Thursday, March 29, 2012

@--TUHAN..PERKENANKAN USAHA KU--@


"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, Tiada Tuhan lain disembah melainkan Engkau, Engkau telah menciptakanku, sedangkan aku adalah hambaMu dan sentiasa memegang janjiMu setakat yang termampu. Aku berlindung kepadaMu dari kesalahan yang aku lakukan. Aku akui nikmat yang engkau kurniakan kepadaku dan mengakui pula dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau." Barang siapa yang mengucapkannya di waktu pagi dengan penug keyakinan, maka jika sebelum waktu petang dia telahh meninggal dunia, nescaya dia termasuk dalam golongan penghuni syurga. Barang siapa yang mengucapkannya di malam hari dengan penuh keyakinan, jika dia meninggal dunia sebelum menjelang pagi, nescaya dia juga termasuk di kalangan penduduk syurga. "

Nabi menamakan doa ini dengan nama sayyidul istighfar. Sebagaimana yang diketahui, terdapat banyak jenis lafaz istighfar yang lain, tetapi Nabi S.A.W memberi keistimewaan kepada istighfar ini sebagai " penghulu istighfar". Dengan memerhatikan makna-makna yang terkandung di dalam doa ini, kita akan menemui beberapa intipati kandungannya seperti berikut:


  • Ya Allah Engkau adalah Tuhanku. Ini merupakan pengakuan kita terhadap tauhid rububiyyah Allah.
  • Tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Engkau. merupakan tauhid uluhiyyah.
  • Engkau telah menciptakanku, sedangkan aku adalah hambaMu, merupakan pengakuan seorang hamba tentang kehambaan, ketundukan dan kepatuhannya kepada Allah S.W.T.
  • Aku sentiasa memegang janjiMu setakat yang termampu, merupakan pengakuan hamba bahawa dia tetap konsisten mengikut jalan yang lurus.
  • Tuhan semesta alam, sesuai dengan kadar kemampuannya dan keupayaannya dalam menjalankan perintahnya dengan bersungguh-sungguh.
  • Aku berlindung kepadaMu dari kesalahan yang aku lakukan, merupakan penyerahan seorang hamba serta permohonan untuk berlindung kepada Allah dari segala keburukan, dosa dan maksiat yang telah dilakukannya.
  • Aku mengakui nikmat yang Kau limpahkan kepadaku, merupakan pengakuan seorang hamba tentang nikmat-nikmat, kurnia dan sifat Maha Pemurah Allah kepada hamba-hambaNya, dengan berbagai-bagai jenis nikmat yang tidak terhingga.
  • Dan mengakui pula dosaku, merupakan pengakuan seorang hamba mengenai dosa, sama ada dosa itu bersifat spesifik atau dosa yang bersifat umum.
  • Maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau, merupakan permohonan ampun kepada Allah S.W.T dan merendahkan diri di hadapanNyA.
Demikianlah makna-makna unggul yang terkandung di dalam lafaz istighfar ini. Oleh kerana itu, Nabi S.A.W menyebutnya sebagai sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).


* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn




No comments: