Thursday, July 05, 2012

@--BeRgEtaR JiWa--@







Korang pernah naik kapal terbang? Aku pun pernah..Kisah kali ni bukan nak takutkan sesiapa tapi sekadar nak kongsi cerita.  Kan semalam aku ada citer yang JANTUNG HATIKU kena pergi Sabah.  Nak dijadikan cerita. Aku tengok kat tiket suami bahawa dia akan sampai ke sabah dalam jam 830mlm.
TAPI
Cuba bayangkan kalo korang kat tempat aku.  Telefon suami 4 5 kali tak berangkat....HA....risau tak?Mesti punya...Ayaq mata aku ni sudah menitis-nitis dah ni...Sambil tak berhenti berdoa kepada TUHAN supaya suamiku selamat sampai ke sabah. Tak leh tido dibuatnya....Sepatutnya suami ku dah sampai ke sabah dan dia kena chek in bilik sebelum jam sepuluh.Tapi 1030 mlm tak jugak dapat telefon dia. :'( waduh3x
TEPAT jam 1130malam. Panggilan yang dinanti-nanti.TUHAN..dengan penuh rasa kesyukuran ku terdengar suara yang bertanya "halo...dah tido ke?" Aku membalas "mana boleh tido.telepon u banyak kali tak dapat". Suami ku baru saja sampai ke lapangan terbang kota kinabalu.  Mesti dia dah terima banyak SMS aku..ki..ki..
Diringkas cerita kapal terbang tak dapat mendarat di Kota Kinabalu dan labuan sebab tengah hujan lebat.  Jadi mereka terpaksa mendarat di Brunai Darul Salam.  Tak pa, ni semua kerja ALLAH. Kita sebagai hamba kena terima.  Tapi syukur ku tak terhingga kepada Allah kerana telah selamatkan perjalanan suamiku.  Tapi kesian la kat suami. Bilik yang aku tempah tu dah terlepas. So, mujur ada Apartment. Tak pe lah nak buat cam ne. Badan pun dah penat. Jadi duduk baik-baik ya sayang.
Aku berdoa dan berharap perjalanan balik suamiku nanti akan berjalan lancar la ye...Moga selamat sampai ke rumah kita sayang.  Esok aku akan ambik suami kat LCCT sebab tiket MAS dah abis. :-)

Wednesday, July 04, 2012

@--baru 2 jam--@


Sayang...baru je dua jam sayang naik kapal terbang....ayang kat sini dh tak keruan..TUHAN lindungi suamiku...ha...menitis lg air mata ku. Petang td belikan suami nasi ayam...masa kama dlm perjalanan nk ke klia badan suami ku tiba-tiba merah teruk kat muka dan badan.mmmmm....sah ni mesti gara2 nasi ayam.Aku rasa badan dia..waduh panas.berat hati nk bg suami pi sabah.tapi nak buat cam ne. aku sebagai isteri kena redha dan doakan keselamatan suami di sana serta suami selamat balik kepangkuan ku hari jumaat ni....dinner malam ni pun aku rasa tak berseri....rindunya.....cepat balik ya sayang.miss u..
kesian.aku dapat rasakan betapa perit rasa sakit suami ku tanggung....moga apa yg aku bekalkan menjadi kekuatan bg suamiku di sana....

@--SaBaH ba..--@




Tengahari kelmari telifon tiba-tiba berbunyi lagu "cinta bersatu". Jantung ku berdengup kencang....Oh!!suami ku telipon :-) Dia bagi tahu kemungkinan besaq dia kena pi SABAH yaitu pada hari ni 4/7/2012 samapi 6/7/2012. Waduh..kalo la diberitahu awal boleh le aku ni tumpang 2 kaki ku ini menemani cinta hati ku sayang.  Tapi nak buat macam-mana. Aku redha...Lagi pun suami pergi sebab nak cari rezeki kami sekeluarga.  Jangan lupa sayang ole-ole untuk ku....Hanya Kuih Cincin yang ku inginkan...ki..ki..ki..(dalam hati asyik mintak menda makan je)
Pagi ni aku masuk pejabat kalot la cari hotel tu suami ku beradu malam ni sebab penerbangan dia pukoi 5 petang.  Kalo tak booking sekarang mana mo tido ba...Alhamdulillah Tuhan dah mudahkan urusan ku.  Aku telah berjaya booking hotel untuk suami ku..Harap-harap bilik tu ok dan selesa serta selamat. TUHAN, Engkau lindungi suamiku walau dimana saja dia berada dan lindungi dia setiap saat...AMIN.


Tuesday, July 03, 2012

@--Dejavu Di Kinabalu--@


~KETAGIH TENGOK CITA NI~

(versi aqasha)


(versi Melly)

Lagu ni ditujukan khas buat suamiku yang TERCINTA....

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

@--TaK SaBaq Ku MeNanTi--@


FENING MEMIKIRKAN

Waduh-waduh...tak sabaq rasa di hati bila setiap kali melalui jalan sempandan, Banting...Rumah ku sedang di bina.  La ni aku dok fening-fening nak deko rumah ku nanti...Duit apatah lagi..Banyak kena staby weh....Hai..rumah ku Mahligai ku suami isteri :-) Sekarang ni aku tengah pelan-pelan survey barang-barang unutk melegkapkan mahligai kami.

Barang yang penting :

GRIL : Rekabentuk yang ringkas, tahan lama serta menjimatkan.



         (gambar hiasa dari internet)

Ha..ini yang paling pertama kena pasang dulu untuk memastikan mahligaiku selamat.  Tak pergi survey lagi grill ni....Just tengok dalam internet je.

LAMPU : Pesen mana yang cantik dan menjimatkan elektrik.


1. Ruang tamu
2. Bilik Tidur - 4 unit
3. Bilik Air - 2 unit
4. Dapur
5. Anjung
6. Belakang Dapur

KIPAS : Yang menyegarkan ruang rumah serta menjimatkan elektrik 


Untuk ruang tamu rasa cam nak pasang yang 5 bilah ni.
2. Bilik 3 unit
3. Ruang Makan
4. Mungkin anjung 1 unit (kalo ada rezeki lebih la )
Untuk lokasi yang selebihnya ni tak tau nak pilih yang mana...Mungkin yang biasa je kot :-)

ATAU



Tak tahu lagi nak pilih yang mana..Kena ikut bajet jugak.

PILI AIR : Tak tahu nak pilih yang mana. Tapi yang pastinya nak yang dapat keluarkan air dengan lancar :-)





1.  Anjung rumah
2.  Bilik Air 3 unit
3. Dapur  Kering dan Dapur Basah

      (kalo boleh nak macam ini.. )

ATAU


           (gamabr hiasa dari internet)

img
    (gambar hiasa dari internet)

KABINET DAPUR : Yang dapat memudahkan kerja-kerja memasak untuk keluarga TERCINTA

Banyak contoh aku tengok kat internet. Tapi yang pasninya DUIT mesti LEBAT la.....TUHAN tunaikanlah impian ku ini..AMIN :-)


       (gambar hiasan dari internet)



         (gambar hiasan dari internet)


(gambo hiasa dari internet..cantik la grill dapur dia :-) )

KESIMPULAN : kalo nak cantik...duitnye kena la lebat ya PUAN IZRA :-)


PROJEK SUAMI KU
.
.
.
.
.
.
.



       (gamba hiasa dari internet)
harga dalam internet dalam 200++ (tolong iklan jap) :-)



(gambaq hiasa..cantiknya tenang ja tengok)