Thursday, July 05, 2012

@--BeRgEtaR JiWa--@







Korang pernah naik kapal terbang? Aku pun pernah..Kisah kali ni bukan nak takutkan sesiapa tapi sekadar nak kongsi cerita.  Kan semalam aku ada citer yang JANTUNG HATIKU kena pergi Sabah.  Nak dijadikan cerita. Aku tengok kat tiket suami bahawa dia akan sampai ke sabah dalam jam 830mlm.
TAPI
Cuba bayangkan kalo korang kat tempat aku.  Telefon suami 4 5 kali tak berangkat....HA....risau tak?Mesti punya...Ayaq mata aku ni sudah menitis-nitis dah ni...Sambil tak berhenti berdoa kepada TUHAN supaya suamiku selamat sampai ke sabah. Tak leh tido dibuatnya....Sepatutnya suami ku dah sampai ke sabah dan dia kena chek in bilik sebelum jam sepuluh.Tapi 1030 mlm tak jugak dapat telefon dia. :'( waduh3x
TEPAT jam 1130malam. Panggilan yang dinanti-nanti.TUHAN..dengan penuh rasa kesyukuran ku terdengar suara yang bertanya "halo...dah tido ke?" Aku membalas "mana boleh tido.telepon u banyak kali tak dapat". Suami ku baru saja sampai ke lapangan terbang kota kinabalu.  Mesti dia dah terima banyak SMS aku..ki..ki..
Diringkas cerita kapal terbang tak dapat mendarat di Kota Kinabalu dan labuan sebab tengah hujan lebat.  Jadi mereka terpaksa mendarat di Brunai Darul Salam.  Tak pa, ni semua kerja ALLAH. Kita sebagai hamba kena terima.  Tapi syukur ku tak terhingga kepada Allah kerana telah selamatkan perjalanan suamiku.  Tapi kesian la kat suami. Bilik yang aku tempah tu dah terlepas. So, mujur ada Apartment. Tak pe lah nak buat cam ne. Badan pun dah penat. Jadi duduk baik-baik ya sayang.
Aku berdoa dan berharap perjalanan balik suamiku nanti akan berjalan lancar la ye...Moga selamat sampai ke rumah kita sayang.  Esok aku akan ambik suami kat LCCT sebab tiket MAS dah abis. :-)

No comments: