Friday, July 20, 2012

@--RamaDan DaTanG LaGi--@




Alhamdulillah Ramadan datang lagi tahun ini.  Syukur aku masih diberi peluang untuk berpuasa pada tahun ni.  Dah tahun ke-2 daku berpuasa sebagai seorang isteri.  Aku mengharapkan tahun ini aku lebih fokus pada amalan2 yang dituntut bagi mendekatkan diri dengan MU..Tuhan ku...
Tahun ni insyaallah kalo sempat ada la DIARI RAMADAN IZRA lagi :-) Ok kepada semua muslinin dan muslimat..Selamat menjalankan ibadah PUASA.


Tuesday, July 17, 2012

@--HaTi DaH BeRbUnGa-BunGa Ni--@




Bunga..indah dipandang...wangi baunya...bunga taik ayam tak tahu la yek..ki..ki..tak pernah aku bau.  Apa kena-mengena bunga dan HATI aku ni?ki..ki..ki...
Semalam tengok inbox pesbook adik ada bagi tahu yang dia akan balik kampung jumaat ni.  Dan yang paling best..Ibu ngan Abah ikut adik balik mai sini ;-) Rasanya tahun lepas pun ibu dan abah datang sini seminggu berpuasa bersama anak-anak yang ada kat Kl ni...Bertuah punya anak..patutnya aku yang balik berpuasa ngan ibu abah..Ni terbalik pulok...Nak buat macam mana...Anak-anak tengah mencari rezeki di perantauan..ki..ki..ki..tapi tu bukan alasan kan...Tak pe lah lagi pun tahun ni raya pun kat kedah dulu.  Kebetulan adik balik untuk ambik keta kesayangan dia tu.  Mesti ibu dan abh teman punye....Itu lah yang membuatkan hati berbunga berlagu riang..Moga mereka selamat sampai ke sini...Bestnya dapat buka posa ramai-ramai :-)

Monday, July 16, 2012

@--TeNgOk TaPaK PrOjEk PaRt 1--@



Syukur kehadrad Illahi diatas segala rezekiNya.  Baru-baru ni aku dan suami berpeluang masuk tengok sikit projek Mahligai Rumah Tangga kami walaupun rumah kami tu tak de tangga sebab Rumah Teres :-) Ni pun kami masuk rumah hujung sebab rumah kami orang yang buat rumah dah buat markas berteduh.  (Dalam hati - aku tak rasmi lagi korang dah rasmi.....tak pe lah nak buat cam ne janji korang jaga baik2...kalo tak aku saman....ki..ki..ki..ki..Lagi pun depa dah bekerja keras siapkan rumah kami ni).
Aku bila masuk dalam tu dah mula mengira-gira dah nak boh apa(dalam arti kata berangan ;-) ) Nak letak apa..ki..i..ki..ki..berangan la pulok..padahal mana siap lagi rumah tu. Mari kawan-kawan kita tengok sikit :-)

( ini ruang makan + dapur )

( ni kalo tak silap bilik tengah.. lampu kena pasang tepi la jawapnye.... )


( bilik air...sebelah tu bilik air jugak )

( ni kamar tidor utama )

(siling ruang tamu )


( pemandangan dari jarak jauh )


( ni anjung rumah...sila abaikan kain kat pangaq tu ye..bukan kami punye :-) )

(ha..ni dari pangangan depan)

Aku bersyukur kepada Tuhan sebab rumah ni hampir siap. Kelmarin pun aku tengok depa dah pasang lampu jalan.  Moga dipermudahkan segala urusan rumah ni..AMIN.

@--sEkAdAr kOnGsI mAkLuMAt--@




Syarat fidyah jika tinggalkan puasa

Ibadah niyabah wajib disempurnakan

Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya. 
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak. 

Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya: 

  • Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada’ puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.
  • Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.
  • Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.
  • Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya. 
  • Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya. 

    Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah. 
  • Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
  • Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama. 
  • Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.
  • Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.
  • Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama. 

    Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada’ puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.

    Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja. 

    Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain.

    Penulis Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • (MUJOQ PUASA DAH SELASAI AKU GANTI ;-) )
  • Dipetik dari BERITA HARIAN ONLINE