Thursday, July 12, 2012

@---TeRSumBat--@



Julai kembali menjengah lagi...Biasa lah bulan 6,7 dan 8 adalah bulan berjaga-jaga untuk aku sebab bulan yang tertera ni la penyakit nak menyerang..Kita merancang TAPI Tuhan yang tentukan....
AKU TEWAS JUGA.
Virus SELSEMA telah tersebar merata-rata. Hidung dah mula mengetat. Dah 3 malam tak dapat lelapkan mata. Makan pun dah tak berapa selera.  Kelmarin pagi tekak pun tak sedap.rasa nak muntah. Makan tak lalu, belasah panadol aktif fast 2 bijik. Terasa pulok nak makan jerok mangga.  Lewat petang baru lunch tu pun makan laksa.  Rasa PAHIT....
Malan pulak tak larat nak masak. Belikan suami ayam rangka dengan bihun goreng.  AKU? Bertemankan air milo panas.  Rasa nak makan bihun pun 2 sudu je..pas tu tak leh telan la...Suami kata "kursus la lepas ni" sambil sengeh-sengeh.....Aku balas "Perli la tu..ki..ki..ki..ki.." Alah..aku tak ambik hati pun...Aku tau gurau manja gitu.. ;-)
Malam tadi ada kisah pasal "HERO" kuncing yang kena potong 2 belah kaki sebab hanya mencuri seekor ikan di kedai bukan muslim. Allah..aku bersyukur kerana ENGKAU telah menyelamatkan hero dengan dipertemukan dengan seorang hamba Mu yang sangat MULIA hatinya..Merawat hero hanya dengan menggunakan minyak gamat. Menitis air mata. Boleh tengok 30mint ja. Pastu tak boleh sebab kalo tengok nanti hidong lagi terok tersumbat. Dan tak dapat tido la jawapnya. Kawan-kawan belas kasihan la pada makhluk Allah tak kira la binatang, tumbuhan dll (selagi tidak melanggar syarak Islam)

(GAMBAR DARI INTERNET. Tersentuh hati sungguh aku tengok gambaq ni)

Syukur dapat suami yang baik dan memahami aku.  Sentiasa ada di sisi ku susah senang.  Tidor didodoi :-) Tq sayang LOVE U.

No comments: