Saturday, August 06, 2011

@--rAMADAN KE -6--@

Hari ni hari cuti. So apa lagi kena curi pelung untuk kemas rumah + akuariam ku yang dah tak nampak rupa ikan dah... Masa hari keja bz sangat. So terpaksa curi masa.

Petang nanti nak balik shah alam pulak. Berbuka puasa dengna mertua :-) tambah pula nak hataq kerepek2 yang telah dibungkus bertungkus lumus mlm tadi.

Moga puasa ari ni berjalan lancar.

Penat mengangkat kerepek terubat seketika bila masa tengah angkat kerepek tu ada yang dah bertanya.. Alhamdulillah rezeki namanya :-)

Menu berbuka puasa di rumah mak ari ni Ayam kicap, kailan ikan masin dan ikan goreng. Terima kasih diucapkan kepada suami tercinta kerana membeli murtabak dan soya panas seperti yang diidamkan sebelum berbuka posa tadi.

Malam ni aku, suami dan mak pergi soalt terawih kat surau. Sejuk je rasa bila dengaq budak tahfiz mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Malam tu 8 rakaat + dengan solat witir. Lepas habis solat ada pulak moreh. Moreh malam ni di jamu roti canai mamak. Tapi dek kerana perot aku ni tak lapaq lagi jadi aku just minum ayaq. Tup2 pukoi 1 pg perot dah lapaq balik.

Friday, August 05, 2011

@--Ramadan ke 5--@

Nasib baik aku dah kemas workstation aku. Aku ni biasa la kalo keja tempat mmmmmm macam tah ape tah. Pagi ini aku dikunjungi oleh Penagarah dan Timbalan pengara. Apa yang telah disampaikan akan aku jadikan ilmu dan peringatan bagi meningkatkan lagi produktiviti kerja. Kerjakan saut ibadah :-)

Best sangat hai ni suami ku pulang awal ke rumah.... Tiba2 penat pun hilang.. Dah rehat sekejap aku mulakan operasi memasak juadah berbuka. Ha..hari ni pulak aku masak ayam kicap masak madu, sayo tauge dan ikan talang goreng. Tekak disegarkan dengan tembikai yang dibawa pulang yang dibawa balik oleh suami tercinta. Syukur rezeki Tuhan malam ni.

Malam ni memang kami berdua bertungkus lumus membungkus kerepek yang nak dijual. Pukoi 1 lebih tak abis lagi. Aku ni dah tak tahan dah last2 terlelap atas sofa. Kesian suami ku peking sorang2...Sori ya sayang.... Itu je yang ayang mampu tolong. :-)

Thursday, August 04, 2011

@--RaMaDaN Ke-4--@

Hari ni...sejuk beno makmak komputer ni...Dengan perot ku yang agak lapaq...Sahor makan Bihun Goreng mlm tadi..ha.h.ah.a.h. Moga perotku boleh tahan sampai petang nanti.. :-)

Tiba-tiba tekak ni rasa nak makan soto ayam.....tapi sebelum tu masa nak balik tu ada hamba Allah telah me,beri daku buboq lambok banting...First time rasa...Ada rasa macam makan kari..ki..ki. Sebab depa boh daun kari...

Misi buat soto..berlangsung dengan jayanya...cyap bihun soto..tapi tak tau la pukoi berapa nak makan.

Setalah berbukan dengan semangkok bubuq lambok, aku dan suami tercinta solat maghrib + baca yassin semantara nak masuk isyak..Ada lebih kurang 10 minit nak isyak, suami ku biasa la 830 tu jgn la kaco dia. Nak tengok berita sukan. Kami 2 layan la sat. Tak disangka-sangkat aku telah terlelap bersama-sama kain telekong hampir 30miint. Adoi..apa yg telah diletak dalam buboq lambot tu kan..tak pa lah nak buat cam ne. Kira malam tu tak jadi nak bungkus kerepek merangkap merasmikan mesin sil yang baru di beli sebb yang lama dah rosak.

@--HaRi Ke- 3--@

Alhamdulillah syukur nikamat..

Kejap dah hari ke- 3 yek....Pagi-pagi bertenaga la. Dah masuk petang..mmm..lembik..
Memandangkan ari ni ari rabu...Ada pasa malam. Biasa le beli barang dapo sikit. Wajib beli bawang.mo masak ma..ki..ki..ki..Akhirnya berjaya aku beli murtabak banting baru ni.

Sampai rumah En. Suami tak sampai lagi.. Tak pa ceq tunggu na.. Buka pintu rumah..Peh!! Bau kerepek je umah aku ni..ha.h.aha....Aku ni tak le berapa minat nak berniaga. Aku sekadar memberi peransang kepada suami yang berhajat besar nak berniaga kerepek raya tahun ni..mmm....Kan kejayaan seorang lelaki disebabkan ada seorang perempuan yang membantu serta mendokong dari belakang.ki..ki..ki....Aku lah tulang belakang Mohd Shafee sekarang.

Time bebuka..mmm...tq sayang sebab tolong i buatkan air o..ren yang sodap.. :-) Bukan main semangat...rasa murtabak masin la pulok. Tak pe pakcik murtabak. Sebab bulan posa, saya maapkan pakcik. Mungkin terlajak boh garam.ki..ki..ki.. Dah abis solat maghrib goreng lah bihun sikit..

Dan bermula operasi membungkus kerepek..Nampak gaya teraweh kat umah la dengan En. Suami..Pas habis paking kerepek ni nak p teraweh kak surau ya.....

Etu sahaja utk kali ni...

WASSALAM

@--Mesej Makan Secara Sihat Semasa Ramadhan dan Hari Raya --@

Mesej Makan Secara Sihat Semasa Ramadhan dan Hari Raya
  1. Objektif
  2. Untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan makan secara sihat semasa bulan Ramadhan dan Hari Raya.
  3. Rasional
  4. Amalan makan secara sihat perlu diamalkan sepanjang masa termasuk di bulan Ramadhan dan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini kadang kala diketepikan semasa berbuka puasa kerana memenuhi tuntutan nafsu makan setelah seharian berpuasa. Begitu juga ketika berhari raya, kita akan makan sepuasnya atas alasan telah berpuasa selama sebulan. Oleh itu, mesej-mesej yang ingin disampaikan meliputi beberapa panduan ringkas bagi meningkatkan amalan makan secara sihat ketika berpuasa dan semasa menyambut hari raya.
  5. Mesej Pemakanan Semasa Ramadhan

  6. Bahasa Malaysia


    Mesej 1
    Hadkan minuman manis ketika berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 2
    Gantikan kuih dengan buah-buahan semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 3
    Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan kuih dan pengat. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 4
    Hadkan hanya satu masakan bersantan atau bergoreng semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 5
    Kurangkan minyak ketika menggoreng nasi, mi, mihun dan kuetiau. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 6
    Buang minyak berlebihan dalam kari, sambal tumis dan masakan goreng berlada. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.


    Mesej 7
    Elakkan daripada mengambil telur masin dan ikan masin setiap hari. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramdhan.


    Mesej 8
    Elakkan makanan dan minuman yang disedia menggunakan pewarna tiruan.



  7. Mesej Pemakanan Semasa Hari Raya

  8. B.M



    Mesej 1
    Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek raya. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 2
    Hidangkan air kosong dan elakkan menghidang minuman berkarbonat. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 3
    Pilih air kurang manis atau air kosong sebagai pilihan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 4
    Sediakan buah-buahan setiap kali menghidang makanan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 5
    Kawal pengambilan makanan anda, makan ikut keperluan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 6
    Kurangkan menghidang makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 7
    Pastikan sayur disediakan bersama hidangan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 8
    Hadkan pengambilan biskut, kek dan kuih raya untuk mengawal pengambilan kalori harian. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



    Mesej 9
    Awasi berat badan anda. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.



@--Puasa Bukan Alasan Untuk Tidak Makan Secara Sihat --@

Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan pasar atau bazar Ramadhan. Ia seakan-akan pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke pasar atau bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut. Apa yang paling penting, rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.
Kenapa perlu makan secara sihat pada bulan Ramadhan ?

Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Ini lebih-lebih lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini adalah penting untuk mengelak beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Sekiranya masalah ini berlaku pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.
Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadhan

Kunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.

Berbuka puasa

Kebanyakan daripada kita suka mengambil kuih-muih manis sebagai juadah untuk berbuka puasa. Apa yang paling penting ialah untuk tidak makan secara berlebihan dan adalah digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu sebaik sahaja berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.

Mengikut Sunnah, adalah lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Kurma kaya dengan tenaga serta serat. Contoh makanan berbuka puasa yang baik adalah seperti berikut:

Berbuka
3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.
Makan malam 1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah.
Makan lewat malam (moreh) Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.
Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada perut anda di siang hari.
Sahur

Amalan bersahur adalah penting semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur adalah tidak digalakkan.

Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur. Walau bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana ianya boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

Contoh makanan untuk sahur yang boleh diambil adalah seperti berikut:

Sahur
1½ cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, ½ cawan sup sayur campur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong dan 1 gelas susu rendah lemak
Atau
1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong

Ramadhan merupakan satu peluang untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah. Apa yang penting ialah amalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan tinggi gula. Beri perhatian juga pada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, kita lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda tidak aktif. Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana seperti regangan dan berjalan kaki. Pengambilan makanan secara sihat bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

@--TiPs HaRi iNi--@

  1. TIPS BERBUKA PUASA
    1. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.

    2. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makananberikut:
      1. Nasi, roti, bijirin dan hasil bijiin.
      2. Buah-buahan dan sayur-sayuran
      3. Ikan, ayam, daging dan kekacang
      4. Susu dan produk tenusu
      5. Sedikit minyak, lemak, gula dan garam

    3. Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

    4. Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.

    5. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yoghurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu . Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.

    6. Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.

  2. TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASA
    1. Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:
      • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
      • Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
      • Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
      • Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
      • Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.
  3. TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA
    1. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.
      • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
      • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
      • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
      • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.

  4. TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA
    1. Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.
      • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
      • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
      • Kurangkan makanan tinggi gula.
      • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
      • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
      • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

  5. TIPS MEMBELI MAKANAN DI BAZAR RAMADHAN
  6. Memang tidak dinafikan, di bulan puasa pasar Ramadhan akan tumbuh bagai cendawan. Di sini anda boleh dapat pelbagai jenis makanan untuk juadah berbuka puasa. Bayangkan dalam keadaan yang lapar, pelbagai kuih-muih serta lauk-pauk yang enak dijual. Ini boleh menyebabkan anda rambang mata membuat pilihan. Sudah pastinya, segala prinsip atau amalan makan secara sihat senang saja diketepikan pada saat itu. Sebagai panduan, pastikan anda membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk di beli. Senarai makanan ini boleh mengelakkan kita daripada membeli makanan yang tidak diperlukan. Buatlah pilihan yang lebih sihat semasa membeli juadah berbuka puasa. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun menggunakan minyak secara minima. Kurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur. Jika boleh, elakkan membeli air minuman yang dijual dan sediakan sendiri air minuman di rumah. Ini membolehkan anda mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut.
  7. TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN DI BULAN PUASA
    1. Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman secara berlebihan, kita perlulah bersederhana semasa menghidang juadah terutamanya ketika berbuka puasa. Sudah tentulah sukar untuk mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah daripada pelbagai jenis sudah ada di depan mata. Oleh itu, kita harus mengambil peluang di bulan puasa ini untuk berjimat cermat khususnya bagi perbelanjaan ke atas makanan. Rancang dan hidangkan makanan untuk berbuka pada kadar yang berpatutan. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum dari bahan semula jadi seperti daun pandan. limau nipis dan serai. Elakkan penggunaan gula berlebihan, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Selain daripada itu, anda juga harus ingat tujuan berpuasa adalah untuk mendapatkan pahala dan keberkatan. Oleh itu, elakkan pembaziran di bulan puasa kerana ini boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri.


  8. TIPS MENYEDIAKAN HIDANGAN SIHAT UNTUK BERBUKA PUASA
    1. Laungan azan maghrib adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang menjalani ibadah berpuasa. Sudah tentulah, pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa. Bagi sesetengah keluarga, mereka lebih menggemari masakan yang disediakan di rumah berbanding yang di beli di pasar Ramadhan. Sudah tentulah masakan yang disediakan di rumah oleh ibu akan lebih menyelerakan. Tambahan pula, bagi anak-anak, inilah masanya mereka boleh meminta si ibu memasakkan apa saja makanan kegemaran mereka untuk santapan berbuka puasa. Namun begitu, sebagai ibu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sihat untuk keluarga. Gunakanlah panduan berikut bagi menyediakan hidangan sihat untuk berbuka puasa.
      • Rancanglah menu dengan mengambil kira 5 kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula.
      • Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan makanan yang dijeruk atau diawet.
      • Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik.
      • Pelbagaikan kaedah masakan dengan cara memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.

  9. TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT DI BULAN PUASA
    1. Kesesuaian makanan yang mengandungi tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti atau biskut wholemeal dan kekacangkurang diambil di bulan puasa. Ini kerana, makanan ini biasanya kurang mendapat perhatian kita jika dibandingkan dengan makanan-makanan lain yang dijual di pasar Ramadhan. Namun begitu, pengambilan serat adalah penting untuk mencegah masalah sembelit terutamanya di bulan puasa. Sayur juga boleh membari rasa kenyang dan boleh membantu mengawal berat badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dijadikan sebagai hidangan yang berkhasiat di bulan puasa. Berikut adalah panduan untuk meningkatkan pengambilan serat di bulan puasa.
      • Ketika berbuka puasa, makan 3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah tanpa gula, 1 mangkuk sup sayur campur serta 1 atau 2 keping roti tinggi serat.
      • Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.
      • Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam
      • Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.
      • Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke dalam masakan.

  10. TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN AIR DI BULAN PUASA
    1. Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil 6-8 gelas air sehari. Air adalah penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun begitu, kita juga boleh mengambil air dalam bentuk jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Bagi berbuka puasa, adalah digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya. Selain daripada minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah-buahan. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan air:

      • Minum 2 gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.
      • Makan satu mangkuk sup sewaktu berbuka.
      • Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.
      • Minum 2 gelas air sewaktu bersahur.

  11. TIPS MENYEDIAKAN MAKANAN SEWAKTU BERSAHUR
    1. Kebiasaannya lebihan makanan sewaktu berbuka puasa akan dihidangkan sebagai hidangan untuk bersahur. Amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menyenangkan kaum ibu yang terpaksa bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur. Ini boleh dilakukan sekiranya makanan tersebut disimpan dengan cara yang betul dan selamat. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya kita menyediakan makanan yang segar dan baru dimasak untuk bersahur. Ini kerana, sekiranya lebih makanan sewaktu berbuka dihidang, dikhuatiri ia telah tercemar dan akan mengakibatkan keracunan makanan. Makanan yang telah terdedah di suhu bilik melebihi 4 jam adalah tidak selamat untuk dimakan. Tambahan pula, menggoreng semula makanan akan menyebabkan tambahan kalori kerana penggunaan minyak yang berulang. Makanan untuk bersahur tidak perlu terlalu rumit untuk disediakan. Makanan seperti sandwic, bubur nasi, oat, bijirin sarapan pagi, roti bersalut telur, makaroni goreng, spageti, buah-buahan serta sup seperti sup sayur ataupun sup bebola ikan yang ringkas boleh dijadikan hidangan bersahur yang sihat. Selain daripada itu, pastikan juga buah- buahan dihidangkan sewaktu bersahur. Bagi minuman pula, lebihkan pengambilan air kosong dan kurangkan penggunaan gula atau susu pekat manis. Pengambilan teh dan kopi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan melalui air kencing.
  12. TIPS MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SEWAKTU BERSAHUR
    1. Amalan berpuasa bagi anak-anak perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sesetengah anak-anak begitu teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun begitu, apa yang menjadi masalah adalah apabila bangun bersahur. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak memang susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Ada juga anak-anak yang susah untuk makan kerana biasanya mereka kurang berselera untuk makan di waktu pagi. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tip berikut boleh dijadikan panduan:
      • Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.
      • Masakkan makanan kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dahulu apa yang anak-anak anda ingin makan sewaktu bersahur.
      • Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang sama setiap hari.
      • Sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan.
      • Elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.
      • Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.


  13. TIPS BERSAHUR BAGI ORANG BUJANG
      1. Bagi orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum tidur. Kebanyakan daripada mereka suka mengambil makanan lewat malam sebelum tidur sebagai makanan untuk bersahur. Makanan seperti burger, nasi goreng dan mee segera sering kali menjadi pilihan utama bagi mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan mudah didapati. Kebanyakan orang bujang juga susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Oleh itu makanan yang diambil sebelum tidur akan dianggap sebagai sahur. Walau bagaimanapun, makanan ini tidak dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya. Waktu sahur yang paling baik adalah sekurang-kurangnya ½ jam sebelum waktu imsak. Oleh itu, jika boleh pastikan anda bangun sahur di awal pagi. Ini kerana,. Bersahur di awal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Anda boleh mengambil makanan ringkas seperti roti, sandwic, ban, oats, telur rebus, bijirin sarapan pagi ataupun buah-buahan sewaktu bersahur. Jika terlalu malas untuk memasak dan ingin makan mi segera pastikan mi tersebut ditambah dengan sumber protein seperti telur atau ikan bilis dan sayur-sayuran seperti sawi atau kobis. Pastikan anda mengambil air yang mencukupi untuk mengelakkan kekeringan.

Tuesday, August 02, 2011

@--RaMaDaN Ke - 2--@

Dah hari ke-2 ya... Macam mana semua? Ok tak? Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di hari ke 2 ramadan ni...

Aktiviti hari ni? Me..mang padat...keje yang tak kenal erti habis, pegi bank dan petang nanti nak pi ambik kerepek-kerepek yang ditempah untuk berniaga kali ini...ha.ha.h.ah.a Aku lah saudagar KEREPEK.. Mentang-mentang dok Banting..ki..ki..ki..mari-mari ramai-ramai... :-) Aku bukan apa..Nak bagi sokongan kepada suami tercinta..Dia memang minat nak berniaga betul-betul kerepek pada tahun ni..Tambah pulak tahun ni ada persaingan pulok dah kat TTDI Jaya tu...Tahun lepas masa kami mula jual tak de pun yang buat. Tahun ni 2 minggu sebelum puasa dah promot kerepek la......Suami ku memeng kental dan berani orangnya. "Biar la diaorang. Kita hal kita." Aku pun akur.. Tak de persaingan tak meriah kan?

Oh Tuhan..permudahkan lah urusniaga kami ni...AMIN

Sampai-sampai aku tengok..Mak..ai...banyaknye..muat ke kereta ni...susun puna susun di bawah sinaran matahari terik..ahirnya berjaya susun seorang diri. Amin. Pertama kali bawak kereta suami kena bawak dalam keadaan perut kena stering..ki..ki..pelan-pelan aku gagah bawak kereta melalui jalan klanang. Akhirnya sampai umah juga dan suami aku terkejut tengok kerepek yang penuh kereta..ha.h.a.h.a.h Dia pun tolong aku bawak masuk dalma umah :-)

Hari ni aku rasa cam nak membeli murtabak...kesukaan ku....Pi bazar 6.30 ptg..murtabak sudah abis da..Jadi aku ngan suami beli karipap, nasik ambeng 1(kongsi) ngan ayo tembikai susu....syukur kenyang :-) Dan yang paling penting nak kena luagkan masa jugak dengan anak-anak ikan ku..dah berapa ari dah..air kelabu je..nanti tak nampak lupak jalan balik..ki..ki..ki..