Tuesday, November 06, 2012

@--HaDiaH DaRi GiAnT--@



Sabtu lepas aku dan suami pagi-pagi dah pergi menziarah Giant Banting yang baru dibuka.  Bayangkan 10 aje jumlah yang perlu dibayar RM 100 ++  Wah!!!tekezut beb...Bukan nak berkira sangat tapi mmmm.....zaman sekarang memang la tak sama harga barang dolu-dolu...Tapi aku dan semua tertipu juga la dengan pasaraya ni...Masa tu aku ajak suami pi tengok beras Taj Mahal. Di papan iklan tertulis RM 32.99 (makanya mesti jadi RM33.00). Tapi bila dah bayaq semak balik resit tu nak tau yang keluaq RM 35.00. Jeng..jeng..jeng...Nak kata apa..Ingat nak patah balik tapi perasaan malas melanda. Lagi pun menda nak jadi DARAH DAGING kan....Dan PASTINYA lepas ni aku dan suami akan lebih berhati-hati lah beli membeli belah dimana-mana sahaja.  Berapa kali dah aku kena tipu.....Dan sampai kini kenangan tu masih bermain difikiran dan tak akan aku lupakan sampai bila-bila.  INGAT!!pas ni bila orang tu tengah kira tengok betul-betul dan semak resit anda tau.
Tapi ada pesanan la dari adik kaunter tu.  "Sila ke kaunter pertanyaan untuk ambik gudis atas pembelian RM 50 ke atas".  Dalam hati aku ni..mmm..depa nak kaver balik la tu kesalahan mengira tadi disogoknya dengan gudis-gudis ni....mmmmm....Dan gambaq dibawah adalah salah satu barang yang ada dalam bag tu.

PERENCAH KARI IKAN ADABI


(ni lah ropenye)



(kita perlukan santan)



(masuk air bagi mendidih.  Masuk santan....)


(Masuk lah ikan semestinya....Tunggu 5 -10 minit dah masak)

*komen aku yang amat gemarkan kari ikan (sebab orang utara) - kalo boleh jangan lah guna perancah2 cam gini...Tak asli sangat rasanya...Terutama santan kotak tu....Dek kerana aku tak dan nak beli santan segar terpaksa rembat santan kotak kat SpeetMart 99*

No comments: