Friday, July 13, 2012

@--Berbuka segera jika alami simptom hipoglisemia--@



TINGGAL seminggu sahaja lagi umat Islam di negara ini akan mula melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadan.
Sungguhpun begitu, terdapat golongan yang diberikan kelonggaran daripada melaksanakan ibadat tersebut berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Pesakit yang berdepan dengan isu kesihatan seperti kesakitan fizikal, kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal tidak boleh berpuasa dengan cara selamat.
Salah satu golongan yang diberikan kelonggaran ialah penghidap diabetes. Bergantung kepada peringkat keadaan tertentu, sesetengah penghidap penyakit itu dikhuatiri akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan jika berpuasa.
Namun, ada segelintir daripada mereka yang tekad mahu melaksanakan kewajipan tersebut tanpa menghiraukan risikonya.
Masalah yang sering dihadapi oleh pesakit diabetes ketika Ramadan adalah serangan hipoglisemia.
Menurut Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Pusat Perubatan Sime Darby, Profesor Chan Siew Pheng hipoglisemia merujuk kepada keadaan apabila kandungan glukos berkurangan dalam darah dan berada di bawah paras normal.
“Ramai pesakit diabetes tetap mahu berpuasa walaupun keadaan mereka sebenarnya tidak mengizinkan. Semuanya kerana mahu memenuhi tuntutan agama.
“Selaku doktor, kami akan bertanya kepada pesakit sama ada mereka larat untuk berpuasa atau tidak. Ada antara mereka yang meminta pendapat bagi memastikan sama ada keadaan mereka membolehkan mereka berpuasa dengan selamat atau sebaliknya,” katanya.
Tambahnya, doktor akan cuba membantu supaya pesakit diabetes tersebut dapat berpuasa dengan memberikan panduan dan mengajar mereka cara untuk berpuasa dengan selamat.
BIARPUN, pengambilan buah kurma disunatkan ketika berbuka puasa namun, bagi pesakit diabetes mereka disaran mengambil dua hingga tiga biji kurma sahaja. - Gambar hiasan
Siew Pheng menambah, menempuh bulan puasa sebenarnya merupakan satu masalah kepada pesakit diabetes kerana mereka tidak boleh makan dan minum pada siang hari.
Ia merupakan perubahan besar dalam corak pengambilan makanan, kalori, ketika berbuka puasa sehingga mereka bangun sahur untuk hidangan seterusnya.
“Jika mereka tidak bangun sahur, tempoh berpuasa mereka lebih lama berbanding orang lain yang berpuasa normal iaitu melebihi 14 jam.
“Keadaan ini merunsingkan kami kerana tindakan tersebut akan menyebabkan hipoglisemia yang mengundang keadaan kemerosotan glukos dalam darah selain terdedah kepada risiko dehidrasi kerana cuaca di negara ini yang panas,” ujarnya.
Ujarnya, apa yang menjadi kebimbangan adalah apabila paras glukos dalam darah pesakit diabetes akan jadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Paras glukos yang tinggi mungkin disebabkan salah makan kerana berbuka dengan mengambil banyak minuman dan makanan manis serta lupa mengambil ubat.
Walaupun seharian berpuasa, pesakit diabetes tidak boleh mengambil gula dalam kuantiti yang banyak.
Statistik berganda
Dalam satu Kajian Diabetes Ramadan Epidemiologi 2001 yang melibatkan 12,243 pesakit diabetes di 13 buah negara, 95 peratus pesakit diabetes di Malaysia berpuasa lebih daripada 15 hari. Malah, kebanyakan daripada mereka berpuasa lebih 27 hari walaupun sudah mendapat nasihat doktor tetapi mereka tetap cuba berpuasa.
“Apabila mereka mengabaikan nasihat yang disarankan doktor, mereka akan mengalami simptom hipoglisemia yang teruk hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
“Sebelum Ramadan, purata kekerapan episod hipoglisemia yang berlaku ialah 0.4, manakala ketika Ramadan ia meningkat kepada tiga episod hipoglisemia iaitu 7.5 kali ganda daripada hari mereka tidak berpuasa,” jelasnya.

AMALKAN pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kehidupan seharian anda.


Salah satu punca hipoglisemia berlaku adalah ia ada kaitan dengan jenis ubat yang diambil oleh pesakit untuk mengawal paras glukos dalam darah.
Dua jenis ubat yang selalu digunakan di hospital iaitu metformin dan sulfonylurea.
Metformin yang berfungsi memperbaiki paras glukos dalam darah tanpa merangsang pengeluaran insulin mampu meminimumkan atau tidak mendatangkan risiko hipoglisemia.
Sulfonylurea pula boleh menyebabkan risiko ketara hingga tercetusnya hipoglisemia kerana ia merangsang pengeluaran insulin selagi berada dalam badan.
Tukar waktu
“Jika seseorang pesakit mahu berpuasa, dos ubat yang diambil perlu dikurangkan dan diterbalikkan dosnya.
“Jika dos pagi, ia perlu diambil ketika berbuka manakala dos malam diambil ketika sahur. Dalam masa yang sama, kita ajar mereka untuk berpuasa dengan selamat.
“Sejak lima hingga enam tahun lalu, terdapat kelas baharu ubat-ubatan untuk kawalan glukos tanpa episod hipoglisemia iaitu Oral DPP 4 inhibitors untuk pesakit diabetes Jenis 2,” katanya.
Pesannya, pesakit diabetes yang berpuasa perlu bersedia untuk berbuka jika mengalami simptom-simptom hipoglisemia.
Antara simptom-simptomnya ialah berpeluh, pening, gelisah, lemah badan, sakit kepala, kabur penglihatan, sentiasa lapar, menggigil, pengsan atau tidak sedarkan diri.

PESAKIT diabetes perlu mengawal pemakanan mereka ketika bulan Ramadan bagi memastikan kandungan gula dalam badan tidak meningkat mendadak. - Gambar hiasan


“Kalau mereka teruskan berpuasa juga, mereka akan menghadapi masalah besar. Pesakit yang mengalami hipoglisemia yang teruk akan memberikan tekanan pada jantung.
“Pesakit yang menghidap sakit jantung dan diabetes, hipoglisemia akan membebankan jantung hingga menyebabkan sakit jantung yang lebih teruk,” jelasnya.
Jika keadaan hipoglisemia berlarutan, ia mungkin mengakibatkan masalah jantung dan otak yang boleh menyebabkan kehilangan fungsi kognitif otak dan keadaan sawan hingga koma.
“Periksa paras glukos dalam darah anda beberapa jam selepas berpuasa. Jika bacaannya 3.9 milimol/liter (mmol/l), tolonglah buka puasa.
“Walaupun anda tidak mengalami sebarang simptom tetapi bacaan paras glukos dalam darah kurang daripada 3.3 mmol/l, segeralah berbuka bagi mengelakkan hipoglisemia yang teruk,” nasihatnya.
Apa yang penting, pesakit diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa sama ada mereka selamat untuk berpuasa atau tidak. Setiap pesakit mempunyai keperluan yang berbeza.

( info ni sudah semestinya untuk diri aku sendiri dan penghidap menyakit sama seperti aku )
* dalam hati kalo boleh tak mo la berbuka sebab nak ganti satu hal pulok. Yang 7 hari dah sah wajib diganti :-)

@--TaK TaHu NaK CaKaP ApA--@





Thursday, July 12, 2012

@--TeNGaH TeRaPi--@



                                                                       info dari 

Kelebihan bekerja dengan ikhlas.

1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.
4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.
6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat "lempar batu, sembunyi tangan".
~Daku sekarang dalam zon TERAPI DIRI~
Untuk peringatan kepada DIRIKU, hamba ALLAH yang amat lemah

( BiLa la aku dapat beli cd HAFIZ ni)



@--BaDaN DaH TunJukKaN TaNdA--@


Lemau sangat la ari ni.  Badan ni rasa macam nak tak sihat je.  Badan dah rasa bisa-bisa, tekak dan telinga dah gatal. Memang tak bermaya lah.  Di tambah pulak dengan kerja yang memaksa ku tidak kenal erti berhenti rehat.  Kelmarin macam-macam dugaan.  Kunci leptop yang aku pasang kat dewan kulaih tiba2 tak jumpa.  Dah masa tu nak pasang pulok kat surau.  Adoi..pi sana..pi sini...cari cara nak selesaikan keja.  Sampai badan dah sakit2 berbisa2. Mujor la bos pun tolong sama. Tq so much.
Sampai rumah sah 730mlm.  Terus tak toleh mana2 terus masuk dapur masak utk suami yang akan pulan 830mlm.  Pastu tu bekejar nak ke pejabat balik mo kemas barang2 kat surau tadi.Mujur ustas dan adik2 kms yang prihatin dah tolong kemas. Aku cuma angkut je. Aku pulang ke rumah dalam 1030 malam.  Syukur aku selamat pulang. Penat semua hilang bila balik tengok wajah suami yang tercinta. Tapi kesian dia....dok tengok tv solang-solang :-)

@---TeRSumBat--@



Julai kembali menjengah lagi...Biasa lah bulan 6,7 dan 8 adalah bulan berjaga-jaga untuk aku sebab bulan yang tertera ni la penyakit nak menyerang..Kita merancang TAPI Tuhan yang tentukan....
AKU TEWAS JUGA.
Virus SELSEMA telah tersebar merata-rata. Hidung dah mula mengetat. Dah 3 malam tak dapat lelapkan mata. Makan pun dah tak berapa selera.  Kelmarin pagi tekak pun tak sedap.rasa nak muntah. Makan tak lalu, belasah panadol aktif fast 2 bijik. Terasa pulok nak makan jerok mangga.  Lewat petang baru lunch tu pun makan laksa.  Rasa PAHIT....
Malan pulak tak larat nak masak. Belikan suami ayam rangka dengan bihun goreng.  AKU? Bertemankan air milo panas.  Rasa nak makan bihun pun 2 sudu je..pas tu tak leh telan la...Suami kata "kursus la lepas ni" sambil sengeh-sengeh.....Aku balas "Perli la tu..ki..ki..ki..ki.." Alah..aku tak ambik hati pun...Aku tau gurau manja gitu.. ;-)
Malam tadi ada kisah pasal "HERO" kuncing yang kena potong 2 belah kaki sebab hanya mencuri seekor ikan di kedai bukan muslim. Allah..aku bersyukur kerana ENGKAU telah menyelamatkan hero dengan dipertemukan dengan seorang hamba Mu yang sangat MULIA hatinya..Merawat hero hanya dengan menggunakan minyak gamat. Menitis air mata. Boleh tengok 30mint ja. Pastu tak boleh sebab kalo tengok nanti hidong lagi terok tersumbat. Dan tak dapat tido la jawapnya. Kawan-kawan belas kasihan la pada makhluk Allah tak kira la binatang, tumbuhan dll (selagi tidak melanggar syarak Islam)

(GAMBAR DARI INTERNET. Tersentuh hati sungguh aku tengok gambaq ni)

Syukur dapat suami yang baik dan memahami aku.  Sentiasa ada di sisi ku susah senang.  Tidor didodoi :-) Tq sayang LOVE U.

@--NiKmAtI BeRsAmA--@


Citer ni dah lama sebenarnya. Tapi baru nak upload.  Kejadian ni berlaku pada hari sabtu bulan lepas.  Lama kan?ki..ki..
Suami aku kena OT ari tu. So, aku lepak la kejap kat member aku CT.  Jalan-jalan teman dia pegi myeg kat KLANG bersama anaknya yang comel itu. :-) Pastu nak gi jalan kat jekal terjalan kat kedai barang-barang bakery. :-)
Dah selesai suami bekerja kami berdua terus berdating kat JUSCO.  Kebetulan suami dapat volcer POPULAR ngan JUSCO.  Jalan-jalan aku dapat hasilnye..iaitu sehelai seluar poket untuk bekerja.  Kat POPULAR aku dapat pendrive ngan majalah..banyak lagi lah aku beli..TQ SO MUCH sayangku...
Terlalu la kat kedai ni.Aku pernah cakap kat suami yang aku tak pernah makan kat restoren ni.  Suami ku dengan bebesar hati kata "jom kita try rasa"  Jadi kami oder 1 set makanan dan air. Makanan di kongsi bersama sebab aku dah belasah 2 pinggan mee goreng yang kawan aku masak.

(tengok....malu la...licin..)

(alhamdulillah kenyang)

(ni lah restorannye...korang mesti pernah pi punye)

(ais lemon tea ku ;-) )

( muka orang kenyang ;-)  jeling apa lagi tu sayang?ki..ki..ki..)

( nak ayam lagi ke? ki..ki..ki..)

Syukur alhamdulillah..penantian aku tercapai jugak. Tq sayang melanja ayang mamam walaupun dah belasah makan mee goreng.. Komen aku pada hidangan yang telah selamat kami santap ni...mmmm

1. Muffin vanila dia..sedap sangat..i like
2. Ayam = OK
3. Salat = OK
4. Air = MANTOP
6. Nasi = biasa je....

Nanti kita makan lagi te sayang :-)