Thursday, November 22, 2012

@--KiSaH RaJa BuAh--@





Selamat petang semua...Ni lah akibatnya jika dah lama bercuti...Bila dah mula mengarang tak boleh nak berenti ko... :-)  Kali ni awak nak cerite (lorat perak pulok) pasal seorang penutip doroyan yang berjaya.  Berjaya apa? Ya la..bila masuk dalam dusun tu kita akan ditemani oleh bunyi ayam la, bunyi unggas la, ditemani kerengga la...DAN yang paling setia NYAMUK.  Hanya orang yang betul-betul tahan dan sabo je yang boleh masuk dusun ni tau.  Awak ni sebelum-sebelum ni tahan je masuk dusun. Tapi awak tak tahu la kenape kebelakangan ni awak tak boleh nak masuk dusun.  Kali ni nak tau berapa lama awak tahan dok dalam tu? 5 minit je weh! ki..ki..ki....Last-last awak lepak sorang-sorang dalam kereta menunggu pengutip doroyan yang awak tunjok kat bawah ni..ki..ki..ki..  Mungkin disebabkan musim hujan yang menyebabkan nyamok-nyamok ni suka sangat kat awak yang telah terbukti berdarah manis :-)  Tak pe lah, semua ni ada hikmahnya.  Dek kerana kesabaran suami dan opah mengutipnya dapat la kami semua anak beranak cucu-cicik semua dapat merasa doroyan dan tempoyak opah yang lazat...Terima kasih sayang dan opah.  Tidak dilupa Terima Kasih kepada Tuhan dengan rezeki yang telah dicurahkan kepada kami semua. 




(ni lah hasilnya. baru round 1)


(nah..penoh bonet ni weh!)


(mari-mari pilih-pilih)




(jage-jage tajam duri doroyan tu)


(jangan risau semua..kat depan ada lagi)


(ayam ni la dok teman awak masa dok lepak dalam kereta)


(berlari-lari ayam tu nak kejo awek dia kat seberang jalan)


(tiba masanya...ha.ha.ha.h.ah.a)


(petang-petang gini makan doroyon bawah pondok sedap ni)


Bayangkan ya..pagi pulut durian, tengahari makan durian dan malam kuah durian..Esok pun durian.  ki..ki..ki..Mantop beb.  Nak balik Kl lagi mencabar. Bawak balik hasil dusun dan tempoyak..Masa dah sampai Telok Intan..Hujan pulok....Naik pening kepala awak ni ha....Singgah umah mak sedara suami kat sungai buluh pulok.  Rehatkan kepala yang dah "weng".  Sampai rumah mak dah tak lalu dah nak makan durian.  Itu lah cabaran yang awak dan suami hadapi.  Tapi Durian memang sedap Beb!

No comments: