Friday, February 15, 2013

@--Kisah Sepanjang Diam Diri@




Entry kali ni just nak kongsi la perjalanan masa duduk di rumah cuti sakit :-) 


14 Dis 2012
Trajedi bermula


2 jan 2013
Simen dikaki telah dibuka....Tambah lagi mc sementara nak baik. Kaki tak boleh kepak....kejang je otot kaki. 

4 Jan 2013

Baru boleh keluaq rumah.  Sebab sebelum ni kaki bersimen.  Destinasi pertama, pergi klinik kg. bandar ambik ubat kencing manis.  Waduh...cabaran sungguh nak berjalan jauh ni....


21Jan 13
Jumpa pakar tulang dan sendi Sungai Petani.  Nakkan kepastian apa yang terjadi sebenarnya. Klinik ni klinik swasta. Nak kompare tengok dokto gov kata apa. Dokto swata kata apa.....Sebab doktor pesakit luaq hospital gov kata tulang kaki aku ni dah rapat. Nak kena bedah.. Kalo tak ada masalah jangka masa panjang...Takut la....Ya Allah..jauhkan aku dari operasi macam tu...Mojoq la pi jumpa dokto swasta agak melagakan aku dan keluarga. Otot kat tulang lari..So, dia bagi ubat dan minta aku senaman 2 kali sehari. Moga cepat sembuh...

1 Feb 13
Jumpa pakar hospital banting.  Dokto kata kena fisioterapi. Dia kasi aku 3 bulan untuk betul-betul sembuh....


AKAN BERSAMBUG LAGI :-)

@--Ubuntu 12.04--@

 

 dan 

SALAM SATU MALAYSIA

Maaf banyak-banyak ya sebab ceq dah lama tak bersiaran.  Hingga hari ini masih lagi mencari mood untuk berblog.  Sejak cuti panjang ni, macam-macam yang aku tempuh dengan penuh sabar dan doa semoga hidup ceq yang ke hadapan ni akan lebih bersinar dan bermakna.
   Status kecederaan aku sekarang? Alhamdulillah berkat doa kalian semua, doa ku pada Maha Pencipta, usaha berubat ceq sekarang dan boleh berjalan. Cuma masih lagi tak boleh solat berdiri seperti biasa (masih atas kerusi), tak boleh duduk bersila lagi, tak boleh naik dan turun tangga macam biasa lagi dan kawasan sama waktu dengannya.  Maknakata semua yang aku lakukan tak boleh lebih. Bila tekanan pada kaki ni lebih, makanya lagi sakit la badan ceq ni...


(gambar hiasa dari google)

Berbalik kepada tajuk asal.  Ubuntu? Pernah tak korang semua dengaq.. Ceq ni pun tak la pakar sangat nak bagi tau sikit-sikit yang ceq tau tu boleh la.. Ceq ni masih dalam proses pembelajaran.  Kelmarin (14/2/2013) Bos aku buat kursus pasal Ubuntu versi 12.04 ni.  Sekarang makmal komputer ni masih guna versi 10.04. So, dah kebelakang sikit :-) Selaku pekerja yang bermain dengan benda-benda IT ni kenalah sentiasa Uptodate la kan....
Fening jugak ni...Bos aku jemput tok guru khas tau...Dia pun bukan orang lain dengan kami. Bekas pensyarah matrik ni juge...Terima kasih En. Kamaruzzaman.  Ilmu yang dicurahkan amat bermakna bagi saya.  Ceq tunjuk interface je lah yek..maklumat lain ada masa ceq cita lagi na.


(gambaq hiasa dari google)