Friday, December 30, 2005

@--Cermin Diri--@

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuatdi hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah initanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidakmengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapiamat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepadakesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunyamembawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkansifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yaknibertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orangyang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantangditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di ataskesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifatmarah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapatdisembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusianormal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hambaitu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu,khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita,apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknyatapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaanmenunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlasmembuat kebaikan.

No comments: