Saturday, September 22, 2012

@--KuRsUs Di HaRi MingGu--@


Assalammualaikum.....Salam satu malaysia.

Ari ni ari minggu..Baru ingat nak rehat-rehat bersama suami..Tapi tak pe kebetulan suami pun kerja ari ni...Hari ni aku , Che Wan, Anis ngan Kak Ni mewakili unit masing-masing belajaq macam mana nak bangunkan portal unit sendiri...FFUUUUUHHH!!Mencabaq betul tu.....Menggunakan aplikasi 'MOODLE' ya...gitu... :-)


(gambaq hiasan dari internet )

Rasa best juga kalo mahir godek aplikasi ni....Sebab ia akan lebih memudahkan kita semua kerana zaman la ni...SEGALANYA DI HUJUNG JARI ANDA ;-) Tak giTu kawan-kawan....Nanti bila dah siap aku tunjuk kat hampa semua na....

22/9/2012

Friday, September 21, 2012

@--DaH LaMa TaK MaSaK--@



Suatu petang di pasar malam banting baru..tiba-tiba aku melintas di depan kedai jual ikan.  Ternampak ikan SARDIN. TerGODA pulak tengok ikan tu...Besar dan segar bugar....Apa lagi aku rembat la ikan sardin tu 7 esok dengan niat untuk masak LAKSA :-) Menang manis isi ikan tu sebab masa nak kisar sisi tu..ada lah 4 5 suap masuk dalam mulut ni..ki..ki..ki...Syukur rezeki Tuhan....aku berjaya membeli ikan yang elok...sehingga menjadi kuah laksa.  Selalu orang makan dengan laksa.  Tapi kali ni aku olah makan dengan bihun (celor je dalam air panas....) Lagi pun tak sempat nak rebus laksa..Jadi makan dengan telur rebut + bawang + cili padi...Ditambah pulak aku ni suka letak kicap lemak manis masa makan laksa.....peh.!! mantop tambah 2 kali :-) Apa-apa pun syukur sangat kerana aku dan suami diberi kesempatan makan laksa dengan ikan yang segar..amin 10 q ALLAH.. :-)

@--BuKaN ReZeKi kU LaGi--@



Baru-baru ni aku ada pesan satu 2 unit buku pada ustas kat tempat keja aku ni. Mungkin bukan rezeki aku.  Tak pe. Aku pasrah dan redha.  Semoga orang yang telah mengambilnya tak mensia-siakan apa yang terkandung dalam buku tu.  Insyaallah ada rezeki aku beli lagi sekali..Amin.  Ingat...mencuri itu........ renung-renungkan ya.

Cover Buku Ruqyah Asas Pengubatan Islam

Mood : :'(


Thursday, September 20, 2012

@--BiLa DaH TimBuL SeManGat NaK BeRBlog--@


Assalammualaikum. Salam 1 Malaysia.

Hari ni baru nak tekan gear 1. Sori ya...time bulan puasa ari tu tak de fill nak kongsi cerita dengan kawan-kawan semua.  Dah mula mood ni..ha.....banyak la nak gebang-gebang :-) So kepada kawan-kawan semua bersedia lah kamu semua..Sabaq baca N3 aku yang panjang lebaq ni...Al-maklum la dah lama sangat berehat berblogging ni. Daku mulakan dengan :-

Kisah 1 : BuLaN RaMadHan Yang MuLia

        Ni..nak cerita mai....Bulan puasa pada tahun ini biasalah.....Banyak aku isikan dengan perkara-perkara yang berfaedah la kan..Syukur kena Tuhan izinkan ibu dan abah aku datang ke rumahku pada minggu pertama bulan puasa.  Syoknya dapat berbuka bersama-sama dengan ibu dan abh.  Lepas tu giliran rumah adik aku pulak.
        Seperti biasa kalo sahur suami tercinta tak mahu makan menda la selain 'NASIK'.  Jadi tahun ni catat sejarah la bagi kali ke 2 tak pernah miss sahur.  Pukoi 4.30 pagi tu memang aku dah bangun masak lauk dan nasik.  Tengok keadaan lah..Kadang-kadang lauk dah masak awal.  Time balik kerja pun suami sampai awai...pukoi 6petang dah sampai rumah....bestnya...kalo la hari-hari suami balik awai kan best.  TAPI tak pe lah demi mencari rezeki sesuap untuk keluarga.
         Aku juga menerima jemputan berbuka puasa di rumah mak sedara di bukit jelutong bersama-sama ibu dan abah.  Lepas tu jemputan di rumah adik ku...wah dia masak sendiri la....Siakap 3 rasa...ngan kerang rebus....MANTOP beb.....
        Majlis berbuka puasa dengan UNIT DATA dan MAKLUMAT berlansung di FLEMING STEAMBOAD.  Puas makan beb..tapi aku banyak ambik sayo la,.....puas hati makan. Tapi agak sedih sebab suami tak dapat join.....Sori aku tak do gambaq..nanti aku try mintak kat member2. Bulan puasa tahun ni adalah ujian bagi suami kerana dia telah diserang alahan pada makanan. Sampai nasik ngan roti pun tak bolah makan. Badan pasti akan merah2 dan gatal.
       Banyak kali jugak aku teman suami pergi buat BEKAM.  Bekan ni elok. Lagi pun sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

(gambar hiasan dari internet)


Kisah 2 : BuLaN SyaWaL Yang TiBa

     Tahun ni giliran beraya di kedah.  FUUUUHHHHH....bestnya..tapi sayang aku masih tak dapat nak merasa NASIK ULAM...yang femos kat kedah tu....FRUST....tapi sempat jugak aku ke pasar ramadan taman ria pada ramadan yang terakhir sebelum esoknya 1 syawal.  tahun ni tema kaler unggu....Gambaq nanti aku upload yek...
     Petang raya ke 3 mula balik BOTE. Gerak pukoi 5 ptg. Sampai bote 10 mlm..peh! cam balik KL pulok...dari bukit merah jem sampai ke kuala kangsar. Nak lalu jalan lama dari taiping pun tak dapat keluar...Tapi ni jumpa la banyak perangai-perangai yang tak senonoh....(pemandu2 yang tak tau nak sabaq dan hormatkan org lain).
   Raya ke 5, sepupu suami kenduri kawin...Wah....aku apa lagi bisi u...kenduri umah mak yang dan pak yang ni memang la turun temurun masak sendiri..jadi 2 3 hari tu dah mula buat kerja tau...kerja aku potong cili kering..dan juga potong je apa brg yang depa suroh potong...yang paling tak leh lupa dari pg sampai mlm kupas bawang dari besaq sampai kecik..peh!...seminggu bau bawang tak elang beb... :-)
   Balik je bating, aku sedih melihat.......pokok2 ku layu dihujung mekar......oh..ni kena kasi sepa tenaga balik ni :-) tu la..al-kisah raya tahun ni....

Kisah 3 : TeRKiNi D Sana Sini

     1.  Sekarang aku ni tengah semangat nak berkebun.  La ni aku dah taman semua lengkuas, kunyit, daun bawang dan rozel....Hari2 balik mengadap kesayangan ku ini.  Sejuk mata ku memandang..Cuma takut gak la bila aku cuti panjang..sama nak tolong siram...... :-(    Tuhan Tolong..........
     2.  Baru-baru ni buat pertama kali aku pulak mencuba buat bekam.  Peh! pengalaman yang tak dapat digambarkan.  Demi kesihatan tubuh badan ku ini, aku sanggup tau....Tapi rasanya cam nak ambik kursus bekam la..senang nak buat bekam kat suami tercinta + jana pendapatan sampingan...ok tak kawan2? :-)
     3.  Dugaan dari sebelum bulan posa sampai sekarang masih tak lega....tak ape....Tuhan sayangkan aku..Jadi aku kena terima dengan redha. Moga2 ni semua ada hikmah dan aku akan mendapat ganjaran yang lebih baik lepas ni. Tekak ni masih rasa tak selesa.  Dah tak boleh minum air bikabonat dan ais...ha..kalo tak mula la tekak gatai dan perit sangat.....Air liur pekat plak tu...Dari pembacaan aku la kan...tu simtom2 nak buang toksin dalam badan...Tak pe demi badan ku dan demi nak menjaga suami tercinta aku sanggup harunginya....
     4.  Beberapa ari ni aku dengaq ramai kawan2 yang dapat panggilan pereksa gred F29...Alamak! awat la aku ni tak abiskan update borang spa tu.....menyesal pun dah tak berguna lagi...tak pa izra nanti ada rezeki depa panggil lagi kan... :-)  Moga Tuhan tunaikan hajat ku nak memegang jawatan sebagai PPTM.  AMIN....Kepada kawan-kawan yang berjaya dipanggil pereksa...Good luck for u all....Buat yang terbaik tau..
     5.  Dah dua tahun lebih usia perkahwinan ku ini.  Tapi masih belum ada rezeki mendapat ZURIAT.  Tuahanku....ENGKAU yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYANYANG.....perkenankan doa dan hajatku ini bagi terus menyambung keturunan ku dan juga menambahkan ummat Nabi Muhammad S.A.W.  Agar keturuna-keturunan ku nanti dapat berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara serta insan-insan soleh dan solehah. Amin.  Bulan Sept 2012 ni pertama kali aku membuat "pap smear" bagi memastikan diri ku ini sentiasa sihat sempurna.....laporannya lambat lagi tau.....apa2 nanti aku halo2 :-)

So kawan-kawan...jam pun dah lebih ni...aku ada urusan lain lagi di luar sana..Jumpa lagi tau dengan coratan yang lebih lagi lepas ni..hahahhaha bersiap sedia lah :-)

Wassalam