Friday, April 19, 2013

@--BiLa MalaS NaK HiLanG ni--@


mmmmm.....dah bersarang lah blog ceq ni.....duhai mood..datang lah....dah lama tak habdate blog kan...Diringkaskan serba sedikit la kan..Sekarang ceq dah menetap di rumah baru...minggu lepas dah selasai buat majlis doa selamat masuk rumah baru (7/4/2013). Terima kasih diucapkan kepada jiran-jiran dan kawan-kawan yang sudi hadir ke majlis kami ya..Tak ketinggalan kepada ahli keluarga yang sudi membantu  kami berdua dari mula proses sebelum masuk rumah sampai dah nak dekat sebulan lah kami dok disitu.  Moga Tuhan dapat membalas segalanya.  Kepada yang tak dapat hadir tu, tak apa..nanti hari raya (eh..lambat lagi..) nanti mai la na... :-)
Kalo kata bab pindah randah ni...me..mang PENAT..Sampai sekarang ni masih ada lagi yang tak selesai kemas mengemas tau...Baju ceq la yang belambak-lambak tu...Nak kena beli almari baju lagi ni ki..ki...Maklum la perempuan....Sebelum keluaq pindah rumah baru sempat la bersihkan rumah sewa lama agar orang yang nak masuk selepas ni tak lah susah2.  
Projek yang akan datang nak simpan duit nak buat tembok kat belakang rumah :-) Beli penapis air (nak letak diluar rumah...) supaya kami sekeluarga tak menggunakan ayaq karat...Moga Tuhan melindungi kami sekeluarga. Alhamdulillah jiran-jiran pun ok...Tapi buat masa sekarang ni masih ada 2 rumah yang baru masuk.  Yang lain masih lagi tak masuk. Ada yang tambah rumah dan ada yang tak mo duduk lagi :-)  
Semoga hidup  ceq sekeluarga bahagia, aman damai bersama jiran-jiran..AMIN...