Saturday, July 23, 2011

@--FiRst Time Try--@

Selepas

Sebelum

Tak pernah aku seumoq hidup masak menu ni. Kegemaran Suamiku.......Masak Lemak Cili Padi Pisang Muda.... ;-)

Bahan-Bahan:

Bawang Merah
Semestinya Santan
Cili Padi 5 biji
Serai 2 tangkai
Pisang Muda Sesikat
Asam Keping 2
Garam
Gula

@--KeNaNgaN TeRiNdAH--@









Hantaran Kepada Suami


Inilah Saatnya



Majlis Doa Selamat

Kamar

Pelamin






Thursday, July 21, 2011

@--TeRkiNi--@

Untuk makluman semua sepanjang aku mendiamkan diri ni, macam-macam dah aku alami.


1) Aku dapat keja kat Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Pengalaman pertama aku dapat keja tetap kan...tengah dok sedap lena dapat panggilan telefon kata dapat keja. Kat Pahang Darul Makmur pulak tu. Ai...tak pernah aku jejak kaki ke sana. Pada hari lapur diri tu, aku bersama ibu serta abah sama-sama pi ke sana bersama kancil kesayangan ku... Bayangkan bawak kereta di tempat yang asing bg kita..Pening melilau cari. Pagi tu lapor diri aku telah ditempatkan di Suruhanjaya Koperasi Wilayah Jerantut...Peh! tak pernah aku sampai c2 seumoq hidup..Bayangkan nak balik kg..punya la jauh..Kalo dari Sp tu gerak malam esok pagi koi 8 baru sampai...pengalaman sunggoh..Setahun aku jugak le aku keja c2. Pastu aku diarahkan bertugas ke Kuantan. Setelah meredah onak berliku...aku telah....jeng..jeng....sambung kat bawah...MECD??? Setelah beberapa bulan aku keja kat SKM Perdana Menteri (Kini) telahpun membubarkan Kementerian tersebut. Maka, merata-rata lah kawan-kawan ku di sana...mmmm..Sedih sebab lepas tu kami semua dah jarang berjumpa...takut tak dapat jumpa terus..Sayang korang semua..kenangan

2) Kalau dah jodoh tak kemana ;-)
Syukur pada Tuhan. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Tima kasih juga yg tidak terhingga kepada SAHABAT baikku merangkap (kawan sekolah + housemeed) dan juga Suaminye (MAt Zaki) kerana telah menemukan ku dengan insan yang bernama MOHD SHAFEE bin SABRAN. Kami berkenalan pada 6 Jun 2009 sempena majlis perkahwinan (ecah dan zaki) di Sri Iskandar, Perak. Dan disana bermulalah episod baru dalah sejarah hidupku. Kami ditunangkan pada 26.12.09. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Time kasih pasa semua ahli keluarga kerana bersusah payah jayakan majlis tu. Akhirnya aku kami telah sah dinikahkan di Masjid Taman Ria, Sungai Petani, Kedah jam 9.30 pagi dengan sekali lafas. Alhamdulillah. Aku telah menjadi Isteri kepada Mohd Shafee bin Sabran. Time Kasih yang tak terhingga dari pada semua ahli kelurga sebab mereka semua yang tolong tempat pelamin, makan dll. Aku cuma buat hantaran je. Memandangkan aku bekerja kat Kuantan jadi susah nak ulang alik ke SP.

3) Kak No....Ada surat tawaran Keja untuk Kak No (Panggilan Telefon dari Abah)

"Ni kak no..Tahniah kak no dapat keja juruteknik komputer" kena lapor diri bulan 5 ni kat putrajaya." Abah telefon pada suatu petang yang amat panas di kuantan. Walaupun dalam rumah. Rumah sewa kat Bukit Sekilau tu memang paneh....ki..ki..ki.. Dah letak telepon apa lagi menjerit melompat aku...Penantian yang membuahkan hasil. Syukur sangat kepada TUHAN. Doaku dimakbulkan. Tawaran kerja tu dapat sewaktu 2 minggu lagi aku nak melangsungkan perkahwinan. Rezeki aku dan tunangku (sekarang dah jadi suami). Setelah beberapu bulan aku menghadapi pelbagai cabaran hidup hingga hilang arah tuju aku, akhirnya Tuhan beri peluang pada aku untuk luruskan balik laluan hidup aku. Sesungguhnya kenangan PAHIT yang aku alami sebelum ni tak akan aku lupa sampai bila-bila. Dan semua ni mengajar aku lebih matang dan tau apa itu hidup. Walaupun bergumbira dapat ofer keja baru tapi sedih sebab terpaksa tinggalkan kawan2 baik kat Kuantan. Maaf daku terpaksa demi masa depan yang lebih gemilang :-) Ku doakan semua kalian semua lebih berjaya dan jangan lupakan ceq na...Pengalaman sebagai Kerani adalah satu pengalaman yang berharga badi aku sebb aku deberi peluang merasainya.

Masa lapor diri aku ditempatkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan ditempatkan di Taiping, Perak. Nak lapor diri tu pun ada gak citer sedih....tak pe lah kita ketepikan yang sedih tu. Biaq ia jadi kenagan PAHIT bagi aku. Bila sampai di Taiping tak tau mana nak menujuk ke Sekolah King Edward 1. Mula-mula telefon kak zura nak minta tolong tunjok jalan je. Tapi Tuhan Maha Megetahui. Aku dipelawa oleh kak zura (bekas housemeed kat putrajaya dulu) untuk tinggal satu rumah dengan dia. Syukur. Tuhan permudahkan lagi urusankan seletah macam-macam yang dah jadi. Aku sangat dapat dok serumah dengan kak zura. Rasa balik macam dok kat Putrajaya dulu. Ada la teman kak zura yang sebelum ni dok sorang. Setelah berapa tau berpisah la ni jumpa balik. Hepi dok dengan dia. Bila ada masalah leh kongsi sama-sama. Dan kami dua ni senang. Rajin masak + kuat makan. Hari-hari masak :-) terubat rindu masakan masa bujang dulu ki..ki..ki..Keja di Taiping ramai member baru kenai. Terutama Juruteknik Sekolah Kebangsaan Taiping Zana. Dia lah tempat nak rujuk bab-bab IT ni. Maklumlah dah 5tahun tak buat keja IT ni. Baik orangnye....Syukur aku dipertemukan dengan dia. :-)

4) Bila Terasa Rindu Ku Sebut Namamu

MMMm.....Rasanya tak lama aku keja kat Taiping. Ya la, aku perlu berusaha apa cara sekali pun supaya dapat duduk serumah bersama suami. Sementara dapat tukaq tu hujung minggu je dpt jumpa. Teringat ada satu masa tu, satu petang balik keja aku demam. Aku bagi tau "sayang". Terharu sangat. Pukoi 12 tengah malam sayang bertolak dari S.Alam. Padahal malam tadi baru balik keje shif malam. Kesian sangat. Pukoi 3 pg dah sampai depam pintu rumah. Mujur housemed pun tak de. Tapi masa tu ki...ki..ki..badan dan tak demam dah..ki..ki..ki...Lawak pun ada. Terharu pun sama, masa ni la nak ujian. :-) Tq sayang. Love u. Pada masa tu, suamiku juga dapat ofer tempat kerja baru. Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan.



5) Tempat Keja BaRu

2 Ogos 2010 aku melaporkan diri di Kolej Matrikulasi Selangor. Besaqnya Matrik ni...First taim masuk kolej ni.. :-) Dulu ada 3 ja juruteknik. La ni dah ada 5 orang. :-) Ramai kawan-kawan kat sini.Best belaka. Sekarang daku tinggal di Taman Banting Baru bersama suami tercinta. Sebulan gak le dok berulang alik dari Putrajaya ke Banting masa tak de umah sewa. Usong la barang-barang yang penoh dalam kereta hari-hari p kerja...2 Minggu sebelum raya syukur dapat la merasa dok umah sendiri dengan suami. Alhamdulillah.












@---KiNi KeMbaLi--@

Syukur alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang hidup dan merasai segala keindahan ciptaan TUHAN. Setelah sekian lama aku menyepikan diri dari blog ni atas sebab-sebab tertentu (ki..ki..ki..). Last post pun 28/10/2009. Nak dekat 2 tahun.....mmmmmm.....La ni aku akan luangkan masa jika ada kesempatan. Tak sabaq nak citer macam-macam kat hampa semua sepanjang kesibukan yang melanda aku.....ha.h.ah.a... Ok lah nanti aku sambung lagu. Tengah cari ilham ni...

Wassalam