Monday, September 12, 2011

@--Syawal 12--@

mmm..dah 12 hari dah syawal..dah berapa lama dah tak tulis blog aku ni. Kali ni aku kumpoi semua citer dalam satu page. Minggu lepas minggu rayakan rumah. Bermaksud pasang langir, kemas bilik, ruang rumah, ruang dapur dan dll. Sampai nak erobik pun tak de mood.

Syawal ke 10. Penatnya kemas rumah...Pagi tu lepas hantaq suami tercinta pergi kerja (sabtu) aku shoping2 beli barang untuk masak malam ni sebb member2 pejabat nak datang ke rumah beraya. Abis shoping tu masak lauk makan tengahari tuk adik ku yang comel tu....Lauk biasa je ayam masak merah, sayor kubis masak lemak dan sambal belacan.

Pukoi 2 tu aku dah mula masak. Tak sempat nak pergi beraya rumah raihan. Dia pun buat rumah terbuka petang tu.

Tetamu pertama fendi dan keluarga...Seronok layan telatah adam ngan afni. Best sangat. Dah le depa berdua comel sangat...

Bz tak terkata semantara nak tunggu depa sampai. Aku dan suami bergilir2 solat. Aku mintak suami yang rasa sup aku sebb aku ni dah kenyang dok bau je..ki..ki..Lepas Isyak kawan2 sampai...Ramai yang datang. Kesian depa. Rumah ku sempit. Kena bergilir2 makan tau....Menu aku pada malam tu Bihun Sup Utara yang pertama kali aku masak..ha.h..h.hh.ah.Meriahnya rumahku. Tak lupa juga sesi beri duit raya pada ank kawan2.

Dalam jam 1130mlm semua tetamu dah balik. Penat memang lah. Tapi semua tu hilang bila tengok kawan2 semua makan dengan rasa gembira. Syukur. Aku rehat sekejap dengan suami. Pastu baru aku rasa sikit masakan aku ni....Time kasih semua kerana sudi datang ke teratak burukku ini. Maap atas segala kekurangan.