Tuesday, October 16, 2012

@--HaSiL TanGkaPaN--@



Baru ini ceq ada bagi tau yang suami pergi memancing kat Klang bersama kawan-kawannya.  Banyak juga hasil tangkapan :-) Ikan sembilang yang besaq 2 ekoq, ikan tanda, ikan duri dan juga tidak ketinggalan ikan gelama...Mmmmm..nak masak apa bayak-banyak ni...Semlam aku dah rasmi ikan kegemarna suami iaitu SEMBILANG.  Gigeh siang ikan tu tau.  Ikan yang lain tu aku sumbat dulu lah dalam peti ais.  Tak tau nak kasi sapa..dan tak tau nak masak apa.  Malas punya pasai potong abis kepala-kepala dia.ki..ki..ki..
Ikan-ikan ni semua kena basuh bersih-bersih tak mau bau hanyaq.....kang makan tak sedap..spoi je mood.

 

( ikan ini daku mandikan dengan limau dan garam kasar.  Kalu guna limau ni jika rendam lama-lam isi ikan akan masak jadi tak segar sikit la zat ikan dah lari ) 



( kepala ikan sembilang, Tak sempat nak tangkap yang penoh...ki..ki..ki..)


( ni ikan tanda. Dah tak nampak tandanya..ki..ki..ki.. )



Menu pilihan ku :  Ikan masak sambal tumis je. Senang dan cepat  ;-)


Patang tu kami berdua pi kedai sebab suami nak berbekam.  Pastu kami berdua berjalan-jalan di pekan banting..HA,....nak tau apa yang kami tangkap..tunggu slot yang akan datang :-)


No comments: