Friday, October 19, 2012

@--SaPa YaNg TaK TeRinGiN--@




Seronok ya bila tengok gambar seperti ini.    Sapa tak mau bentuk badan seperti gambaq sebelah kanan ni....Itu lah impian ku sejak kecil lagi.  Tapi kadang-kadang aku amat bersyukur dengan diriku sekarang sebab bila badan besaq senang nak angkat barang2 berat atau besaq :-) Tak mo la sebesaq "hak hogen" tu...ki..ki..ki..Tapi bila dikira-kira BMI ceq ni masih tak memuaskan lagi.  Kena tingkatkan lagi usaha demi kesihatan badan.  Tambah ceq kan ada buku hijau (dieabetis)...So, kawalan gula dalam badan amat penting demi diri sendiri dan rumahtangga ku...Ya la macam-macam risiko bila badan kita dah ada penyakit yang tengah "TOP" kat Malaysia ni..



Macam-macam produk kecantikan kat pasaran.  Kadang-kadang rasa takut nak guna sebab ceq ni bukan pesen yang disiplin kerana bila makan je ubat-ubat ni macam-macam kena pantang.  Ceq ni pantang nampak pulok tu.  MMM...sekarang ni ceq tengah berusaha ke arah itu..Nak kursus dan sihat.  Ceq kena usaha untuk sihat.  Berat yang sesuai dengan ketinggian ceq ni 55kg sebab tinggi ceq 156 cm.  So, kalo lebih berat kira obesiti la....Kawan-kawan doakan kejayaan ku ya....supaya kurus dan sihat..Suami pun sayang lebih ;-) AMIN..



@--IkAn ToMaN--@


Sejuk petang-petang ni...Langit dah makin gelap..Tandanya mo hujan...Syukur kepada Allah.  Dari malam semalam dok proses ikan toman yang dipancing oleh rakan sekerja ku.  Bawak pejabat pagi tadi dan telah menjadi santapan kawan-kawan dan bos..Kebetulan ada mesyuarat unit pagi tadi. Habis pukoi 12 tengahari..Apa lagi ditunggu...Perot dah lapaq..belasah je... :-)


(gamba hiasan dari google.com)

Ikan gelama dan ikan duri yang suami ku pancing daku buat masak lomak cili padi :-)  Syukur kenyang kami semua.  Terima kasih Tuhan. Hari ni dapat kami berkongsi rezeki bersama kawan-kawan pejabat di hari Jumaat ni, Lagi pun dah lama kami tak makan ramai-ramai tau... :-)

Thursday, October 18, 2012

@--PeRanCanGaN kU 1--@



Bila rumah hampir siap ha..gini lah jadinya..Macam-macam pikir nak buat.  Aku ni semenjak jaga MUET ni sementara nak tunggu pelajar tu aku ni lakar la apa-apa yang terlintas kat pikiran aku ni.  Terutama "DAPUR".  Tak kira yang kering atau yang basah.  Wanita kan....Dah Fitrah semula jadi :-) Nafsu banyak..ki..ki..ki...
Setakat ni banyak dah lakaran dapur yang aku dah lakar.  Cuma nak tunggu perbincagan dan pekenan dari Suami ku.  Yang...paling penting....ha.....Ongkos mesti cukup ya.....Yang tu pun satu kes jugak $$$$$  
Kalau nak senang aku rasa tutup je semua tembok tu.  Cuma tinggalkan lubang udara supaya senang aku nak sidai baju-baju :-)  Kena tanam semangat dah..Izra..jangan boros-boros tau......

:-)



(gambaq hiasa. sumber dari google)




(gambaq hiasa. sumber dari google)





(gambaq hiasa. sumber dari google)




(gambaq hiasa. sumber dari google)


@--SeMaNgAt YanG HiLanG--@




Tidak engkau seorang

Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Ha...Kawan-kawan..kita nyanyi dulu.. :-) Ya la semangat yang hilang kita kena ambil kembali demi masa depan yang lebih gemilang.  Nak tau semangat ape....Ha..tengok bawah ni :


[   ]




[   ]




[   ]




[   ]






Dah lama tak bersenam sebenarnya.. Dah lebih 6 bulan rasanya.  Terima kasih kawan-kawan yang sama-sama menyuburkan kembali aktiviti seperti ini.  Ini adalah aktiviti yang amat daku perlu demi menjaga kesihatan diri demi masa depan ku yang lebih gemilang.. :-) Amin..

* Dalam hati nak juga merasa cuti bersalin :-) *


Wednesday, October 17, 2012

@--MUET--@

Alhamdulillah.  Hari ini dah masuk hari ketiga ceq jaga muet.  Pelajar matrikulasi ni semua sedang manghadapi ujian 'speeking'.  Tahun ni ceq saja nak ambik pengalaman menjaga muet speking ni.  Elaun dia pun boleh tahan jugak :-) Lepas la bil api rumah.  Sepanjang minggu muet ni pagi tu kena ke pejabat lebih awai dari biasa. Sebelum 730 pagi dah kena ada sini weh... :-) Tugas ceq hanya daftarkan pelajar, kutip hp pelajar..wah....mahai bebeno hp depa ni....Ada yang sampai 2 smart phone. Jadi buat pe nak kasi rebeat smart phone kalo depa sendiri mampu memiliki dua sekali gus...Tak pe lah lagi pun bajet 2013 dah diumumkan.  Ceq pun boleh la rembat sebijik kan :-)
Lagi tugas ku mengawal keluar masuk pelajar dari bilik kurungan....aku di kurung sama dengan depa.  Teringat masa zaman sekolah dulu..Bila cikgu tak de kelas..sapa bising kami catit nama dan bg kat cikgu..ki..ki..iki..Kalo depa bising susah..Ganggu kawan yang tengah diuji di bilik sebelah.Dah selesai semua..ceq tolong pegawai kemas meja dan boleh la balik ke markas semula sambung keja balik pada petangnya.   :-)
SELAMAG BERJAYA SEMUA...

Tuesday, October 16, 2012

@--MAhLigai Part 3--@


LAPORAN TERKINI

Hari : SaBTU (13 /10/2012)


( dah letak jalan la...)


(ni rumah jiran-jiran)


(tiada lagi dibuat garisan)


(bila la agaknya leh duduk ni)

Suami dah telefon pemaju. Syukur alhamdulillah bulan 1 atau bulan 2 tahun hadapan boleh la duduk rumah ni.  Pintu pun dah dikunci.  Boleh tengok dari luaq je la.  Terima kasih Tuhan kerana mempermudahkan urusan ku dan suami.  AMIN

@--SeManGat BeRSenaM--@



Ha....N3 baru-baru ni ceq cerita yang ceq dan suami ada rembat satu barang kat Pekan Banting.  Ini lah hasilnya.  Basikal yang tak boleh di bawak berjalan..ki..ki..ki...Dok je dalam rumah.  Satu petang ceq dan suami pergi bank tiba-tiba lalu ke datu kedai depan balai polis banting.  "Yang jom kita singgah kedai hijau tu sat" ceq mula berbicara.  Suami membalas tanda setuju.  Kedai ni menjual mesin-mesin OGAWA. Apa tu OGAWA? Ala,.....yang ada mesin urut tu :-)  Suami ku memang dah lama berhajat nak beli basikal ni.  Dah nampak basikal ni suami ku terpikat dengan basikal ni.  Orang tu kata ada rosak kat bahagian depan sebab dah patah.  Suami ku test naik tengok.  Ok lagi ni..Suami nak jugak basikal ni.  Kami berdua berperang dengan penjuai tu...Bukan apa sesi tawaq menawanq harga. Dia pun terus telefon bos dia.  "ok, bos saya kata RM 250" katanya.  Ceq buka mulut "ok kalo RM 200 kami bayo tunai" ;-) Mula-mula macam tak kasi.  tapi last-last dia kasi gak.  Semantara tunggu suami pi cucuk duit orang tu siap kasi test mesin urut dia.  Wah besnya...satu badan diurut....Siap rasa cam dok kat ero angkasa.   ;-)


(post depan)


(post tepi)


(post atas)

10 mint seterusnya suami sampai.  Ceq tak abis ngurut lagi.  Nampak tak yang kaler hijau tu...Ha...suami mintak kat orang tu untuk tukar dengan mesin yang dah rosak tu. :-) Mujoq muat tau....Cantik la kan.. Bila mesin dah abis urut ceq tanya la harga mesin tu....PEH! tak lepas nak telan air lioq..  RM 6K la.....Kalo bulan-bulan RM 300 ++.  Tak pa la tokei...nanti wa dapat luet tergolek wa beli ya...ki..ki..ki..ki..  Malam tu jugak En. Suami bersenam.  Pagi dan malam ki..ki..ki..

@--MeNu HaRi MiNgGu--@


Alhamdulillah..Dapat merasa rehat di hari minggu ni... Suami ku kena kerja ya :-)  Disebabkan mood yang agak suam-suam kuku ni ceq masak ringkas je lah ari ni.  


LoBaK MaNiS


Semestinya lobak
Mentega
Bawang putih 
Gula 
Garam
Hiasan : daun bawang dan daun sup



 AyAm MaSaK LoMaK CiLi PaDi


Kunyit Hidup ditumbok
Bawang Besar + Bawang Kecil ditumbok
Serai dititek
Santan
Cili Padi (nak lagi pedas boh la banyak-banyak)
*semua bahan ni ceq boh sekali dalam periku*
*kecilkan api. kacau tanpa henti sehingga mendidih*
Masukkan Ayam
Masuk garam kasar
Gula
Secubit Serbuk Kunyit



@--PeRmiNtaAn SuaMi--@



 ~ NaSi AyAm KaSiH SaYanG ~



Baru-baru ni suami teringin nak makan nasik ayam.  Jadi aku dan suami masak sama-sama.  Wah...bestnya masak sama-sama.  Dah lama tak adakan aktiviti macam ni.



Aku sediakan nasiknya :
2 pot beras dibasuh
1 kiub pati ayam
1 labu bawang besar dihiris
2 biji bawang putih di ketok je
1 sudu besar marjerin
2 batang serai diketuk
2 inci halia dihiris
Garam secukup rasa
rempah sekawan (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkek dan kulit kayu manis)
oh...jangan lupa ayaq untuk masak nasi....kalo 2 pot beras aku lebihkan satu pot air
                                                                              *semua bahan ni masuk dalam rice cooker)*



Aku proses ayam :
(adunan ni aku ikut berapa ketul ayam..hentam je :-) )

semestinya ayam
kicap pekat
kicap manis
soso tiram
madu
bawang putih
mentega
*semua bahan ni diperam.  Lagi lama lagi sedap*
*goreng dengan minyak yang banyak kasi ayam    
  tenggelam*





Proses Sup: (air tangan suami)
air
halia
bawang besar dihiris (malas punya pasai)
bawang putih dihiris (malas punya pasai)
kuib pati ayam
daun bawang
daun sup
garam kasar





Sosnye:

Baki perapan ayam
Tumis campur dengan bawang putih dan bawang besar
Masak sampai pekat







Suami ku mengoffer untuk goreng ayam.   Aku apa lagi senyum sampai ke telinga.  Dah siap masak semua aku pun apa lagi telah dilantik oleh Chef Shafee Sabran untuk merasa masakan tadi.  Ternyata....kenyang perot kami berdua malam tu  ;-) Terima kasih Tujan atas rezeki Mu.  Esoknya suami nak bawak ke pejabatnye :-)



(  Menu sampingan )



@--HaSiL TanGkaPaN--@



Baru ini ceq ada bagi tau yang suami pergi memancing kat Klang bersama kawan-kawannya.  Banyak juga hasil tangkapan :-) Ikan sembilang yang besaq 2 ekoq, ikan tanda, ikan duri dan juga tidak ketinggalan ikan gelama...Mmmmm..nak masak apa bayak-banyak ni...Semlam aku dah rasmi ikan kegemarna suami iaitu SEMBILANG.  Gigeh siang ikan tu tau.  Ikan yang lain tu aku sumbat dulu lah dalam peti ais.  Tak tau nak kasi sapa..dan tak tau nak masak apa.  Malas punya pasai potong abis kepala-kepala dia.ki..ki..ki..
Ikan-ikan ni semua kena basuh bersih-bersih tak mau bau hanyaq.....kang makan tak sedap..spoi je mood.

 

( ikan ini daku mandikan dengan limau dan garam kasar.  Kalu guna limau ni jika rendam lama-lam isi ikan akan masak jadi tak segar sikit la zat ikan dah lari ) 



( kepala ikan sembilang, Tak sempat nak tangkap yang penoh...ki..ki..ki..)


( ni ikan tanda. Dah tak nampak tandanya..ki..ki..ki.. )



Menu pilihan ku :  Ikan masak sambal tumis je. Senang dan cepat  ;-)


Patang tu kami berdua pi kedai sebab suami nak berbekam.  Pastu kami berdua berjalan-jalan di pekan banting..HA,....nak tau apa yang kami tangkap..tunggu slot yang akan datang :-)