Thursday, July 28, 2011

@--RaMadaN YaNg Di NaNtI--@


SELAMAT DATANG RAMADAN AL-MUBARAK
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH PENGHAYATAN
MOGA RAMADAN KALI INI PENUH MAKNA SERTA DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA

Wednesday, July 27, 2011

@--SedAp PuLaK LaGu Ni--@

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

Tuesday, July 26, 2011

@--AnuGeRaH KhiDmaT CeMeRlaNg KMS--@




Ni lah serba sedikit suasana masa Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang. Disebabkan terlalu teruja dengan menu atas meja tu..terlupa nak ambik gamba menu-menu yang amat menyelerakan. Aku sebut je lah yek. Mee Kari (feborot tu), Roti Jala + Serawa Durian, Kuih 3 jenis dan Air Oren yang menyegarkan tekak..ha.aha.h.ah.a.Syukur rezeki Tuhan...Apa2 pun tahniah kepada penerima ya...Moga kalian menjadi contoh kepada staff yang lain. :-)

@--SeLaMaT DaTanG--@

Setelah bertungkus lumus, akhirnya aku dah berjaya membawa masuk ahli baru dalam rumah aku..iaitu Si Puyu.. :-)


Ni lah si puyu..semua ada 5 ekoq (tak boh nama lagi)


Ni lah hasilnya...Alamak lupa nak pasang bumbong :-)




Tak mau kasi si puyu terkejut masuk ayaq baru. Direndam dalam masa 15 minit.

Posisi Atas

Ni lah akuarium seken yang telah aku beli (Posisi Depan)

Bukan apa nak bela ikan ni..Saja nak cantikkan rumah dan buat terapi..Sejuk hati bila tengah batu-batu berwarna warni ditambah pulak ada si puyu penyeri taman... :-) Kepada Encik Suami terima kasih sebab bagi sokongan kat ayang. Nanti tolong ayang cuci akuarium ni sama yek..ki..ki..ki.. Nanti nak cantikkan lagi letak pokok, kayu dan laian-lain lagi bagi ikan ni boleh bermain-main. Dari petang semalam sampai pagi ni asyik lari sana, lari ni...gigit kawan tu, gigit kawan ni..ki..ki..ki..




Monday, July 25, 2011

@--TiKet Free--@

Syukur...Rezeki dari Tuhan. Suamiku mendapat tiket wayang free...Jadi apa lagi ari minggu baru ni kami berdua merasmikan tiket free tu di panggung wayang berdekat ;-) ki..ki..ki..ki..Ok gak le citer dia...Gelak terbahak-bahak le jugak... Nak tergelak tengok kerekter mamat senario ni (wahit, azli ngan mazlan)...Morel of story depa ni nak promot rela..ha.h.ah.a.h Sapa-sapa nak jagi "ganteng" masuk le rela.. :-)