Thursday, October 04, 2012

@--BeRkeloH Di uLu YaM--@


30/9/2012

BeRkElAh D' UlU YaM

Mula-mula singgah Shah alam ke  Damansara dan terus ke selayang...konvoi la katakan.....Aku gerak dari rumah dalam 8 pg kot...Ye la siapkan Roti sardin je.....Yang tu je menu cepat yang sempat aku siapkan..Jang masak banyak tak abis....Lagi pun kawan suami dah pakai kumpul duit nak buat ayam bakaq....Nyum,,,sedapnye.....4 familty yang ikut.....Ok semua spoting.....tapi agak sedih la family ceq je tak de anak......tak pe izra..insyaallah nanti Tuhan akan beri rezeki anak tu...AMIN....Usaha jangan putus asa..key....Aku dah bawak baju salin tapi tak tau le nak berendam ke tak....Sebab dah lama sangat tak mandi manda ni...segan jadinye......ki..ki..ki..


(wah..macam nak ke genting je... ;-) )




(sayang...cantinya tempat ni....Alam Ciptaan TUHAN)


( ni lah rombongan en.pie & geng )


( Ni la hero-heronye....Yang mak-mak siapkan makanan )




( posisi Kanan ku )


( Mai le mandi.....ki..ki..ki.. )


(Piiiesssss.....tengok tu siap ngan pistol ayaq lagi :-) )


(tengok le gelagat2 mereka..bestnya)


(amboi sayang..serang sape tu?.. ki..ki..ki..)



(ni lah hasil ketika boring..test hp )



(ni yang aku tak berkenan...berani depa ni terejun dari atas tu.......di mana pengawasan....tak jadi tak pe..bila  dah jadi baru nak menyesal....Tuhan insafkan mereka)



Mula-mula tak ramai,  Makin lama makin ramai la...Ari cuti cam ni mereka kena kan bayaran tau bila masuk ke sini.  Dalam jam 2 petang tu kami semua berangkat pulang ke destinasi masing2.  Penat giler....Pastu kami  berdua ke rumah mak kat shah alam.  Suamiku nak baiki tv mak yang dah rosak...Dalam jam 5petang kami gerak balik banting....Best sekali sekali jalan ramai-ramai cam ni. Ni semua kawan2 kerja suami..Kawan-kawan kerja ku bila nak buat cam ni? :-)

@--KuAliTi HiDuP BeRsAmA SuAmI--@

29/8/2012



Rezeki dapat tengah wayang lagi bulan ni.....Suami ku dapat TIKET FREE dari syarikat tempat dia mencari rezeki...Terima kasih Tuhan......Biasa la kalo dapat tiket wayang kami berdua pagi-pagi dah gerak dari rumah ke alamanda.  Sebelum tu bekal nasik lemak 2 bungkus.  Sementara nak tunggu wayang bukak ha...pekena nasik lemak kat Drasa la bersama Teh Panas dan Kopi O.  "Sayang, cukup ke sebungkus" aku bertanya pada suami.  "Macam tak cukup"suami balas sambil suap nasik ke dalam mulutnye...Ha...."Silap tak beli 4 bungkus tadi.... :-) " sambil senyum kat suami tercinta....Kesian..tak cukup ya....Makan lah dulu apa yang ada yek sayang.  Sementara nak tunggu pukoi 12.15 tengahari lepak dulu beli surat khabaq..layan pessebook cukup time gerak ke panggung wayang....Tiba-tiba ada suara menyapa..."Ha..dating ya... " Ya..Tuhan....Adik aku rupanya...Dia pi tengok wayang citer yang sama dengan kawan dia Nabila...Patut la aku rasa cam adik aku ni makin dekat je...ki..ki..ki..ki..Pas abis citer tu adik ku nak lunch kat bangi tapi aku engat kalo dia nak makan kat alamanda leh le makan sama-sama.  Last aku terus ke rumah kawan ku di puchong. Fiza and family...Dia ni x-housemed aku masa di kuantan dulu....Aku sayang sangat kat dia sebb dia banyak bantu aku masa kat kuantan dulu.....Dia dan suami memang baik tau....Tu aku tak leh lupakan mereka...Besaq weh..rumah depa 2 tingkat lagi.  Alamak!lupa sangat..sangat....tak ambik pun satu gamba terkini kami berdua....Fiza pun dah ada ank sorang...Bby girl.....comel sangat...Aku panggil afrina :-) Dari rumah fiza tu terus balik ke banting sebab malam tu aku dan suami nak berdating bersama Ustas Azhar Idrus...Sebelum sampai rumah beli barang-barang nak bawak pergi berkelah esok dengan kawan-kawan suami.

(ni je yang sempat aku snap gambo)

Yang datang malam tu ramai...Mujor aku dan suami naik moto.  Tq polis trafik sebb tolong jaga lalu lintas la...kalo tak susah kami nak sebarang jalan :-)  Program mula jam 8mlm dan habis dalam jam 10 ++ gitu.Sampai rumah dah pukoi 11mlm.  Memang best la ustaz azhar....masa aku atas moto nak balik ke rumah  dada aku ni rasa lapang je dada...Seronok sebb banyak benda yang aku tak tahu jadi tahu....Di tambah pulok dengan banyak soalan2 dari hadirin hadirat..Dengan cara ustaz jawap pun best...tak boring..aku sanggup tahan kaki aku yang kebas ni...Suami aku dah lama berdiri dah kat belakang kemah..Lengok katanya....Apa2 pun....BEST... 

Wednesday, October 03, 2012

@--MiSi BeRkEbUn PaRt 1--@


Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia Semua..............

Apa kabar semua? Harapnya semua kawan-kawan sihat di mana jua kalian berada.  Untuk ruangan kali ni ceq nak kongsi la dengan kawan-kawan semua pasal apa yang ceq tanam kat laman rumah (rumah sewa)  ceq ni. :-)
Semenjak dua menajak ni aku ni semangat sikit nak BERKEBUN. Ni lah hasilnya kawan-kawan...Tapi aku masih menunggu hasilnya :-) Banyak kali jugak le aku ulang-alik ke kedai jual bunga beli tanah campur, polibag dan lain-lain lagi.  Punya semangat nak berkebun sampai alat kebun aku patah dibuatnye...Kena beli baru jawapnye...

(ha...sinilah lokasi pertama pokok rozzel dan cili)

(ni lokasi ke dua)

(pokok ni aku tak tau nama dia tapi kegunaan dia boleh buat ulam atau rebus. Baik untuk penghidap kencing manis)


(ha..pokok kasturi ni ada kisah sebelum aku membelinya- dek kerana bila nak pakai limau tak de baik ceq tanam kat umah kan. Nak pakai nah! petik je :-) )

(Ini Rozzel namanya - benih pokok ni kawan ceq yang bagi. Tak sabaq nak tengok dia membesaq)

(syukur..sejuk mataku memandang mereka membesaq)

(ok...beratoq semua)

(pokok cili ni aku rasa risau sikit...macam merajuk je...ari tu semai di pasu panjang lambat nak alih dia dalam polibag..sori ya sayang.....tak sengaja)

(pokok pandan ni asalnye dari bote perak.  banyak berjasa ni...bukan stakat untuk masak...dalam bilik pun aku guna daun pandan ni..tapi aku ni dah tau tau cam ne nak suburkan lagi pandan ni....sapa ada idea??)

(pokok kunyit yang telah diserang seranggan perosak..abis daunnye..)

(Nama saye lengkuas)

(daun bawang yang tah la tak tau nak cakap ape..ki..ki..ki..)

(macam mana tak nak bagi pokok ni cam ni..Nak bagi nampak segar..Baja dah buboh.....)

(ni pokok hiasa.tapi aku try tanam kat tanah)

(sirih melilit di pagaq)

(pegaga untuk buat ulam)

Kebanyakan pokok kali ini aku kitar semua barang terpakai.  Kain baju yang dah tak boleh pakai aku guna untuk lapik lubang pasu.  Jadi tak perlu cari batu ke ape ke.  Projek lepas ni nak try tanam pokok buah delima pulok..Harap-harap menjadi la yek :-) Setakat ni lah aku membebel yek..Nanti ceq sambung lagi kita tengok hasilnya.

@--Tq SiTi SaLeHa (bukan yang pelakon kat TV tu yek..ki..ki..) --@

2/9/2012

Pada suatu petang...Daku ternampak kawan ku melabai-lambai sambil berkata "Kak izra nak jering tak?" .  Dalam hatiku berkata "JERING? wah cam nenarik je...ki..ki..ki..aku pun tak pernah masak jering ni...dok merasa mak mertua je masak" hati ku berkata..Lantas aku menajawap "boleh la leha..ala 2 3 bijik ke..buat rasa-rasa"kata ku kepada leha....Nah ! sekali dia kasi 4 bijik yang beso2 punya..mak ai.....ni kena potong beso2 kasi cepat abis :-)

( ini lah jeringnye )

Ini merupakan pertama kali aku mengerjakan jering..ki..ki..ki..ki..Maklumlah aku ni dibesarkan di kawasan bandar. Jadi tak pernah makan menda-menda macam ni.  Besaqnya...Sykur rezeki leha yang dikongsi bersama-sama kawan-kawan...Dok pikir berejam-jam nak masak pe lah jering ni...Last-last tengok jam pun dah pukoi 6.30 petang jadi diputuskan untuk masak sambal je....Dalam internet ada yang buat gulai lemak la..kari la...tapi aku tak de bahan sangat kat dapur lagi pun dah malas nak keluaq rumah. Dengan 4 bijik jering ni....

Segenggam ikan bilis ditembuk;
Sudah tentu....Jering di potong tak terlalu nipis dan di goreng
2 bijik bawang besar (kisar)
3 ulas Bawang putih (kisar)
Cili kering yang telah dikisar (ceq ni hentam ikut rasa sebb ceq ni makan pedas )
2 Asam gelugoq
Minyak untuk menumis
sedikit garam kasar
2 sudu gula
*belacan kalo nak bubuh pun boleh lagi sedap*

Tapi sori la tak snap gambo jering yang dah siap masak.  Terima kasih yang tidak terhingga kawan ku siti saleha.  Walaupun suami ku tidak menggemarinya tapi daku masak jugak sebb daku teringin sangat nak makan...SOri darling ;-)