Monday, May 28, 2012

@--HaRi Pendaftaran Pelajar MaTrikulasi sesi 2012--@



28/5/2012

Hari yang amat sibuk kalo cakap pasal pendaftaran pelajar ni....Berhari-hari persiapannya.  Pendaftaran sehari je :-) Walaupun bz tapi demi adik-adik yang baru nak kenal hidup dunia luaq ni..Akak berkorban jiwa dan raga..ha.h.a.ha.h.  Gambaq di bawah ni adalah pelajar wanita pertama yang daftar..Kira no. giliran dia 0001. 


( nampakkan  laptop tu...ha...menda2 ni la kena diperhati )

( adik ni pelajar lelaki pertama )

Macam-macam kerenah la kita dapat tengok masa hari macam ni....Penat...Jauh nak berjalan bawak barang dll.  Tapi bila dikenang balik...mmmkadang2 best jugak yek ;-)  So, kepada adik2..belajaq rajin2 tau....Berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.

@--DaRahku DiaMbil--@

22/5/2012

Hari ni aku cepat-cepat ke klinik Kg. Bandar.  No. ke 5 aku dapat. Dari rumah 7.45 pg pun dpt no. 5 yek :-).
Syukur tak yah tunggu lama untuk daftar ari ni.  Selalu kalo datang chek kencing manis mak ai...punya la kematu bontot ku nak menati nama dipanggil. Lebih dari 30 mint.  
Akk kaunter tu tanya "datang hari ni nak buat ape ye? Nak ambil ubat ke?"
Aku dengan lembut dan sopan jawap "saya kena datang pd hari kedua semasa pyot dan hari ke 21 lepas pyot."  Akk kauter tu muka cam tak percaya apa yang aku cakap.Aku mintak dia cari maklumat dalam fail hijau aku tu...Ha!kan dan jumpa :-)  Aku pun tak tau la kenapa doktor suruh aku buat cam tu.  Yang pastinya aku pernah bg tahu doktor yang aku hampir dua tahun berusaha untuk dapatkan zuriat.  Jadi ini adalah salah satu cara doktor tu nak bantu aku.  Jadi aku terima segala arahan doktor.  :-) Moga-moga usaha aku berjaya..Amin
Selang 5 minit nama aku dipanggil masuk dalam bilik. Ha!kena soal lagi..kali kedua aku jawap menda yang sama.Doktor yang suroh aku datang ambik darah untuk diuji.  Part ambik darah yang paling aku lemah ni.  Asal nak cari urat je susah.  Maklumla urat darah halus.  Kali pertama misi pempuan. Sebelum tu dia tny la "ada pernah pergi urut ke?" Aku jawap ya. "Sekarang ni pun tengah dalam tritment mengurut" Misi tu tny lagi "ada pergi ke Darul Syifa tak mintak air penawar ke?" aku jawap :setakat ni belum lagi"  Misi tu menyatakan kepada ku yang dia pernah ke Darul Syifa kat Bangi tu....MMMM..menarik...Aku memang sangat2 berhajat nak ke Darul Syifa Bangi tu. Tapi masih tak berkesempatan lagi.  Insyaallah akan aku ikhtiarkan demi masa depan keluargaku :-) Misi tu kata juga "urat tak jumpa ni..Ni mesti tak banyak buat kerja. Dok depan pc je".mmmm Sabo je la......Hanya Tuhan je yang tahu....tak semestinya urat aku susah nak jumpa aku ni tak buat apa2 kerja...key?
Back to the story. Kali 1 gagal kena lagi kali ke 2. Yang ni misi lelaki pulok..Mujoq la dia jumpa urat kat tangan aku ni ha....Senang je dia cari berbanting dari tu banyak kali jugak dia cari tak jumpa.Syukur sekejap ja ambil darah ari ni....dalam 45 minit je.....Boleh terus balik pejabat dan sambung kerja :-)


(Gambar Hiasan)

@--CeriTa HaL KuRsus--@

Ari sampai ke Kolej Matrikulasi Kedah (Chanlun) awai la jugak.  Aku ngan Ikmal nak sampai sana awai sebab mana la tau dapat bilik yang ok kan....Sampai sana tengok nama aku tak de...ALAMAK!tak maklum kat orang bahagian la tu yang aku kena ganti orang.Lelaki pulok tu..Makanya ada masalah masa pendaftaran penginapan...mmmmm..sabaq je lah....Nasib aku..dah la ganti orang jadi cam ni plak.Mujoq la kakitangan KMK sudi melayan aku dengan penuh sabaq dan dedikasi. Aku puji layanan depa. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KMK.  Aku dan ikmal dibawa ke kediaman masing-masing oleh PPTM KMK yang baik hati.  Sampai di rumah dah ada yang dah sampai.  Ha...nak tau sapa..? PPTM Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang.  Wanie. Dia datang bersama juruteknik dia ( + isteri da anak).  Mujoq la ada teman dalam rumah tu.
  Malam tu kami dibawa makan di sebuah restoran namanya anjung.  Time ni la sesi ramah mesra bermula. Dapat la aku kenai orang yg selalu nampak tapi tak pernah tegok sapa..ki..ki..ki..Pekena la nasik goreng USA dan Teh o Ais...Tidor malam pertama kat KMK agak merosot. Maklumla berubah tempat tido.  Panas berkuap...Nak hujan la tu.. :-) Dalam rumah tu tak de Tv jadi aku layan la filem kat dalam laptop aku ni...Syukur Tuhan...

14-16/5/2012

Awalnya aku bangun pagi ni...ki..ki..ki..Semangat ka atau sebaliknya...ha.h.ah.a Pagi kami disajikan dengan sarapan yang lazat.  Ada majlis perasmian dulu kat dewan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Matikulasi Malaysia dan Pengarah KMK.  Wah....ramainya orang :-) Time ni la ambik peluang nak kenai2 kawan sengkatan kan....Jumpa la ngan kawan lama aku Fareza. Dan sembang2 sat.  Dah tu minum lagi...Pastu baru bermula pengenalan mengenai PHP.  Best la pensyarah yang ajaq kali ni.  Berbeza sangat dari pengajar dari kolej komuniti ari tu...Walau pelbagai masalah kami timbulkan, besaq atau pun kecik dia tetap tersenyum dan sabaq mengajaq kami.  Tima kasih kasih cikgu. :-) Sebenarnya cikgu yang mengajaq kami ni pensyarah di KMK ni. Kalo tak silap fizik kot. Tapi tabik spring la kat pensyarah ni. agak banyak jugak sistem yg dia dah buat utk KMK.  Hari Rabu disebabkan semua dah fening-fening buat sistem...kami semua pakat ramai-ramai pi PADANG BESAQ, PERLIS.  Best la dapat pi sana dengan kawan2 terutama sekali dengan FAREZA...lama tak jumpa dia.  Aku mcam biasa beli kicen kat kawan2 pejabat ngan makanan sikit utk yang tersayang. ;-) Kenangan yang terindah la bila dapat ke sana.  Dapat jumpa kawan2 sepenjawat dan juga jumpa kawan satu sekolah teknik dulu..ha.h.a.h.a.. Keciknya dunia ni... :-)

( Ni la cikgunya....sori saya dok belakang )

( zoom dekat punye )


( demo cikit sistem kami )


( ni urusetia Cik Wan )