Thursday, November 29, 2012

@--CiRiTeRa SeMaLaM--@


SALAM SATU MALAYSIA

Syukur pada Tuhan, aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.  Terima kasih kupanjatkan kepadaMu.  
Ni aku nak story pasal malam tadi key.  Bukan citer hantu ataupun citer untuk tontonan 18thn ke atas..ki..ki..ki..Balik kerja semalam badan gak lemau.  Tertido dan terjaga jam 7.00 malam..Hambik kau....ingat nak lelap sekejap je...Tup..tup terlajak..Bangun dan buat apa yang patut pada waktu itu, tepat pukoi 8mlm buat cucoq durian.  Kelmarin buat kuah durian yang pekat-pekat gitu..  Bila tak abis jangan lah dibuang.  Kita boleh oleh menjadikan ia cokodok :-) Balik je suami tercinta, siapkan batu tuam atas dapur serta layan BOLA sambil makan cokodok.  Tahniah diucapkan kepada HARIMAU MALAYA...Bukan Harimau Hujan na....Mereka semeua telah berjaya menewaskan Laous 4-1.  Mula-mula masa dah 1-1 hati ni dah malas nak tengok.  Tapi dek kerana tengok semangat Shafee Sabran tengok bola sambil tuam pahanya tu...Aku layan jugak sampai la tertidoq depan tv...


(gamba dikait dari surat khabar kosmo hari ini)

Ini lah pejuangnye.  Terima kasih semua kerana bersuah payah na.  Tapi agak keciwa sikit la sebab banyak aksi-aksi yang cantik untuk menjaringkan gol terlepas begitu sahaja.  Tapi tak pe lah, dah bukan rezeki la tu. Apa-apa pun syabas semua..Tapi nak citer sikit la. Kalo tak tahan kena komen, kena maki dan kena caci...baik tak perlu masuk dalam arena ni mahupun arena yang melibatkan orang (contoh arena seni dll).  Kalo tak tahan di uji tak kuat namanya.  Lumrah alam. Menang dan kalah tu adat perlawanan.  

Wednesday, November 28, 2012

@--mari kta terjah weh!!!--@

ASSALAMMUALAIKUM.

Ni bukan terjah MELODI mahupun GALAKSI key..ni terjah2 rumah ceq na.  
Bersiaran menggunakan gajet pada hari ni sebab line tenet kat pc tak berapa nak ok.  
Hari minggu lepas aku suami dan adik pi tengok rumah kami.  Kebetulan pintu dalam tak berkunci, syukur segalanya telah terbomgkar.  Mari kita ikuti.


(ni ok lagi-tandas 1)


(tandas 2)


(kat ruang makan)


(terkejut tengok singki ni.  Takut letak sudu 2 3 batang dah ranap)


(dalam bilik utama)


(mana shower ku- pili ada yang atas ditampalnye)


(ini bilik air rumah sebelah-maaf jiran ku...kami tumpang tengok sikit je)


(ni singki dapur rumah sebelah)

Banyak juga menda yang nak kena komplen.  Kebetulan kami nak masuk sebab kami dah merancang nak beli lampu dan barang-barang lain.  Takut salah beli ke atau tak cukup beli mahupun terlebih beli.  Sekarang ni dok tengah menanti CF.  Harap-harap kami dapat duduk rumah baru pada masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang masalah, AMIN

Monday, November 26, 2012

@--aLa...Hai...DuRiaN CrEpE--@



ASSALAMMUALAIKUM



Salam 1 Malaysia.  Hari minggu lepas aku terima kunjungan orang yang istimewa dalam hidup aku.  Dua hari tu aku spen time aku dengan dia.  Yang paling best dia macam dapat je rasa apa yang aku rasa.  Ya! Durian Crepe...Adik kesayangan aku bawak masa datang rumah.  Tau-tau je kakak dia mengidam nak makan.  Caya la dik..
Bagi aku durian crepe ni akan sedap bila orang yang buat pandai pilih durian.  Jika duriannya tak ok rasa cam 'tempoyak' ko rasa ada ke orang nak makan? Dan adakah orang tu nak oder lagi ngan ko..Aku bersyukur dan berterima kasih kepada adikku yang sudi bawak.  Durian crepe tu dia tempah kat kawan dia. Tapi aku rasa keciwa kat orang yang buat tu sebab tak bagi servis yang baik kat adik aku.  Dari segi kemanisan dia ok. Tak manis sangat. Lagi pun durian kan MANIS...Harganya mmm.....tebeliak gak la mata....satu peket RM 10 henget.  Aku tau sekarang ni memang FENOMENA la makan crepe ni.  Tak ketinggalan adik bawak corn crepe...Ha!..yang ni nice...rasa jagung dia..ki..ki...tak kan nak rasa ayam pulak kan...Jagung dia segar lah...Tak macam durian tadi...
Kesimpulannya...aku sayang adik aku sangat2. 10q for DURIAN CREPE & CORN CREPE. 





@--RuMpai Laut UntUk KeSiHaTan & CaNtIk--@




Pernah kawan-kawan dengaq pasai rumai laut?  Mari kita kongsi bersama.  Citenya kak ipaq aku telifon. Masa tu aku masih bercuti kat Bota.  "Izra ko nak tak rumpai laut.  Sepeket Rm 10 hengget.  Banyak khasiat dia.Ada kologen" .  Bisik dalam hati "macam menarik je."  "Angah ambik la kat orang 1 ya"
Dah jumpa dengah barang yang kak ipaq bawak tu wah...ni ke rumpai laut.... :-)

 


(setelah dibungkus)


(yang ni kak ipaq dah tolong rebuskan)


(kental...tak tumpah pun..ki..ki....ki..)



(info dari internet)


(info dari internet)

[ IBU MENGANDUNG USIA KANDUNGAN DBAWAH 5 BULAN XBOLEH AMBIL YE ]

Alami kehebatan KOLAGEN ASLI~ nilai-nilai nutrisi yang lebih tinggi daripada sirip ikan yu.
~ KOLAGEN ~ 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip yu dan sarang burung layang-layang (bayangkan)
~ kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan.
~ PH bernilai 7,6 
1) Laraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA.
2) anti-bakteria, Pemecatan TOKSIN.
3) Menghilangkan SEMBELIT
4) Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
5)MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan) Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat),perbaiki masalah kejatuhan penjagaan KULIT dan RAMBUT,kurangkan KEDUTAN ,TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
6. Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
6) menormalkan fungsi kelenjar tiroid
7) Membantu meningkatkan METABOLISME.
8) Meningkatkan fungsi stomatch.
9) Membantu Menghapuskan nefritis, Artritis, basal.
10) StrengthStrengthens saluran darah, Meningkatkan penyakit sendi, kecacatan Kolagen, Darah badan dan Purpura haemorrhagica.
11) Meningkatkan PEREDARAN DARAH, Dingin dan mencegah sakit bahu
12) Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
13) SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang.
14) Mencegah ANEMIA 
15) mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya

Ini info yang aku dapat dari internet la....aku akan mula makan rumpai ni 1/12/2012 :-) sebab senang nak kira hari kan....Nanti aku akan habdate la apa yang patut yek :-) Moga apa yang dihajati tercapai, Amin. 





@--TraJedi Menyayat Hati--@




Petang jumaat lepas aku ni semangat masak untuk suami tercinta kerana dia akan balik awai dari biasa..HA!nak tau pasai pa..tempat keja dia buat family day.  Jadi suami tercinta nak main fudsal la kan..Dari shah alam dia naik denga kawanya menuju ke UKM.
Hai dah pukoi 2 lebih tak sampai banting lagi...Hati dah rasa semacam je ni..Takkan keluar dari UKM 12,30tengahari tak sampai banting lagi.  Tepat jam 3.30petang aku terima panggilan dari suami.  "yang tolong beli ais boleh?"dengan nada suara yang agak berlainan.  Dah sah...mesti cedera ni.  Hati aku ni nak sangat nak balik terus. Kecemasan tu beb! Sapa tak risau suami cedera.  Pastu dah en.suami kata tak pe beli je bila balik kerja nanti.  Aku pun turuti arahan.  Bila sampai rumah...Allah...kesihannya kat suami aku. Kakinya cedera.  Tak leh jalan. Lebam kaki. 
Kisahnya terjadi masa jaringkan gol.  Tiba-tiba kaki rasa cam tertarik.  Dan lepas tu dah tak boleh sambung main.  Yang aku nak marah kenapa la sorang kawan dia tak de rasa nak belikan ais kat suami ku.  Hanya berbekalkan sprey ubat kebas je.Tu pun aku rasa sekali je depa sprey.  Pukoi 5 baru tuam dengan ais...mmm....cian kat sayang...sabaq na....
Malamnya..muka suami dah pucat + demam aku pun apa lagi koi 8mlm ajak pi klinik.  Kenapa papah...Kami buat x-ray semua dokto kata  otot yang cedera. Tulang tak ok.  Mujoq tak ada patah.  Dokto kasi mc 3 hari.  Aku rasa cam tak cukup je..Dokto boleh tamboh lagi tak?ki..ki..ki.. Kang dia kata ni bukan klinik awak kang...susah aku..ha.ha.h.a.h.a.
Mujoq malam tu suami boleh tidor.  Moga cepat semboh ya sayang.  Tabahkan hati kuatkan semangat mu. AMIN. Lepas ni hati-hati nak main bola ya...Peringatan kepada suami dan sapa juga yang suka bersukan.