Tuesday, January 31, 2012

@--AktiViti Hujung Minggu ku--@

(28/1/2012)

Syukur rezeki Allah beri. Suami dapat tiket wayang free kat MID VALLEY. Ada 2 citer yang jadi pilihan tapi boleh pilih satu citer je. Jadi kami berdua sepakat tengok citer ni.....




Lelaki yang ternganga ni la yang jadi penyedap pada cerita ni. Tak de dia citer tu jadi lagi boring. Tapi ceq tertidoq juga la tengok citer ni. Ditambah ngan suasana sejuk dalam panggung ni. :-)

To my LOVE, moga pasni ada lagi ya tiket pree...ki..ki..ki...ki..
Dah abis tengok filem ni biasa la perot ku berbunyi... Suami bertanya "sayang nak makan apa?" Dengan deras aku menjawap "Nak makan nasik klepot. Dah lama ayang tak makan. Dah lebih setahun. Boleh ye yang???? Lagi pun dah boring makan fast food" Encik suami bersetuju.
RM 7.00++ (termasuk cukai 6%) fuuuuuuhhhh!!!!!

Kesian suami ku tersayang dia tak berapa minat menu yang aku nak makan. Tapi demi isterinya dia pun setuju. Last-last aku dipersembahkan sepinggan nasik brani......ta...da......
RM 10.00++ (termasuk cukai 6%)

Alhamdulillah...perut dah kenyang... Tq sayang tunaikan hajat ku untuk menikmati nasik yang BOLEH LA!!!!! rasanya.....Tak pa sekadar nak hilangkan kempunan. ;-)

Pastu En. Suami mengajak aku bertandang ke rumah kawan baiknya kat Kucai Lama. Tapi sebelum tu kami oder PIZZA dulu untuk dibawa ke sana. Kira dah lama jugak la tak pi umah depa. Sampai ja di rumah berkenaan terkejut aku melihat anak2 kawan En. Suami ni...Amboi dah besaq-besaq. Yang sulong dah anak dara dah....pakat besaq.. Yang bongsu boleh bercakap dan pun.. Nampak begitu lama jugak la tak jumpa depa. Tima kasih kak sebb masak sedap kat izra ngan pie.....Hepi dapat jumpa kalian... Senang2 datang la rumah ye :-)

(29/1/2012)

Best ari ni cuti lagi. Pas solat suboh..try tidoq balik tapi tak boleh. Suami ajak makan kat luaq tapi badan ku rasa malas sangat nak keluaq ari ni.... "Ayang buat jemput-jemput je lah yek?" Pertanyaan ku disambut baik oleh suami.. Tengah sarapan ada org dtg nak potong rumput al maklum la mesin rumput rumah ku rosak...Lepas makan saja la pi ronda tengok keliling laman...Tiba2 aku ternampak abis pokok pandan dan pokok cili aku dimesinnye....sabaq je la....

Menu lunch ari ni : NASI MINYAK UTARA + SAMBAL IKAN BILIS + TELUR REBUS + AYAM PEDAS AYAMAS

Bahan:

2 pot beras (dibasuh..ki..ki..ki..)
3 batang serai
2 inci halia
1 labu bawang besar (mayang halus)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkeh dan kulit kayu manis)
sedikit biji lada hitam (tak boh pun tak pe)
1 sudu besar marjerin / planta
air secukupnya (kalo beras 2 pot lebihkan air 1 pot lagi)
sedikit serbuk kunyit
sedikit kiub pati ayam

semua bahan ini disatukan dalam periuk nasik elektrik....

Tiba-tiba suami dapat panggilan yang kawan baik dia kat KUCAI LAMA nak mai umah.. Apa lagi aku masak nasik tambah untuk jamu para tetamu. Sori kalo tak sedap. Petang tu bawak depa jalan2 kat banting dan juga bawak ke KILANG KEREPEK.......Aku pun borong sama la ki..ki..ki..ki.. Siap mengemas barang2 malam tu tengok AJL bersama suami. Aku dah agak dah...mesti aku TIDOQ.....eh! geram betoi la......





3 comments:

anis said...

uiii sedapnyer.....

Cik Hani (CH) said...

bile nak msk utk kami pulak???hehe

eizra_one said...

ANIS: a..la....biasa2 ja...
HANI : insyaallah..nanti ada masa dan rezeki akk masak khas utk hani and kawan2..tapi sebelum akk buat hani ngan anis pun dah boleh test masak dah..resepi akk dahbagi..kiki.ki..