Wednesday, November 07, 2012

@--kIsAh SeMaLaM--@



Oleh kerana diberi cuti 7 hari dalam satu bulan ni, jadi aku mengambil kesempatan menunjukkan bakan yang tak berapa nak berbakat dalam masak-masak ni.  Lagi pon....kesian kat En.Suami sebab kebelakangan ini dia kena serang lagi alahan dengan makanan.  Jadi, tak mo la bagi dia makan sangat kat kedai ni. Kesimpulannya aku ni rajin la masuk dapoq 7 hari ni.  Kali ni kita tengok apa yang ada dalam peti tu :-)

1.  Baki kulit popia
2.  Daging Kisar

mmmmmm...Rasanya dah dapat idea untuk menu dinner keesokkan harinye.  Buat siap-siap nak makan goreng je..Mudah kan? Ni la yang berlaku kepada wanita yang bekerjaya seperti aku ni....Bukan apa takut lambat masak, perut dah lapaq macam-macam boleh jadi kan..kan..kan...Cuba bayang seperti harimau kelaparan.....Ha!takut kan.... :-)
     Seperti biasa nyah beku kan kulit popia tu.  Cara tarik cam aku tarik kat N3 pasai pisang semalam tu.  Dagingnya pulok aku masak cam ni.


POPIA DAGING CINCANG

Bahan-bahan:

Semestinya daging kisar dinyah bekukan, digoreng dengan minyak yang panas dan jangan tak tekan daging tu ya.Bagi dia jadi kecik-kecik je..Dah masak angkat dulu ya daging tu.
Tumis bawang putih, bawang besar, serbuk kari daging, gula dan garam. Jangan dilupa daun sup.



(ya..hancurkan daging cam ni)


(Masak sampai kering cam ni)

Bila dah kering, kasi daging ni sejuk dulu. Pastu baru lah mula menggulong.  Dah siap gulong aku boh dalam tapaware dan masuk dalam peti.  Tapi ambik jugak tiga gulong nak test merasa..Ditambah pekena teh o panas....Mantop lah ;-)

SELAMAT MENCUBA


No comments: