Thursday, November 22, 2012

@--KiSaH RaJa BuAh--@





Selamat petang semua...Ni lah akibatnya jika dah lama bercuti...Bila dah mula mengarang tak boleh nak berenti ko... :-)  Kali ni awak nak cerite (lorat perak pulok) pasal seorang penutip doroyan yang berjaya.  Berjaya apa? Ya la..bila masuk dalam dusun tu kita akan ditemani oleh bunyi ayam la, bunyi unggas la, ditemani kerengga la...DAN yang paling setia NYAMUK.  Hanya orang yang betul-betul tahan dan sabo je yang boleh masuk dusun ni tau.  Awak ni sebelum-sebelum ni tahan je masuk dusun. Tapi awak tak tahu la kenape kebelakangan ni awak tak boleh nak masuk dusun.  Kali ni nak tau berapa lama awak tahan dok dalam tu? 5 minit je weh! ki..ki..ki....Last-last awak lepak sorang-sorang dalam kereta menunggu pengutip doroyan yang awak tunjok kat bawah ni..ki..ki..ki..  Mungkin disebabkan musim hujan yang menyebabkan nyamok-nyamok ni suka sangat kat awak yang telah terbukti berdarah manis :-)  Tak pe lah, semua ni ada hikmahnya.  Dek kerana kesabaran suami dan opah mengutipnya dapat la kami semua anak beranak cucu-cicik semua dapat merasa doroyan dan tempoyak opah yang lazat...Terima kasih sayang dan opah.  Tidak dilupa Terima Kasih kepada Tuhan dengan rezeki yang telah dicurahkan kepada kami semua. 




(ni lah hasilnya. baru round 1)


(nah..penoh bonet ni weh!)


(mari-mari pilih-pilih)




(jage-jage tajam duri doroyan tu)


(jangan risau semua..kat depan ada lagi)


(ayam ni la dok teman awak masa dok lepak dalam kereta)


(berlari-lari ayam tu nak kejo awek dia kat seberang jalan)


(tiba masanya...ha.ha.ha.h.ah.a)


(petang-petang gini makan doroyon bawah pondok sedap ni)


Bayangkan ya..pagi pulut durian, tengahari makan durian dan malam kuah durian..Esok pun durian.  ki..ki..ki..Mantop beb.  Nak balik Kl lagi mencabar. Bawak balik hasil dusun dan tempoyak..Masa dah sampai Telok Intan..Hujan pulok....Naik pening kepala awak ni ha....Singgah umah mak sedara suami kat sungai buluh pulok.  Rehatkan kepala yang dah "weng".  Sampai rumah mak dah tak lalu dah nak makan durian.  Itu lah cabaran yang awak dan suami hadapi.  Tapi Durian memang sedap Beb!

@--sPaCe u8--@

Sudah lunch ka belum...Hari ni tak tau la perut masih kenyang lagi.  Pagi tadi pekena nasik goreng dan roti canai (oooppp!roti canai tu hadiah dari che wan sebab dia dah tak larat nak habiskan jadi ceq tolong. Tak baik kan membazir).
Jari ni dok menggila menaip sambil-sambil tu buat la kerja apa yang patut kan...Ni aku nak kongsi sikit pasal satu tempat yang aku pernah jejak baru ni.  Ni gara-gara nak pi bank islam kat bukit jelutong.  Ha...Banknya dalam banguan ni. Space U8.  Best tempat ni...Lapang...Tenang...Tengok bawah tu ade ayo tojun ki..ki..ki..


(yang jom lepak jap kat sini)


(sambil pekena cool blog.  Ni gara-gara cuaca di luar sana yang tak berapa nak menentu.  Suami pilih cokolat blog aku pilih Blueberry Jus..Alhamdulillah lega...rezeki dari Tuhan dapat gak aku merasa kesegarannya)


(duta cool blog. Si Heliza AF tu)


(besaqnya kipas ni yang...Agak-agak kan muat tak pasang kat rumah baru kita? ;-) )


(angin sepoi-sepoi bahasa)


(ni pandangan dari belakang tempat duduk aku dan suami..seronok tengok anak-anak orang main mainan kat situ..sejuk mata dan sejuk hati..Bila kita boleh merasa bawak anak kita main kat sini?)

@--AkTiviTi SeTeLah BeRcuTi LaMa--@



Bersiaran dari Kolej Matrikulasi Selangor...ki..ki..ki..Dimulakan dengan Bismillah...Dah lama cuti lemau la nak buat kerja.  Mujoq la sekarang ni time budak-budak cuti. Tak la bz sangat.  Ditambah pulak dengan berlangsungnya KAKOM 2012 kat Matrikulasi Kedah. Jadi ada la beberapa orang staff yang tak de.  
Aku ditugaskan utuk tutup sius alat baca kad pintar yang berada di beberapa bangunan kat KMS ni.  Mula-mula buat kat makmal komputer la.  Lepas tu sambung buat kat makmal sains.  Sauna juga aku sebab sana mana ada airkon beb! Tapi sekali sekala ok jugak keluaq peloh kan..Begini la kalo jadi juruteknik.  Bersedia menirima apa jua kerja.  Berat ka ringan ka semua kena tanggung.  Ni la cabaran panjat tangga sorang-sorang....Tak pe panjat sorang asalkan utamakan keselamatan anda.  Inn Sha Allah..Tuhan akan bantu kita.  Bermula Bismillah berakhir AlhamDulillah.


(ha! kan ceq dah kata BAHAYA tau kerja ni. Jadi ambik lah insuran sebelum apa-apa berlaku)


(lintas langsung dari pandangan atas tangga)


(menda ni la ceq nak "off")


(uuuu...gayut saye ;-) )

@-- TRiP To BaTu PaHat--@


Tahun ni dua kali aku pergi Batu Pahat, Johor.  Tujuan yang sama iaitu KENDURI KAWEN.  Putera kepada Mak Long dan Pak Long suamiku telah menamatkan zaman bujangnya.  Bebrapa minggu sebelum kenduri berlangsung negara kita sedang dihujani dengan berita banjir yang melanda beberapa kawasan terutama sekali di Batu Pahat.  Aku pun apa lagi cakap la kat suami minta telefon tanya keadaan mereka di sana. Kang tak pasai-pasai terperangkap dalam banjir...Susah jadinya.  
Harinya telah tiba.  Hari sabtu setelah selesai bekerja dek kerana peperiksaan "MUET" aku dan suami pulang lewat ke rumah mak di Shah Alam.  Keesokan paginya baru lah kami sekeluarga berangkat.  Rombongan yang diketuai oleh oleh Mak diikuti dengan Along dan anaknya (Damia Zahra), suamiku selaku supir..ki..ki..dan tak ketinggalan aku.  Dah sampai Batu Pahat, kami singgah ke Pekan Parit Sulong.  Mak nak beli sesuatu kat adik iprnya.  Jadi kami jalan-jalan kat situ...Dalam misi membeli tu, aku sempat merembat sehelai baju yang murah harganya...Tq my love sebab melanja baju untuk i ;-) .  Jalan punya jalan lapaq dan dahaga plak tu.  Pergi la kat satu gerai tepi jalan jual pau.  Tiba-tiba aku ternampak satu makanan yang tak pernah aku jumpa.  Suami aku kata dulu kecik-kecik dia suka makan.  Orang sana panggil mee sipuit.  Mee yang telah digoreng dan dimakan bersama sambal kicap ataupun sambal tumis.  Dalam hati rasa nak. Tapi tu lah, Kuasa Tuhan kan. Suami aku dapat baca isi hati aku ni.  Tak cakap pun dia dah beli....Tq sekali lagi sayang.  
Jam dah pukoi 12 tengahari.  Perut dah bernyanyi. Belasah makan pau dulu.  Sampai rumah pengantin dok sembang dengan sedara mara dulu [astu baru makan. Syukur la rumah mereka dah surut banjirnya.  Tatkala kenyang, sambil menanti pengantin tiba, aku ternampak kelibat seorang wanita. Hati aku kuat berkata yang wanita tu adalah mak kepada kawna baik aku merangkap housemade aku masa kat putrajaya dulu.  Ya!aku rasa tu mak dian la....Tapi apakan daya...Tak sempat nak tahan kerana perasaan was-was dan malu menebal ketika itu membuatkan niat nak menegur tu tebantut.  Lama sunggu aku tak ke rumah depa.   Rasanya nak dekat 3 ke 4 tahun lamanya. Last aku ke sana masa dian nak kawen.  Mak cik izra tak lupa makcik.  Sejak saya ke rumah makcik saya kenai nasik ambeng, tempe, telur pindang dan pisang dan suku goreng dimakan bersama sambal kicap...Hai la izra..pikaiq makan ja...ki..ki..ki....Kenagan tak boleh lupa tengok cara orang Johor kawen,  Best...Sayu tengok bila tengok dian, sayu bila dia dah jadi milik suami.  Nangis bila dah tak duduk dibawah jagaan ayahnya.  Itulah yang perlu kita terima bila dah bergelar isteri.  
Layanan family dian best sangat.  Ramah.  Bila mereka cakap jawa aku mula la buat muka sengeh2 tak faham la katakan.  Lagi satu kagum tengok keluarga besar mereka. Walaupun kerja kebun boleh menyara anak samapai 11 orang.  Melimpah rezeki Allah bagi jika kuat berusaha.
Sampai Shah Alam hantaq mak dulu pastu hantaq along ngan dhia kat PJ dan akhir sekali balik la Banting. Koi 9 malam kami sampai.  Penatnya...tapi Best...Moga ia jadi kenagan yang tak dapat dilupa.

Wednesday, November 21, 2012

@--PeRcUbaAn PeRtAmA--@

Hari selasa lepas adalah hari pertama aku masuk kerja setelah seminggu bercuti.  Pagi-pagi aku telah menerima satu bungkusan yang dah lama aku nanti.  Tiap-tiap hari aku memikirkannya.  Syukur dengan izin Tuhan, barang tersebut telah selamat sampai ke tangan ku.  Dengan lafas Bismisllah aku buka bugkusan dengan penuh kesabaran.  Betapa agung ciptaan Tuhan.  Buah Zuriat atau lebih dikenali buah adam hawa yang berasal dari tanah Mekah telah aku pegang dan lihat secara terus menerus...Allah Huakbar..Betapa gembiranya hambamu ini.  Aku telah membeli buah zurit kembar kerana harganya lebih kurang RM 45 + pos.  Ingatkan nak rasmi terus. Tapi memandangkan nak senang kira jadi aku dah ambik keputusan 1 DIS 2012 aku nak minum buat kali pertama. So, kawan-kawan nanti kan N3 aku seterusnya.  Doakan kejayaan kami suami isteri untuk menimang cahaya mata yang cukup sifat, sempurna soleh dan solehah. Amin.



(   Ni la bungkusannya )


(  Tengok kawan-kawan...Ciptaan Tuhan )


@--IzRa DaTanG LaGi--@




Dah lama tak menghapdate blog tau. Tu la...cuti lama sangat.  Harap maaf ya kawan-kawan semua.  Bila dah sampai kampung tak sempat nak pegang TAB ni ha.  So, sambuang balik berkongsi rasa setelah seminggu bercuti.  Rindu la nak arobik dah lama tak lompat-lompat tau.. :-)