Monday, June 24, 2013

@--KuaTkaN SeManGaT--@

Bersua lagi...Kawan-kan tolong doakan saya moga dapat bertahan dan bersemangat untuk mengamalkan diet orang yang menghidap dieabetis....Bukan apa atas faktor kesihatan badan dan untuk jangka masa yang panjang....Baru abis tengok blog ni..pasal menu untuk orang kencing manis...terima kasih banyak ya,,Info yang sangat berguna untuk saya..

Resepi Menu Pesakit Kencing Manis Diabetes

Contoh resepi menu pesakit kencing manis diabetis | Hidangan masakan orang yang kena sakit diabetes
Bila terkena sesuatu penyakit baru kita mula berfikir dan mula bertindak untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.
Namun ada yang ambil mudah dengan mengamal beberapa hari saja dan ada juga yang masih kekal amal gaya hidup sihat 
untuk membantu kesihatan diri.
Hari ini djdanchef ingin kongsikan menu-menu hidangan yang sihat dan sedap untuk pesakit yang menghidap 
penyakit kencing manis atau lebih DI-VA dipanggil diabetes.
Menu hidangan masakan pesakit kencing manis ini meliputi makan pagi, makan tengahari, petang dan juga pada waktu 
malam.

Contoh Menu Pesakit Kencing Manis (Diabetes)

1. Menu Sarapan Pagi
- Mihun goreng (1 mangkuk Cina)
- Beberapa keping hirisan timun dan tomato
- 1 cawan teh + 2 sudu makan susu tepung skim

2. Menu Makan Tengahari
- Nasi putih (1 mangkuk Cina)
- Ayam masak paprik (1 ketul )
- Sayur berdaun hijau yang digoreng (1 cawan)
- Pisang emas (1 biji)
- Air kosong

3. Menu Minum Petang
- Roti bijirin penuh (2 keping
- Marjerin (1 sudu teh)
- 1 cawan teh + 2 sudu makan susu tepung skim

4. Menu Makan Malam
- Nasi putih (1 mangkuk Cina)
- Ikan kurau masak kicap berlada (1 ketul)
- Sawi tumis air (1 cawan)
- Limau / oren (1 biji)
- Air kosong

5. Menu Minum Malam
- Biskut krim kraker (6 keping)
- 1 cawan kopi 'O' tanpa gula

Itulah beberapa contoh cadangan menu untuk pesakit kencing manis diabetes harian yang boleh diamalkan.
Kalau diamati,makanannya bukan saja sihat tetapi juga sedap. Selamat diamalkan djdanchef ucapkan.


Read more: http://djdanchef.blogspot.com/2013/04/resepi-menu-pesakit-kencing-manis.html#ixzz2X77fjFcI


*moga apa yang diberikan dapat kita kogsi bersama..amin*
*kelmarin shoping sakan..beli banyak buah dan sayo*

@--BeRsAwAnG DaH..JoM KeMas aPa YaNg PaTuT--@


Dah bersawang la blog ceq ni...a..la....cian die.....mari tingkatkan kembali semangat ya...Dah berapa kali ditegur oleh kawan "beb!bile nak update blog?" "mmm..tah la tengah cari mood nak update..pastu penat la bz sangat dengan kerja". Terima kasih banyak beb kerana sudi kejutkan ceq dari terus enak dibuai tidur.....
Sepanjang ceq dok tidoq ni macam-macam la dah terjadi..Antaranya :

1.  Mood berkebun dan berlandskap sangat tinggi;
2.  Sibuk deko-deko rumah;
3.  Mood masak yang biasa-biasa aje; (tak masak kang kebuloq la kami berdua)
4.  Usia Perkahwinan dah 3thn;

dan banyak lagi lah...

So, nantio ceq pelan2 coretkan kepada kalian semua ya....

*abis kosong follower dalam blogspot ni....tekanan....sabaq duhai hati*