Tuesday, August 02, 2011

@--RaMaDaN Ke - 2--@

Dah hari ke-2 ya... Macam mana semua? Ok tak? Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di hari ke 2 ramadan ni...

Aktiviti hari ni? Me..mang padat...keje yang tak kenal erti habis, pegi bank dan petang nanti nak pi ambik kerepek-kerepek yang ditempah untuk berniaga kali ini...ha.ha.h.ah.a Aku lah saudagar KEREPEK.. Mentang-mentang dok Banting..ki..ki..ki..mari-mari ramai-ramai... :-) Aku bukan apa..Nak bagi sokongan kepada suami tercinta..Dia memang minat nak berniaga betul-betul kerepek pada tahun ni..Tambah pulak tahun ni ada persaingan pulok dah kat TTDI Jaya tu...Tahun lepas masa kami mula jual tak de pun yang buat. Tahun ni 2 minggu sebelum puasa dah promot kerepek la......Suami ku memeng kental dan berani orangnya. "Biar la diaorang. Kita hal kita." Aku pun akur.. Tak de persaingan tak meriah kan?

Oh Tuhan..permudahkan lah urusniaga kami ni...AMIN

Sampai-sampai aku tengok..Mak..ai...banyaknye..muat ke kereta ni...susun puna susun di bawah sinaran matahari terik..ahirnya berjaya susun seorang diri. Amin. Pertama kali bawak kereta suami kena bawak dalam keadaan perut kena stering..ki..ki..pelan-pelan aku gagah bawak kereta melalui jalan klanang. Akhirnya sampai umah juga dan suami aku terkejut tengok kerepek yang penuh kereta..ha.h.a.h.a.h Dia pun tolong aku bawak masuk dalma umah :-)

Hari ni aku rasa cam nak membeli murtabak...kesukaan ku....Pi bazar 6.30 ptg..murtabak sudah abis da..Jadi aku ngan suami beli karipap, nasik ambeng 1(kongsi) ngan ayo tembikai susu....syukur kenyang :-) Dan yang paling penting nak kena luagkan masa jugak dengan anak-anak ikan ku..dah berapa ari dah..air kelabu je..nanti tak nampak lupak jalan balik..ki..ki..ki..

No comments: