masa berlalu kan...dah bulan 6..Bulan 7 dah nak mula puasa.  Aku sekarang masih tengah usaha nak habiskan puasa ku ini.  Aku memang dari dulu lagi suka sangatg ganti last2 minit ni. Aku rasakan kadang-kadang kalo ganti last-last ni perut aku tak la terkejut sangat nak start berpuasa.
     Hari ni aku terasa nak cuba sesuatu yang baru menu berbuka.  Tapi sori la tak sempat nak snap gambaq.ki..ki..ki...Aku nak kongsi sikit kot-kot la ada kawan-kawan yang ada minat sama cam aku. Reka resepi-resepi ni..ki..ki..Tapi kalo tak sedap dan tak penuhi citarasa..

BUBUR OATKU

5 sudu besar   OAT
* 1/2 sudu kecil halba
* 1/2 labu bawang besar dimayang
* 1 mangkuk santan (kalo nak lemak lagi tambah la ye)
* 1 inci halia diketuk sedikit
* 1 ekor ikan kembung  direbus dan diambil isinya serta dilerai-lerai isinya
   (pakai ikan sardin pun tak pe) bukan ikan sardn ayam brand ;-)
* 2 batang serai (diketok sedikit)
sedikit biji lada hitam
garam secukup rasa
sedikit gula jika mahu

BAHAN TABURAN

ikan bilik goreng
daun bawang
daun sup
bawang goreng jika mahu

Cara Masak:
Masukkan bahan yang bertanda *.  Masak sehingga mendidih dengan suhu api yang kecil supaya santa tidak naik kepala.  Kacau tanpa henti.  Setelah mendidih masukkan OAT SEGERA.  Kacau hingga rata dan terus tutup api.

SELAMAT MENCUBA


Tapi aku agak kaciwa la cikit sebab oat aku ni termasin la pulok.  Tapi makan je lah...ki..ki...Kepada yang nak mencuba tu..hati-hati bila boh garam ya... :-)